Anda di halaman 1dari 2

BAB 3 PEMASARAN

3. 4.2 SASARAN PASARAN (Market Tarketing)

❖ Menilai pelbagai segmen dan memilih berapa segmen yang menarik untuk dimasuki.

❖ Fokus pemasar kepada pelanggan yang mempunyai minat dan keperluan kepada produk atau keluaran yang
sama.

❖ Dilaksanakan selepas segmentasi pasaran.

❖ kriteria untuk penyasaran:-


a. saiz dan pertumbuhan segmen
b. potensi persaingan
c. kesesuaian dengan objektif syarikat

❖ Kepentingan :Membolehkan pemasar menggunakan sumber terhad secara lebih optimum untuk segmen
yang dipilih,

Strategi Penyasaran Pasaran


Strategi Huraian
(a) Menawarkan produk atau perkhidmatan yang sama kepada semua
segmen pasaran dengan menggunakan campuran pemasaran yang
Pemasaran tidak dibezakan sama iaitu produk, promosi, pengedaran dan penentuan harga yang
sama.

(b) Tidak mengambil kira sebarang perbezaan yang terdapat dalam


pasaran.

(c) Contoh: semua jenis mi segera yang dipasarkan adalah untuk semua
golongan.

(d) Contohnya, Syarikat Pepsi atau Coke menyasarkan kepada pasaran


massa.

YFF/PENGGAL 1/PEMASARAN Page 1


BAB 3 PEMASARAN

(a) Diamalkan oleh syarikat yang mempunyai syer pasaran yang besar,
modal yang besar serta pengaruh dalam pasaran yang besar.

(b) Mengeluarkan produk mengikut segmen yang berbeza.

(c) Setiap segmen ditawarkan produk yang bersesuaian untuk


Pemasaran dibezakan
memenuhi keperluan yang berbeza.

(d) Menggunakan strategi pemasaran yang berbeza untuk setiap segmen.

(e) Contoh: Honda menawarkan kereta yang berbeza dengan harga dan
promosi yang berbeza untuk keperluan pelanggan seperti:
• Honda City bagi mereka yang menginginkan penjimatan
• Honda CRZ bagi golongan muda yang bujang
• Honda Accord bagi golongan elit
• Honda Stream bagi golongan berkeluarga
• Honda Civic bagi yang menginginkan kepantasan

Pemasaran tertumpu
(a) Memilih segmen pasaran tertentu yang boleh disasarkan dengan
kaedah campuran pemasaran yang bersesuaian.

(b) Memfokus aktiviti pemasaran dan persaingan kepada nic (niche)


yang berkaitan dengan produk yang dipasarkan sahaja.

(c) Contoh: jam mewah seperti Rolex hanya disasarkan kepada


golongan berpendapatan tinggi.

(a) Memenuhi cita rasa individu atau lokasi pengguna yang spesifik.

(b) Pemasaran tempatan - strategi pemasaran untuk memenuhi


keperluan dan kehendak pelanggan tempatan.
Contoh : Banyak syarikat insurans luar negara menawarkan produk
insurans berlabelkan Takaful Islam di Malaysia.
Pemasaran mikro
(c) Pemasaran individu - konsep jualan langsung, fokus kepada individu
tertentu yang memerlukan sahaja seperti jenis ubatan yang
difokuskan untuk golongan pesakit tertentu sahaja.
Contoh : Agensi pelancongan mempromosikan pakej percutian
menyesuaikan pakej percutian yang dijual mengikut kehendak
dan keperluan pelanggan.

STPM 2014
1(f) Jelaskan maksud strategi pemasaran tidak dibezakan dan strategi pemasaran tertumpu. [6]
STPM 2016
1(g) Senaraikan empat strategi penyasaran pasaran (market targeting) [4]

YFF/PENGGAL 1/PEMASARAN Page 2

Anda mungkin juga menyukai