Anda di halaman 1dari 2

3.

4 SEGMENTASI
Segmentasi pasaran
Maksud : Segmentasi pasaran adalah membahagikan pasaran yang besar kepada segmen-segmen
pasaran yang kecil berdasarkan ciri-ciri tertentu.

Asas-asas ( ciri-ciri ) segmentasi pasaran pengguna.


1. Segmentasi pasaran berasaskan geografi ialah membahagikan pasaran mengikut :

 Zon seperti zon utara, zon selatan


 Negeri-negeri seperti Kedah, Perlis
 Kawasan desa dan bandar
 Iklim negara seperti tropika, sejuk, mediteranean
 Benua seperti Amerika Utara, Eropah Barat, Asia Pasifik
2. Segmentasi pasaran berasaskan demografi ialah membahagikan pasaran mengikut :

 Tingkat pendapatan / pekerjaan


 Tahap pendidikan
 Kaum / bangsa
 Saiz keluarga
 Taraf perkahwinan ( berkahwin / bujang )
3. Segmentasi pasaran berasaskan psikologi ialah membahagikan pasaran mengikut :

 Kelas sosial
 Gaya hidup
 Personaliti ( introvert, extrovert, compulsive, ambitious )
4. Segmentasi pasaran berasaskan kelakuan pengguna / manfaat ialah membahagikan pasaran
mengikut :

 Tabiat pembelian
 Tabiat memilih ( warna / saiz )
 Kesetiaan kepada sesuatu jenama
 Cita rasa dan minat terhadap produk
 Kepekaan terhadap promosi

Strategi Menyasarkan Pasaran


Penyasaran Pasaran ( market targeting )

 Proses menilai dan memilih segmen pasaran yang ingin dimasuki.


Pasaran Sasar ( target market )

 Kumpulan bakal pelanggan yang akan dijualkan produk dan perkhidmatan. Pasaran itu ingin
ditumpu perhatian oleh syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk.
Strategi menyasarkan produk

Pemasaran tidak dibeza Produk yang sama dipasarkan kepada semua segmen pasaran dengan
menggunakan strategi pemasaran yang sama
Pemasaran dibeza Beberapa segmen pasaran dipilih untuk dipasarkan produk. Menggunakan
strategi pemasaran yang berbeza untuk segmen pasaran yang berlainan.
Contoh, mesin pencuci kain 6kg dipasarkan kepada isi rumah, manakala mesin
pencuci 15kg dipasarkan kepada kedai-kedai dobi
Pemasaran tertumpu Hanya satu segmen pasaran dipilih. Strategi pemasaran tertumpu kepada
demografi / geografi tertentu. Kereta Mercedes hanya dipasarkan kepada
golongan pengguna yang berpendapatan tinggi
Pemasaran mikro Satu segmen pasaran yang spesifik dipilih. Strategi pemasaran tertumpu kepada
satu segmen pasaran yang spesifik. Pemasaran dibuat dengan menyesuaikan
produk mengikut cita rasa individu, keperluan dan kehendak, atau pengguna
tempatan secara spesifik. Kerusi roda dipasarkan kepada golongan OKU dan
golongan yang lumpuh.

Peletakan pasaran
 Penempatan sesuatu produk di dalam fikiran pengguna secara relatifnya dengan produk-
produk pesaing.
Proses peletakan pasaran yang merangkumi :
1. Menentukan pasaran sasaran ( targeted market )
2. Menyesuaikan produk dengan pasaran
3. Mengkomunikasikan ciri-ciri produk

Antribut produk Antribut produk adalah ciri produk yang ketara dan tidak ketara. Antribut produk
merangkumi :
(a) Sifat ketara seperti bahan, warna, jenama, saiz dan bentuk
(b) Sifat tak ketara seperti kualiti produk seperti ketahanan, ketepatan,
keberkesanan, jaminan dan khidmat lepas jualan.
Manfaat Manfaat yang boleh diperoleh daripada penggunaan produk berbanding dengan
produk pesaing.
Pengguna Pengguna atau individu yang membeli dan menggunakan produk berbanding
dengan individu yang menggunakan produk pesaing.
Kekerapan penggunaan Kekerapan menggunakan produk syarikat berbanding dengan kekerapan
menggunakan produk pesaing.
Klasifikasi produk Produk origanisasi boleh dibahagikan kepada produk konsumer atau produk
industri. Produk konsumer boleh diklasifikasikan kepada empat kategori iaitu :
 Produk mudah beli
 Produk beli belah
 Produk istimewa
 Produk tidak dicari

Anda mungkin juga menyukai