Anda di halaman 1dari 13

Penulisan Sejarah

Wan Hariz, Arnel, Bernard


1.0 Pengenalan
● Leopold Von Ranke (1795- 1886) mengatakan bahawa sejarah
adalah usaha mencatat kembali sesuatu peristiwa dengan
memaparkan kejadian-kejadian sebagaimana tercatatnya di
dalam dokumen-dokumen yang dikaji secara saintifik.
● Muhamad Yusuf Ibrahim (2009) menyatakan sejarah adalah satu
proses yang mempunyai tahap dan aturan tersendiri yang
dirangka oleh sejarawan dalam menghasilkan karya sejarah.
● R.G Collingwood (1978) pula berpendapat bahawa sejarah
adalah rekod peristiwa yang berlaku pada zaman lampau atau
pada zaman penulis.
Jadi, dapat dinyatakan bahawa penulisan sejarah adalah:

1. Satu bentuk usaha oleh manusia untuk menyatakan, membina


semula dan mentafsir masa lampau yang berlaku dari dulu
sehingga kini.
2. Kaedah penulisan sejarah dalam bentuk gaya ilmuan
tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu terutama
dalam pengesahan fakta dan pentafsiran bukti.
1.1 Kesedaran sejarah
Usaha memahami usaha
masyarakat terdahulu yang
mencapai kemajuan dalam hidup

L. Gottschalk
Nilai-nilai yang mesti (1969)

dihidupkan agar masyarakat


dapat membuat penilaian
terhadap kehidupan yang lebih Penyelidik sejarah mesti
bermakna pada masa hadapan mengingati nilai-nilai budaya,
estetik, moraliti, dan maruah
1.2 KESARJANAAN
● Satu disiplin ilmu pengetahuan yang sangat memerlukan
kemahiran-kemahiran khusus.
● Penulisan sejarah mestilah mempunyai keinginan yang
tinggi untuk mengetahui sesuatu perkara dengan betul,
peka dan kritikal dalam usaha mencari kebenaran.
● Kebenaran yang pahit adalah kebenaran yang membina.
1.3 KELULUSAN, LATIHAN DAN PENGALAMAN

● Menguasai bidang ilmu tertentu seperti falsafah, teori,


dan kaedah sejarah.
● Pengalaman yang banyak membantu menghasilkan penulisan
yang lebih objektif, saintifik dan sistematik.
● Penulisan sejarah bergantung kepada apa yang ingin dikaji
(sumber, kaedah, ilmu bantu)
1.4 Keupayaan imaginasi yang baik
R.G Collingwood (1978) Imaginasi TMK

Semua sejarah adalah sejarah Peristiwa berlalu mustahil Peristiwa sejarah ini boleh
berkenaan pemikiran berlaku lagi, dan penulis tidak dihasilkan semula dalam
dapat kembali ke masa lalu. bentuk video dengan latar
Jadi imaginasi penulis itu belakang, lagu latar, isi
mestilah kuat untuk kandungan, dialog
menzahirkan perasaan- berdasarkan bukti dan
perasaan yang berkaitan sumber yang sahih.
dengan penulisan yang ingin
dihasilkan.
1.5 Ketepatan
❏ Prinsip asas penyelidikan sejarah adalah untuk mencapai kebenaran
sejarah.
❏ Kebenaran sejarah hanya akan tercapai sekiranya proses penyelidikan
dilakukan dengan tepat, sistematik dan objektif.
1.6 Kejujuran
❏ Kejujuran adalah sifat yang perlu ada pada diri seorang penyelidik
sejarah untuk mencapai kebenaran sejarah, terutamanya semasa
mengkaji dan menulis laporan.
❏ Seseorang penyelidik sejarah perlu bersikap objektif dan sentiasa
berusaha mencari kebenaran sesuatu peristiwa sejarah.
1.7 KETELITIAN
❏ Penulis perlu mempunyai ciri ketelitian dan sikap
berhati-hati dalam membuat penyelidikan dan
penilaian sumber sejarah.
❏ Mengetahui keadaan sebenar-benar sesuatu
peristiwa yg berlaku.
❏ Hal ini selaras dengan saranan Leopold von Ranke
(1795-1886) yang mengatakan bahawa sejarah
haruslah dikaji dan ditulis seperti sebenar-
benarnya berlaku.
Leopold von Ranke
1.8 Minat
- Merupakan pendorong untuk penulis meneneruskan penulisan
atau penyelidikan.
- Tanpa minat yang mendalam, kemungkinan besar sesuatu
penyelidikan akan terbantut atau hasilnya kurang bermutu.
1.9 Motif
-Tujuan yang mendorong penulis untuk melakukan penyelidikan
dengan bersungguh-sungguh

-Setiap penulis mempunyai motif yang berbeza-beza

-Misalnya, Herodotus yang mempunyai motif untuk menghasilkan


karya yang bertajuk Perang Parsi seperti ‘Sebenarnya berlaku’

-Manakala sejarawan istana China, Ssu Ma Ch’ien yang


menghasilkan karya yang mempunyai motif mengagung-agungkan
sebuah dinasti atau Maharaja China.
1.10 Kesabaran dan ketenangan
-Seorang penulis atau penyelidik perlulah rajin dan
mempunyai motivasi yang tinggi semasa melaksanakan
penyelidikan

-Seorang penulis juga harus sabar, berdisiplin dan tidak


mudah putus asa untuk meneruskan penyelidikannya agar tidak
terhenti separuh jalan sahaja.

Anda mungkin juga menyukai