Anda di halaman 1dari 49

PENGANTAR KEPADA PERUNDANGAN ISLAM

SEJARAH PERKEMBANGAN
PERUNDANGAN ISLAM PADA
ZAMAN TAABI’IN DAN TADWIN

Dr Fatimah Yusro Hashim


Fakulti Undang-Undang, UKM
Pengantar Perundangan Islam
10 Mei 2022
IMBAS KEMBALI
kuliah yang lalu...

• Perundangan Islam pada zaman Nabi Muhammad saw : Al-


Quran & Sunnah serta Ijtihad
• Perundangan Islam pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin : Al-
Quran, Sunnah, Ijtihad Sahabat & Ijma’

Kepentingan ijtihad? Mengeluarkan hukum lebih


meluas merangkumi semua aspek kehidupan dan
menyelesaikan semua masalah
ISI KANDUNGAN
kuliah hari ini...

• Pengenalan kepada Pemerintahan Bani Umayyah- zaman tabiin


• Perkembangan Fiqh pada zaman ini
• Kelahiran golongan Ahli Al-Hadith dan Ahli Ar-Ra’yi
• Perubahan yang dilakukan oleh khalifah Bani Abbasiyah- zaman
tadwin
• Kelahiran mazhab-mazhab fiqh
• Faktor-faktor yang membawa kepada zaman kegemilangan fiqh
PERUNDANGAN ISLAM PADA ZAMAN
TAABI’IN

(661 M – 750 M)

ZAMAN PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH


PENGENALAN
 Siapakah golongan TAABI’IN?
 “Golongan/generasi yang pernah hidup bersama para
sahabat Nabi Muhammad saw (namun mereka tidak pernah
hidup sezaman dengan nabi saw) dan mereka ini hanya
mendapat pendedahan ilmu dan didikan secara langsung
daripada para sahabat” – bemula zaman khulaf ar rashidin Kekurangan golonagn
 Suasana politik pada zaman TAABI’IN: taabi’in
- Tidak pernah
i) Berlaku perpecahan umat Islam berjumpa nabi
ii) Bermulanya pemerintahan Bani Umayyah- berakhir - Istimewanya adlh dpt
pemerintahan ali bin abi talib didikan secara
langsung dr para
sahabat dan golongan
yg menerima ilmu2
syara’ drpd para
sahabat yg memilik
ilmu yg sgt tinggi
KEJATUHAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN DAN
PERMULAAN PEMERINTAHAN BANI UMAYYAH

• Perpecahan umat Islam adalah dari aspek politik- berlaku perebutan kuasa antara Muawiyah yg
ingin menjadi khalifah, khalifah ali yg dilantik. Dilantik oleh majlis tahkim yg dicdg oleh
golongan muawiyah, ali trima cdgn tu. Penyokong khula ar rasyidin berpecah. Apa yg dilakukan
muawiyah adlh tidak betul
• Puak khawaarij : golongan yang tidak bersetuju dengan keputusan Saidina Ali
• Puak syiah : golongan yang kekal menyokong Saidina Ali
 Golongan Jumhur Muslimin(tetap Bersatu hati menyokong mana2 pemerintah yg dilantik)
adalah golongan yang tidak bersetuju dengan sikap puak Khawarij.
 Pada ketika itu, pegangan puak Syiah masih lagi tidak berlawanan dengan golongan Jumhur
dan mereka masih lagi merupakan sebahagian dari Islam- syiah skrg sgt berbaza yg mna tolak
semua khalifah sbb taksub dgn saidina ali. Sanggup kata saidina ali adlh pengganti nabi ad yg
menyamakan dgn nabi.
KEJATUHAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN DAN
PERMULAAN PEMERINTAHAN BANI UMAYYAH

• Pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin berakhir dengan berakhirnya


pemerintahan Khalifah Ali Bin Abi Talib
• Permulaan pemerintahan Bani Umayyah diasaskan oleh Mu’awiyah bin Abi
Sufyan- sistem pelantikan kalifah secra warisan (iaitu bapa lantik anak lantik)
tiada laagi pemilihan melalui majlis syura (sorang cdg dan dpt sokongan)
• Bani Umayyah memiliki corak pemerintahan yg berbeza dari Khulafa’ Ar-
Rasyidin
Kita tidak dibenarkan mencela apa yg berlaku dulu dan perlu anggap ianya
adlah perubahan politik.
KESAN PEMERINTAHAN BANI UMAYYAH
TERHADAP PEMBINAAN HUKUM SYARA’

• Tidak menitik beratkan pembinaan syariat dan perundangan Islam


• Lebih menumpu kepada mengukuhkan kuasa politik
• Golongan TAABI’IN (menyokong khulafa ar rasyidin- ahli sunnah wal jamaah)
menyisihkan diri daripada Mu’awiyah dan lebih menumpu kepada pembinaan islam
maka terjadilah perbezaan jurang antara kedua ni
• Pusat pemerintah Bani Umayyah telah dipindahkan dari Madinah ke Syam (Syria)-
para sahabat dan tabiin yg di madinah ubah jd pusat perkembangna ilmu dan syariat
• Madinah berubah menjadi pusat perkembangan ilmu dan syariat Islam-penumpuan
ilmu fiqh diajarkan kpd ramai sahabat dan tabiin diadakan secara ilmiah
• Berlaku kekcohan drpd puak itu sendiri dr golongan umat Islam
PERUNDANGAN ISLAM PADA
ZAMAN PEMERINTAHAN UMAYYAH
 Pemerintah Bani Umayyah lebih mengutamakan urusan politik, kenegaraan dan perkembangan
empayar Islam ke serata pelusok timur tengah.
• Mereka tidak lagi memberi fokus atau menitik beratkan perkembangan hukum syara’
• Bykkan keluarkan ijtihad sendiri sbb dah tinggal jauh dr Madinah jd kurang sumber ilmu, ada
ijtihad yg bertentangan dgn kulafa ar-rasyidin. Keluar ikut sesuai kerajaan bkn kehendak syara’
 Ramai dari kalangan sahabat dan TAABI’IN yang enggan memberi ketaatan kepada beberapa orang
khalifah Bani Umayyah keran khalifah bani umayyah mula mengeluarkan byk hukum hakam
memenuhi kehendak perkembangan kerajaan mereka, ada yang tidak punya kelayakan untuk
menjadi khalifah, khalifah yazid iaitu anak muawiyah sendiri juga lebih menumpu kpd kehendak
sendiri dgn menumpukan dlm mendptkan tanah jajahan, luaskan tanah jajajhan. Dan byk ikut
telunjuk beliau. Satu kisah zaman yazid, beliau hendak jadikan satu riba sbg satu yg dibolehkan
padahal dlm al-quran larang.beliau kata pertambahan jumlah yg dibayar itu dikatakan sbg upah
memberi pinjam.
 Khalifah Bani Umayyah juga menggunakan kekerasan terhadap para ulama. Bila tak beri kesetiaan,
atau keluarkan hukum yg bertentangan dgn syara’ . Pada zaman khalifah hajaz, tlh membunuh saiz
bin Zubair(sorang tabiin) yg taknak keluarkan hukum hakam yg bertentangan dgn syar’
PERKEMBANGAN HUKUM SYARA’
PADA ZAMAN TAABI’IN

• Penduduk Madinah tetap terus berpegang kepada Ijma’ Sahabi (yg berlaku
sejak zaman khulafa ar rasyidin, pendapat para sahabat)
• Sumber amalan fiqh penduduk Madinah:- Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Ijtihad-
sgt partikular dlm mengikut ijtihad yg dikeluarkan oleh para sahabat. krn
dibimbangi instibat hukum jadi kacau bilau spt bani umayyah
• Antara para TAABI’IN yang terkenal dengan keilmuan yang tinggi : Said bin
Musayyab, Urwah bin Zubayr dan Abdul Malik bin Marwan
SUMBER PERUNDANGAN ISLAM
PADA ZAMAN TAABI’IN

1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Ijma’ Sahabi (Ijma’ Ahli Madinah)
4. Ijtihad spesifik yg dirujuk serta yg
dikeluarkan oleh tabiin
FAKTOR PERKEMBANGAN
PERUNDANGAN ISLAM PADA ZAMAN
TAABI’IN
1. Perpindahan para fuqaha’ dari Madinah ke daerah-daerah lain – bertentangan dgn zaman khalifah umar dan abu bakar krn
waktu para sahabt dilarang tinggal madinah krn madinah bkn shj pusat perkembangan agama Islam malah turut
merupakan pusat pengembangan ilmu fiqh. Khalifah mahukan semua sahabat yg arif & faham ilmu syara’ kekal supaya
boleh bincang dgn lebih mantap dan penyebaran ilmu yg dipercayai segala mslh boleh bincang. Zaman Khalifah uthman
tepaksa dihantar ke syam dan bandar2 Islam yg utama utk jadi kadi dan faqih di sana utk instibat hukum. Perbezaan tahap
ilmu sahabat tlh memberi kesan dlm perkembangan ilmu dan juga penafsiran hukum fiqh krn para sahabat ad yg hafal 100,
80 hadis jadi perbezaan inilah tkh jadi sbb perbezaan tahap ilmuan shingga boleh menimbulkan perselisihan pendapat
2. Perpecahan Politik- berlaku kekecohan dlm pemilihan khalifah sehingga wujud 3 kelompok yg berbeza iaitu ahli sunnah
wal jamaah(jumhur muslimin), syiah, khawarij. Perpecahan menyebabkan ilmu fiqh yg berlegar bergantung kpd kelompok
berikut
3. Periwayatan hadis yang meluas(hadis itu diajar oleh seorang kpd perawi yg lain) – dulu tidak dibenarkan sbb wujudnya
nabi palsu yg mengeluarkan hadis palsu pada zaman abu bakar. Byk pusat islam yg baru menyebbkan adanya periwayatan
hadis. Perlu diajar-ajar maka tambahlah periwayatan
4. Kemunculan Hadis Palsu membawa kepada wujudnya Disiplin Ilmu Hadith- krn org2 jahat ambil kesempatan semasa
periwayatan hadis meluas. Disiplin ilmu menentukan tahap hadis itu sama ada ahad atau apa,utk beri tumpuan kpd sand
dan matan . Sanad tidak boleh terputus iaitu perawi itu hidup zaman perawi sebelum tu, ketepatan matan adlh berkaiatan
intipati hadis itu spt hadis rukun Islam
5. Kemunculan madrasah ahli Al-Hadith dan ahli Ar-Ra’yi- pun drpd emayar Islam tersebar, tahap penerimaan hadis yg beza
maka proses instibat hukum pun beza hafal hadis byk lebh mudah instibat hukum. Yg kurang ilmu hadis akan lebih
menumpu logic akal.
PERBEZAAN
AHLI AL-HADITH & AHLI AR-RA’YI

Ahli hadith adalah golongan yang Ra’yi (pandangan) bermaksud ilmu yang
lebih banyak berpegang kepada dicapai menerusi kaedah menggunakan
hadith-hadith dan Sunnah Rasulullah logik akal dalam menyelesaikan zann
saw berbanding dengan logik akal- utk (ketidak pastian/kesamaran)- kemungkinana
ketepatan hukum, bertitik tolak terdiri dr golongan yang tidak byk hafal
sahabat di mekah dan hadis, tidak faham hadis yg dipelajari, lebih
madinah.mereka tak tolak ijtihad logik suka lihat apa yg diperlukan oleh
akal masyarakat. Yg penting tak lari dr al-quran
dan sunnah
Berpusat di Madinah
• Tokoh Ahli Al-Hadith – Said bin Musayyab Berpusat di Kufah, Iraq
• Tokoh Ahli Ar-Ra’yi – Ibrahim An-Nakha’i
SEBAB KEWUJUDAN MADRASAH
AHLI AL-RA’YI DI LUAR MADINAH

1. Ahli fiqh dari kalangan TAABI’IN terpengaruh dgn kaedah ijtihad- spt Abdullah
bin umar yg keluarkan ijtihad maka ahli fiqh itu rasa mudah utk selesaikan
mslh yg timbul
2. Ahli fiqh di Madinah mempunyai banyak perbendaharaan hadith- sbb tahu
byk hadis yg keluar dr Madinah kurang tahu hadis dan sukar utk ke Madinah
utk mengetahui hadis
3. Suasana mencabar bandar2 Islam yg lain di Tanah Arab- sbb pelbagai bangsa,
suasana berbeza, masalah berbeza
4. Daerah yang jauh dari Madinah
FAKTOR2 YANG MEMBAWA KEPADA
KEWUJUDAN MADRASAH AHLI AR-RA’YI

1. Pengaruh amalan ijtihad


2. Sikap Ahli Fiqh drp madrasah ahli ar-ra’yi terhadap perawi-perawi hadith
tunggal (ahad)- hadis ahad dianggap kurang dipercayai
3. Wujudnya madarasah ahli ar-ra’yi di tempat bertapaknya kumpulan Syiah
dan Khawarij(lebih kecil ilmu lebih sikit ilmu hadis).
CIRI-CIRI PERUNDANGAN ISLAM
PADA ZAMAN TAABI’IN

1. Ijma’ tidak berlaku krn mereka bertebaran di


merata tempat
2. Lahir golongan ahli al-hadith dan ahli ar-ra’yi
3. Pembukuan hadith dilakukan
4. Pentadbiran keadilan adalah di peringkat pusat
5. Lahir ulama daripada golongan mawalli (bkn
bangsa arab)
Kesimpulan

Perkembangan ilmu fiqh dan hukum


syara’ agak perlahan pada zaman
pemerintahan Bani Umayyah kerana
para pemerintah lebih
mengutamakan perluasan tanah
jajahan daripada perkembangan
hukum.
PERUNDANGAN ISLAM PADA ZAMAN
TADWIN

(750 M – 1258M)
ZAMAN PEMERINTAHAN BANI ABBASIYAH
Pengenalan kepada
Kerajaan Bani Abbasiyah

• Bermula dari abad ke-2 H – pertengahan abad ke-4 H


• Bagaimana Bani Abbasiyah bermula:
• Banyak kelemahan yang berlaku pada akhir-akhir pemerintahan Bani
Umayyah
• Khalifah-khalifah Umayyah yang fasiq (tidak memenuhi tuntutan agama)
tidak meletakkan syariat utama dlm pemerintahan lebih menumpu kpd
kekeayaan, membesarkan kerjaaan dan sbg,
• Penentangan pemerintah terhadap para ulama
• Kebangkitan pemberontak dari puak bani Abbasiyah semasa
pemerintahan Khalifah Umar b. Abdul Aziz kerana sifatnya yang lemah
lembut dan tidak bermusuhan dengan keluarga bani Abbas

Ketidak stabilan politik ini telah memberi peluang kepada Bani


Abbasiyah menjatuhkan Bani Umaiyyah pada tahun 132 H/750M
Latar belakang Bani Abbasiyah

• Khalifah pertama Bani Abbasiyah ialah Abu Abbas


Abdullah As-Saffah dilantik pada thn 750M
• Bani Abbasiyah amat mengambil berat tentang
perkembangan pelbagai bidang ilmu pengetahuan di
samping ilmu fiqh dan agama-berbeza dgn bani
umayyah
• Zaman ini dikenali dengan beberapa nama:
• Zaman kegemilangan Islam
• Zaman keemasan fiqh
• Zaman pembukuan – semua ilmu yg berkaitan dibukukan
• Zaman mujtahidin- letak para ilmuana di tempat yg tingal,
membuka ruang para ilmuan utk berijtihad
Fokus Pemerintahan
Kerajaan Bani Abbasiyah
Matlamat utama Bani Abbasiyah merebut tampuk
khalifah dari Bani Umayyah:
• Meneruskan tanggungjawab melaksanakan hukum Islam
sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah saw krn
lebih 80 ke 90 thn bani umayyah letakkan islam sbg yg kedua
• Mengangkat dan mengutamakan perkembangan ilmu
pengetahuan terutamanya berkaitan ilmu fiqh berbanding
usaha memperluaskan empayar- masih mengingatai kejatuhan
kuhlafa ar rasyidin
• Menuntut bela di atas kelicikan yang dilakukan sehingga
jatuhnya dinasti Khulafa’ ar-Rasyidin oleh Bani Umayyah
Kelemahan utama Bani Umayyah
• Dr. Muhammad Farouq al-Nabhan menjelaskan sebab-sebab berikut:
Hubungan yang buruk antara ulama dan khulafa’ di mana ramai tokoh2 sahabat dan
TAABI’IN yang menganggap pemerintahan Umayyah ditegakkan di atas dasar yang batil –
berlaku pemecatan yang penuh tipu helah kpd saidina ali sehingga pemerintahn umayyah
yg tidak islamik.
Para khalifah banyak melakukan hal-hal yang melanggar sunnah Rasulullah saw
Terputusnya hubungan antara pusat khilafah dengan pusat ilmiah kerana pada waktu itu,
pusat pemerintahan berada di Syam sedangkan pusat-pusat ilmiah berada di Iraq dan
Hijaz/Madinah
Politik diskriminasi yang mengistimewakan orang Arab di atas orang bukan Arab (Mawalli):
dimana mereka memisahkan Arab dan Mawalli sedangkan golongan Mawalli merupakan
golongan yang cerdik pandai
Pembaharuan yang dilakukan oleh
Bani Abbasiyah
• Banyak penambah baikkan dari aspek politik, agama dan
pentadbiran negara spt:
oMengurangkan unsur-unsur perkauman dalam pentadbiran – lebih
terbuka dalam perlantikan wuzara’ dari pelbagai kaum dan bangsa
oKembali membangkitkan syiar Islam
oMemberi perhatian kepada perkembangan ilmu dalam pelbagai
bidang
oMenambah jumlah alim ulama’ dan ilmuan Islam serta melantik
penasihat dari kalangan mereka dlm pentadbiran negara- maka corak
pemerintahan berada di jalan yg betul.
oMenggalakkan kelahiran pemikir-pemikir Islam dan perkembangan
ilmu-ilmu fiqh
oMengembangkan penyebaran falsafah dan fiqh Islam
oMenggalakkan kemunculan mazhab-mazhab fiqh
Kelahiran Mazhab-Mazhab Fiqh dalam
Islam

 Zaman Bani Abbasiyah ini merupakan zaman


pelopor kepada kewujudan mazhab-mazhab fiqh
yang terkenal:
i) Mazhab Syafi’e
ii) Mazhab Hanafi
iii) Mazhab Hambali
iv) Mazhab Maliki
Knp wujud 4 krn faktor lokaliti,asal usul imam2, masa.
Masih bersandarkan sumber yg primer
Kelahiran sebuah mazhab fiqh
• Pembentukan mazhab fiqh bukan sesuatu yang dinaskan @ ada dalil syarie
• Ia tidak diwajibkan oleh para ulama mujtahidin (walaupun para ulama
mujtahidin meletakkan kaedah-kaedah berijtihad dan pentafsiran nas-nas Al-
Quran & Hadith serta kaedah istinbat hukum sebagai jalan mengeluarkan
hukum)
• Mazhab muncul apabila para pengikut imam-imam mujtahidin ini bertaqlid
(mengikut) metodologi hukum yang telah diperkenalkan oleh para ulama
mujtahidin- mereka bkn berdiri dgn mengatakan cipta mazahab, mereka imam
mujtahidin yg byk ilmu yg menjadi pusat rujukan dan hukum yg dikeluarkan itu
sgt sesuai berdasarkan persekitaran. Takliq muncul apabila satu kelompok
masyarakat mengiktiraf satu hukum dan menagakui ikut sampai bila2.
• Pertumbuhan mazhab-mazhab fiqh merupakan kemuncak perkembangan
madrasah ahli Ar-Ra’yi dan ahli Al-Hadith
Kelahiran sebuah mazhab fiqh
• Pembentukan mazhab-mazhab fiqh serta perkembangan perundangan Islam
bergantung pada asas dan kaedah yang disusun oleh imam-imam mazhab
tersebut- oleh sbb byk ilmu pengetahuan mereka turut membukukan dan
mepunyai asas kaedah yang tersendiri. Cth shafie asas quran wal sunnah ijmak
wal qiyas. Paling praktikal dan tepat. Bkn sorang yg suka begi keringanan
kecuali diperlukan. Hanafi seorang saudagar so lebih aridf mengenai ilmu jual
beli dan melihat kpd tmpt spt india. Solat shafie hanya boleh lihat tangan dan
muka. Hanafi solat boleh nmpk kaki,klau rambut terkeluar tak salah
• Ulama setiap mazhab tidak memperkecilkan pandangan imam dari mazhab-
mazhab lain
• Ulama mazhab tidak mendakwa bahawa hanya pandangan mereka sahaja
yang betul dan perlu dipatuhi
• Oleh itu, ikutan kepada mazhab-mazhab ini menjadi lebih terbuka mengikut
kesesuaian setempat
Taqlid (ikutan) kepada mazhab
• Apabila telah wujud satu mazhab yang kuat dan ramai
pengikut, maka ulama mazhab akan menganjurkan
beberapa perkara:
Arahan supaya orang ramai mengikut semua fatwa atau
dalil-dalil yang dikeluarkan – tak boleh tukar2 mazhab sbb
tu bkn taqlid yg sempurna.
Ini akan membawa kepada kesatuan pendapat di antara
mereka meskipun perlu meninggalkan pendapat peribadi
Ini bertujuan supaya tidak wujud terlalu ramai mujtahid
yang mengeluarkan terlalu banyak pendapat peribadi yang
saling bercanggah
Faktor kelahiran mazhab pada zaman
Bani Abbasiyah
• Berasal dari perbezaan pandangan antara golongan ahli Al-Hadith dan
ahli Ar-Ra’yi pada zaman TAABI’IN
• Ikhtilaf @ perbezaan pendapat yang berlaku antara kedua-dua
golongan ini menunjukkan kepekaan para ulama terhadap isu-isu
semasa yang baharu timbul
Perbezaan pendapat hanya berlaku dalam masalah cabang/furu’
(perempuan nak solat tutup penuh ke ad yg boleh buka) dan bukan
pada masalah asas atau aqidah
4 Mazhab Fiqh utama Ahli Sunnah
Wal Jamaah
• Imam Syafi’e
Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie bin As-Saib
Ahli fiqh yang terkemuka dalam sejarah Islam.
Merupakan murid kepada Imam Malik b Anas. (pengasas mazhab
maliki)
Bapa beliau berasal daripada bani Quraisy, dan nenek moyang Imam
Syafi’e adalah al-Mutallib yang merupakan bapa saudara Nabi
Muhammad saw.
Beliau adalah pengasas kepada Mazhab Syafi’e dan pengarang kitab
Al-Umm.
Mazhab Syafi’e paling terkenal dengan ketelitian dan hukum-hukum
fiqh yang ketat
Pengikut di Malaysia, Indonesia, Brunei, India & Asia Tenggara, Mesir
(Selatan), Hadramaut dan Bahrain.
4 Mazhab Fiqh utama Ahli
Sunnah Wal Jamaah
•Imam Abu Hanifah
Nama sebenar beliau ialah Nu’man bin Thabit bin Zuta bin Mah al-
Taymi al-Kufi. Terdapat riwayat lain yang menyebut, al-Nu’man bin
Thabit bin al-Nu’man bin al-Marzuban.
Lahir di Kufah dan berketurunan Parsi
Merupakan ulama terkenal Islam yang mengasaskan Mazhab Hanafi.
Sempat belajar dengan beberapa orang sahabat Nabi termasuklah Anas bin Malik,
Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas
Hidp pada zaman bani umayyah
Beliau pernah dipujuk oleh khalifah untuk memegang jawatan dalam kerajaan tetapi
ditolaknya kerana bimbang dirinya dipergunakan oleh khalifah.
Beliau meninggal dunia pada tahun 150H/767M ketika berusia 70 tahun dan
dikebumikan di Baghdad.
Mazhab ini merupakan mazhab rasmi Turki serta jajahan takluknya, Mesir, Lubnan,
Syria, India, Pakistan , Afghanistan.
4 Mazhab Fiqh utama Ahli
Sunnah Wal Jamaah
• Imam Ahmad bin Hambal
Ahmad bin Muhammad bin Hambal Abu `Abd Allah al-Shaybani
Pengasas Mazhab Hambali dan merupakan anak murid kepada Imam
Syafi’e.
Beliau merupakan keturunan Nabi dan bertemu nasab dengan Nabi
saw pada Nizar bin Ma‘d bin ‘Adnan.
Ketika berumur 16 tahun, Imam Ahmad  bermusafir ke Mekah,
Madinah, Syam, Yaman, Basrah dan negara-negara  lain untuk
mengumpul hadith Nabi kerana minatnya mendalam terhadap ilmu
pengetahuan.
Beliau menyusun kitab hadith yang terkenal al-Musnad, dalam
jangka waktu 60 tahun.
Mazhab rasmi Arab Saudi dan mempunyai pengikut terbesar di
seluruh Jazirah Arab.
4 Mazhab Fiqh utama Ahli
Sunnah Wal Jamaah
• Imam Malik bin Anas
Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith
Dilahirkan di Kota Madinah pada 93H/713M, iaitu pada zaman
pemerintahan Bani Umayyah (Khalifah Sulaiman bin Abdul
Malik).
Pengasas Mazhab Maliki dan merupakan guru kepada Imam
Syafi’e
Pengarang kitab terkenal Al-Muwatta’ yang sangat lengkap
mengenai ilmu-ilmu fiqh
Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Beliau
meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179H/798M ketika berusia
86 tahun
Pengikut di Maghribi, Algeria, Libya, Iraq, Palestin dan Asia
Barat.
Peta taburan pengikut Mazhab di dunia
Pegangan Mazhab-Mazhab Fiqh Islam

Setiap imam mazhab mempunyai dasar dan furu’


masing-masing, contohnya:
i) Imam Syafie menolak penggunaan Istihsan dan Istishab kerana
merasakan dua sumber ini terlalu mengikut kehendak org ramai.
Beliau juga pernah meminta para pengikutnya meninggalkan
pandangannya yang berasaskan qiyas sekiranya mereka menemui
sebarang hadith yang bertentangan dengan pendapat yang
dikeluarkannya. Sgt berpegang kpd quran,sunnah,ijma’
ii) Imam Malik mengutamakan amalan penduduk Madinah berbanding
Qiyas
iii) Imam Abu Hanifah menggunakan Istihsan sebagai sumber perudangan
Islam dan menyarankan supaya orang yang mengambil dan
berpegang dengan pendapatnya mengetahui dan memahami
sumber pengambilan hukum terlebih dahulu
Taqlid Mazhab-mazhab Fiqh

• Selepas kematian imam-imam 4 mazhab, para pengikut


imam ini mengajak orang ramai bertaqlid/menghayati ilmu
yang diasaskan oleh imam mazhab masing-masing
• Pada peringkat awal, tidak berlaku isu fanatik mazhab,
tetapi akhirnya pengikut-pengikut mazhab berpendapat
memadai berijtihad dalam ruang lingkup mazhab mereka
sendiri sahaja
• Walau bagaimanapun, ada keadaan di mana para pengikut
berpegang dengan aliran mazhab mereka tetapi berbeza
pendapat dalam masalah cabang/furu’- timbul mslh dgn
ikut apa yg mudah sahaja jadi klau bertaqlid shafie maka
shafie shj takleh tukar2.
Faktor-faktor yang Membawa kepada Zaman
Kegemilangan Fiqh Islam
1. Keprihatinan para khalifah Bani Abbasiyah terhadap ilmu fiqh dan para
fuqaha’

• Khalifah Harun Ar-Rasyid meminta Abu Yusuf (murid Imam Abu Hanifah) menulis
sebuah buku tentang kewangan Islam – Kitab Al-Kharaj
• Khalifah Al-Ma’mun sering mendengar perbincangan tentang masalah-masalah fiqh
semasa bersama fuqaha’
• Keprihatinan yang ditunjukkan oleh para khalifah telah mencetuskan suasana
kebebasan berfikir dalam mencari ilmu
• Para ulama bebas untuk berijtihad dan tidak perlu terikat dengan mana-mana mazhab
Faktor-faktor yang Membawa kepada Zaman
Kegemilangan Fiqh Islam
2. Perkembangan Ilmu Pengetahuan dalam pelbagai bidang

• Penterjemahan pelbagai teks-teks ilmu ke dalam bahasa Arab


• Golongan Mawalli mula menguasai ilmu fiqh dan ilmu mereka diberi
perhatian oleh pemerintah
• Banyak berlaku perdebatan ilmiah di kalangan para ulama dan ini lebih
mencambah pandangan setiap ulama dan ilmuan Islam
• Para Ilmuan dari pelbagai bidang yang berasal dari luar seperti Parsi, Greek
dan Rom mula masuk dan menganut Islam serta menyebarkan ilmu yang
mereka bawa
Faktor-faktor yang Membawa kepada Zaman
Kegemilangan Fiqh Islam

3. Peluasan negara Islam

• Sempadan negara Islam bermula dari Spanyol dan Portugal sehingga ke negara
China
• Kawasan yang luas menunjukkan wujudnya pelbagai adat dan cara hidup
• Pelbagai ijtihad dalam masalah fiqh wujud kesan daripada adat dan cara hidup
yang berbeza
• Keluasan negara Islam juga menyebabkan pertambahan pusat perkembangan
ilmu
• Orang yang mempelajari fiqh dan perundangan Islam bermusafir dari satu
tempat ke satu tempat
Keluasan pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah
Faktor-faktor yang Membawa kepada Zaman
Kegemilangan Fiqh Islam

4. Kemunculan ulama-ulama mujtahid yang mempunyai keilmuan


fiqh yang tinggi

• Ini menghasilkan persekitaran perbincangan ilmu dan perbahasan akademik yang


membina- muncul ulama2 mujtahid yang ilmu tinggi
• Mereka tidak tegar atau jumud dalam mengeluarkan hukum
• Sebarang masalah fiqh diteliti dan dianalisa secara objektif dan penyelesaian
diperoleh berdasarkan dalil yang ada
• Contoh : perbezaan pandangan antara Imam Abu Hanifah dan muridnya (Abu Yusuf,
Muhammad & Zufar mengenai isu minuman yang memabukkan) diterima dan
diaplikasi dimana perlu
• Perbincangan dan perdebatan ilmiah di kalangan para ulama berjaya
memperjelaskan isu-isu penting dalam fiqh dan menyingkirkan kesilapan terdahulu
Faktor-faktor yang Membawa kepada Zaman
Kegemilangan Fiqh Islam

5. Pembukuan dan penyusunan Sunnah

• Para ulama mewujudkan klasifikasi hadith untuk mengenal pasti hadith yang
sahih, hasan, dan da’if disamping beberapa kategori lain lagi
• Perkembangan ilmu hadith membantu pembinaan hukum-hukum dalam Islam
• Imam Malik bin Anas menyusun sebuah kitab Hadith bertajuk Kitab Al-Muwatta’
Faktor-faktor yang Membawa kepada Zaman
Kegemilangan Fiqh Islam

- Terdapat 3 peringkat pembukuan hadith:

i) Pengumpulan hadith yang dibuat pada zaman Khalifah Umar bin


Abdul Aziz (Bani Umayyah) :-
 Beliau telah meminta Abu Bakar ibn Muhammad ibn Amru ibn Hazm untuk
melakukannya
 Imam Ibnu Syihab al-Zuhri dianggap orang yang pertama menyusun hadith
 Penyusunan hadith berlaku dengan meletakkannya dalam beberapa bab berasingan
 Hadith yang disusun bercampur antara pandangan Sahabat serta fatwa TAABI’IN
Faktor-faktor yang Membawa kepada Zaman
Kegemilangan Fiqh Islam
ii) Berlaku pada akhir kurun ke-2H – penyusunan hadith berdasarkan
kaedah musnad:-

 Kaedah musnad : pengumpulan hadith berdasarkan apa yang diriwayatkan


daripada Nabi Muhammad SAW
 Penyusunan hadith berdasarkan kaedah musnad tidak mengasingkan hadith
mengikut bab tertentu
 Kaedah musnad memudahkan para ulama pada waktu itu mencari hadith yang
diriwayatkan oleh perawi tertentu
 Contoh musnad yang terkenal : Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal yang
mengandungi 300,000 hadith yang diperolehi daripada 700 orang sahabat
Faktor-faktor yang Membawa kepada Zaman
Kegemilangan Fiqh Islam
iii) Berlaku pada pertengahan kurun ke-3H sehingga penghujung zaman
tadwin

 Ahli hadith bukan sahaja menyelidik matan hadith yang diterima malah mengkaji
kesahihan perawi dan sanad
 Ulama hadith meletakkan syarat tertentu dalam penerimaan hadith
 Ada syarat yang disepakati & ada yang bercanggah antara mereka
 Hadith disusun menurut bab fiqh, tidak bercampur aduk sebagaimana kaedah musnad
Ulama-Ulama Hadith pada
Zaman Kegemilangan Fiqh

Contoh ulama hadith:


1. Imam Bukhari (Muhammad ibn Ismail al-Bukhari) karyanya
adalah kitab Jami’ Sahih Al-Bukhari.
2. Imam Muslim (Muslim ibn al-Hajjaj al-Naisaburi) karyanya adalah
kitab Sahih Muslim.
3. Ibnu Majah karyanya adalah Sunan Ibnu Majah.
4. Abu Dawud (Abu Daud Sulaiman ibn Asy’ath al-Sijistani )
karyanya adalah Sunan Abu Dawud.
5. Imam Tirmizi (Abu Isa Muhammad ibn Isa Al-Salmi Al-Tirmizi )
karyanya adalah Sunan At-Tirmizi.
6. Imam Nasa’i dan karyanya adalah Sunan An-Nasa’i.
Faktor yang Membawa kepada Zaman
Kegemilangan Fiqh Islam
6. Pembukuan dan penyusunan ilmu fiqh dan usul fiqh

• Para ulama meletakkan metodologi fiqh yang khusus


• Ilmu fiqh dibahagikan kepada usul dan furu’
• Sumber perundangan Islam dikenal pasti
• Kesan penyusunan ilmu usul fiqh membawa kepada kemunculan metodologi istinbat
hukum dan penetapan dasar-dasar dalam berijtihad
Kitab-kitab fiqh banyak ditulis pada zaman ini
Mazhab fiqh memperlihatkan pandangan para ulama dalam masalah fiqh
Keseragaman metodologi yang digunakan dalam memahami syariah dan kaedah
mengeluarkan hukum daripada nas
Ulama-Ulama Fiqh dan Tasawwuf pada Zaman
Kegemilangan Fiqh
1. Imam Abu Hanifah karyanya Fiqhu Akbar, Al-Alim Wal
Musta’an dan Al-Masad.
2. Imam Malik karyanya Kitab Al-Muwatta’ dan Al-Usul
As-Saghir.
3. Imam Syafi’e karyanya Al-Umm, Al-Isyarah, dan Usul
Fiqih.
4. Imam Ahmad Ibnu Hambal, karyanya Al-Musnad,
Jami’ As-Saghir, dan Jami’ Al-Kabir.
5. Imam Gazali karyanya Ihya Ulumuddin
6. Syihabuddin karyanya Awariful Ma’arif.
7. Al-Qusyairi karyanya Risalatul Qusyairiyah.
Ilmuan Islam yang lahir pada zaman
pemerintahan Bani Abbasiyah
•Antara tokoh2 ilmuan Islam terkenal:
• Ibnu Sina (Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina) dan Ar-Razi (Abu Zakaria Ar-Arazi) – Perubatan,
farmasiutikal dan surgeri
• Al-Kindi (Abu Yusuf Ya’qub Ibn Ishaq As Sabbah Al-Kindi) – fizik dan kimia
• Al-Farabi (Abu Al-Nasr Al-Farabi) – Sains dan metafizik
• Al-Khawarizmi (Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi) – Matematik, Algebra,
Algoritma dan geometri
• Ibnu Rusyd (Abdul Walid Muhammad bin Ahmad bin Rusyd) – Falsafah dan kedoktoran
• Ibn Khaldun (Waliuddin Abddurrahman bin Muhammad bin Muhammad bin Abi Bakar Muhammad
bin Al Hasan) – Sosiologi Islam
• Al-Ghazali – Tasawwuf
• Al-Biruni (Abu Raihan Al-Biruni) –Astrologi, Astronomi dan fizik
• Al-Battani, Musa Ibrahim Al-Farazi dan Al-Farghani – Astrofizik, orbit dan planet, garis2 bumi dan
astronomi
• Imam Sibawayhi, Al-Muqaffa dan Abu Nawas – Sastera dan Nahu Arab
• Al-Mas’ud – Sejarah dan Geografi
Semua aspek ilmu dah ada dlm bani abbasiyah lagi.
Kesimpulan
Ilmu fiqh dan ilmu-ilmu dalam pelbagai bidang berkembang
dengan pesat di kalangan umat Islam pada zaman
pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah kerana polisi mereka
yang cintakan ilmu agama dan ilmu dunia serta sangat
menghormati ulama dan fuqaha’.

Cinta ilmu sahaja boleh mengembangkan ilmu.


Letakkan ilmu agama di tempat yg tingg- bani abbasiyah sbb
tu boleh memerintah hampir 500 thn

Anda mungkin juga menyukai