Anda di halaman 1dari 99

GGGA 1133

PROFESIONALISME KEGURUAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

Pendidikan di Malaysia dari 1996-2020


PENGENALAN
➢ Akta Pendidikan 1996 adalah akta yang menggantikan Akta
Pelajaran 1961
➢ Fungsi akta ialah untuk memelihara hak dan kepentingan rakyat
daripada ancaman orang lain dan salah guna kuasa oleh kerajaan.
➢ Malah, ia juga untuk menjamin hak dan pembangunan individu
➢ Selain itu, fungsi akta juga untuk mendisiplinkan individu atau
organisasi yang cuba menyeleweng atau cuba mengambil
kesempatan daripada orang lain.
Samb... Pengenalan
○ Selain itu, akta juga berfungsi untuk mengagihkan sumber tertentu secara
saksama dan adil
○ Malahan, ia juga berfungsi dalam memastikan pembangunan negara dalam
setiap bidang.
○ Akta juga berfungsi untuk meningkatkan kualiti operasi dan pembangunan
organisasi awam di Malaysia.
○ Akta ini telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agung setelah
diluluskan Parlimen pada 15 Julai 1996
○ Akta ini telah diwartakan pada 1 Ogos 1996.
○ Akta 550 telah dibahagikan kepada 16 bahagian utama dan ianya
mengandungi 156 seksyen.
Pelaksanaan Pendidikan Wajib Peringkat
Sekolah Rendah
○ Pada tahun 2002, pindaan ke atas akta pendidikan 1996 melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 pindaan seksyen 29A telah
mewajibkan pendidikan peringkat rendah bagi rakyat Malaysia yang
mencapai umur 6 tahun. Kanak-kanak yang terlibat adalah yang
dilahirkan antara 2 januari 1996 hingga 1 januari 1997 (2003) dan 2
januari 1997 hingga 1 januari 1998 (2004)
Samb...Pelaksanaan Pendidikan Wajib
Peringkat Sekolah Rendah
○ Setiap ibubapa yang berwarganegara Malaysia yang tinggal di
Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah
mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan
Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan
sebagai murid di sekolah rendah
Samb...Pelaksanaan Pendidikan Wajib
Peringkat Sekolah Rendah
○ Proses pendaftaran adalah melalui Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah serta melalui pengumuman
sekolah tentang pendaftaran

○ Prosedur
I. membuat pengesahan penempatan ke Tahun 1 di sekolah rendah
II. sekiranya penempatan sekolah anaknya tidak seperti yang dipohon. Maka
ibubapa atau penjaga boleh merujuk kepada Pejabat Pelajaran Daerah,
Jabatan Pelajaran Negeri
III. Ibubapa atau penjaga dibenarkan untuk membuat rayuan sekiranya tidak
mendapat penempatan yang dikehendaki
Samb...Pelaksanaan Pendidikan Wajib
Peringkat Sekolah Rendah
○ Ibubapa atau penjaga yang tidak mendaftarkan anak mereka akan
dikenakan penalti kerana gagal memastikan anaknya mengikuti
pendidikan wajib dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau
penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Samb...Pelaksanaan Pendidikan Wajib
Peringkat Sekolah Rendah

○ Pelaksanaan ini adalah untuk melahirkan warganegara yang


berpendidikan dan berilmu
○ Selain itu, ia juga bertujuan untuk memperkasakan institusi
pendidikan di Malaysia
Samb...Pelaksanaan Pendidikan Wajib
Peringkat Sekolah Rendah

○ Pelaksanaan tampak berjaya apabila terdapat peningkatan bilangan sekolah KPM


yang menawarkan prasekolah bertambah 2,156 (190.6%) daripada 1,131 pada
tahun 1992 kepada 3,287 pada tahun 2005.
○ Pertambahan ini menunjukkan bahawa ibubapa telah mendapat kesedaran untuk
menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan awal prasekolah.
○ Malah, kemasukan murid prasekolah juga bertambah 259.1 peratus, daripada
26,000 pada tahun 1992 kepada 93,376 pada tahun 2005.
○ Malahan, bilangan kelas prasekolah yang disediakan oleh KEMAS adalah
sebanyak 8,307,
○ Jabatan Perpaduan Negara 1,500 kelas,
○ Jabatan Agama Islam Negeri 962 kelas,
○ ABIM 788 kelas dan pihak swasta 11,000 kelas.
Samb...Pelaksanaan Pendidikan Wajib
Peringkat Sekolah Rendah

○ Peningkatan bilangan sekolah rendah pada tahun 2005 telah


dipecahkan kepada beberapa kategori dan pecahannya mengikut
lokasi dan jenis sekolah iaitu
○ 33.2 peratus sekolah terletak di bandar dan 66.8 peratus di luar
bandar.
○ Sebanyak, 29.4 peratus SK di bandar dan 70.6 peratus di luar bandar.
Samb...Pelaksanaan Pendidikan Wajib
Peringkat Sekolah Rendah
○ SJKC pula ialah 49.5 peratus di bandar dan 50.5 peratus di luar
bandar.
○ SJKT dengan peratusan 32.2 peratus di bandar dan 67.8 peratus di
luar bandar.
○ untuk bilangan Sekolah Kurang Murid yang menerima kemasukan
kurang daripada 150 orang murid berjumlah 2,529 atau 33.3 peratus
daripada jumlah sekolah rendah pada tahun 2005 yang mana 89.4
peratus daripadanya terletak di luar bandar
Samb...Pelaksanaan Pendidikan Wajib
Peringkat Sekolah Rendah

○ kemasukan murid telah bertambah 28.2 peratus, daripada 2.45 juta


pada tahun 1990 kepada jumlah 3.14 juta pada tahun 2005.
○ Pertambahan hampir 69 juta dalam tempoh 15 tahun.
○ Hal ini, membuktikan bahasa pelaksanaan mewajibkan pendidikan
untuk sekolah rendah mendapat sambutan dan berjaya dilaksanakan
Samb...Pelaksanaan Pendidikan Wajib
Peringkat Sekolah Rendah
○ Selain itu, bilangan guru sekolah rendah juga bertambah ekoran
daripada pertambahan bilangan murid sekolah rendah
○ bilangan guru bertambah sebanyak 58.6 peratus, daripada 120,025
pada tahun 1990 kepada 190,336 pada tahun 2005.
Samb...Pelaksanaan Pendidikan Wajib
Peringkat Sekolah Rendah
Dasar Wawasan Negara (2001-2010)
○ negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi,
liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT).
○ Negara kita juga menghadapi cabaran untuk membangunkan
ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi (Mohd Nasir et al,
2006).
Samb... Dasar Wawasan Negara (2001-2010)
○ Menurut Hasnah (2000), k-eknomi adalah pendekatan yang
menggunakan pengetahuan dan maklumat untuk meningkatkan
aktiviti ekonomi seperti pengeluaran barangan, penyelidikan dan
pemasaran
○ K-ekonomi atau ekonomi berasaskan pengetahuan adalah satu term
baru yang akan membuat sesiapa saja berfikir, maka tidak terkecuali
juga para pelajar diperingkat sekolah.
Samb... Dasar Wawasan Negara (2001-2010)

○ Menurut Hasnah (2000), k-eknomi adalah pendekatan yang


menggunakan pengetahuan dan maklumat untuk meningkatkan
aktiviti ekonomi seperti pengeluaran barangan, penyelidikan dan
pemasaran
○ K-ekonomi atau ekonomi berasaskan pengetahuan adalah satu term
baru yang akan membuat sesiapa saja berfikir, maka tidak terkecuali
juga para pelajar diperingkat sekolah.
Samb... Dasar Wawasan Negara (2001-2010)
○ KPM telah menyediakan program pembangunan pendidikan yang
dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT,
berkemahiran dan berakhlak mulia.
○ masa depan negara adalah bergantung kepada generasi yang
berpendidikan dan luas ilmu pengetahuan
Samb... Dasar Wawasan Negara (2001-2010
○ Dunia pendidikan pada hari ini yang akan menentukan keberjayaan
negara kita di mata dunia kelak.
○ Maka, wawasan negara yang menitikberatkan pengetahuan ekonomi
ke atas pelajar di sekolah
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
○ PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003 secara berperingkat dimulai dengan
Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 rendah. Untuk menjayakan projek ini,
sekolah dibekalkan dengan komputer riba, Projektor LCD, skrin, troli, TV dan
pencetak.
○ Pelaksanaan PPSMI yang dihasil bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia
ke-4 iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad pada 19 Julai 2002. PPSMI telah
dilaksanakan secara berperingkat dari peringkat sekolah rendah sehingga ke
peringkat sekolah menengah.
○ Pelaksanaan PPSMI adalah untuk membangunkan sumber tenaga manusia bagi
mencapai taraf negara maju yang dapat bersaing di dalam era globalisasi.
○ PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003 secara berperingkat dimulai dengan
Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 rendah.
○ Secara umumnya, PPSMI telah membelakangkan bahasa ibunda iaitu bahasa Malaysia
sebagai bahasa Kebangsaan dalam pembelajaran kerana ia mengutamakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa utama dalam pembelajaran bagi mata pelajaran sains dan
matematik.
○ Ini bertentangan dengan apa yang telah tertulis pada Akta Pendidikan 1996. Bahasa
Malaysia perlu diutamakan dan dimartabatkan sebagai bahasa ilmu yang mana ia
dijadikan sebagai bahasa pengantar di negara Malaysia sejajar dengan Seksyen 17(1)
Akta Pendidikan 1996 yang mana Bahasa Kebangsaan adalah sebagai bahasa pengantar.
○ Dalam Akta Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 17(1) menyatakan bahawa bahasa
Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa adalah menjadi
keutamaan dalam pendidikan bahasa Kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar dan
digunakan dalam pembelajaran. Perlu difahami, bahasa ibunda ialah cara terbaik bagi
sesebuah bangsa yang bertamadun mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan.
○ Sepanjang PPSMI dilaksanakan terdapat banyak kritikan yang disuarakan oleh pelbagai
pihak termasuklah oleh pihak yang paling lantang dalam isu ini iaitu Gerakan
Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hasan dan
Datuk Dr. Hassan Ahmad yang mengecam dasar PPSMI.
○ Kritikan GMP terhadap dasar PPSMI adalah atas beberapa alasan bahawa antaranya
adalah perlaksanaan PPSMI adalah bercanggah dengan undang-undang di bawah
Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996(550), pelaksanaan PPSMI akan
mengancam Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu dalam jangka
masa yang panjang dan pelaksanaan PPSMI menggelapkan masa depan pelajar sekolah
luar bandar dalam bidang sains dan teknologi.
○ Selain itu, terdapat kajian menunjukkan bahawa kemerosotan ketara kedudukan Malaysa
dalam kajian antarabangsa ‘Trends in Mathematics and Science Study 2007’ yang turun
ke tangga 21 daripada tangga ke 20 pada tahun 2003 bagi mata pelajaran Sains.
Manakala untuk mata pelajaran Matematik, kedudukan murid Malaysia juga telah
merosot daripada tangga ke 10 pada tahun 2003 ke tangga ke 20 pada tahun 2007.
○ Ini telah membuktikan kekurangan pelaksanaan PPSMI dalam pendidikan.
Selepas mengambil kira beberapa pandangan pelbagai pihak, dan juga
selepas melihat keputusan kajian secara terperinci yang telah dilakukan
berkaitan dengan kesan PPSMI, pemansuhan PPSMI diumumkan oleh Tan
Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Menteri Malaysia juga Menteri Pelajaran
Malaysia di Putrajaya pada 8 Julai 2009.
○ Hal ini disebabkan oleh desakan pihak tertentu meminta supaya PPSMI
dimansuhkan. Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) secara rasminya telah diumumkan pemansuhannya
berkuatkuasa pada 2012.
Objektif PPSMI
○ Objektif pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah untuk mencapai taraf
negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan supaya dapat
bersaing dalam era globalisasi.
○ Penguasaan bahasa Inggeris adalah amat penting dalam menghadapi
cabaran globalisasi dan ledakan maklumat masa kini. Bahasa Inggeris juga
merupakan bahasa ilmu dan komunikasi yang amat penting bagi
memudahkan kita berdaya saing di peringkat antarabangsa.
○ Matematik dan sains adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan
penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
dapat memudahkan perolehan ilmu kerana kebanyakan asas istilah-istilah
sains dan matematik adalah berasal dari Bahasa Inggeris
○ Di samping itu, pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini
berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan
dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.
Sejarah Pelaksanaan PPSMI
○ Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara
berperingkat bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan
perintisnya adalah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah
dan Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah
Menengah.
○ Pelaksanaan sepenuhnya PPSMI adalah pada tahun 2007 untuk peringkat
Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah adalah tahun
2008.
○ Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah untuk
melaksanakan PPSMI dengan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
dalam dwibahasa dari tahun 2003 hingga 2007
Langkah-langkah dalam PPSMI
1. Mengadakan kelas tambahan secara percuma
2. Latihan Guru
3. Bahan Pembelajaran
4. Perisian Pengajaran
1. Mengadakan Kelas Tambahan Secara Percuma
○ Pihak sekolah boleh mengadakan kelas tambahan untuk subjek
Matamatik dan Sains yang diajar dalam Bahasa Inggeris secara
percuma.
○ kelas tambahan ini boleh meningkatkan kefahaman dan ilmu pelajar
dalam Sains dan Matamatik dan juga boleh memantapkan lagi
Bahasa Inggeris mereka.
2. Latihan Guru
○ Latihan guru haruslah dilaksanakan secara berterusan melalui usaha-
usaha yang lebih teratur dan bersistematik untuk meningkatkan
kualiti guru.
○ Bagi meningkatkan kemahiran guru dalam Bahasa Inggeris,
penggunaan pelbagai strategi dan pendekatan yang sesuai dan terbaik
serta penggunaan kemudahan ICT (teknologi maklumat dan
komunikasi) haruslah dipergiatkan.
3. Bahan Pembelajaran
○ Membekalkan kepada setiap sekolah dengan bahan pembelajaran
untuk digunakan sebagai bahan bantu pembelajaran dan rujukan guru
serta untuk ulangkaji pelajar.
○ Bahan-bahan tersebut adalah perisian interaktif, rancangan TV
Pendidikan dan buku bacaan tambahan
4. Perisian Pengajaran
○ Perisian pengajaran ini adalah perisian multimedia dalam bentuk
cakera padat (CD) yang boleh digunakan oleh guru untuk
menyampaikan pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris
dengan sepenuhnya serta dengan berkesan dalam bilik darjah
○ Perisian pengajaran ini juga mengandungi pelajaran yang lengkap
untuk mata pelajaran yang berkenaan serta mengikut sukatan
pelajaran sepenuhnya
Pemansuhan PPSMI
○ Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) secara rasminya telah diumumkan pemansuhannya
berkuatkuasa pada 2012.
○ Pemansuhan tersebut diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Timbalan Menteri Malaysia juga Menteri Pelajaran Malaysia di
Putrajaya pada 8 Julai 2009. Hal ini disebabkan oleh desakan pihak
tertentu meminta supaya PPSMI dimansuhkan.
PROGRAM J-QAF
○ Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi
memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila
amat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003).
○ Program j-QAF merupakan program sokongan kepada peningkatan pendidikan Islam.
Ia bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam (PI) yang sedia ada dengan
memberi penekanan khusus kepada pengajaran dari aspek penulisan Jawi, al-Quran,
Bahasa Arab dan Fardu Ain.
○ Program j-QAF ini dapat diklasifikasikan sebagai aktiviti Kokurikulum yang mana ia
adalah wajib bagi murid-murid sekolah rendah untuk menyertainya bagi tujuan untuk
membantu perkembangan murid dengan sepenuhnya, menanam dan mempertingkatkan
nilai moral serta menyampaikan ilmu pengetahuan.
○ selaras seperti mana termaktub di dalam Seksyen 18 di bawah Akta Pendidikan
1996 (Akta 550) yang mana ia menegaskan bahawa pelaksanaan Kokurikulum
Kebangsaan di sekolah kebangsaan atau bantuan kerajaan adalah wajib.
○ Dengan demikian,oleh kerana kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada
Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaanya di sekolah kerajaan atau bantuan
kerajaan juga adalah wajib. Pelaksanaan Program j-QAF adalah keperluan yang
mewajibkan setiap murid islam di sekolah rendah untuk mengikuti Kokurikulum
tersebut.
○ Tujuan utama program j-QAF dilaksanakan adalah supaya setiap murid
berkemampuan membaca dan menulis jawi, setiap murid dapat khatam al-Quran
sebelum tamat darjah enam, murid dapat menguasai asas bahasa Arab serta
mampu mengetahui hukum-hukum asas Fardhu Ain dan menghayatinya dalam
kehidupan seharian.
○ Ia juga merupakan salah sau usaha pemantapan dan pemerkasaan yang perlu
dilakukan dari masa ke semasa bagi bertujuan untuk memastikan program j-QAF
menjadi faktor penyumbang kepada pembangunan integriti national.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010
○ Dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sitem
pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.
○ PPIP dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah
Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya.

Matlamat PIPP:-
• untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua
○ Terdapat dua pendekatan utama yang dikenal pasti dalam
PPIP iaitu:
1. Pendekatan pertama:
➢ Menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan
kesamarataan peluang pendidikan
2. Pendekatan kedua:
➢ Kecemerlangan institusi Pendidikan
Pendekatan pertama
○ Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama
tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, Orang asli dan suku
minoriti lain
○ Memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira (3M) dan tidak ada yang tercicir daripada sistem pendidikan
akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.
○ Perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk
memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada
internet.
Pendekatan Kedua
○ KPM akan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai
tahap cemerlang (mengekalkan kecemerlangan dan mampu
mempertingkatkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi).
○ KPM akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster seperti Sekolah
Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Berasrama
Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah
Bestari serta sekolah-sekolah Putrajaya dan Cyberjaya.
Teras Strategik PIPP
○ 6 teras strategik telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem
pendidikan negara.
○ PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras utama iaitu:
1. Membina negara bangsa
2. Membangunkan modal insan
3. Memperkasakan sekolah kebangsaan
4. Merapatkan jurang pendidikan
5. Memartabatkan profesion keguruan
6. Menaikkan kecemerlangan institusi pendidikan
1. Membina Negara Bangsa
○ KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal,
patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian
bangsa.
○ Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi
melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan
liberalisasi mengikut acuan tempatan
○ Fokus utama dalam membina negara bangsa adalah mencakupi usaha-usaha seperti:
➢ memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan
➢ integrasi nasional dan bahasa ilmu.
➢ Memupuk kecintaan terhadap seni warisan dan budaya bangsa
➢ memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran
kehidupan
2. Membangunkan Modal Insan
○ Pembangunan modal insan bertujuan bagi memastikan anak bangsa Malaysia
mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga
dalam pelbagai jenis pekerjaan
○ Para pelajar dilengkapkan dengan kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan dengan
menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir
secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin
berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
○ Modal insan yang ingin dilahirkan akhirnya berupaya untuk berfikir kreatif dan kritis,
berkemahiran menyelesaikan masalah dan berkeupayaan mencipta peluang-pelung baru,
mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia
global yang sering berubah-ubah.
○ Untuk mencapai dasar dan matlamat ini, pembangunan modal insan fokus
dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) iaitu:
1. Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran.
2. Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan keterampilan
3. Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan
pelajar
4. Memantapkan program kokurikulum dan sukan
3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
○ Tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah
Menengah.
○ (SK) adalah penting dalam memainkan peranan sebagai tapak untuk
menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat
awal persekolahan.
4. Merapatkan Jurang Pendidikan Di Luar Bandar
○ PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan
membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di
seluruh negara.
○ Ia juga fokus kepada peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan
risiko keciciran pelajar.
○ Tumpuan akan diberikan kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan
Sarawak. KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang
pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, TV, makmal
Ciri-ciri (SK) perkasa antaranya adalah:-

▪ Infrastruktur lengkap dan berkualiti


▪ Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai
3M.
▪ Beraspirasi nasional
▪ Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil
▪ Pencapaian akademik cemerlang
▪ Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi
▪ Iklim dan budaya sekolah yang sihat
▪ Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan
5. Memartabatkan Profesion Perguruan
○ Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau
institut pengajian tinggi akn diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman
dahulu tanpa sebarang pengecualian.
○ KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus
kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah
guru dan kemudahan asas yang sempurna.
○ Guru tugas-tugas khas akan menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010
dilaksanakan sepneuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan
seperti mewujudkan laluan pantas
6. Melonjakkan kecemerlangan institut
pendidikan
○ Untuk melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem
pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian
dan penanda aras yang lebih tepatserta bersesuaian dengan ciri dan keperluan
kluster insitus pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus masing-masing.
○ Ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan
negara serta untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan.
○ Bagi skeolah-sekolah yang terpilih, fokus akan diberikan kepada perkara-perkara
berikut:
○ Memastikan kepimpinan teguh dan berkesan
○ Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi
RUMUSAN PIPP 2006-2010
○ PIPP adalah panduan kepada seluruh warga KPM agar dapat
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing secara
terancang, terarah dan berfokus
○ PIPP penting kerana ia menyediakan asas yang kukuh untuk
melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi
dan menjadikannya bertaraf
Transformasi pendidikan
• RMK-11 mencapai negara maju merupakan rancangan 5 tahun terakhir bagi
mencapai wawasan 2020 maju dalam semua aspek.
• Pendidikan adalah satu elemen yang sangat penting dalam pembangunan peribadi
seseorang insan, malah ia merupakan penyumbang utama kepada pembangunan
modal sosial dan ekonomi dalam melahirkan sesebuah negara maju.
• Tujuan ini bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi era globalisasi
dan seiring dengan negara maju.
• Transformasi kurikulum adalah proses melakukan satu bentuk perubahan yang
holistik dalam sistem pendidikan berdasarkan kurikulum yang telah sedia ada.
Samb..
• Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi
memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan
pendidikan global.
• Perubahan yang dimaksudkan bukan hanya sekadar menambah bilangan
kakitangan serta kemudahan, tetapi dalam memahami dan meningkatkan
dinamik proses pengajaran dan pembelajaran.
• Selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang menggariskan mengenai
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.
Pelan Pembangunan Pendidikan MalAysia 2013-2025
(PPPM)

• Pelan yang bercita-cita tinggi untuk merealisasikan visi dalam


meletakkan sistem pendidikan berprestasi tinggi dalam tempoh 13
Apa itu tahun melalui usaha bersepadu dan komitmen semua pihak yang
PPPM? berkepentingan.

• Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil kira


Bagaimana secara objektif pencapaian lampau dan telah membuat
PPPM
penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi
dihasilkan?
memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding
dengan pendidikan global.
Memahami prestasi dan cabaran semasa
Sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan meningkatkan standard (kualiti),
merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan
sistem

Ob
jek Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas
tif
PP Memastikan pencapaian murid dalam sistem pendidikan dapat direalisasikan pada tahun 2025.

PM

Menggariskan program tranformasi sistem pendidikan


membolehkan sistem transformasi pendidikan memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong
transformasi perkhidmatan awam.
Aspirasi pendidikan malaysia
• Aspirasi pendidikan Malaysia perlu didasari bagi merealisasikan hasrat kerajaan ke arah
sebuah negara maju.
• Era globalisasi menuntut individu berbakat di Malaysia bersaing dengan mereka yang terbaik
di peringkat antarabangsa.
• Dalam melahirkan bakat yang kompetitif di peringkat global, Malaysia perlu mempunyai
sistem pendidikan yang mampu berdaya saing.

Aspirasi untuk menjayakan transformasi sistem pendidikan

1) Aspirasi sistem pendidikan 2) Aspirasi setiap murid


5 aspirasi sistem pendidikan

6 aspirasi setiap murid


11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM
PENDIDIKAN
ANJAKAN 1: MENYEDIAKAN  KESAMARATAAN AKSES
KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF
ANTARABANGSA

- Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik, dan sains dengan standard antarabangsa
- Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu dan semakan semula Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2017
- Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi
pada tahun 2016.
- Meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dan meningkatkan kadar enrolmen kepada 100% menjelang 2020.
- Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada usia 6+; disokong dengan program
pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagai persediaan untuk pekerjaan
- Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid berkeperluan khas.
11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM
PENDIDIKAN
ANJAKAN 2: MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN
DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BERBAHASA INGGERIS

- Memperkenalkan kurikulum bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah


dengan menyediakan program pemulihan intensif pada peringkat lebih awal untuk
membantu murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas peralihan
- Memperluaskan program LINUS supaya meliputi literasi bahasa Inggeris.
- Meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi
pendedahan terhadap bahasa Inggeris.
- Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang tahun 2025
11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM
PENDIDIKAN
ANJAKAN 3: MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN
PENGHAYATAN NILAI.

- Memperkukuh pendidikan sivik dengan menjadikan khidmat masyarakat sebagai


prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017
- Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberikan lebih fokus ke atas teras
nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017
- Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid
dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform.
- Mengukuh dan memperluaskan program RIMUP mulai tahun 2016 untuk memudah cara
interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosioekonomi.
11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM
PENDIDIKAN
ANJAKAN 4: TRANSFORMASI KEGURUAN SEBAGAI
PROFESION PILIHAN

- Mengetatkan syarat lantikan guru mulai tahun 2013 dalam kalangan dalam kalangan 30% graduan
terbaik.
- Meningkatkan kualiti Pembangunan Profesionalisme  Berterusan (CPD) mulai tahun 2013 dengan lebih
tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah.
- Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran pengajaran mulai tahun 2013 dengan
mengurangkan beban tugas pentadbiran.
- Mengukuhkan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai tahun 2016.
- Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus
menjelang tahun 2016.
- Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses persijilan mulai tahun
2025.
11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM
PENDIDIKAN
ANJAKAN 5: MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI
TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH

- Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompensi dan


memperkukuh proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar
mulai tahun 2013.
- Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua/guru besar mulai tahun
2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi
menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta lebih
akauntabiliti terhadap  meningkatkan keberhasilan murid
11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM
PENDIDIKAN
ANJAKAN 6: MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK
MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN
KEPERLUAN

- Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan


dipimpin PPD di semua negeri menjelang tahun 2014.
- Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti
pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan
sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar
- Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang tahun 2015
bermula dengan Sabah dan Sarawak.
11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM
PENDIDIKAN
ANJAKAN 7: MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN
KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA

- Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1Bestari


Net bagi semua 10,000 buah sekolah menjelang tahun 2013.
- Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula
dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata
pelajaran kritikal tahun 2013.
- Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pendidikan jarak jauh dan berasaskan kendiri
untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus
11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM
PENDIDIKAN
ANJAKAN 8: MENTRANSFORMASI  KEBOLEHUPAYAAN DAN
KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

- Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap
bajet dan personel, serta meningkatkan akauntibiliti bagi KPI mulai 2013.
- Sekurang-kurangnya 2500 lagi personel daripada Kementerian dan JPN ditempatkan
ke PPD untuk menyokong sekolah pada tahun 2014.
- Memperkukuhkan kebolehupyaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan
utama mulai 2013.
- Memperkukuhkan fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai
tahun 2016.
11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM
PENDIDIKAN
ANJAKAN 9: BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI
DAN SEKTOR SWASTA SECARA
MELUAS
- Melengkapkan ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka
melalui sarana sarana pelibatan ibu bapa dan akses secara atas talian
kemajuan anak-anak di sekolah. (SAPS)
- Menggalakkan pelibatan PIBG dengan menyediakan input mengenai
kurikulum dan kualiti guru mulai tahun 2016.
- Memperluas model Sekolah Amanah sebanyak 500 buah sekolah
menjelang tahun 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO
yang berpotensi untuk membiayainya.
11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM
PENDIDIKAN
ANJAKAN 10: MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID
BAGI SETIAP RINGGIT

- Mengaitkan setiap program bagi memkepada keberhasilan murid adalah


jelas dan merasionalisasikan program berimpak rendah pada setiap tahun
selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan kearah Bujet Berasaskan
Keberhasilan (OBB).
- Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi  dengan mengagihkan
peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran
guru dan latihan.
11 ANJAKAN TRANSFORMASI SISTEM
PENDIDIKAN
ANJAKAN 11: MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK
AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG

- Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif


Pelan Pembangunan Pendidikan mulai tahun 2013.
- Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025
bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan
memasukkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan mengambil
kira perkembangan persekitarannya.
3 GELOMBANG PELAKSANAAN PPPM

Gelombang 2
(2016-2020)
• Pemecutan
penambahbaikan Gelombang 3
sistem (2021-2025)
• Gerakan ke arah
kecemerlangan
Gelombang 1
(2013-2015)
• Perubahan
sistem
Gelombang 1 (2013-2015)
• Gelombang 1 (2013-2015) adalan memberi penekanan kepada usaha
memperbaiki sistem dengan perubahan kaedah pelaksanaan program.

• Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah


peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia
ada, meningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.

“Menjelang akhir Gelombang 1, kementerian akan memastikan semua


guru,pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang
dihasratkan.” (KPM,2013)
Gelombang 2 (2016-2020)
• Dalam Gelombang 2 (2016-2020), kementerian melaksanakan
perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan
penambahbaikan kepada semua inisiatif yang bermula semasa
Gelombang 1.

• Kurikulum standard sekolah rendah dan menengah yang disemak


semula juga akan diperkenal dalam usaha menangani kebimbangan
mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan
perkembangan ekonomi dunia hari ini.
Gelombang 3 (2021-2025)
• Gelombang 3 (2021-2025) akan memfokus kepada anjakan ke arah
kecemerlangan dengan peningkatan keluasan operasi (semua sekolah, guru
dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard
minimum).

• Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model


pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah
berdasarkan inovasi dalam pengajaran, dalam usaha membangunkan sistem
pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan
meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.
DASAR KPM DALAM PENDIDIKAN

NKR PAV
A
MBMMBI

PBS
KPM

1M1S KSSR

KSSM
1BestariNet
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) &
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
• Transformasi kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah merupakan penyusunan semula dan
penambahbaikan kurikulum persekolahan yang telah sedia ada.

• KSSR telah pun bermula pada tahun 2011 manakala KSSM mula dilaksanakan pada 2017.

• Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

• Fokus transformasi kurikulum KSSR dan KSSM adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari
aspek komunikasi, kerohanian, kemanusiaan, keterampilan diri, perkembangan fizikal dan
estetika dan menguasai sains dan teknologi berpandukan 6 aspirasi murid di dalam PPPM 2013-
2025.
KSSR

KSSM
MBMMBI NKRA
• MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat mulai • NKRA ialah bidang keberhasilan utama negara atau
2011 bagi menggantikan PPSMI. National Key Results Areas.
• Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa • NKRA dalam pendidikan adalah bertujuan
kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan
perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah termampu.
membina negara bangsa untuk mencapai hasrat • NKRA terbahagi kepada 4 fokus iaitu:
1Malaysia. 1. Memperluaskan dan memantapkan
• Memperkukuh Bahasa Inggeris yang merupakan pendidikan prasekolah.
bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai 2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi.
dengan baik dan berkesan bagi membolehkan (LINUS)
penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di 3. Mewujudkan sekolah berprestasi tinggi
peringkat nasional dan global 4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan
• MBMMBI dalam pendidikan bertujuan untuk kewangan kepada kepimpinan sekolah.
mewujudkan masyarkat yang menguasai bm dan bi
dalam sistem pendidikan negara.
NKRA
Transformasi pendidikan vokasional 1M1S
• Pendidikan vokasional adalah pendidikan • Membangunkan modal insan melalui kegiatan
teknik untuk memberi persediaan kepada sukan.
pelajar sebelum memasuki sesuatu bidang • Memupuk budaya bersukan di kalangan murid
pekerjaan. sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang
• TAV diwujudkan bagi menyediakan modal mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
insan yang berkemahiran tinggi, • Memberi akses kepada semua murid untuk
kebolehpasaran dan kebolehkerjaan agar mendapat faedah dalam sukan.
sentiasa releven dalam membantu menyokong • Memberi peluang kepada murid yang berbakat
pembangunan ekonomi negara berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih
• Usaha menyediakan akses dan ekuiti tinggi.
pendidikan kepada semua murid.
Transformasi
Pendidikan
Vokasional
PBS
• Satu transforamasi dalam sistem penilaian pendidikan di Malaysia yang tidak berasaskan
peperiksaan.

• PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif
(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah.

• PBS dilaksanakan oleh guru melalui pentaksiran formatif (semasa pembelajaran) dan sumatif (di
akhir tempoh pembelajaran).

• PBS dibahagi kepada dua jenis pentaksiran:


1. Akademik – pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat.
2. Bukan Akademik – pentaksiran psikometri dan Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJK).
PEMBELAJARAN ABAD KE-21

○ Dalam menempuh era globalisasi dan permodenan, pendidikan yang bersesuaian


dengan generasi abad 21 perlu dipergiatkan bagi memenuhi keperluan dan
harapan pendidikan masa kini.
○ Kaedah konvensional "chalk and talk" semata-mata dilihat memerlukan anjakan
kepada kaedah yang lebih dinamik dan kreatif, sesuai dengan teknologi yang ada
sekarang. 
○ Pelaksanaan pengajaran berdasarkan KSSR dan KSSM adalah merupakan
penanda aras keberkesanan pendidikan abad 21 seperti yang dihasratkan
Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, selaras dengan
transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013 - 2025).
STANDARD PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Ciri-ciri pembelajaran abad ke-21
Keperluan perubahan pembelajaran
abad ke-21
Pengurusan pembelajaran abad ke- 21
Transformasi dalam pendekatan dan pedagogi pembelajaran diperlukan untuk
menghasilkan generasi yang menguasai pelbagai kemahiran dalam menghadapi
cabaran abad ke-21.
KAJIAN KES:
TRANSFORMASI KURIKULUM
❑PENGENALAN:
○ Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat
penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan
sertanding dengan pendidikan global.
○ Kurikulum sekolah rendah diberi kepercayaan dalam melaksanakan transformasi kurikulum ini. Fokus
terhadap transformasi ini adalah penambahan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang diserap
dalam standard kandungan bagi mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
○ EMK adalah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
kemahiran manakakul, kemahiran kreatif dan inovasi, berpengetahuan dalam teknologi dan maklumat
dan mempunyai elemen keusahawanan dalam diri selain daripada kemahiran membaca, menulis dan
mengira (3M), kemahiran bahasa, pengetahuan sains dan teknologi, pengetahuan mengenai
pendidikan alam sekitar, penerapan nilai murni dan semangat patriotism dan perpaduan yang telah
diaplikasikan dalam kurikulum bersepadu sekolah rendah(KBSR).
○ Maka dengan itu, Kurikulum standard Sekolah rendah diperkenalkan
(KSSR). Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
dengan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dan
penyusunan semula dilakukan kepada rekabentuk organisasi,
pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan
kurikulum di sekolah.
○ Transformasi KSSR masih mengekalkan prinsisp-prinsip KBSR iaitu
Pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,
pendidikan yang saksama untuk semua mrid dan pendidikan seumur
hidup.
OBJEKTIF KAJIAN KES
1. Mengenalpasti sejauh mana keberkesanan transformasi kurikulum
sekolah rendah terhadap pelajar.
2. Mengenalpasti tahap kefahaman dan kesedian guru dari segi
pengetahuan mengenai transformasi kurikulum sekolah rendah.
3. Mengenalpasti cabaran guru bagi merealisasikan matlamat
transformasi kurikulum sekolah rendah.
METODOLOGI KAJIAN KES
○ Terdapat beberapa jenis instrumen digunakan untuk mengumpul
maklumat dalam penyelidikan ini. Satu daripada instrumen yang
menpunyai kaitan dengan kaedah kualitatif ini adalah menggunakan
teknik temubual. Kaedah temubual yang dijalankan secara rambang
terhadap 3 orang guru sekolah rendah seluruh di sekitar Shah Alam,
Selangor dan akan dianalisa bagi mendapatkan pandangan dan
pendapat mereka mengenai transformaasi kurikulum yang hangat
dibincangkan sekarang.
LATAR BELAKANG RESPONDEN KAJIAN
KES
○ Guru A: Guru Novis
○ Nama: Nora Adila Binti Mohammad
○ Pengalaman Mengajar: 2 tahun
○ Umur: 25

○ Guru B: Guru Cemerlang


○ Nama: Nurazizah Binti Maarup
○ Pengalaman Mengajar: 5 tahun
○ Umur: 29

○ Guru C: Guru Berpengalaman


○ Nama: Azinah Binti Mohd Yusoff
○ Pengalaman Mengajar: 15 tahun
○ Umur: 42
DAPATAN KAJIAN KES
○ Dapatan ini akan membincangkan hasil temubual pengkaji dengan 3
orang guru sekolah rendah di sekitar Shah Alam, Selangor. Temubual
ini merangkumi pendapat dan pengetahuan guru mengenai
tarnsformasi kurikulum dalam pendidikan sekolah rendah.
Soalan 1: Apakah yang cikgu faham mengenai transformasi
kurikulum yang hangat diperkatakan sekarang ini?

○ Guru A: Transformasi kurikulum merupakan suatu program yang dibentuk bagi


menaikkan taraf dan martabat sistem pendidikan Malaysia yang mana menjadikan
hasil murid lebih berpendidikan berpandanagan luas dan jauh serta berprestasi
tinggi sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
○ Guru B: Transformasi kurikulum berubah secara holistik dengan penambahbaikan
kurikulum oleh Kemeterian Pendidikan Malaysia. Penambahbaikan ini terbentuk
daripada pelaksanaan kurikulum dahulu.
○ Guru C: Tranformasi kurikulum merupakan suatu bentuk pendidikan yang
berubah dari masa ke semasa mengikut pada kesesuaian zaman dan
perkembangan ketika itu. Perubahan yang berlaku adalah bagi menambah
baikkan sistem pendidikan Negara kita.
Soalan 2: Adakah transformasi kurikulum mendatang kesan positif kepada
pelajar?
○ Guru A: Transformasi ini mendatangkan kesan positif di mana pelajar bukan sahaja diberi peluang
mengutarakan pendapat dan menguji apa yang difahami dengan membudayakan pelajar berani
bersuara dan memberi pendapat. Pelajar lebih berdaya saing dan pengembangan ilmu melalui kerja
berkumpulan dan teknologi maya juga sangat berdaya saing dan bernilai tinggi.
○ Guru B: Bergantung kepada abiliti pelajar sendiri. Kebanyakannya terdapat perubahan positif
kecuali kepada beberapa murid yang mengalami masalah pembelajaran. Proses pengajaran dan
pembelajarn melalui transformasi kurikulum lebih berfokus, mencapai objektif satu atau dua sahaja
setiap kali pengajaran dan pembelajaran. Jadi murid dapat mengulang sehingga faham.
○ Guru C: Kesan daripada transformasi kurikulum yang dilakukan adalah mengikut keadaan
perkembangan semasa. Jadi ini membantu murid untuk berfikir denga lebih baik mengikut
keadaan semasa. Tambahan pula, kurikulum sekarang menerapkan pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan murid di mana murid lebih memainkan peranan dan guru sebagai mentor.
Soalan 3: Dengan transformasi kurikulum ini peranan guru semakin
bertambah. Adakah dengan transformasi kurikulum ini mendatangkan
tekanan kepada guru?

○ Guru A: Dari sudut keperluan dan permintaan teknik pengajaran, transformasi pendidikan ini
banyak mendekatkan murid dari segi komunikasi dan sosial murid. Walau bagaimanapun, guru
perlu membahagikan lebih masa bagi menyediakan bahan dan persiapan kepada murid.
○ Guru B: Peranan guru semakin bertambah di mana guru terpaksa menggandakan masa untuk
membuat persediaan pengajaran dan pembelajaran. Data perlu diisi dalam portal dan dateline dan
perlu disimpan dalam fail khas. Ujian terpaksa dilakukan bagi mengenal pasti potensi pelajar.
Perubahan dalam penggunaan SP dan SK dan cara menulis RPH (rancangan pengajaran harian)
setiap kali usai menjalani kursus KSSR. Perubahan penggunaan fail murid, fail showcase dalam
pentaksiran PBS.
○ Guru C: Tidak dinafikan tugas seorg guru bertambah setahun demi setahun. Ini adalah kerana
tugas-tugas pengkeranian yang kadang-kadang merunsingkan. Namun seorang guru harus bijak
mengatur masa dan kerja dengan baik.
Soalan 4: Menurut pengetahuan cikgu, apa perbezaan di antara
pembelajaran KBSR dan KSSR?

○ Guru A: KBSR lebih kepada pembelajaran berasaskan guru dan pembelajaran berorentasikan
peperiksaan. KSSR pula pembelajaran lebih berasaskan pandangan dan idea daripada pelajar, penilaian
sepanjang tahun melalui eviden dan borang, pembelajaran dengan pelbagai kaedah yang lebih luas dan
pelbagai dan mengutamakan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan manaakul.
○ Guru B: Untuk pelajar yang berpotensi pelajar dapat menguasai subjek dengan baik tanpa sebarang
masalah. Untuk pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran dan lemah perlu lebih usaha dalam
menguasai 4M. Satu kelas khasA diwujudkan bagi membantu pelajar lemah untuk menguasai mata
pelajaran dan terdapat kelas pemulihan bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran.
○ Guru C: Banyak perubahan yang dilakukan dalam KSSR dalam menambah baik KBSR. Pelajar lebih
digalakkan untuk berfikir menyelesaikan masalah dan lebih banyak aktiviti berpusatkan murid dan guru
sebagi mentor. Bukan itu sahaja, pelajar dan juga guru digalakkan berinteraksi melalui media maya
seperti VLE Frog.
Soalan 5: Pada pendapat cikgu, sejauh mana keberkesanan
KSSR ini kepada pelajar.

○ Guru A: KSSR tidak menumpukan kepada satu kebolehan sahaja di mana


kepandaian hanya untuk pembelajaran teras. Ini membuka peluang murid
menonjolkan kelebihan dan kemahiran yang tinggi dan menggalakkan pemikiran
lebih luas.
○ Guru B: Pelajar dapat menguasai subjek dengan baik bagi yang berpotensi tapi bagi
pelajar yang bermasalah perlu lebiha focus dan usaha untuk menguasai 4M dan kelas
khas diwujudkan bagi membantu pelajar lemah dalam pelajaran.
○ Guru C: KSSR membantu pelajar untuk lebih aktif dalam proses pembelajaran dan
pengajaran kerana KSSR banyak melibatkan murid. Tambahan pula mereka
digalakkan berfikir aras tinggi (KBAT).
IMPLIKASI KAJIAN KES
○ Melalui transformasi kurikulum ini juga dapat melahirkan pelajar yang
berkemahiran dalam pelbagai bidang dan berkeupayaan bersaing secara sihat
dengan masyarakat luar serta dapat mengangkat nama negara di pentas dunia.
○ Transformasi kurikulum ini akan berjaya dilaksanakan jika guru sendiri jelas akan
konsep dan matlamat transformasi kurikulum ini. Pencerahan dan penerangan
yang maksismum diberikan kepada guru mengenai transformasi ini dapat
memudahkan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara
berkesan.
○ Transformasi kurikulum ini juga mendatangkan kesan yang positif dalam diri
pelajar. Pelajar dapat mengeluarkan bakat-bakat terpendam dalam diri mereka
melalui transfomasi kurikulum ini.
CABARAN DALAM MENGHADAPI TRANSFORMASI
KURIKULUM
1. Guru perlu meningkatan perkembangan profesionalisme sebagai seorang
pendidik dengan memantapkan diri dengan kelulusan atau ilmu setara dengan
era globalisasi yang dihadapi. Ini sebagai satu identiti guru dalam memberi
motivasi kepada pelajar.
2. Guru perlu menguasai maklumat yang bersifat global dengan mengemaskini
makluamt agar setara dengan perkembangan maklumat yang terkini. Guru perlu
mengetahui isu-isu semasa agar kelihatan seperti seorang ikon yang
berpengetahuan luas dan berilmu dan menggalakkan pelajar untuk bersama-
sama berkongsi maklumat yang diperolehi.
SAMB… CABARAN DALAM
MENGHADAPI TRANSFORMASI
KURIKULUM
3. Guru berperanan dalam menghasilkan modal insan yang dapat berdaya saing dalam pelbagai
bidang yang diceburi. Ini merupakan cabaran yanga agak sukar bagi seorang pendidik. Guru yang
hebat mampu melahirkan individu yang berdaya saing terutama dalam arena globalisasi yang
serba mencabar ini.
4. Guru juga perlu melaksanakan strategi pendidikan yang berkesan, kreatif dan inovatif agar apa
yang dirancang dapat dilaksanakan dengan mudah mengikut arus peredaran zaman.
5. Mempertingkatkan dan memantapkan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik dalam diri pelajar.
Cabaran era globalisasi yang banyak terdedah dengan budaya barat menjadi kerisauan dalam
keruntunhan nilai murni dan akhlak pelajar. Maka pendidikan ini perlu menerapkan aspek rohani
dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai benteng daripada pelajar terjerumus dengan anasir
negatif.
RUMUSAN
○ Tranformasi kurikulum atau perubahan kurikulum adalah suatu perkara yang memang dijangka akan
berlaku. Sejajar dengan perubahan arus permodenan negara dan persaingan globalisasi yang menuju
kearah sebuah negara maju serta mempunyai rakyat yang berpendapatan tinggi dan berkemahiran
dalam pelbagai bidang, sudah pasti sokongan yang amat kuat diperlukan dalam sistem pendidikan.
Ini kerana bagi melahirkan pelajar yang benar-benar berilmu pengetahuan dan berketrampilan
memacu kemajuan negara, mereka haruslah melalui satu sistem pendidikan yang benar-benar mantap
dari semua aspek kehidupan. Transformasi kurikulum ini juga sudah pasti mendapat peluang yang
seimbang terutamanya mereka yang kurang cemerlang dalam akademik untuk menonjolkan diri
dalam aspek kepimpinan, sahsiah diri dan komunikasi. Maka, peranan semua pihak amat penting
terutama guru yang secara terus berhadapan dengan kurikulum serta sentiasa bersedia menerima
sesuatu perubahan bagi melahirkan pelajar yang berpendidikan sejajar dengan kemajuan dan
persaingan global.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai