Anda di halaman 1dari 37

SEKTOR PERTANIAN

ISU-ISU
SEKTOR
PERTANIAN
M. Asmawi Ibrahim
FSSG
UniSZA
1 (a) Bezakan maksud sistem pertanian kebun
kecil dengan perladangan.

Pertanian kebun kecil. Sistem pertanian bukan bijirin, bersifat


separuh komersial dan campuran antara tanaman jualan dengan
tanaman untuk kegunaan keluarga. Keluasannya kurang dari 40
hektar. Tanaman utama ialah getah, kelapa sawit dan buah-buahan.

Pertanian peladangan. Pertanian ekstensif bersifat komersial


sepenuhnya, berskala besar, kos tinggi, pengurusan sistematik serta
berorientasikan pasaran dan keuntungan. Keluasannya melebihi 40
hektar. Tanaman utama ialah kelapa sawit dan getah.
1 (b) Mengapakah sektor pertanian sara diri
perlu diubah kepada sektor perladangan?

Meningkatkan produktiviti pertanian. Menukarkan


jenis tanaman kepada tanaman dagangan seperti
kelapa sawit dan getah.

Meningkatkan pendapatan petani. Aktiviti


pertanian yang dijalankan secara sistematik akan
meningkatkan pendapatan petani.
1 (c) Bagaimanakah sektor pertanian sara
diri boleh diubah kepada sektor
perladangan?

Menyatukan tanah-tanah pertanian. Saiz tanah


pertanian dapat diluaskan untuk membolehkan
aktiviti pertanian dapat diuruskan dengan sistematik.

Penggunaan teknologi moden. Penggunaan jentera


dan kaedah terbaru membantu mempercepatkan
proses pertanian.
1 (d) Jelaskan tiga sumbangan sektor pertanian
kebun kecil kepada penduduk setempat.

Membekalkan sumber makanan kepada penduduk. Penduduk mendapatkan


bekalan makanan dengan harga yang lebih murah. Contohnya sayur-sayuran
dan buah-buahan.

Menyediakan peluang pekerjaan. Penduduk khususnya dikalangan ahli


keluarga mendapat peluang pekerjaan. Dapat meningkatkan taraf hidup
penduduk di luar bandar.

Memajukan industri hiliran. Membekalkan bahan mentah khususnya untuk


IKS.
1 (e) Bagaimanakah masalah pasaran antara- bangsa
boleh menjejaskan produktiviti sektor
pertanian di Malaysia?

Ketidakstabilan harga komoditi pertanian. Harga


komoditi pertanian dipengaruhi oleh negara-
negara maju.

Persaingan dengan negara-negara pengeluar lain.


Terdapat negara pengeluar memasarkan komoditi
pertanian pada harga yang lebih rendah.
1 (f) Mengapakah pengeluaran getah asli di
Malaysia pada masa kini semakin
merosot?
Persaingan dengan getah tiruan yang dikeluarkan oleh negara maju seperti USA
dan Jepun. Getah asli mengalami ancaman lambakan (stok penimbal) di pasaran
antarabangsa yang menyebabkan harganya menurun dan menjejaskan
pengeluarannya.

Persaingan dengan negara pengeluar yang lain seperti dari Indonesia dan
Thailand yang kos pengeluarannya lebih rendah berbanding Malaysia. Kesannya
harga getah asli Malaysia lebih tinggi berbanding dengan harga getah asli Negara
lain. Ini menyebabkan pasaran antarabangsa getah asli Malaysia terjejas yang
akan menjejaskan pula pengeluarannya dalam Negara.
1 (f) Mengapakah pengeluaran getah asli di
Malaysia pada masa kini semakin
merosot?
Perubahan guna tanah yang ketara, kawasan/ ladang getah ditukar
kepada tanaman kelapa sawit yang lebih komersial atau ditukar
kepada estet perumahan yang lebih menguntungkan daripada segi
nilai hartanah.
1 (g) Bagaimanakah masalah tanah telah
menjejaskan produktiviti pertanian di
Malaysia pada masa kini?

Saiz tanah yang tidak ekonomil. Amalan pecahan


tanah pusaka menyebabkan saiz tanih semakin
kecil sehingga tidak ekonomik untuk diusahakan.

Amalan pertanian giat setempat. Tanah kehilangan


nutrient yang menyebabkan kesuburannya
menjadi semakin rendah.
1 (h) Bagaimanakah amalan pertanian masa
kini telah menjejaskan alam sekitar
fizikal setempat?
Penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan
akan menyebabkan berlaku pencemaran air. Larut resap sisa
racun dan baja atau larian air permukaan akan menyebabkan air
tercemar.

Proses membajak, mengembur, meratakan tanah akan


menyebabkan tanah terdedahkan kepada hakisan tanah dan
pergerakan jisim. Permukaan bumi akan terdedah kepada agen-
agen hakisan seperti air hujan dan air larian permukaan.
1 (i) Tunjukkan kesan negatif aktiviti pertanian
terhadap sumber air dan udara setempat.

Penyahhutanan untuk dijadikan tapak pertanian akan menyebabkan hutan primer


musnah. Kesannya kawasan tadahan air akan musnah yang akan menyebabkan
kitaran hidrologi akan terganggu. Contohnya simpanan air bawah tanah akan
berkurangan kerana kadar susupan yang rendah yang boleh menjejaskan sumber
air pada masa depan.

Kaedah tebang bakar dalam pertanian pindah/membersihkan sawah atau lading


tebu akan menghasilkan partikel terampai (PM10) dan gas tercemar.
Pertambahan PM10 akan menyebabkan berlakunya fenomena jerebu.
Peningkatan kadungan gas tercemar pula boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran udara.
1 (j) Nilaikan keberkesanan langkah perundangan di
Malaysia bagi mengurangkan kesan negatif terhadap
alam sekitar fizikal akibat aktiviti pertanian.

Langkah perundangan dalam konteks mengawal aktiviti


pertanian yang mencemarkan alam sekitar di Malaysia
kurang berkesan. Hal ini disebabkan oleh:
• Kelemahan penguatkuasaan oleh agensi pelaksana seperti Jabatan
Alam Sekitar — kurangnya pemantauan dan rondaan.
• Masalah birokrasi perundangan yang melambatkan proses dan
proseding mahkamah.
• Hukuman yang longgar seperti Benda yang terlalu kecil berbanding
dengan kesan yang berlaku.
1 (k) Bagaimanakah aktiviti pertanian di kawasan
cerun bukit boleh meminimakan kesan
hakisan cerun?

Pertanian berteres. Dapat memperlahankan larian air


permukaan yang akan memperlahankan kadar hakisan
cerun.

Tanaman tutup bumi. Pokok kekacang yang ditanam sebagai


tanaman tutup bumi dapat melindungi permukaan tanah
dari agen-agen hakisan khususnya di kawasan cerun.
1 (l) Takrifkan maksud bioteknologi.

Teknik atau proses saintifik dalam pertanian


yang menggunakan genetic/DNA benda
hidup seperti mikro organisma, haiwan dan
tumbuhan untuk menyelesaikan masalah
atau menghasilkan produk pertanian baharu
yang bermanfaat kepada manusia.
1 (m) Mengapakah bioteknologi dalam sektor
pertanian amat perlu dimajukan pada
masa kini?

Meningkatkan produktiviti/kuantiti pertanian dalam


tempoh yang singkat. Benih baka baru yang bermutu
tinggi dan cepat matang.

Meningkatkan kualiti hasil pertanian yang tahan perosak


dan penyakit. Menghasilkan benih berdaya tahan dan
mampu untuk melawan ancaman perosak dan penyakit.
2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perladangan
terhadap pembangunan sosio ekonomi
negara berkenaan. [12]

1. Menyumbang kepada pendapatan


eksport negara.
• Memperluaskan pasaran eksport dengan cara
meningkatkan daya saing produk pertanian di pasaran
antarabangsa.
• Menambahkan pendapatan eksport negara seperti
pengeksportan minyak kelapa sawit dan getah.
2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perladangan
terhadap pembangunan sosio ekonomi
negara berkenaan. [12]

2. Meningkatkan pendapatan perkapita


penduduk.
• Pertanian sebagai pekerjaan tradisi.
• Menampung permintaan buruh tempatan –
mengurangkan pengganguran dalam negara.
• Pertanian komersial/ lading – meningkatkan pendapatan
perkapita penduduk
2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perladangan
terhadap pembangunan sosio ekonomi
negara berkenaan. [12]

3. Membantu industri hiliran – industri asas tani.


• Menjana perkembangan pesat industry asas tani atau
industri hiliran yang bergantung kepada sector perladangan
sebagainbahan mentahnya.
• Contoh industri memproses dan pembuatan – berasaskan
produk kelapa sawit dan getah.
• Menggalakan kewujudan dan perkembangan IKS yang
berkaitan.
2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perladangan
terhadap pembangunan sosio ekonomi
negara berkenaan. [12]

4. Merapatkan jurang pembangunan antara Wilayah


• Mengimbangi ketidakseimbangan pembangunan desa – bander
dengan cara memperkasakan sector pertanian perladangan seperti
oleh FELDA
• Mengurangkan migrasi buruh ke kawasan bander sahaja.
• Membantu kemajuan infrastruktur – rangkaian pengangkutan,
bekalan air, elektrik, perumahan pekerja/ peneroka dan juga
kewujudan bandar baru.
2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perladangan
terhadap pembangunan sosio ekonomi
negara berkenaan. [12]

5. Menggalakkan R&D.
• Menggalakkan . Perkembangan penyelidikan dan pembangunan
(R&D) seperti melalui bioteknologi, penggunaan ICT dalam
sector perladangan.
• Memajukan teknologi dalam negara menerusi perkongsian
pintar dan penyelidikan bersama antara negara atau antara
agensi kerajaan dengan swasta – seperti teknologi
pembiakbakaan, pengawetan, penjagaan, pengurusan ladang dll.
2 (a) Jelaskan sumbangan sektor perladangan
terhadap pembangunan sosio ekonomi
negara berkenaan. [12]

6. Memajukan agensi kerajaan dan GLC.


• Memperkukuhkan semula peranan dan fungsi agensi
pertanian dalam negara – Felda, Felcra, Risda, Lembaga
Pertubuhan Peladang, Bank Pertanian, Jabatan Pertanian
dll.
• Memperkasakan GLC meialui pendekatan synergi seperti
konsortium perladangan : Sime Darby – Guthrie – Dunlop
yang menjadi syarikat perladangan terbesar di dunia.
2 (b) Sejauh manakah aktiviti pertanian telah
mencemarkan alam sekitar
fizikal di negara tersebut. [13]
1.Penggunaan racun serangga dan baja kimia secara
berlebihan
• Penggunaan baja kimia dan racun serangga yang berlebihan
kebanyakannya berlaku dalam tanaman -sayuran. Contohnya di Cameron
Highlands.
• Apabila berlaku hujan ia akan melarutresapkan sebatian kimia dari
racun dan baja yang disembur ke dalam tanah dan mengalir sebagai
aliran. air bawah tanah menuju ke sungai, tasik dan pays.
• Kesannya nilai keasidan sumber- sumber air berkenaan
akan -
meningkat yang boleh mematikan hidupan akuatik di dalamnya.
2 (b) Sejauh manakah aktiviti pertanian telah
mencemarkan alam sekitar
fizikal di negara tersebut. [13]

2.Amalan tebang bakar (pembakaran terbuka) yang mencemarkan


udara
• Kaedah yang paling mudah, murah, dan cepat yang Bering diamalkan dalam aktiviti
pertanian bagi membersihkan tapak lading ialah menerusi tebang dan bakar.
• Contohnya dalam tanaman tebu, kelapa sawit dan padi sawah di camping aktiviti
peranian pindah.
• Apabila hutan atau tapak pertanian dibakar, artikel-partiklel terampai (PM10)
dalam udara seperti debu, habuk, asap, jelaga, dan sebagainya akan dibebaskan.
• Partikel-partikel terampai ini akan terapung-apung dalam dara yang keying yang
boleh menyebabkan jerebu.
2 (b) Sejauh manakah aktiviti pertanian telah
mencemarkan alam sekitar
fizikal di negara tersebut. [13]
3. Pembuangan najis haiwan ke dalam sungai oleh aktiviti
penternakan
• Penternakan juga adalah sebahagian daripada aktiviti pertanian.
Kebanyakan pentemak khinzir secara haram di tepi sungai akan
membuang najis khinzir dan sisa-sisa ternakan khinzir yang disembelih
terns ke dalam sungai.
• Ini akan menambahkan bakteria e-Coli
dalam sungai berkenaan seterusnya memusnahkan kesemua
hidupan akuatik daiam sungai tersebut. Sungai akan berbau
busuk. Contohnya Sungai Sepang di Selangor.
2 (b) Sejauh manakah aktiviti pertanian telah
mencemarkan alam sekitar
fizikal di negara tersebut. [13]
4. Aktiviti perindustrian
• Pembuangan/ penyaliran sisa toksid (enfluen) kilang ke dalam
sungai turut mencemarkan air sungai apabila nilai BOD air sungai
meningkat. Misalnya sisa industri memproses kelapa sawit dan
getah.
• Selain itu perlepasan asap kilang yang mengandungi gas-gas
pencemar seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur
dioksida didapati telah mencemarkan udara sekitar yang boleh
menyebabkan berlakunya hujan asid.
2 (b) Sejauh manakah aktiviti pertanian telah
mencemarkan alam sekitar
fizikal di negara tersebut. [13]
5. Aktiviti pengangkutan.
• Pedepasan asap dan gas dari kenderaan didapati menjadi punca utama yang
mencemarkan udara di Bandar-bandar besar di Malaysia khususnya di Kuala
Lumpur.
• Gas karbon monoksida dibebaskanmelalui ekzos kenderaan
apabilaberlakunya
pembakaran bahan apiyang tidak lengkap.
• Selain itu sumber kenderaan juga menyebabkan pencemaran bunyi/ bunyi bising
dalam Bandar.
• Manakala pengangkutan air seperti kapal tangka dan kargo boleh mencemarkan air
laut apabila berlakunya pembuangan enap cemar atau tumpahan minyak mentah
ke laut akibat perlanggaran kapal-kapal tangki berkenaan.
2 (b) Sejauh manakah aktiviti pertanian telah
mencemarkan alam sekitar
fizikal di negara tersebut. [13]
5. Aktiviti pengangkutan.
• Pedepasan asap dan gas dari kenderaan didapati menjadi punca utama yang
mencemarkan udara di Bandar-bandar besar di Malaysia khususnya di Kuala
Lumpur.
• Gas karbon monoksida dibebaskanmelalui ekzos kenderaan
apabilaberlakunya
pembakaran bahan apiyang tidak lengkap.
• Selain itu sumber kenderaan juga menyebabkan pencemaran bunyi/ bunyi bising
dalam Bandar.
• Manakala pengangkutan air seperti kapal tangka dan kargo boleh mencemarkan air
laut apabila berlakunya pembuangan enap cemar atau tumpahan minyak mentah
ke laut akibat perlanggaran kapal-kapal tangki berkenaan.
2 (b) Sejauh manakah aktiviti pertanian telah
mencemarkan alam sekitar
fizikal di negara tersebut. [13]
6. Aktiviti domestik
• Pembuangan sisa isi rumah seperti plastik, botol, sampah scrap ke dalam
sungai khususnya oleh penduduk setinggan didapati telah mencemarkan
sungai. Sebagai contoh di Sungai Gombak dan Kelang.
• Di samping itu,sisa-sisa pemiagaan seperti pemiagaan makanan/ restoran
juga dibuang ke dalam longkang dan parit yang turut mencemarkan
sumber air sungai apabila air longkang dan parit mengalir ke sungai
membawa bersama sisa-sisa berkenaan.
• Manakala aktiviti pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah
pula
mampu meningkatkan kadar pencemaran udara di sesuatu tempat.
3 (a) Jelaskan kepentingan bioteknologi
kepada sektor pertanian negara
Malaysia. [12]

1.Peningkatan produktiviti/ hasil


pertanian.
• Berupaya meningkatkan produktiviti/hasil pertanian
yang banyak dalam masa yang singkat akibat
penggunaan benih/ baka baru yang bermutu tinggi
dan cepat matang.
• Contoh benih padi sawah, getah dan kelapa sawit.
3 (a) Jelaskan kepentingan bioteknologi
kepada sektor pertanian negara
Malaysia. [12]
2. Hasil pertanian lebih berkualiti.
• Hasil pertanian berkualiti dan tahan lama daripada ancaman
perosak dan penyakit.
• Penggunaan benih yang berdaya tahan.
• Kerana mikrorganisma diguna untuk melawan ancaman perosak
dan penyakit.
• Contoh; betik exsotica yang mempunyai ketahanan daripada
serangan virus dan kapas Bt yang menerima gen bakteria Bacillus
Thuringiensis yang tahan daripada serangan larva serangga.
3 (a) Jelaskan kepentingan bioteknologi
kepada sektor pertanian negara
Malaysia. [12]

3. Menghasilkan pelbagai produk dan pelbagai guna.


• Melalui bioteknologi kepelbagaian produk boleh dihasilkan daripada sumber
yang sama.
• Contohnya buah tomato boleh dihasilkan daripada pokok lada, sayuran seperti
kobis pelbagai warna dll.
• Golden rice mengandungi vitamin A boleh diguna untuk mencegah penyakit
buta.
• Penghasilan insulin dari bakteria diguna untuk merawat penyakit kencing
manis.
• Kepelbagaian produk yang pelbagai guna ini boleh meningkatkan pendapatan
petani.
3 (a) Jelaskan kepentingan bioteknologi
kepada sektor pertanian negara
Malaysia. [12]

4. Mesra alam
• Produk pertanian bersih dan mesra alam kerana benih
yang berdaya tahan mengurangkan penggunaan
racun serangga.
• Membantu merawat sisa toksid dalam alam sekitar.
Contoh teknologi bioremidiasi yang menggunakan
mikro organisma untuk menutralkan keasidan tanah
pertanian.
3 (a) Jelaskan kepentingan bioteknologi
kepada sektor pertanian negara
Malaysia. [12]

5. Menjimatkan penggunaan tanah.


• Pertanian masih boleh dijalankan walaupun tanpa tanah seperti
kaedah hidroponik dan kaedah agrobio. Melalui kultur tisu
yang tidak memerlukan tanah dalam aktiviti pertanian.
• Pertanian boleh dijalankan walaupun bedainan iklim dan cuaca.
• Misalnya ladang strawberry telah diwujudkan di kawasan gurun
Arab Saudi. Bioteknologi memungkinkan kawalan suhu, air,
pengudaraan tanpa tedalu bergantung kepada faktor iklim
semulajadi.
3 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi
mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti
pertanian terhadap alam sekitar fizikal di
Malaysia. [12]
1. Langkah Perundangan
• Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mestilah dikuatkuasakan dengan lebih
efektif dan melipatgandakan usaha pemantauan oleh pihak berkuasa.
• Mengenakan denda lebih berat seperti menaikkan kadar kompaun, menarik
batik lessen operasi terhadap aktiviti pembakaran terbuka di tapak
pertanian.
• Langkah perundangan juga melibatkan laporan ElA yang mesti disediakan
oleh pengusaha yang terlibat dengan sektor pertanian secara besar-besaran
khususnya sektor perladangan. Dalam konteks ini mans-mans pengusaha
lading yang tidak dapat menyediakan laporan EIA yang lengkap perlu
dihalang daripada meneruskan aktiviti pertanian mereka.
3 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi
mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti
pertanian terhadap alam sekitar fizikal di
Malaysia. [12]

2. Amalan pengurusan yang cekap dan strategik.


• Kaedah pertanian bercampur, tanaman bergilir, dan tanaman selingan
atau tanaman luar musim diamalkan khususnya dalam sector sara did
intensif. Langkah ini penting bagi menjamin keseimbangan nutrient tanah
dapat dipelihara dan dipulihara di samping merehatkan tanah.
• Kaedah tanaman tutup bumfatau menanam pokok
pelindungdilakukan di sesuatu kawasan tanah yang bare
dibuka
atau untuk proses tanam semula. Jarak masa antara
kerja-kerja
terakhir pembersihan tapak sehingga penanaman semula
dilakukan mestilah ditanami dengan
tanaman tutup bumf terlebih dahulu khususnya pokok kekacang tanpa
membiarkan tanah itu terdedah.
3 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi
mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti
pertanian terhadap alam sekitar fizikal di
Malaysia. [12]
2. Amalan pengurusan yang cekap dan strategik.
• Mengamalkan amalan pertanian berteres atau mengikut kontur, tanaman
bedalur serta membina alur dan sistem perparitan atau kawalan
pengairan di kawasan tanah pertanian. Kaedah ini boleh mengurangkan
kadar hakisan tanah di kawasan bercerun kerana ia mampu memperlahan
pergerakan lahan air permukaan serta boleh mengelakkan banjir lumpur.
• Menggunakan kaedah kawalan biotik dan tidak terlalu bergantung kepada
penggunaan racun serangga. Misalnya penggunaan burung hantu, helang, dan ular
untuk mengawal tikus di kawasan sawah padi atau di kawasan ladang
kelapa sawit.
• Penggunaan baja kompos atau baja organic bagi menggantikan sesetengah baja
terutama
kimia dalam perkebunan sayuran.Di samping itu menggantikan kaedah tebang
dan baker kepada kaedah tebang dan reput.
3 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil bagi
mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti
pertanian terhadap alam sekitar fizikal di
Malaysia. [12]
3. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar
• Menganjurkan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar
kepada masyarakat pertanian seperti petani, pekebun, penternak, dan
pengusaha ladang.
• Langkah ini boleh dibuat menerusi pengedaran risalah, sesi
penerangan dialog, seminar forum, program gotong-royong, dan lain-lain
langkah yang difikirkan sesuai bagi menanam kesedaran dan
keperihatinan kepada alam sekitar secara berterusan.
• Langkah-langkah berkenaan boleh dijalankan secara bersepadu antara
jabatan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar, dan pihak
swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO) setempat.

Anda mungkin juga menyukai