Anda di halaman 1dari 53

JKA 101

Pengantar Antropologi Sosiologi

Kekeluargaan dan Persanakan

24/12/2023
We l e a d

Objektif Pelajaran

1.Menjelaskan tentang institusi sosial


- Pendidikan
- Keluarga
Institusi Sosial We l e a d

• Durkheim – sosiologi merupakan ilmu


yang mempelajari institusi

• Kita akan membincangkan institusi sosial


utama – ekonomi, politik, keluarga,
pendidikan, agama
We l e a d

• - unsur2 yang mengatur tingkah laku,


kelakuan, tindakan masyarakat

• - system norma-norma untuk mememuhi


keperluan masyarakat
We l e a d

- Ciri institusi sosial – norma, peraturan,

- Apakah kepentingan norma, peraturan


dalam masyarakat
We l e a d

Sosiologi pendidikan dibahagikan kpd 3


1. Makro – mempelajari hubungan antara
pendidikan dan institusi lain dalam
masyarakat – kaitan dgn ekonomi –
pendidikan formal – menyediakan
sumber tenaga kerja; kaitan dengan
politik – peranannya dalam proses
sosialisasi politik
We l e a d

• Meso – mempelajari hubungan-hubungan


dalam suatu organisasi pendidikan
• Mikro – membahas interaksi langsung
yang berlaku dalam institusi pendidikan –
mempelajari hubungan dan interaksi di
antara pelajar sekolah, sistem status yg
terbentuk
Institusi Pendidikkan We l e a d

• Institusi pendidikan formal yang terpenting


dalam masyarakat ialah sekolah – pra
sekolah – pendidikan tinggi yang bersifat
umum ataupun khusus ( sekolah agama,
kemahiran, OKU)

• Pendidikan non formal – kursus-kursus,


home schooling
Fungsi Pendidikan We l e a d

• Institusi pendidikan – fungsi manifest,


fungsi laten

• Menurut Horton dan Hunt (1984) fungsi


manifest pendidikan – mempersiapkan ahli
masyarakat mendapat pekerjaan,
kemahiran, melestarikan kebudayaan,
mengembangkan bakat
We l e a d

• Fungsi manifest terdapat dalam kurikulum


sekolah

• Fungsi laten – pergaulan, kurangnya


penglibatan orang tua, mengajarkan nilai-
nilai baru
Institusi Keluarga We l e a d

24/12/2023
Institusi Keluarga We l e a d

• Keluarga dianggap sebagai elemen


sistem sosial yang akan membentuk
sebuah masyarakat

24/12/2023
Definisi Keluarga We l e a d

George Peter Murdock Smelser


keluarga adalah satu keluarga sebagai dua atau lebih
kelompok sosial yang orang yang ada pertalian darah,
tinggal di bawah satu perkahwinan atau diambil
bumbung, mempunyai angkat atau ahli-ahli tersebut
kerjasama dalam kegiatan tinggal bersama-sama dalam
ekonomi dan menambahkan rumah yang sama
zuriat (Goode, 326)

24/12/2023
Asal Usul keluarga
We l e a d

Larangan hubungan sumbang (Incest taboo)


 Permulaan keluarga dalam tamadun manusia
berpunca daripada peraturan yang
menghalang hubungan kelamin di antara ahli-
ahli yang rapat dalam keluarga seperti ibu
bapa dengan anak atau adik dengan abang

 Larangan hubungan kelamin di antara adik


beradik atau anak dengan ibu disebut
larangan hubungan sumbang.

24/12/2023
Implikasi
We l e a d

 Manusia mengawal hawa nafsu

 Menghalang devian dalam ahli-ahli keluarga

 Larangan perhubungan kelamin di dalam satu


unit keluarga Anak lelaki dan perempuan
terpaksa mencari pasangan di luar unit keluarga
mereka

 Faedah genetik – Gregor Mendel – kajian seratus


tahun yang lampau
24/12/2023
We l e a d

Membuktikan faedah membawa darah


baru dalam sesuatu keluarga.

Perkahwinan di antara saudara mara


yang rapat menambahkan kebarangkalian
kecacatan mental dan fizikal anak

Faktor pertukaran
Pertukaran pengantin di antara dua buah
keluarga – merapatkan hubungan sosial
di antara dua keluarga tersebut
24/12/2023
We l e a d

Prinsip sah dari segi undang-undang

Tinggal bersama / fungsi perkahwinan


meletakkan seorang lelaki menjaga
seorang wanita dan anak-anaknya dan
juga meletakkan mereka dalam sistem
masyarakat.

Kebanyakan sistem keluarga, peranan


bapa menjadi penting kerana
bertanggung jawab sepenuhnya terhadap
unit keluarganya sendiri
24/12/2023
We l e a d

Tinggal bersama / fungsi


perkahwinan meletakkan seorang
lelaki menjaga seorang wanita dan
anak-anaknya dan juga meletakkan
mereka dalam sistem masyarakat.

Kebanyakan sistem keluarga, peranan


bapa menjadi penting kerana
bertanggung jawab sepenuhnya
terhadap unit keluarganya sendiri
24/12/2023
Jenis Keluarga
We l e a d

1. Keluarga Konsanguinal
Ikatan darah, hubungan dengan orangtua lebih
penting drp suami isteri – Jepun

2. Keluarga Konjugal
Pentingnya hubungan perkahwinan suami
isteri daripada orangtua

3. Keluarga Orientasi (Family of Orientation)


Keluarga orientasi ialah keluarga yang
seseorang dilahirkan
24/12/2023
We l e a d

4. Keluarga prokreasi (family of


procreation)
Keluarga prokreasi ialah keluarga yang
dibentuk seseorang dengan menikah
dan mempunyai keturunan

24/12/2023
Bentuk keluarga We l e a d

Bentuk keluarga iaitu

Keluarga asas (keluarga nuklear/nuclear


family)

Keluarga luas (extended family).

Keluarga ‘binuclear

Keluarga komunal
24/12/2023
We l e a d

• Keluarga asas (keluarga nuklear/ nuclear


family) terdiri daripada dua orang, ibu bapa
dan anak-anak sama ada anak kandung atau
anak angkat tinggal bersama di dalam rumah
yang sama. Terdapat terutamanya dalam
masyarakat moden dan industri

• sepasang suami isteri sama ada mempunyai


anak atau tidak. Keluarga asas boleh terdiri
daripada bentuk perkahwinan monogami atau
poligami yang tinggal bersama-sama
24/12/2023
Simbol We l e a d

24/12/2023
Diagram (Family Tree) Keluarga Asas
We l e a d

24/12/2023
Kelebihan keluarga asas We l e a d

Mobiliti sosial dan geografi

Privacy dan kebebasan individu

Perasaan mendalam

24/12/2023
Keluarga luas (extended family)
We l e a d

 Terdiri daripada keluarga asas, datuk,


nenek, bapa saudara, ibu saudara,
sepupu tinggal satu bumbung.

 Ketua biasanya ialah lelaki yang paling


tua dan golongan dewasa akan
bekerjasama dalam tanggungjawab
mencari rezeki dan mengasuh anak-anak

 Bentuk ini biasanya terdapat dalam


masyarakat tradisional dan pra industri

24/12/2023
Jenis Keluarga Luas We l e a d

1. Joint Family
Beberapa org adik beradik lelaki dan
keluarga tinggal serta adik beradik
perempuan yang belum menikah
tinggal bersama. Abang yang tua
menjadi keluarga setelah ibubapa
meninggal – India, Pakistan

24/12/2023
We l e a d

2. Keluarga luas virilokal


Keluarga asas dan anak lelaki dan
keluarga asas senior tinggal bersama
– Masyarakat Nias

24/12/2023
Kebaikan Keluarga Luas We l e a d

 Kecekapan keluarga adalah lebih baik kerana


bilangan ahli yang lebih ramai untuk melakukan
kerja yang berlainan
 Menjamin golongan tua dan daif dijaga dengan
sempurna
 Lebih berupaya untuk melindung diri secara
kelompok dan wujudnya perasaan stabil
 Sebaliknya keluarga asas yang terdiri daripada dua
orang dewasa dan beberapa orang anak merupakan
struktur keluarga yang tidak begitu kukuh.
24/12/2023
Diagram (Family Tree) Keluarga Luas
We l e a d

24/12/2023
Keluarga Binuclear We l e a d

Terbentuk akibat perceraian .Sebuah


keluarga asas terbahagi dua. Dengan
itu, ia mengandungi dua keluarga
asas

 Sebelah ibu (maternal nuclear family)


diketuai oleh ibu sementara keluarga
nuklear sebelah bapa (paternal family

24/12/2023
Keluarga ‘komunal’ (comunal atau
bersama) We l e a d

 Individu-individu yang tinggal bersama dan berkongsi beberapa


aspek dalam kehidupan mereka. Kadang-kadang mereka tidak
dianggap sebagai sebuah keluarga.

 Keluarga ‘gay’ atau ‘lesbian’ terdiri drp orang-orang dewasa yang


sama jati dirinya

 Lelaki bersama lelaki (gay) dan perempuan bersama perempuan


(lesbian), tinggal bersama dan berkongsi penyataan seksual dan
komitmen berkeluarga

 Selain yang tersebut diatas, terdapat juga keluarga bersekedudukan


(cohabiting family) – pasangan berlainan jantina tinggal bersama,
mempunyai anak atau tanpa anak serta berkongsi penyataan
seksual dan komitmen kekeluargaan tetapi tanpa pernikahan yang
sah
24/12/2023
Bentuk perkahwinan
We l e a d

Poligami – poligini, poliandri


Monogami
Amalan perkahwinan dalam kalangan
penganut Kristian dan Hindu ialah
monogami iaitu perkahwinan seorang
suami dan seorang isteri pada masa
yang sama

24/12/2023
Poligini (Polygyny)
We l e a d

Penganut agama islam - lelaki


dibenarkan berkahwin bentuk
poligami (polygamy) iaitu lebih
daripada satu orang isteri – poligini

24/12/2023
Poligami
(Poligini , Poliandri) We l e a d

24/12/2023
Poliandri (Polyandry) We l e a d

Bentuk perkahwinan poliandri


(polyandry) kurang diamalkan
berbanding poligini (polygyny).

Perkahwinan antara seorang


perempuan dengan beberapa orang
lelaki pada masa yang sama

24/12/2023
We l e a d

 Di Tibet – beberapa orang saudara lelaki boleh


berkahwin dengan seorang wanita, faktor ini
adalah disebabkan kekurangan tanah.

 Di kalangan orang-orang Toda di India


Selatan – pada satu ketika dahulu
mengamalkan bentuk poliandri beberapa
orang saudara lelaki berkongsi isteri – pada
hari ini bilangan wanita melebihi lelaki
bentuk perkahwinan tersebut tidak
diamalkan.
24/12/2023
Fungsi Sosial Institusi Keluarga dalam Masyarakat
We l e a d

1.Kawalan tingkah laku seksual


(pengesahan hubungan jantina)
• Setiap masyarakat mengawal tingkah laku
seksual ahli-ahlinya, walaupun cara
kawalan tersebut berbeza-beza.

• Dalam kebanyakan masyarakat, terdapat


hukum agama dan undang-undang yang
melarang perhubungan jenis di luar
kawalan perkahwinan.
24/12/2023
We l e a d

2. Menambahkan zuriat
Keluarga juga berfungsi menambahkan
bilangan ahli ke dalam masyarakat. Tidak
ada masyarakat yang boleh kekal lama
sekiranya setiap generasi tidak dapat
menambahkan ahli. Keluarga juga
menentukan peranan ibu dan bapa dalam
pengasuhan anak. Walaupun kanak-kanak
boleh dilahirkan tanpa pernikahan, keadaan
seperti ini tidak mendapat persetujuan
sepenuhnya daripada ahli masyarakat.
24/12/2023
We l e a d

3. Sosialisasi
• Proses sosialisasi bermula dalam keluarga, Anak-anak
bergantung sepenuhnya kepada kedua ibu bapa mereka
untuk mendapat makan minum, perlindungan dan kasih
sayang dan mereka mudah dipengaruhi oleh sikap ibu
bapa mereka.

• Keluarga mempunyai fungsi menyalurkan kebudayaan-


kebudayaan masyarakat kepada generasi muda seperti
nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa
masyarakat tersebut.

• Memang terdapat agen-agen sosialisasi yang lain seperti


rakan sebaya, sekolah dan media massa tetapi keluarga
adalah agen sosialisasi yang pertama dan paling
berpengaruh dalam pembentukan personaliti kanak-
kanak.
24/12/2023
We l e a d

4. Sokongan emosi
• Satu lagi fungsi penting bagi keluarga ialah memberi sokongan
emosi kepada ahli-ahlinya. Walaupun terdapat manusia yang
suka bersendirian, secara keseluruhan manusia ialah insan
yang suka berinteraksi.

• Manusia bukan sahaja memerlukan persahabatan tetapi juga


memerlukan jagaan dan kasih sayang. Memang telah diakui
bahawa manusia memerlukan kasih sayang bagi
perkembangan normal. Daripada peringkat bayi hingga ke
peringkat tua, manusaia memerlukan keluarga masing-masing
untuk mendapat kemesraan
24/12/2023
We l e a d

5. Kawalan sosial
• Ibu bapa mengajar anak-anak apa yang betul
dan membezakan dengan apa yang salah.
Setiap masyarakat memerlukan kawalan sosial
iaitu mekanisme yang menentukan ahli-ahlinya
mematuhi peraturan.

• Tanpa kawalan sosial yang berkesan, sesebuah


masyarakat akan porak peranda. Di mana
sahaja di dunia, kanak-kanak mula
mempelajari tentang peraturan daripada ibu
bapa mereka. Melalui kawalan sosial inilah,
keluarga mengekalkan rukun dan damai dalam
masyarakat.
24/12/2023
We l e a d

6. Jagaan tehadap anak


• Orang dewasa mempunyai tanggungjawab menjaga
dan mendidik kanak-kanak sehingga mereka
dewasa. Ibu bapa memberi tempat perlindungan
untuk keselamatan anak-anak kerana ini sudah
menjadi tanggungjawab mereka.
• Tidak ada institusi lain dalam masyarakat yang
melaksanakan kedua-dua fungsi melahirkan anak
dan kemudian menjaga mereka dengan sempurna
atau setakat yang boleh
24/12/2023
We l e a d

7. Kerjasama ekonomi
• Setiap keluarga memainkan peranan ekonomi.
Dalam keluarga tani, setiap orang ahli mempunyai
peranan untuk memberi sumbangan kepada kerja di
ladang.
• Pekerjaan tersebut adalah mengikut kriteria jantina
dan umur pula. Begitulah juga halnya dengan
keluarga peniaga kecil. Setiap ahli dalam keluarga
mempunyai peranan utama untuk
memaksimumkan keuntungan dalam perniagaan.
24/12/2023
Bentuk/pola authoriti / kekuasaan
We l e a d

• Patriarkal - Keluarga yang


mengutamakan pola authoriti pada
kaum lelaki. Suami mempunayai
kuasa lebih dalam rumahtangga dan
mengawal kehidupan sosial keluarga
tersebut

24/12/2023
We l e a d

• Matriarkal - Sistem di mana autoriti terletak


pada kaum wanita. Mengutamakan golongan
isteri sebagai mempunyai kuasa untuk
bersuara tetapi tidak bermakna berkuasa
membuat keputusan kecuali dengan kematian
suami
• Dalam keluarga asas – mewariskan harta
kepada kaum perempuan

24/12/2023
We l e a d

• Egalitarian – kuasa antara suami dan isteri


adalah sama banyak. Apabila ramai wanita
bekerja di luar rumah dalam kebanyakan
negara telah terdapat peralihan daripada
sistem patriarkal kepada sistem keluarga
egalitarian

24/12/2023
Bentuk Pemilihan Pasangan
We l e a d

• Eksogami (exogamous) - Dalam sesetengah masyarakat terdapat


peraturan bahawa ahli-ahlinya mesti memilih pasangan hidup
daripada luar kelompoknya

• Endogami (endogamy) - Pasangan dipilih daripada kelompok yang


sama

• Kebanyakan masyarakat mengenakan larangan inces, dalam


sesetengah masyarakat perkahwinan sepupu pun tidak boleh – cth
perkahwinan taboo – keluarga Firaun – mengalakkan perkahwinan
adik beradik

24/12/2023
Bentuk/Pola tempat tinggal
We l e a d

• Perbezaan dalam setiap masyarakat mengenai


pola tempat tinggal

• Neolokal (neolocal,bilocal)- Sekiranya


pengantin baru tinggal berasingan daripada
kedua-dua keluarga

• Matrilokal (matrilocal)- Pasangan pengantin


tinggal dengan keluarga pengantin perempuan

24/12/2023
We l e a d

• Patrilokal (patrilocal)- pasangan yang baru berkahwin tinggal


bersama-sama keluarga pengantin lelaki - petani-petani Ireland

• Kajian Murdock – menunjukkan sistem neolokal banyak


diamalkan dalam masyarakat industri, monogami,
individualisme, peranan yang sama lelaki dan wanita

• Sistem patrilokal adalah amalan biasa dalam masyarakat yang


mengamalkan poligini atau dalam masyarakat memburu dan
mengumpul

• Bagi masyarakat yang kaum wanita berkuasa pada tanah,


sistem matrilokal diamalkan

24/12/2023
Bentuk Keturunan dan Kepusakaan
We l e a d

• Terdapat tiga sistem bagi mengatur keturunan


dan kepusakaan

• Patrilineal – Dalam bentuk ini perhubungan


persaudaraan atau individu itu dihubungkan
dengan kelompok keluarga melalui keturunan
daripada sebelah bapa. Bentuk ini paling
banyak diamalkan dalam masyarakat hari ini.

24/12/2023
We l e a d

• Matrilineal – Dalam bentuk ini seseorang individu itu


dihubungkan dengan kelompok keluarga melalui keturunan
sebelah ibu.

• Persaudaraan dikesan melalui keluarga perempuan dan segala


harta ibu menjadi pusaka kepada anak-anak perempuan dan
sokongan keluarga datangnya daripada saudara lelaki sebelah
isteri.

• Bilateral – keturunan ini menunjukkan hubungan individu yang


rapat antara keluarga sebelah bapa dan ibu. Hubungan
persaudaraan adalah dikira dari kedua belah pihak
24/12/2023
Terima Kasih

Presented by
Soijah Likin | USM / PPPJJ / Antropologi-Sosiologi

24/12/2023

Anda mungkin juga menyukai