Anda di halaman 1dari 23

NEGERI SEMBILAN LEARNING CENTRE

PROGRAM BTPSE SEMESTER 9 / 2019

KOD KURSUS : HBHE2203

ASSIGNMENT / TUGASAN

_____________________________________________________________________________________

HBHE2203

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

SEMESTER SEPTEMBER 2019

(a) Jelaskan istilah bagi institusi keluarga dan jenis-jenisnya dengan berbantukan gambar rajah
yang sesuai.
(b) Syorkan bagaimana pihak sekolah dapat membantu mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan
sekali gus dapat mengurangkan isu-isu kekeluargaan.(a)
(c) Buat satu brosur berkaitan keluarga bahagia bagi murid-murid sekolah rendah.

NO. MATRIKULASI : 790103055426001

NO. KAD PENGNEALAN : 790103055426

NO. TELEFON : 0129421822

KOD KURSUS : HBHE2203

E-MEL : mkogella@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SEREMBAN


a) Jelaskan istilah bagi institusi keluarga dan jenis-jenisnya dengan berbantukan
gambar rajah yang sesuai.

Pengenalan

Keluarga adalah kumpulan individu yang diikat oleh peraturan biologi, budaya atau
agama, dan masyarakat. Kekuatan serta kerukunan hidup suatu masyarakat terbentuk hasil
daripada anyaman atau sulaman unit-unit keluarga. Masyarakat mewujudkan sistem peraturan
kehidupan yang menyediakan segala keperluan bagi memastikan kelangsungan dan kelestarian
kekeluargaan. Sistem kehidupan keluarga yang baik menjana individu manusia dengan segala
ciri kesempurnaan yang kemudiannya mengukuh dan menyerlahkan lagi keunggulan keluarga
serta masyarakat berkenaan.   Keupayaan memahami pelbagai unsur penting berkenaan
kekeluargaan dalam usaha menyalurkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan asas
dalam merangka strategi berkesan pemerkasaan masyarakat

Institusi keluarga boleh dikatakan unit paling asas dan terpenting dalam proses
pembentukan masyarakat. Jika sesuatu keluarga sejahtera dan bahagia maka akan baik, sejahtera
dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam sesebuah masyarakat. Sekiranya sesebuah
keluarga berpecah belah maka masalah sosial dan masalah ekonominya akan dirasai oleh
masyarakat dan generasi berikutnya. Dengan itu maju atau mundurnya sesebuah negara adalah
berpunca daripada sesuatu keluarga.

Memandangkan peri pentingnya pembentukan institusi keluarga yang mantap, wahana ini
mengkaji beberapa definisi keluarga dan membandingkan apakah yang dicapai melalui
pembentukan keluarga bahagia serta apa pula kesan-kesan yang dilaporkan telah berlaku akibat
konflik dan tidak ada persefahaman antara ahli dalam sesebuah keluarga. Beberapa teori
keluarga bermasalah juga dibentangkan bagi membantu usaha memantapkan institusi keluarga.
Definisi Keluarga

Coleman dan Cressey (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai ‘a group of people by
marriage, ancestry or adoption who live together in a common household’, (Kamus Dewan 1994)
mencatitkan definisi keluarga sebagai ‘seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri
sahaja atau berserta anak-anak’. Mahmood (1997) berkata keluarga sebagai unit sosial yang
terdiri daripada bapa, ibu dan anak dan yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup
tertentu dalam kelompok sosial berkenaan.

Daripada perspektif Islam, keluarga adalah suatu unit sosial yang majmuk sifatnya
(extended).. Di bawah konsep keluarga tersebut mungkin terdapat lebih daripada sebuah
rumahtangga (poligami). Dari masa ke semasa, kelompok-kelompok rumahtangga ini boleh
terpisah daripada rumahtangga yang lain, tetapi dalam masa yang sama ia terangkum dalam
suatu ikatan keluarga

Takrif keluarga daripada perspektif masyarakat malaysia berbeza dengan perspektif Barat.
Daripada perspektif Barat, keluarga dihadkan kepada keluarga nuklear. Ia nya mengandungi
sekurang-kurangnya dua orang yang hidup bersama melalui pertalian darah, perkahwinan atau
‘adoption’. Keluarga juga terbentuk daripada pasangan yang tidak berkahwin tetapi hidup
bersama dan mungkin juga mempunyai anak (single parent family) – Gullota, Adams, Alexander
(1986) dan Robins (1996).

Secara umumnya, keluarga yang dikatakan yang baik terbentuk berasaskan ikatan
perkahwinan dan dikaitkan dengan pergaulan antara ahli keluarga. Pembentukkan sebuah
keluarga mempunyai objektif-objektif tertentu. Basri (1997) menjelaskan beberapa objektif
berkeluarga daripada perspektif Islam seperti berikut:
a. Mewujudkan satu umat yang kuat. Kekuatan ini bermula dari sistem kekeluargaan yang utuh
dan padu. Selain itu, ia juga merupakan asas utama kepada pembentukan masyarakat inovasi.

b. Mengekalkan generasi manusia melalui proses kelahiran hasil dari perkahwinan yang sesuai
dengan tuntuan syarak dan naluri kemanusiaan.

c. Memelihara kehormatan suami isteri dari tercemar melalui persetubuhan yang sesuai dengan
naluri kemanusiaan.
d. Mewujudkan kerjasama antara suami isteri dalam mendidik dan menjaga keturunan mereka
dengan cara yang baik.

e. Mengembangkan tabiat kebapaan dan keibuan dalam suasana pemeliharaan anak-anak dan
melahirkan perasaan belas kasihan, cinta dan kasih mesra.

f. Memelihara spiritual, mental, agama dan juga harta benda seseorang

Kekuarga mestilah mempunyai ciri berikut:

1.2 orang dewasa yang berlainan jantina dan tinggal Bersama.

2.Terlibat dalam pembahagian kerja – Mereka tidak melakukan kerja Bersama.

3.Terlibat dalam beberapa urusan ekonimi dan social – mereka melakukan sesuatu untuk satu
sama lain.

4.Berkongsi beberapa perkara seperti makanan,tempat kediaman ,barang -barang ,hubungan


intim dan mempunyai pertalian keibubapaan dengan anak-anak mereka.

5.Mempunyai kuasa dan tanggungjawab ke atas anak-anak.


Bentuk-bentuk dan kepelbagaian corak keluarga

Bentuk -bentuk keluarga

Keluarga nuclear

Terdiri daripada ibu,bapa dan anak sendiri dan anak angkat yang tinggal Bersama-sama di
dalam sebuah rumah yang sama dan berasingan dengan saudara mara yang lain. Keluarga
nuklear yang dikatakan berfungsi secara bebas dalam membuat sesuatu keputusan.
Contohnya,ibu bapa diamanahkan untuk menjaga anak-anak dan menentukan di manamereka
akan tinggal dan apakah keperluan yang perlu disediakan untuk mereka.Sekiranya keluarga
nuklear ini tidak mampu hidup berdikari, pertolongandaripada individu lain atau agensi kerajaan
seperti jabatan kebajikan masyarakatdapat membantu Keluarga jenis ini terdiri daripada ibu,
bapa, anak, sama ada anak kandung atau anak angkat yang tinggal bersama. Keluarga nuklear
juga digelar keluarga asas kerana struktur keluarga yang lain pada permulaannya adalah
sebahagian daripada keluarga nuklear.Dalam keluarga nuklear, perhubungan dan interaksi
sesama ahli adalah rapat. Interaksi ahli keluarga dengan saudara-mara yang lain seperti datuk,
nenek, bapa saudara, dan sepupu kurang rapat.
Contoh keluarga nuclear

Keluarga Besar (Extended Family)


Yaitu keluarga inti yang ditambah dengan sanak saudara lain seperti kakek, nenek,
keponakan dan lain sebagainya.Keluarga besar yang merupakan gabungan dari keluarga inti
beserta sanak saudara baik dari pihak ayah dan ibu seperti kakak,nenek sepupu ,keponakan,cucu
dan lain-lain.
Keluarga campuran

Tebentuk hasil daripada penceraian yang berlaku dalam keluarga nuclear. sering
dikaitkan dengan masyarakat primitif. Sekiranya kitamengkaji masyarakat primitif kita akan
dapati unit keluarga merekadidefinisikan secara berlainan daripada keluarga moden pada hari ini.
Lazimnyakeluarga masyarakat primitif terdiri daripada keluarga kembangan yang terdiribeberapa
pasangan orang dewasa (datuk, nenek, ibu dan bapa saudara dan ahlikeluarga lain) dan anak-
anak mereka. Contohnya, dalam kebanyakanmasyarakat, anak-anak lelaki tinggal bersama dalam
rumah.

Keluarga luas

Terdiri daripada 2 atau lebih hubungan darah yang tinggal serumah seperti datuk ,nenek
,pakcik dan makcik. Sekiranya terdapat saudara-mara lain tinggal di tempat kediaman yang sama
dengan keluarga nuklear, struktur keluarga tersebut adalah keluarga luas. Saudara-mara merujuk
kepada sesiapa sahaja yang ada pertalian darah atau hasil daripada perkahwinan, seperti datuk,
nenek, ibu saudara, bapa saudara, sepupu, dan lain-lain.

Dalam keluarga luas, hubungan yang rapat dan interaksi bukan sahaja dengan ahli
keluarga nuklear, tetapi juga dengan saudara-mara yang tinggal bersama. Perhubungan yang
rapat juga terjalin antara generasi pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya. Saudara-mara menjadi
sebahagian daripada sistem sokongan yang bersama-sama memenuhi keperluan dan membantu
mencapai matlamat
Contoh keluarga luas

Poligami
Poligami Yaitu jenis keluarga dimana terdapat seorang suami memiliki lebih dari satu istri

Contoh keluarga poligami

Keluarga induk tunggal

Ibu dan bapa merupakan induk dalam sesebuah keluarga. Keluarga nuklear terdiri
daripada kedua-dua anak mereka. Akan tetapi, jika salah satu induk ( ibu atau bapa) tidak tinggal
bersama dengan keluarga, struktur keluarga tersebut ialah keluarga induk tunggal. Keluarga jenis
ini terbentuk akibat daripada perpisahan, penceraian, atau apabila salah seorang induk meninggal
dunia.Perhubungan yang rapat dan interaksi berpusat kepada induk, sama ada ibu atau bapa yang
tinggal bersama anak. Induk tunggal memainkan kedua-dua peranan ibu dan bapa. Wujudnya
keluarga induk tunggal adalah kerana berlakunya penceraian ,kematian ,pengabaian dan tidak
pernak berkahwin.
Contoh keluarga induk tunggal

Keluarga bergabung

Keluarga yang terdiri daripada keluarga nuclear atau lebih adik -beradik yang tinggal Bersama.

Keluarga konsanguin

Keluarga konsanguin pula memberi penekanan kepada perhubungan darah berbanding hubungan
perkahwinan.
Keluarga komuter

Merujuk kepada pasangan yang bekerja di likasi yang berbeza dan tingal di lokasi yang berbesa
pada hari bekerja.

Keluarga dwi kerjaya

Merujuk kepada kedua -dua pasangan suami isteri bekerja di luar rumah.Lebih mengutamakan
kerja kerana keadaan keperluan hidup yang menjurus kea rah kemodenan.

Keluarga tiri

Perkahwinan semula ibu bapa dengan individu lain dan tinggal Bersama dengan anak-anak hasil
daripada perkahwinan terdahulu.
(b) Syorkan bagaimana pihak sekolah dapat membantu mengukuhkan hubungan
kekeluargaan dan sekali gus dapat mengurangkan isu-isu kekeluargaan.

Keluarga ialah sesuatu institusi yang terdiri daripada bapa, ibu, anak-anak, saudara-
mara,datuk nenek dan sebagainya. Institusi keluarga merupakan tiang pertahanan kita sama ada
dari segi mental mahupun dari segi fizikal. Keluarga yang baik dan sempurna mampu
melindungi kita daripada pelbagai masalah dan panca roba di dunia luar. Ungkapan slogan
"Rumahku, syurgaku" menunjukkan kepentingan keluarga kepada kita yang banyak tidak
terperi. Setiap ahli keluarga perlu menonjolkan nilai toleransi, saling menghormati, kejujuran dan
kasih sayang dalam tingkah laku mereka. Maka, hubungan yang erat bagai isu dengan kuku
dalam institusi keluarga dapat mengelakkan anak-anak daripada terjebak dalam gejala sosial
yang hanya mementingkan dunia hedonistik semata-mata. Dengan itu, marilah kita bincangkan
usaha-usaha yang perlu diambil yang perlu diimplimentasikan untuk mempererat hubungan
kekeluargaan supaya mampu mewujudkan keluarga yang bahagia dan sejahtera.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan hubungan erat dalam
keluarga. Mereka merupakan tunjuk ajar dan entiti mithali dan patut mencurahkan kasih sayang
terhadap anak bak menatang minyak yang penuh. Maka, mereka patut mementingkan anak
sendiri dan ahli keluarga melebihi urusan kerjaya mereka dan tidak rakus mengejar wang
mereka dalam aspek kebendaan dan mengabaikan tanggungjawab mereka dalam membentuk
keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapa juga haruslah mengajar anak-anak untuk
membezakan yang mana intan, yang mana permata sejak kecil kerana melentur buluh biarlah
daripada rebungnya. Ibu bapa juga mestilah memantau pencapaian akademik dan mengawasi
perlakuan anak-anak untuk mengelakkan anak-anak daripada terjebak dalam kancah negatif.
Dengan itu, mereka perlu mengajar anak mereka agar tidak tersesat ketika menempuh belantara
kehidupan. Lantas, anak-anak tidak akan berasa seolah-olah diri kehausan kasih sayang ibu bapa,
malah juga menjaga tingkah laku mereka agar tidak menjejaskan imej keluarga.

Selain itu, kita wajarlah berusaha mewujudkan iklim yang kondusif dalam rumah tangga untuk
mempererat hubungan kekeluargaan. Ahli keluarga perlu prihatin dan mengambil berat antara
satu sama lain seperti mana yang diungkapkan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kita
perlu saling membantuantara satu sama lain bak aur dengan tebing. Kita juga perlu sudi
mendengar masalah ahli keluarga serta cuba sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh ahli keluarga. Yang paling penting, ahli keluarga patut mengelakkan
pencetusan pergaduhan dan pertelingkahan demi keharmonian keluarga dan tidak
mempraktikkan amalan seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Selain
itu, suasana yang harmoni dan aman dalam keluarga dapat dibina dan semua ahli keluarga berani
menempuh masalah kehidupan tanpa terpesong ke arah kemudaratan.

Selain itu , mengadakan aktiviti kekeluargaan dari semasa ke semasa. Aktiviti


kekeluargaan vital kerana dapat mewujudkan suasana yang bahagia antara ahli keluarga serta
juga mengeratkan ikatan silaturahim bak isi dengan kuku. Misalnya, ibu bapa boleh meluangkan
masa pada hujung minggu atau pada hari cuti untuk membawa anak-anak pergi berkelah di tepi
pantai, ataupun juga mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah atau
bersenam pada waktu petang.. Secara tidak langsung, anak-anak akan dipengaruhi untuk giat
melibatkan diri dalam aktiviti sebegini yang berfaedah dan bukan membuang masa dan
menghabiskan masa melayari internet dalam rumah dan kancah negatif aktiviti yang lain. Hal ini
menunjukkan bahawa aktiviti kekeluargaan mampu memberikan impak yang positif dalam
mempererat hubungan kekeluargaan.

Seperkara lagi, kita juga patut menggalakkan ahli keluarga supaya menganuti ajaran
agama kerana semua agama di dunia menyeru perkara yang sama, iaitu mementingkan kebaikan
dan melarang kemudaratan. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan untuk mewajibkan agar semua
ahli keluarga tidak meninggalkan riadah dan mengamalkan sikap bersopan-santun dan peramah
terhadap orang lain. Menurut Dato' Fadzilah Kamsah, ibu bapa perlu menggalas kewajipan
dalam usaha memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya. Seseorang yang tidak
menganuti ajaran agama boleh diibaratkan sebagai kapal tanpa nakhoda.

Tuntasnya, keseluruhan di atas merupakan antara usaha yang wajib diimplimentasikan


untuk membina institusi keluarga yang mulia. Institusi keluarga diibaratkan sebagai sebuah
bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Jika semua ahli keluarga melestarikan
tanggungjawab masing-masing, hubungan kekeluargaan yang erat dapat terjalin. Bak kata
pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Akhir kata, institusi keluarga amat signifikan
dalam membina masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, seperti mana yang
diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ahmad Badawi

Permasalahan sosial ini berlaku berpunca daripada institusi keluarga itu sendiri yang
mana telah kehilangan fungsi sosialisasi dalam membina jati diri anak-anak. Jika dilihat pada
keluarga kini, peranan ibu bapa sebagai model ikutan kepada anak-anak tidak lagi terserlah
disebabkan oleh kesibukan ibu bapa dalam mencari rezeki serta pengaruh teknologi yang kian
mencabar. Oleh yang demikian, tanggungjawab dalam menerapkan nilai kekeluargaan telah
berpindah kepada guru yang dilihat signifikan dalam menyampaikan ilmu
kepada murid. Pendidikan kekeluargaan merupakan satu-satunya cabang ilmu yang memberi
pendedahan secara langsung kepada murid tentang sistem keluarga (Rahimah, 2012).
Pendidikan kekeluargaan memberi penekanan kepada domain afektif iaitu tumpuan kepada
unsur-unsur kesedaran, sensitiviti, sikap, pertimbangan, emosi, pendirian dan sebagainya
bertujuan untuk mengembangkan pemikiran moral dan aspek-aspek kemanusiaan pada diri
murid (Bloom, 1984). Secara umumnya pendidikan kekeluargaan diperkenalkan adalah
bertujuan untuk menyediakan individu dengan kemahiran dan pengetahuan kekeluargaan
supaya mereka boleh menangani masalah bagi menghadapi perubahan sosial yang wujud
dalam masyarakat. Selain itu, pendidikan kekeluargaan mendidik generasi muda agar
membuat perkara-perkara yang betul dan dapat mencegah remaja daripada terjebak dengan
aktiviti gejala sosial yang tidak bermoral.
Di samping itu, menerusi pendidikan kekeluargaan, guru membina nilai positif
dalam diri murid bagi mengukuhkan jati diri murid agar mereka dapat menjana keupayaan
diri untuk membangunkan sebuah institusi keluarga yang sihat, kuat dan berkualiti pada
masa hadapan (Arcus, Schvaneveldt & Moss, 1993; Saedah, Salhah & Sharifah Mariam, 2014;
Kenan & Aysel, 2012). Merujuk kepada Teori Perkembangan Moral Kohlberg (1988),
dinyatakan bahawa pengajaran nilai merupakan tanggungjawab yang dapat membantu murid
melalui beberapa peringkat perkembangan pemikiran moral. Kohlberg juga menegaskan bahawa
pendidikan nilai berkait rapat dengan perkembangan personaliti pelajar. Bahkan menurut
Agnieszka (2015), penerapan nilai kekeluargaan penting dalam membentuk sahsiah murid
supaya mereka boleh berfikiran rasional dalam memenuhi tuntutan terhadap keperluan asas
kehidupan. Di samping itu, nilai kekeluargaan yang diterapkan diharapkan membimbing mereka
agar mencapai satu peringkat pemikiran dan kesedaran yang tinggi. Dalam konteks pengajaran
kekeluargaan, kepentingan menyeluruh dapat dilihat apabila penerapan nilai yang
dilaksanakan dapat memberi kesan positif bukan sahaja kepada diri murid dan keluarga malahan
kepada sekolah dan masyarakat

  Sesebuah keluarga terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik. Sesebuah Keluarga
memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Cara-cara sesebuah
keluarga mendidik dan membesarkan anaklah yang menentukan keperibadian anaknya suatu hari
nanti. Ibu bapamemainkan peranan yang penting dalam membesarkan anak mereka. Sebagai
contoh, ibu bapaharuslah menyediakan tempat tinggal untuk anak-anak mereka. Selain itu, ibu
bapa sepatutnya menghantar anak-anak ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan dan mengajar
adab, tingkah laku yang sopan serta etika kepada anak-anak mereka. Seterusnya, keperluan asas
seperti makanan dan minuman juga wajib disediakan oleh ibu bapa. Setiap perkara tersebut
merupakan keperluan asas anak-anak. Namun, mengapakah gejala sosial seperti merokok,
menghisap dadah dan melepak semakin berleluasa pada zaman erah baru ini? Apakah sebab-
sebab berlakunya masalah ini? Ramai pihak yang berpendapat bahawa gejala sosial ini berpunca
daripada kelemahan sesuatu keluarga. Ibu bapa kurang meluangkan masa bersama keluarga
mereka kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka.Hal ini menyebabkan anak-anak berasa
sedih dan pilu kerana kurang kasih sayang daripadakeluarga. Perkara ini mendorong mereka
untuk terjebak dengan gejala sosial bagi melepaskan stresdan tekanan.
Terdapat beberapa langkah-langkah yang dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan
untuk mengukuhkan institusi keluarga. Antaranya ialah dengan mengadakan kempen kesedaran
tentang  kepentingnya institusi sesebuah keluarga. Sebagai contoh, kempen seperti ini akan
mendidik ibu bapa untuk sering meluangkan masa bersama anak-anak agar anak-anak akan
berasa lebih disayangi. Oleh itu,masalah gejala sosial dalam negara dapat dikurangkan.
Tambahan pula, ibu bapa akan diajar tentangcara-cara untuk melahirkan keluarga yang lebih
sempurna dan sihat. Maka, kempen kesedaranharuslah sering dijalankan bagi meningkatkan
kesedaran ibu bapa tentang peri pentingnya kasihsayang dalam institusi keluarga.
Selain itu, kerajaan seharusnya menggubal satu perundangan baru yang dapat meningkatkanlagi
keutuhan institusi keluarga. Sekiranya undang-undang di negara lebih ketat, rakyat akan
lebihtakut untuk mengendahkan keluarga mereka. Sebagai contoh, kewujudan akta yang
lebihmenyeluruh dan mampu menangani kes-kes seperti penceraian, penderaan anak dan isteri
mampumemberikan satu sinar baru kepada pembentukan keluarga yang lebih sihat.. Maka,
tindakan mewujudkan satu perundangan yang lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk
keluarga yang lebih baik di negara ini. nilai kekeluargaan yang diterapkan dapat membina
kekuatan jiwa dan membina . nilai kekeluargaan sangat penting untuk diterapkan dalam diri
murid kerana murid inilah nanti yang akan membentuk sebuah keluarga, menjadi anggota
masyarakat dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sebuah negara.

keperibadian. Tidak dinafikan, penerapan nilai kekeluargaan melatih murid membina peribadi
mulia melalui latihan mengamalkan sikap yang baik serta melihat contoh yang baik. Tidak
ketinggalan, bimbingan guru melalui cerita-cerita teladan mahupun melalui proses
pengajaran di dalam atau di luar bilik darjah memberi impak yang sangat mendalam yang banyak
mempengaruhi perubahan positif murid. Matlamatnya tidak lain adalah bagi memupuk nilai yang
baik yang sangat sesuai untuk membina jati diri setiap murid agar menjadi insan berakhlak
mulia. Contohnya nilai tanggungjawab, bersyukur, amanah, menjaga maruah., berjimat,
rasional, rajin dan prihatin.nilai bekerjasama, hormat-menghormati, tolong-menolong dan
berkasih sayang merupakan nilai yang paling banyak diterapkan. Bukan sahaja guru-guru di
sekolah, malahan ibu bapa di rumah juga berulang-ulang kali menekankan nilai ini. Hal ini
memandangkan kehidupan murid di rumah memerlukan hubungan yang baik dengan ahli
keluarga seperti ibu bapa, adik-beradik, datuk-nenek mahupun dengan pembantu rumah ataupun
jiran tetangga. Lantaran itulah, nilai tersebut diterapkan hampir setiap masa di rumah terutama
bagi pelajar yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.nilai tanggungjawab kerana
nilai ini dapat membentuk seorang pelajar yang memiliki sikap bertanggungjawab bersemangat
waja dan mempunyai keberanian dalam menghadapi cabaran pada masa kini. Banyak nilai
positif dapat dilihat melalui perwatakan dan jati diri yang ditonjolkan oleh pelajar. Jati diri
seumpama inilah yang diharapkan wujud dalam setiap diri pelajar kerana sangat penting dalam
mewujudkan sebuah keluarga, masyarakat dan negara yang harmoni dan sejahtera. Akhirnya,
tema yang dapat dicungkil daripada analisis temu bual menyokong secara positif untuk
meneruskan amalan penerapan nilai kekeluargaan di sekolah dan perlu diteruskan di rumah.
Hal ini memandangkan, nilai kekeluargaan bukan sekadar memberi kebaikan
kepada persekitaran terdekat murid sahaja, malahan turut memberi kebaikan kepada sekolah,
masyarakat dan negara.
Seterusnya, kerajaan dan pihak sekolah seharusnya mewujudkan sebuah agensi khas
yang akan menguruskan semua aspek berkaitan dengan kekeluargaan. Agensi agensi ini akan
memberi khidmat nasihat dansebagainya. Agensi ini akan merangka semua tindakan
yang bersesuaian dengan perancangankerajaan setelah mengadakan kajian mengenai keadaan
keluarga di negara ini. Sebagai contoh,sekiranya sesebuah keluarga mempunyai masalah dengan
keluarga mereka, agensi khas ini dapatmembantu keluarga tersebut dengan memberikan nasihat
yang sewajarnya. Jelaslah, pewujudanagensi khas dapat menguruskan semua aspek berkaitan
dengan kekeluarg
Brosur
Keluarga
C) Buat satu brosur berkaitan keluarga bahagia bagi murid-murid sekolah rendah.
Muka 1
Muka 2
Muka 3
Muka 4
Kesimpulan
“Keluarga Bahagia Penjana Produktiviti Negara”. Demikianlah sebuah slogan yang meletakkan
keluarga sebagai nukleus untuk membangunkan sesebuah negara. Setiap ahli keluarga harus
menjalin hubungan kejiranan yang baik, saling mempercayai, bersepakat, bekerjasama, beramah
mesra, dan saling tolong-menolong antara satu sama lain serta perihatin dengan jiran-jiran. Pada
hari ini, hidup berjiran merupakan amalan yang wajar dipelihara dalam masyarakat hari ini.
Tanpa kehidupan yang baik dengan jiran, kecacatan sebenarnya telah berlaku dalam
keperibadian seseorang manusia. Semangat kejiranan harus dipupuk dalam minda setiap ahli
keluarga, sekiranya jiran sebelah atau diri-sendiri mengalami sebarang kesusahan, boleh
mendapat bantuan antara satu sama lainKeluarga merupakan entiti terkecil dalam masyarakat
yang akan bergabung dan berkembang menjadi sebuah bangsa dan negara. Ibu bapa patut
bergigih dan berusaha untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi dalam keluarganya
dengan mengutamakan pemupukan keluarga bahagia. Dengan ini, keluargalah yang terlebih
dahulu menjadi penjananya. “Utamakan Keluarga: Semakin Hari Semakin Sayangi keluarga.
Rujukan

1. Anon.(2009).Mengapa berpoligami. Kelab PoligamiI khwan.


http://poligamiikhwan.org/portal/artikel/mengapa-berpoligami.html [1Jun 2010].
2. Anon. 2009.Aurad Muhammadiah diamalkan berselindung.Utusan Malaysia, 15 Ogos.
3. Anon. (2010). Hanya lelaki yang berwibawa berhak berpoligami. Utusan Malaysia, 5
Januari.
4. Aminuddin Mohd. Yusof, Sii Ching @ Sii Mee Ching, Ling Lah Geng & Kuni A/K
Singin. (2003). Gaya kepimpinan suami dan kebahagiaan rumahtangga dalam Prosiding
Seminar Kekeluargaan Kebangsaan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Al-Krenawi, A. & Slonim-Nevo, V. (2008). Psychosocial and familial functioning of
children from polygynous and monogamous families. Journal of Social Psychology 148
(6): 745-764. http://www-scopus-com [20 Mei 2009].
6. Ann Wan Seng. (2005). Di Sebalik Tabir.Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai