Anda di halaman 1dari 34

Topik 1-Kemahiran Belajar

1.1-Konsep Kemahiran Belajar


1.2-Model Pembelajaran Pelajar
1.3-Konsep Kompetensi Pembelajaran Bermakna
1.4-Konsep Pembelajaran Regulasi Kendiri

1
Topik 1-Kemahiran Belajar
1.1-Konsep Kemahiran Belajar
1) Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kemahiran bermaksud kecekapan,
kepandaian yang terlatih untuk mengerjakan sesuatu dengan lancar, cekap, lancar dan
pandai.
2) Kemahiran belajar boleh didefinisikan sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan
seseorang mendapatkan ilmu pengetahuan.
3) Harold Pashler (2009) dalam buku Learning Styles: Concepts and
Evidence berpendapat bahawa kemahiran belajar (learning styles) bermaksud apakah
cara yang paling efektif bagi pelajar belajar.
4) Pada abad ke-21, kemahiran belajar disebut sebagai 4C iaitu,
>pemikiran kritis (crictice),
>pemikiran kreatif (creative),
>kemahiran berkomunikasi (communication)
>kemahiran berkolaborasi (collaboration).

2
1.2-Model Pembelajaran Pelajar

3
Komponen SLM
× Bagi merancang strategi PdP yang terbaik, guru perlu memahami keperluan untuk
pelajar belajar dan menyediakan pembelajaran bermakna (deep learning tasks).
× 3 komponen utama Model Pembelajaran Murid yang digunakan dalam modul ini :
× 1. Belajar Cara Belajar
× 2. Perhubungan
× 3. Aspirasi

4
Belajar Cara Belajar

Belajar cara belajar merupakan satu bentuk kemahiran memperoleh teknik pembelajaran secara efektif
dengan atau tanpa guru. Pelajar perlu belajar cara belajar supaya mereka dapat mengenal pasti
kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas atau luar kelas dan
seterusnya berusaha untuk mencari jalan untuk mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan
atau kekuatan yang ada untuk memaksimumkan pencapaian dalam pelajaran.

Murid bertanggung jawab terhadap pembelajaran dan memahami proses pembelajaran yang mereka
lalui. Subkomponen yang perlu diberikan perhatian dalam belajar cara belajar ialah :
(a) Metakognitif
(b) Maklumbalas
(c) Agensi
5
Metakognitif

Menurut Metcalfe dan Shimamura (1994), strategi metakognitif berupaya membantu murid
melaksanakan tugasan dengan lebih berkesan. Dalam melaksanakan dalam sesuatu tugasan atau
pembelajaran murid perlu sedar apa yang telah mereka ketahui dan apa yang tidak diketahui.
Murid boleh membina matlamat pembelajaran sendiri.
Murid seharusnya dapat mengawal pemikiran bagi merancang, memantau dan menilai apa yang
dipelajari.
Mereka berkemampuan memantau pembelajaran kendiri dan menilai secara kritis.
Setiap keputusan atau tugasan perlulah dibincangkan dan mendapatkan maklumbalas dari rakan
pembelajaran. Murid harus berupaya dapat meneliti maklumbalas rakan, guru dan lain-lain dan
melaksankan penambaikkan. 6
Maklumbalas

Menurut Hattie dan Timperley (2007), maklumbalas sangat mempengaruhi proses pembelajaran dan
pencapaian murid.
Guru memberi maklumbalas yang memacu pelajar ke arah pembelajaran baharu dan
membangunkan persekitaran pembelajaran yang positif
Murid membuat refleksi terhadap maklumbalas yang diterima

7
Agensi

Murid gemar diberikan autonomi dalam pembelajaran kerana mereka dapat berdikari, meneroka idea
sendiri, belajar daripada kesilapan dan berfikiran kritikal bagi memilih cara dan alat yang sesuai
dengan pembelajaran (Wall, 2012)
Autonomi murid terhadap pembelajaran
Murid berperanan membina tugasan dan penilaian pembelajaran
Murid membuat keputusan

8
Perhubungan

Asas sosial yang penting bagi semua manusia yang sentiasa memerlukan tujuan
dan makna dalam hubungan dengan orang lain.

9
Kesepunyaan

Menurut Cemalcilar (2010) Kesepunyaan murid mempunyai kesan penting terhadap pencapaian
sekolah.
Setiap ahli kumpulan terlibat dalam perbincangan untuk menentukan keputusan terbaik yang akan
memberi manfaat kepada semua ahli pasukan.
Persekitaran penyayang yang membantu murid memenuhi keperluan dan merasa diperlukan
/diterima.
Menjadi motivasi yang kuat pelajar meneroka peluang untuk membantu masyarakat tempatan dan
global

10
Merangkai

Kolaboratif, rangkaian dan fokus kepada minat dapat meningkatkan kejayaan pembelajaran,
mengekalkan usaha serta menggalakkan initiatif sendiri dalam kalangan murid (Gentry & Ferriss,
1999).
Murid membina kemahiran membentuk hubungan interpersonal dan intrapersonal.
Bekerja dengan jayanya secara individu dan berkumpulan.
Mengurus hubungan kolaboratif secara berkesan

11
Aspirasi

Pencapaian pelajar dipengaruhi oleh jangkaan mereka terhadap diri sendiri dan persepsi orang lain
terhadap mereka.

12
Jangkaan

Memahami jangkaan pelajar dapat meningkatkan motivasi dan mempengaruhi pencapaian


akademik murid (Paechter et al., 2010)
Murid percaya akan kemampuan diri
Sedar akan jangkaan org lain terhadap kemampuan dirinya
Membina dan menilai kriteria kejayaan bersama rakan

13
Keperluan dan Minat

Minat dalam pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dan positif dengan pencapaia
nhasil pembelajaran (Lee, Chao & Chen, 2011)
Digunakan oleh guru untuk memastikan penglibatan murid sepenuhnya
Merancang tugasan yang dapat mendalami konsep,
berasaskan penyelesaian masalah, relevan dan autentik

14
1.3-Konsep Kompetensi Pembelajaran Bermakna
KO N S E P P E M B E L A J A R A N B E R M A K N A –
M O D E L P E M B E L A J A R A N MURID

15
KO N S E P P E M B E L A JA R A N B E R M A K N A

Kajian mendapati setiap hari 49%


murid berasa bosan semasa sesi
pembelajaran, 17% berasa bosan
dalam setiap kelas iaitu
bersamaan dengan 2/3 yg berasa
bosan berada di kelas setiap hari.

Kajian oleh , High School Survey


of Student Engagement (HSSSE) ,
Indiana University, 2010.

16
Kemerosotan minat ke sekolah
mengikut gred

17
Penglibatan murid semakin
berkurang
18
PEMBELAJARAN BERMAKNA




19
• Peranan baru kepada murid :
 sebagai co-designers dan co-
learners
 sebagai ‘problem designers’ .
Berubah daripada memikirkan
‘what is’ kepada ‘what could be’

• Murid terlibat dalam mengemukakan


masalah, bukan sebagai
penyelesaian masalah semata-mata
• Melatih murid untuk tidak takut pada
cabaran sebaliknya sentiasa rasa
ingin tahu

20
21
• Melibatkan proses kognitif
yang tinggi untuk mencapai
kefahaman yang mendalam
tentang kandungan dan isu-isu
yang kontemporari
• Menangani bidang atau isu-isu
yang merentas disiplin
• Mengintergrasi keupayaan
personal dan akademik
• Aktif, autentik, mencabar, dan
berpusatkan murid
• Mempunyai impak kepada
dunia

22
APAKAH MAKNA ‘DEEP
LEARNING’?

23
24
BAGAIMANA HENDAK MENGUKUR PEMBELAJARAN BERMAKNA TERCAPAI ? (RUBRIK
6C)

25
R U B R I K 6 C (ENGLISH) - A S A L

26
RUBRIK 6C

27
KO M P E T E N S I P E M B E L A JA R A N B E R M A K N A 6 C

28
1.4 Konsep Pembelajaran Regulasi Kendiri
Pembelajaran Regulasi Kendiri, atau dikenali sebagai SRL ialah proses
pembelajaran yang mendorong para pelajar untuk menentukan matlamat dalam
pembelajaran. Bukan itu sahahaja, SRL juga membantu pelajar untuk mengkaji dan
menilai pendekatan pembelajaran serta hasil usaha mereka dalam proses
memperoleh pemahaman yang lebih mendalam dan teliti tentang sesuatu
pembelajaran.
-Pembelajaran regulasi kendiri bermaksud pembelajaran yang dilakukan sendiri
untuk mencapai objektif pembelajaran (Pintrich, 1995).
-Pembelajaran regulas kendiri berpusatkan pelajar di mana pelajar membina
keyakinan diri dalam pembelajaran, membuat penilaian ke atas diri sendiri serta
pembelajaran yang telah diperoleh.
-Pembelajaran regulasi kendiri mampu meningkatkan pencapaian dalam akademik,
menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan memberikan penghargaan
intrinstik.

29
Antara sebab pelajar perlu SRL adalah untuk tujuan berikut:
(a) Meningkatkan pencapaian dalam akademik
(b) Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat (long-life-learning)
(c) Memberikan penghargaan intrinsik
(d) Meningkatkan dan memperluas pemahaman tentang ilmu pengetahuan yang dipelajari
(e) Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
Memupuk sikap yang terpuji dan keterampilan diri sendiri
(g) Menilai halangan yang mungkin wujud dan melakukan tindakan yang diperlukan
(h) Memupuk sikap berdikari dalam diri pelajar agar dapat mencapai hasil pembelajaran secara
efektif.

30
-Menurut Zimmerman (2000) terdapat tiga fasa yang menentukan keberkesanan dalam
proses pembelajaran regulasi kendiri seperti yang dijelaskan berikut:

(a) Fasa Pemikiran (Forethought Phase)


Para pelajar menganalisis tugas, menetapkan matlamat, merancang cara untuk mencapai kejayaan
dan mempunyai motivasi bagi memacu proses dan mempengaruhi strategi pembelajaran.

(b) Fasa Pelaksanaan (Perfomance Phase)


Fasa pelaksanaan ini merujuk kepada pelaksanaan tugas yang dirancang leh para pelajar,
memantau perkembangannya serta menggunakan beberapa strategi kawalan diri secara kognitif
dan bermotivasi untuk menyelesaikan tugas.

(c) Fasa Refleksi Kendiri (Self-Reflection Phase)


Pada fasa ini, pelajar akan membuat penilaian terhadap prestasi mereka sendiri ke arah matlamat
akhir. Mereka membuat penilaian terhadap pelaksanaan, kejayaan atau kegagalan tugasan mereka.
Penilaian ini menghasilkan reaksi dalam diri mereka yang boleh memberikan kesan positif atau
negatif dalam diri pelajar ketika menyelesaikan tugasan.
31
Terdapat 7 elemen dalam proses pembelajaran regulasi kendiri, iaitu:

(a) Motivasi kendiri-Pelajar mempunyai keinginan untuk menyiapkan tugasan


pembelajaran dengan berkesan.
(b) Merancang-Pelajarn mengenal pasti cara yang terbaik untuk menggunakan masa
yang sedia ada bagi tugas pembelajaran
(c) Pengawalan tumpuan-Pengawalan dalam pembelajaran regulasi kendiri merujuk
kepada panduan yang maksimum terhadap tugasan pembelajaran.
(d) Aplikasi strategi pembelajaran-Pelajar memilih dan menggukan strategi pembelajaran
untuk memproses bahan yang telah dipelajari.
(e) Menetapkan matlamat-Mengenal pasti pengakhiran untuk aktiviti pembelajaran
(f) Pemantauan kendiri-Dilakukan dari semasa ke semasa untuk menyemak dan melihat
sama ada perkembangan berlaku untuk mencapai matlamat
(g) Penilaian kendiri-Pelajar menilai hasil terakhir daripada usaha sendiri

32
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai