Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI Syukur kepada Allah S.W.

T kerana dengan rahmatnya dapat saya menyiapkan tugasan ini walaupun tidak begitu sempurna. Sebaik sahaja menerima tugasan ini daripada pensyarah, saya berasa amat tertekan kerana saya secara peribadinya tidak begitu berminat dengan perniagaan. Oleh sebab, pelajar RBT semester 5 diwajibkan mengambil kursus ini, saya terpaksa menerima hati yang rela untuk belajar RBT 3110 Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan. Saya pada semester ini mempunyai masa yang agak padat dengan pelbagai aktiviti IPG, menyebabkan kali tidak hadirkan diri ke kuliah dalam kursus ini menyebabkan terdapat beberapa perkara yang kurang fahami. Namun, dengan tugasan yang diberikan iaitu mengenai rancangan pemasaran ini boleh memberikan idea-idea baru untuk menyelesaikan tugasan ini bersama dengan rakan kumpulan yang lain. Dengan kepadatan masa yang sering dihadapi oleh saya dan rakan-rakan kumpulan menyebabkan kami sukar untuk berjumpa membuat perbincangan dengan pensyarah. Saya juga berterima kasih dengan pensyarah memberi panduan kepada saya dan rakan-rakan untuk membuat atau menyelesaikan tugasan ini. Pada semester ini, tugasan kursus ini merupakan tugasan yang paling sukar terutamanya bahagian kewangan yang memerlukan masa yang agak panjang untuk memikirkan atau menyelesaikan. Namun dengan pertolongan rakan-rakan sedikit sebanyak dapat membantu walaupun masih terdapat kekurangan. Tugasan ini dapat memberikan kepada saya minat untuk belajar lebih mendalam dalam dunia perniagaan walaupun pada awalnya saya tidak berminat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan kumpulan saya iaitu mohd arif,syeary dan mohd adib kerana memberikan kerjasama walaupun jua keadaan. Saya juga di sini ingin memohon maaf kerana kumpulan kami lewat menghantar tugasan ini. Kumpulan kami bukan sengaja melewatkan menghantar tugasan, namun oleh sebab beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan menyebabkan kami lewat menghantar tugasan ini yang tidak lengkap atau sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai