Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah Pelaksanaan Cerita Menggunakan Boneka .

Cerita Sikap Malas Membawa Padah dimulakan dengan langkah aktiviti nyanyian guru sebagai set induksi pengajaran.Lagu yang dinyanyikan oleh guru ialah lagu KBSR tahun satu iaitu lagu Bunyi Binatang.Selepas menyanyikan lagu ini, guru meminta murid menyenaraikan haiwan-haiwan yang terdapat dalam lagu tersebut.Murid diminta mengajuk bunyi haiwan yang disenaraikan.Dengan menggunakan pengetahuan sedia ada, murid-murid diminta menyebut nama haiwan-haiwan yang mereka ketahui.Melalui nama haiwan yang mereka senaraikan, guru memulakan cerita Sikap Malas Membawa Padah dengan menggunakan boneka dan pentas boneka .Guru menggunakan empat watak boneka iaitu Si Ayam, Sang Kambing ,Si Arnab dan Si Itik. Empat boneka yang digunakan merupakan boneka sarung kaki yang dihiasi wajah boneka dari kain satin berbagai warna yang disulam mesin .Guru menggunakan pentas boneka yang diperbuat dari kotak dan lukisan yang menarik di tampal di kotak tersebut sebagai latar belakang. Cerita Sikap Malas Membawa Padah dijalankan dalam bentuk dialog.Guru akan mempelbagaikan warna ton suara serta menggunakan intonasi yang sesuai semasa penyampaian cerita.Mulut boneka digerakkan mengikut dialog.Sebagai contoh suara Si Arnab lebih nyaring berbanding dengan suara Sang Kambing yang lebih garau.Untuk menarik minat murid-murid, guru akan memasukkan nyanyian semasa penyampaian cerita iaitu lagu KBSR Muzik Tahun dua iaitu lagu Padiku. Padiku Padi padiku masak berwarna emas Rasa hatiku gembira paling puas Ho ho ho hoi,ho ho ho hoi Pergilah pergi wahai burung jangan hinggap Ho ho ho hoi,ho ho ho hoi Semoga engkau tidak akan kena tangkap

Lagu ini dinyanyikan oleh Si Ayam ketika menuai padinya yang hidup subur.Kegembiraan Si Ayam menikmati hasil usahanya ditunjukkan melaui nyanyian lagu ini .Di akhir cerita ini guru akan berbincang bersama murid tentang nilai-nilai yang didapati dalam cerita ini.Guru akan menyoal soalan secara lisan untuk menguji kefahaman murid, Akhir sekali murid menjawab soalan pemahaman yang disediakan oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai