Anda di halaman 1dari 19

ALIRAN MADINAH DAN ALIRAN IRAQ

PPPY 1113: PENSEJARAHAN ISLAM

PENGENALAN
Aliran Madinah dan Iraq merupakan institusi pengajian yang eksklusif. Ianya berkembang pesat atas inisiatif khalifah Abbasiyyah. Aliran Madinah mengutamakan aspek sirah wa alMaghazi. Aliran Iraq menumpukan pada isu-isu tempatan sejarah Iraq.

PERKEMBANGAN PENSEJARAHAN ALIRAN MADINAH

TAHAP 1: -Zaman Sigharu al-Sahabah. -Dipelopori oleh Said bin Saad bin Ubadah, Sahl bin Abi Kaithamah, Said bin al-Musayyab, Abban bin Uthman bin Affan dan Urwah bin al-Zubayr bin al-Awwam, Syarahbil bin Saad, Abu Fadhalah bin Kaab dan al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr.

TAHAP 2: - Kumpulan tabien - Abdullah bin Abi Bakr, Asim bin Amru, Abu Ruh Yazid bin Ruman al-Asadi dan Abu al-Aswad Muhammad bin Abdul Rahman al-Asadi. - Mereka ini memilih aspek tumpuan masing-masing [e.g Abdullah bin Abi Bakr (sejarah Rasulullah), Abu Ruh (Maghazi) dan Abu Aswad (al-Ansab) ].

TAHAP 3: - Melibatkan sejarawan terkemudian. - Contoh : al-Waqidi dan Ibn Saad. - Berlakunya proses penyusunan bahan-bahan sejarah dalam bentuk kitab.

PENSEJARAHAN ALIRAN MADINAH

Aspek penulisan sejarah fokus pada kehidupan Nabi Muhammad SAW (sirah al-Rasul) dan peperangan yang disertai Baginda (al-Maghazi). Penekanan pada kedua-duanya selaras dengan modal insan yang ditekankan oleh Baginda.

METODOLOGI PENSEJARAHAN MADINAH


Merujuk kepada sistem pengumpulan data (hadith). Sistem penulisan hadith (sanad dan matan hadith). Pengaruh dari: - Sistem pembelajaran di Madinah- sistem pengajian hadith. - Suasana kota Madinah pusat pentadbiran Islam pertama. 2 orang tokoh pelopor : Urwah, al-Zuhri dan Ibn Ishaq

KITAB-KITAB SIRAH AL-MAGHAZI


Ibn Ishaq - kitab al-Mubtada wa al-Matbaath wa alMaghazi. al-Waqidi - Kitab al-Sirah wa al-Mubtada wa alMaghazi. Ibn Saad kitab Akhbar al-Nabi, kitab al-Hayl, kitab Tabaqat al-Saghir dan kitab Tabaqat al-Kabir.

TOKOH SEJARAWAN MADINAH


GENERASI PERTAMA: -Urwah ibn Zubayr ibn Awwam, Abban ibn Uthman ibn Affan dan Shurahbil ibn Saad. GENERASI KEDUA: - Abdullah ibn Abi Bakr ibn Muhammad ibn Amr ibn Hazm al-Ansari, Asim ibn Umar ibn Qatadah alZafari dan Ibn Shihab al-Zuhri. GENERASI KETIGA: -Musa ibn Uqbah, Muhammad ibn Ishak dan alWaqidi.

ALIRAN IRAQ
Perkembangan ilmu sejarah telah berlaku di Iraq ( Basrah dan Kufah ). Kota Basrah dan Kufah merupakan bandar-bandar tempat berlakunya pertembungan antara kebudayaan Arab dan Parsi. Pengajian di Kufah pendekatan sejarawan bersifat local dan khusus.

PENSEJARAHAN ALIRAN IRAQ


Sejarawan turut menumpukan penulisan mereka kepada peristiwa-peritstiwa semasa seperti futuhat Islamiyyah, pergolakan dan pertempuran yang berlaku, sejarah pemerintahan khulafa dan hal ehwal golongan dan mazhab tertentu. Al-Duri: pendekatan sejarawan Iraq lebih menekankan aspek perkauman dan kekabilahan. Faktor kehadiran pelbagai kabilah Arab bersama kemegahan dan kemewahan masing-masing.

Menggunakan metodologi yang berbeza dengan aliran Madinah- khusus kepada Tarikh al-Am. Sejarawan awal yang menerajui Tarikh al-am ; Abdullah ibn Salam dan Jabir ibn Yazid al-Jafi. Masih terdapat sejarawan Iraq yang menggunakan sistem isnad - Al-Asmai, Musab al-Zubairy dan AlMadain.

CIRI-CIRI METODOLOGI ALIRAN IRAQ


PENSEJARAHAN QABILAH PENCAMPURAN GAYA ARAB DAN PARSI. 3 KATEGORI : a) Akhbariyyun b) Nasabiyyun c) Lughawiyyun

AKHBARIYYUN
Kisah kemegahan dan kebanggaan kabilah. Berunsur al-ayyam dan al-ansab. Kisah al-Riddah, peperangan dan konflik yang tercetus di antara Bani Umayyah dengan golongan tertentu seperti Syiah. Contoh: Sayf bin Umar kitab al-Futuh al-Kabir wa al-Riddah.

NASABIYYUN
Kisah salasilah dan keturunan. Maklumat mengenai qabilah-qabilah Arab . Tokoh sejarawan kategori nasabiyyun ; Muhammad ibn al-Saib al-Kalbi (kitab al-nasab al-Kabir) dan Aamir ibn Hafs.

LUGHAWIYYUN
Gemar syair dan puisi Arab. Asalnya ahli bahasa, kemudian sejarawan. Penelitian kepada syair-syair untuk ditentukan kesahihannya. Tumpuan pada aspek bahasa dan sejarah. Sumbangannya membentuk kaedah kritikan sumber dan riwayat sejarah. Tokoh-tokohnya: Abu Ubaydah Mamar ibn alMuthanna (kitab al-Ayyam al-Kabir dan kitab alAyyam al-Saghir) dan Abu Said Abd al-Malik ibn Qurayb al-Asmai.

PERBANDINGAN METODOLOGI ALIRAN MADINAH & ALIRAN IRAQ

FOKUS : -Madinah (sirah dan al-Maghazi). - Iraq (perkauman dan kabilah ).

METODOLOGI: - Madinah (sanad dan matan hadith). - Iraq ( tidak menggunakan isnad).

PENGGUNAAN PUISI DAN PROSA - Kedua-dua aliran mengaplikasikan penulisan mereka. ASPEK SUSUN ATUR FAKTA -Kaedah tematik (Mauduat) - Kaedah kronologi tahun (Hauliyat)

dalam

KESIMPULAN

Sejarawan Madinah lebih menumpukan perhatian kepada aspek sirah dan maghazi Rasulullah s.a.w. serta perjuangan para sahabat sahaja. Semua fakta berkaitan perkara tersebut diambil dari ahli hadith. Cuma yang membezakan adalah cara pengambilannya sahaja. Sejarawan Iraq pula kurang rapi di dalam penggunaan Isnad ini. Ini bertepatan dengan fokus penulisan mereka yang lebih kepada kedaerahan, keqabilahan dan sejarah yang lebih moden dan umum. Walaupun ianya tidak menepati syarat ahli hadith, namun dari aspek sejarahnya ianya masih boleh diterima dari segi metodologinya.

Anda mungkin juga menyukai