Anda di halaman 1dari 6

1.

Dalam pendidikan prasekolah, pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan, keupayaan dan minat perlu dirancang supaya murid dapat dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran dan mereka mendapati bahawa pembelajaran itu adalah sesuatu yang bermakna, berkesan dan menyeronokkan. Oleh itu Pusat Perkembangan Kurikulum (2003,ms 260) mengesyorkan empat pendekatan pengajaran berasaskan konsep dan prinsip bagi pendidikan prasekolah iaitu : i. Pendekatan Belajar Melalui Bermain ii. Pendekatan Bertema iii. Pendekatan Bersepadu iv. Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran Walau bagaimanapun semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, adalah digalakkan keempat-empat pendekatan ini disepadukan. Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang lain digunakan semasa sesi pengajaran di prasekolah, iaitu : i. Pendekatan projek ii. Pendekatan tunggal iii. Pendekatan Unit iv. Pendekatan inkuiri arahan guru
2. KANDUNGANKURIKULUM

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Komponen Bahasa Dan Komunikasi Komponen Kognitif Komponen Pendidikan Kerohanian dan Moral Komponen Perkembangan Sosioemosi Komponen Perkembangan dan Estetika Komponen Kreativiti dan Estetika

Pendekatan serta pengelolaan pengajaran dan pembelajaran Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah, empat pendekatan pengajaran dan pembelajaran diutamakan iaitu 1. 2. 3. 4. Pendekatan belajar melalui bermain Pendekatan bertema Pendekatan bersepadu Pendekatan ICT

PENGURUSAN RUANG 1. Ruang dalam kelas

- Aktiviti individu, kumpulan dan kelas - Aktiviti pembelajaran berasaskan komponen - Menempatkan alat mainan, bahan rujukan, bahan bacaan dan menyimpan barang Contoh aktiviti Bercerita Circle Time Menyanyi Bergerak mengikut muzik Berlakon Aktiviti seni

2. Ruang Luar Kelas - Aktiviti bebas - Aktiviti individu dan kumpulan - Menempatkan permainan luar ( buaian, papan gelongsor dan lain-lain ) Contoh aktiviti Permainan air dan pasir Manipulatif ( pertukangan ) Pemerhatian Lawatan persekitaran

3. Ruang Penyediaan Makanan - Penyediaan makanan - Memberi murid pengalaman, menghidang makanan dan mengemas tempat makan. - Melatih menjaga kebersihan dan keselamatan Contoh aktiviti : - Memberi pendedahan kepada murid pengalaman memasak, menghidang makanan dan minuman. - Mengamalkan adab sebelum, semasa dan selepas makan. - Mengamalkan nilai murni. Tempoh pengajaran dan pembelajaran Tempoh pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah sekurang-kurangnya tiga jam sehari selama lima hari dalam seminggu.Aktiviti Pendidikan Prasekolah mengambil kira peruntukan yang ditetapkan dalam Seksyen 17 dan 23 Akta Pendidikan (1996)

AKTIVITI Rutin pagi Perbualan pagi Permainan luar Aktiviti kumpulan Rehat Aktiviti kelas Penutup Jumlah

MASA 10 minit 20 minit 20 minit 60 minit 30 minit 30 minit 10 minit 180 minit

Susunan aktiviti dan peruntukan masa adalah fleksibel Penilaian dan Rekod Perkembangan Murid Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran . Penilaian adalah diasaskan kepada perkembangan dan kemajuan murid dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Antara cara untuk mengesan perkembangan adalah melalui pemerhatian seperti tingkah laku , perbualan dan hasil kerja murid. Hasil pemerhatian akan disimpan dalam portfolio yang terdiri rekod peribadi murid, rekod perkembangan dan kemajuan murid serta contoh hasil kerja murid. PENGLIBATAN IBU BAPA Penglibatan ibubapa,penjaga dan komuniti adalah satu badan yang dikenali sebagai badan permuafakatan. Ia berperanan dalam membantu perkembangan murid prasekolah. Antara peranan penting ibubapa,penjaga dan komuniti ialah: 1. 2. 3. 4. Mengukuhkan pembelajaran Menyumbangkan kepakaran atau sebagai rujukan. Memberi sumbangan tenaga dan bahan Memberi khidmat kebajikan.

PUSAT PEMBELAJARAN PUSAT BAHASA DAN KOMUNIKASI Meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Berintaraksi dengan bahan bacaan melalui gambar dan bahan cetakan. Menambah dan mengukuhkan perbendaharaan kata.

Memupuk sikap sayangkan buku. Menanam minat membaca. Mengembangkan kamahiran membaca dan menulis. PUSAT KOGNITIF

Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas proses sains dan matematik. Meningkatkan pengetahuan tentang konsep pranombor, asas nombor dan asas sains. Meningkatkan kemahiran proses sains seperti pemerhatian, pengelasan, menjalankan eksperimen dan merekod. PUSAT KEROHANIAN DAN MORAL

Memupuk semangat keislaman pada murid Islam. Menyedari adanya Tuhan sebagai Pencipta alam. Memupuk nilai dan akhlak yang mulia. Memupuk semangat cintakan Negara dan perpaduan. PUSAT KREATIVITI DAN ESTETIKA

Membuat penerokaan pelbagai bahan semula jadi dan kitar semula. Membuat penerokaan pelbagai konsep tekstur, saiz, warna dan bentuk. Menghasilkan sesuatu rakaan atau ciptaan pelbagai bahan. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi. Meningkatkan kemahiran mendengar. Bermain alat muzik mengikut tangga solfa. Memahami konsep ritma, tempo dan melodi. Meningkatkan kepekaan dan daya mengingat.

PUSAT MANIPULATIF Meningkatkan koordinasi motor halus. Menumpukan perhatian dan meningkatkan ketekunan. Menggunakan kemahiran berfikir untuk meyelesaikan masalah. Melahirkan imaginasi dan kreativiti. PUSAT TEKNOLOGI Menggunakan pelbagai peralatan teknologi. Memperolehi maklumat. Berinteraksi dengan bahan untuk belajar mengikut kemampuan sendiri. Memperkayakan pengalaman pembelajaran. PUSAT MAIN PERANAN/PONDOK Menjalankan aktiviti sendiri. Berinteraksi dan berkomunikasi. Mengalami suasana seperti rumah kediaman, kedai, klinik, pejabat pos. Melahirkan emosi dan mengembangkan minat dan bakat. Melakonkan cerita berdasarkan pengalaman di rumah dan masyarakat persekitaran. PERMAINAN LUAR Meningkatkan kemahiran motor kasar. Meningkatkan kefahaman konsep sains dan matematik seperti melalui alat gelonsor, buaian dan jongkang- jongkit. Memupuk nilai murni seperti bekerjasama, bersabar menunggu giliran dalam suasana riang. Meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan diri dan rakan.

Sumber : Huraian kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2002 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003.

Minta cari di laman web bawah ini.... http://kheru2006.webs.com/prasekolah/konsep_pp_prasekolah.htm http://www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/PRA3102/PRA3102_05_Asas_Pengajian_Kurikulum _Dan_Model_Prasekolah.pdf http://www.scribd.com/doc/12398082/Pendekatan-Yang-Digunakan-Dalam-Proses-ppPrasekolah http://ppdkerian.edu.my/prasekolah/kurikulum/index.htm

Anda mungkin juga menyukai