Anda di halaman 1dari 9

AA203-SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

PEREDARAAN PLANET BUMI DALAM ORBITNYA MEGELILINGI MATAHARI

PENDAHULUAN
Alam semesta terdiri daripada ribuan juta galaksi atau disebut sebagai nebula. - Bumi terletak di dalam galaksi Bima Sakti yang mengandungi 100 billion bintang. - Sistem suria terdiri daripada 8 buah planet dan objek lain yang beredar mengelilingi matahari - matahari merupakan pusat bagi semua planet dalam sistem suria.

Menurut Pandagan Islam


Allah telah memberitahu manusia jawapan bagaimana dan siapa yang menciptakan alam ini. JawapanNya diterangkan di dalam al Quraan melalui RasulNya. Di dalam al Quraan yang suci Allah menyebutkan Dialah yang menciptakan alam semesta ini dengan kekuasaan dan kehendakNya. FirmanNya yang bermaksud: "Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahuial Anaam: 73

DEFINISI SISTEM SURIA


SISTEM SURIA MERUPAKAN SALAH SATU SISTEM YANG TERDAPAT DI DALAM GALAKSI BIMA SAKTI. TERDIRI DARIPADA BERBILION BINTANG, SEMBILAN PLANET, METEOR, ASTEROID DAN KOMET YANG MENGELILINGI MATAHARI MENGIKUT ORBIT YANG BERBEZA PADA SATAH YANG RATA.

PERGERAKAN BUMI
PUTARAN BUMI PADA PAKSINYA PEREDARAN BUMI MENGELILINGI MATAHARI PADA ORBITNYA PUTARAN BUMI PADA PAKSI YANG CONDONG PADA SUDUT 231/20 PADA SATAH TEGAK BUMI BERPUTAR DARI BARAT KE TIMUR MENYEBABKAN MATAHARI TERBIT DARI SEBELAH TIMUR DAN TERBENAM DI BARAT SATU PUTARAN BUMI MENGAMBIL MASA 24 JAM

Menurut Al-Quran
Seluruh proses kejadian alam ini berlaku secara sistematik dengan ukuran yang rapi dan tepat seperti yang disebut di dalam alQuran "Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). AlQamar :49

Peredaran Bumi Mengelilingi Matahari


selain daripada berputar atas paksinya, bumi juga berputar mengelilingi matahari dalam lingkaran orbitnya yang amat luas. Ingatlah bahawa jarak antara bumi dengan matahari adalah 149,000,000 km dan putarannya mengambil masa selama 365 hari iaitu setahun mengikut perkiraan kita. Semasa beredar mengelilingi matahari, bumi akan berputar di atas paksinya dalam berkeadaan condong. Maka sesetengah negara yang terletak jauh dari garisan khatulistiwa akan lebih terdedah kepada cahaya matahari lalu jadilah musim panas ataupun kurang menerima cahaya matahari lalu jadikan musim sejuk. Sebagai akibat daripada pergantian musim ini terjadilah pelbagai jenis tumbuhan dan buah-buahan di permukaan bumi ini yang menjadi nikmat dan hikmah yang amat besar kepada seluruh kehidupan di muka bumi. Begitulah keadaannya dari semasa ke semasa dan silih berganti tanpa henti-henti sehingga hari kiamat... akibat peredaran bumi di sekeliling matahari. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ... Dan engkau lihat bumi ini kering tetapi setelah kami turunkan air (hujan) padanya, ia menjadi lembut dan subur dan menumbuhkan pelbagai macam tumbuhan dan buah-buahan yang cantik dan lazat. (Al-Hajj: 5) Firmannya lagi yang bermaksud: Dan kami hamparkan bumi itu dan kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh dan kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata. (Qaaf: 7)

LAMPIRAN

Matahari berjalan di tempat yang ditetapkan baginya. Demikianlah Allah Yang Maha Gagah Lagi Maha Mengetahui. Sedangkan bulan kami tentukan baginya tempat yang tertentu sehingg ia kembali berbentuk seperti pelepah kurma yang kering (bulan sabit). Tiadalah matahari mendekati bulan dan tidak pula malam mendahului siang sedang semuanya beredar pada garis edarannya (orbit). (Yassin : 38-40)

Video Clip

Anda mungkin juga menyukai