Anda di halaman 1dari 5

Berikut merupakan hasil skrip drama komedi: peminangan puteri gunung ledang DARAHNYA TERTUMPAH BABAK 1

MASA

: Pagi

TEMPAT : Bilik Peraduan Raja Ahmad ADEGAN : Suasana kecoh di dalam bilik peraduan Raja Ahmad apabila ayahanda baginda, iaitu Sultan Mahmud dan Tun Mamat cuba menangkap Raja Ahmad.

SULTAN MAHMUD TUN MAMAT RAJA AHMAD

: Tangkap, Tun Mamat, tangkap! Jangan bagi dia keluar pintu, cepat! : (Berlari-lari ke arah pintu) Baikbaik, tuanku. : Jangan ayahanda, jangananakanda tidak mahu, anakanda takut tolong anakanda ayahanda (berlari-lari sambil menangis dan keluar lari melalui tingkap)

SULTAN MAHMUD

: (Masih berlari-lari) Cuma sedikit sahaja andakanda, cuma satu pain saja. Anakanda. (Akhirnya berhenti dalam keadaan termengah-mengah).

TUN MAMAT

: (Juga turut berhenti) Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, patik rasa kita tidak berjaya hari ini untuk mengambil darah tuanku Raja Ahmad.

SULTAN MAHMUD

: Yalah! Kalau begini, kita perlu mencari helah untuk mendapatkan darah anakanda itu. Nanti beta fikirkan jalan lain, kerana beta telah mati akal pada hari ini kerana perlakuan anakanda Raja Ahmad. Beta mesti dapatkan juga puteri itu, walau dengan dua atau tiga pain darah anakanda beta yang dia mahu!Harimau di hutan lagi kutangkap, inikan pula cicak mangkarung! (kedua-dua mereka pun keluar dari bilik peraduan itu.

BABAK 2

MASA

: Pagi

TEMPAT : Pejabat Sultan Mahmud

ADEGAN I Kelihatan Sultan Mahmud duduk termenung di pejabat baginda dan masuk Tun Mamat setelah mengetuk pintu bilik

TUN MAMAT

: Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, apakah perkara yang tuanku ingin sampaikan kepada patik?

SULTAN MAHMUD

: Ha, Tun Mamat. Sebenarnya beta telah mendapat satu cara untuk mendapatkan darah anakanda beta. Jadi, beta panggil Tun Mamat menghadap ini adalah untuk pergi bersama-sama beta berjumpa dengan anakanda Raja Ahmad.

TUN MAMAT

: Silakan tuanku.

ADEGAN 2 Sementara di bilik peraduan Raja Ahmad, baginda sedang menonton cerita kartun Pingu. Kemudian masuk Tun Mamat.

TUN MAMAT

: (Nada sedih)Ampun Tuanku Raja Ahmad, ayahanda tuanku sedang gering tuanku. Sudah beberapa hari baginda bersedih dan tidak mahu santap. Sekarang ni, baginda mahu berjumpa dengan tuanku

RAJA AHMAD

: Apa? Ayahanda gering? (separuh menangis) Adakah ayahanda akan pergi juga meninggalkan beta seperti bonda dulu, Tun Mamat? Ayahanda(sambil berlari menuju ke bilik peraduan Sultan Mahmud lalu memeluk Sultan Mahmud yang sedang berbaring.)

RAJA AHMAD

: Ayahanda, ayahanda, bangun ayahanda! Maafkan anakanda jika anakanda yang menyebabkan ayahanda gering.

SULTAN MAHMUD

: (Berpura-pura sakit dan terbatuk-batuk) Tidak anakanda, ehbetul anakanda, sebenarnya doktor telah mengatakan bahawa umur ayahanda tidak panjang. Cuma tinggal 14 hari lagi. Kalau anakanda tidak memberi darah anakanda, maka tinggallah anakanda di dunia ini seorang diri. Kesiannya anakanda nanti!

RAJA AHMAD

: Oh! Ayahanda, janganlah ayahanda tinggalkan anakanda seorang diri. Ambillah berapa gelas pun darah anakanda, (sambil menunjukkan beberapa bahagian badannya) di sini, di sini, semua tempat, jika ayahanda mahu. Anakanda rela berkorban,demi kasih anakanda kepada ayahanda.

Tun Mamat diberi isyarat oleh Sultan Mahmud untuk memanggil doktor istana yang sudah bersedia bagi mengambil darah Raja Ahmad. Tidak lama kemudian proses pengambilan darah Raja Ahmad pun selesai.

BABAK 3 MASA : Petang

TEMPAT : Bilik Peraduan Sultan Mahmud

Kelihatan Sultan Mahmud sedang tersenyum di atas sebuah kerusi sambil menonton televisyen. Di tangan baginda ada sepain darah Raja Ahmad.)

SULTAN MAHMUD

: (Berkhayal dan menyanyi kecil-irama lagu Madu Tiga) Senangnya dalam hati, Apabila beristeri lagi, Bagaikan dunia, hai beta yang punya(Berhenti menyanyi sambil menekan-nekan telefon) Ha, biar beta mesej rakan-rakan beta yang Puteri Gunung Ledang sudah berada digenggaman beta. (Selesai menekan-nekan telefon, Sultan Mahmud menekan suiz televisyen pula. Kelihatan di kaca televisyen berita sedang disiarkan).

BERITA

: Selamat petang para penonton sekalian, Berita terpantas hari ini. Seorang puteri telah menghidap penyakit sopak di seluruh tubuhnya, telah merayu kepada orang ramai untuk menderma darah jenis VIP. Oleh itu, kepada penonton yang ingin menderma darah jenis ini, sila hubungi talian 07252525. Maaf, itu talian pizza hut. Talian sebenarnya ialah 010101 atau SMS ke 007. Sekian, berita terpantas hari ini. Berkhidmat Untuk Negara.

TUN MAMAT

: (Datang

dalam

keadaan

kelam-kabut)

Ampun

Tuankuampun

tuankuampun tuanku SULTAN MAHMUD : Sudah, sudah! Berapa kali nak sebut ampun ni! Ha, Tun Mamat apa dia? Kamu nampak seperti ayam berak kapur saja.

TUN MAMAT

: (Masih dalam keadaan serba salah) Sebenarnya sebenarnya tuanku, maafkan patik tuanku. Kalau apa yang patik khabarkan ini boleh

menyebabkan tuanku terkejut. SULTAN MAHMUD TUN MAMAT : Apa dia Tun Mamat? Cakaplah cepat! : Patik rasa, eloklah tuanku baca sendiri surat khabar ini. Tuanku fahamkanlah sendiri ceritanya. (sambil menyerahkan surat khabar kepada Sultan Mahmud). SULTAN MAHMUD : (Membaca dengan suara yang kuat dan termengah-mengah) Puteri Gunung LedangMerayu orang ramaiMenderma darah jenis

VIPKerana menghidap penyakit sopak?!!!Alamakmalangnya nasib beta, Berpenyakit sopak rupanya puteri tuOh, anakanda! Ayahanda berdosa kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah selama ini dan mementingkan diri sendiri. Ayahanda sanggup memaksa anakanda memberikan darah untuk Tuan Puteri Gunung Ledang hanya semata-mata kasih sayang ayahanda yang tidak bertempat. Maafkan ayahanda...

Sultan Mahmud akhirnya pengsan dan darah Raja Ahmad yang dipegangnya akhirnya jatuh lalu tertumpah ke lantai)

-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai