Anda di halaman 1dari 4

Kepentingan Penyelesaian Masalah Matematik Dalam Kehidupan Seharian Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan banyak memberi

kepentingannya yang tersendiri kepada individu.Seperti yang kita tahu dalam kehidupan seharian, matematik sering wujud dan banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Bagaimana perniagaan saham boleh naik turun setiap detik,setiap waktu, dan setiap saat? Matematik yang berperanan untuk menyelesaikan masalah kewangan di setiap syarikat dan perniagaan. Tanpa matematik , tidak akan wujud urusan perniagaan di seluruh negara. Bukan sahaja itu, wujud manusia yang buta ilmu pengiraan dan terbantutlah pemikiran manusia kerana penyelesaian masalah dalam matematik yang memberi keselesaan dalam kehidupan . Seperti yang kita tahu,setiap pemegang saham sesuatu syarikat pasti mempunyai masalah dalam pelaburannya seperti kekurangan bayaran saham, dan sebagainya. Bayangkan sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan, implikasinya pasti sangat besar dan memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita. Itulah kepentingan penyelesaian masalah dalam matematik. Sesuatu urusan kehidupan manusia pasti akan dapat diuruskan dengan efektif dan lancar. Antara pemikir yang menyumbangkan kepada keberkesanan penyelesaian masalah matematik ialah George Polya yang telah mengemukakan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah matematik yang bukan hanya boleh digunakanb untuk masalah matematik, malah masalah yang sering kita hadapi dalam kehidupan seharian. Di samping itu, kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan seharian dapat merangsang perkembangan intelek seseorang individu itu. Ia meningkatkan lagi perkembangan kognitif dalam perkembangan seseorang supaya lebih cepat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan. Bayangkan,seorang penjual aiskrim bergerak juga akan menghadapi kesukaran apabila berhadapan dengan pelanggan yang ramai. Boleh bayangkan jika dia tidak boleh mengira secara pantas? Itulah kepentingan matematik yang wujud secara tidak sedar kerana pada waktu yang sama,penjual aiskrim itu meningkatkan kemahiran mengiranya setiap kali dia berurusniaga dengan pelanggan. Bayangkan sekiranya dia menjual ais krim yang beharga pelbagai harga dan sebagai contoh, Aiskrim Mat Kool vanilla yang

disaluti coklat ranggup yang berharga RM1.20 dan aiskrim ini yang menjadi sambutan kanak-kanak.Oleh itu, peniaga ini seharusnya sudah memikirkan untuk menukar syiling yang banyak kerana banyak syiling diperlukan untuk dipulangkan kepada

pelanggan.Secara tidak langsung, penjual aiskrim sudah belajar cara memulangkan baki kepada pelanggan.Ramai peniaga peniaga yang wujud di dunia ini tidak pandai menulis tapi pandai mengira dengan lancarnya.Itulah kepentingan matematik dalam kehidupan seharian kerana wujud praktikal jika diamalkan selalu. Sekiranya kita sedar bahawa Matematik adalah ilmu yang bukan berdasarkan teori malah perlu praktikal selalu supaya tidak lupa apa yang dipelajari. Ia adalah satu disiplin penting kerana peranan praktikal bagi individu dan masyarakat melalui pendekatan Penyelesaian penyelesaian masalah, aspek matematik ini dapat dibangunkan.

masalah dan mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk

menyelesaikan masalah yang lebih baik dari pengajaran kemahiran tanpa konteks tersebut memberikan penyelesaian masalah nilai khusus sebagai salah satu cara untuk belajar konsep baru dan kemahiran atau penguatan kemahiran yang telah diperoleh. Stanic dan Kilpatrick, (1989), NCTM, (1989) mengatakan bahawa mendekati matematik melalui penyelesaian masalah dapat mencipta konteks yang

mensimulasikan kehidupan nyata dan kerana matematik daripada memperlakukannya. Penyelesaian masalah menjadi fokus utama dalam matematik kerana, mereka berkata, itu meliputi kemahiran dan fungsi yang merupakan bahagian penting dari kehidupan sehari-hari. Selain itu ,ia juga dapat membantu orang untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan masalah tak terduga dalam kerjaya mereka dan aspek lain dari kehidupan mereka. Penyesuaian diri itu amat penting kerana kepekaan terhadap aspek perubahan ekonomi yang wujud di dunia ini kerana kemodenan banyak meningkatkan kos taraf hidup manusia. Kos taraf kehidupan merupakan salah satu masalah matematik yang diurus secara langsung oleh setiap individu yang menghadfapi masalah ini. Harga minyak di Malaysia yang semakin naik setiap tahun adalah salah satu contoh terbaik untuk perubahan kesan daripada faktor ekonomi negara Mesir yang menghadapi krisis pemberontakan. Harga minyak Petrol RON 97 seliter yang naik 10 sen pada harga

pasaran ialah RM2.50 yang dikuatkuasakan serta merta pada awal Februari yang lalu. Oleh itu, sebagai seorang yang boleh berfikir dan boleh merancang perbelanjaaan diri kita perlu mengelakkan dan merancang penggunaan wang kita agar tidak berlaku masalah kewangan yang akan membebankan kita. Ini adalah salah satu kepentingan matematik dalam kehidupan seharian ,iaitu diajar untuk menerima arus perubahan sedia ada supaya tidak mengalami kejutan budaya dan berusaha untuk mencapai standard individu yang berkualiti dari segi intelek.

Bayangkan kehidupan tanpa nombor? Bolehkah manusia boleh melakukan pengiraan terhadap sesuatu? Apa yang dilakukan untuk menggantikan sistem nombor di dunia ini? Matematik wujud ke arah kepentingan yang paling umum dan menjadi rutin yang sebati dalam kehidupan ialah ia membantu untuk memudahkan kehidupan seharian dengan kewujudan Matematik dalam kehidupan.dan ia sudah sebati dalam konteks kehidupan manusia.Proses jual beli yang berlaku pada setiap kedai yang wujud di seluruh dunia.Kewujudannya yang meluas yang menyebarkan perdagangan ke seluruh dunia dari zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana pedagang pedagang Arab yang sanggup berdagang ke Tanah Melayu untuk berdagang rempah ratus dan pada waktu yang lalu,mereka hanya menggunakan duit kupang sebagai nilai emas mereka. Bukan sahaja itu, sekiranya matematik tidak wujud, wujudkah lagi bank di dalam dunia? Itulah menjadi persoalan dan menjadi salah satu faktor yang penting tentang kepentingan matematik. Proses yang melibatkan operasi matematik seperti akaun, fizik, kimia yang menjadikan pengiraan sebagai langkah untuk mahir dalam subjek ini. Oleh itu,pakar pakar Intelek mengatakan bahawa matematik adalah subjek yang peting yang membawa kepada kecerdasan otak kiri yang menjadikan seorang itu cenderung untuk melakukan kira kira iaitu Abacos sebagai contoh teknik mengira yang paling kreatif di dalam dunia dan banyak pakar matematik yang wujud disebabkan kaedah Abacos ini. Kaedah ini membantu ramai individu di dalam penyelesaian masalah yang melibatkan operasi tambah dan tolak.

Apa yang dapat disimpulkan di sini,Matematik adalah satu subjek yang wajib dididik kepada kanak kanak sewaktu kecil kerana semakin lama Manusia semakin membesar,semakin banyak digunapakai dalam kehidupan yang nyata ini.Bukan sahaja itu, desakan dari arus kemodenan, ia menjadi subjek yang wajib untuk difahami kerana teknologi kini banyak menjadikan matematik sebagai salah satu yang penting dalam kehidupan seharian samada dalam penyelesaian masalah ataupun tidak.Matematik ini pasti akan memberi impak yang positif kepada seseorang supaya tahap kecerdasan intelek seseorang itu dapat mengimbangkan kehidupannya untuk menjadi individu yang berguna pada masa akan datang, dan matematik juga memainkan peranan yang amat besar dalam proses pertukaran barang yang sangat diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan seharian. Tanpa matematik maka mundurlah pembangunan manusia, pincang pemikirannya dan bantutlah perkembangannya.

Anda mungkin juga menyukai