Anda di halaman 1dari 14

JURNAL PENDIDIKAN Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

IMAGIN

ASI MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGINGAT DALAM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

AZHAR BIN ISA Guru Cemerlang Kemahiran Hidup Bersepadu SMK Seremban Jaya 2 Negeri Sembilan

Abstrak Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengingat asas elektronik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang pelajar tingkatan 3 UKM aliran agama di SMK Seri Pagi, Seremban. Kaedah yang dijalankan dalam kajian ini dinamakan Imaginasi. Kajian ini menggunakan kaedah Imaginasi yang kreatif dan rasional untuk mengingati sesuatu komponen elektronik. Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian, soal selidik, temu bual dan sumber dokumen. Dalam kaedah Imaginasi, pelajar dibimbing supaya mereka dapat mengimaginasikan objek yang sesuai dalam kehidupan harian mereka sebagai komponen elektronik. Hal ini menjadikan proses mengingat lebih mudah dan berkesan. Dapatan kajian menunjukkan dengan menggunakan kaedah Imaginasi, kemahiran mengingat asas elektronik lebih mantap. 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sebut sahaja waktu Kemahiran Hidup, semua pelajar saya riang gembira. Hal ini kerana saya sering menggunakan kebebasan beraktiviti, melakukan amali, dan pendekatan kecerdasan pelbagai dalam memperkenalkan sesuatu tajuk. Permulaan pengajaran, telah saya nyatakan hasil pembelajaran implisit yang perlu mereka kuasai. Ketika inilah saya dapat melihat keceriaan tanda kegembiraan pada wajah mereka. Pendekatan ini saya lakukan untuk mengelakkan mereka. pelajar berasa bosan kerana terpaksa duduk, mengambil catatan sambil mendengar celoteh guru serta dilarang berbual atau berbincang sesama

Guru Cemerlang Negara Terbilang 1

JURNAL PENDIDIKAN Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Saya membuat penilaian pengajaran ke atas semua pelajar, sama ada mereka memahami atau tidak, perkara yang telah dipelajari dalam bilik darjah. pelajar Caranya ialah perlu menyebut semula di hadapan saya sebagai bukti kefahaman mereka, Namun begitu, berlaku juga kekeliruan kefahaman mendapat markah yang cemerlang, malah

walaupun terpaksa menghafal. Mereka juga mengulang kaji sesuatu perkara itu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. mengingati baik. fakta, seterusnya sukar apabila menjawab soalan peperiksaan. HaI ini berlaku, berkemungkinan pelajar lupa mendukacitakan saya apabila mereka telah mengulangkaji tetapi gagal menjawab dengan Bagaimana pula dengan pelajar GALUS? Oleh itu, satu kajian tindakan perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca masalah untuk membantu pelajar supaya mempunyai kemahiran mengingat, dengan menggunakan cara sendiri untuk pemahaman mereka. Oleh itu, pelajar perlu mencipta cara mengingat pelajaran. 2.0 Isu Keprihatinan ketika belajar dan mengulang kaji

Saya terpaksa memfokuskan tajuk asas elektronik dengan cuba memperkenalkan kemahiran belajar, kerana dengan cara ini dapat menimbulkan minat dan suasana gembira ketika belajar. Tambahan pula saya dapati pelajar ini kurang bermotivasi akibat sering tidak hadir sekolah atau kelas tambahan. Untuk meningkatkan motivasi mereka, pendekatan Pembelajaran yang kreatif inovasi dan kreatif perlu diperkenalkan dalam pembelajaran.

dapat membantu pelajar meningkatkan pemahaman tentang asas komponen elektronik. Saya turut menyedarkan mereka tentang kos yang dibelanjakan adalah tinggi ketika membuat amali kerja kursus, apatah lagi jika projek elektronik yang terhasil tetapi tidak berfungsi, dan soalan yang dikemukakan Kesimpulannya, saya berharap agar dalam aspek elektronik juga banyak. yang berkaitan pelajar dapat menjawab soalan

dengan betul, dan lulus cemerlang dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. 3.0 Objektif Kajian A. Objektif Umum

Guru Cemerlang Negara Terbilang 2

JURNAL PENDIDIKAN Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

i. ii. iii. B.

Meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar dalam pembelajaran sebagai persediaan menghadapi PMR. Meningkatkan nilai GMP Kemahiran Hidup dalam PMR. Memotivasikan pelajar melalui pembelajaran rakan sebaya. Objektif Khas

i. Mengetahui teknik dan kemahiran mengingat sesuai dengan tahap pelajar berprestasi lemah. ii. Membolehkan mereka mempelajari sesuatu secara berdikari. iii. Memberi rangsangan untuk belajar dan mengulangkaji topik asas komponen elektronik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. iv. Membolehkan pelajar menjawab soalan berbentuk objektif dengan tepat. 4.0 Kumpulan Sasaran Pelajar Tingkatan 3 UKM Aliran Agama Lelaki Perempuan 5.0 : 4 orang - Melayu : 6 orang - Melayu

Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah Saya menggunakan pendekatan pemerhatian, soal selidik, temu bual dan menganalisis dokumen dalam membuat kajian ini. 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian semasa pembelajaran dan hasil kerja nota yang mereka sediakan. Rata-rata pelajar hanya menyalin kesemua ayat dan keterangan daripada buku teks. 5.1.2 Soal Selidik

Guru Cemerlang Negara Terbilang 3

JURNAL PENDIDIKAN Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Saya membuat borang soal selidik dan memberikannya kepada mereka sebelum dan setelah selesai menjalankan kajian tindakan. Soal selidik ini berkaitan dengan minat tentang tajuk elektronik, kefahaman dalam pembelajaran, keupayaan mengingat, pencapaian mendapat markah yang tinggi dan keinginan mendapatkan kemahiran belajar. Dengan ini saya dapat membuat perbandingan tentang keberkesanan kaedah yang diperkenalkan. 5.1.3 Temu Bual Temu bual saya lakukan ketika pelajar ingin mendapatkan bahan elektronik untuk membuat kerja kursus. Sekiranya pelajar dapat menguasai kefahaman asas komponen elektronik, barulah mereka boleh melakukan amali kerja kursus. Oleh itu saya dapat mengetahui minat dan tajuk yang selalu mereka ulangkaji. 5.1.4 Dokumen Melalui dokumen pula, saya bersandarkan kepada ujian pasca dan pos. Cara ini dapat mengesan pencapaian mereka mengenai tajuk asas komponen elektronik. Dengan menggunakan soalan yang sama tetapi dalam jangka masa yang berbeza. Saya tidak memaklumkan kedua-dua hasil pencapaian mereka. Dengan ini kesahan kaedah Imaginasi ini dapat diukur kejayaan atau kelemahannya. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Berikut adalah analisis yang telah dilakukan sepanjang saya menjalankan kajian dengan memperkenalkan Kaedah Imajinasi bagi membantu meningkatkan ingatan asas elektronik menjelang PMR. 5.2.1 Analisis Pemerhatian Bil 1 2 3 Perka ra Menyalin nota daripada buku Membuat nota peta minda Kreatif dalam menyediakan nota Bilangan Pelajar 8/ 10 2/ 10 0/ 10

Guru Cemerlang Negara Terbilang 4

JURNAL PENDIDIKAN Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

5.2.2 Analisis Temu Bual Berikut adalah analisis temu bual semasa mereka mendapatkan bahan komponen elektronik untuk kerja kursus mereka. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Nama Pelajar A dg B gh C uy D re E lk Fe w G sd H xc I a J r Mengenali Nama Kompon 6/ 6 6/ 6 6/ 6 6/ 6 6/ 6 6/ 6 6/ 6 6/ 6 6/ 6 6/ 6 Mengenali Fungsi Kompon 6/ 6 6/ 6 6/ 6 6/ 6 6/ 6 6/ 6 6/ 6 6/ 6 6/ 6 6/ 6 Mengen ali Perbezaan 3/ 3 3/ 3 3/ 3 3/ 3 3/ 3 3/ 3 3/ 3 3/ 3 3/ 3 3/ 3

5.2.3 Analisis Soal Selidik

Bil 1 2 3 4 5

Soal an Berminat dengan tajuk elektronik Mudah faham pembelajaran elektronik Mudah mengingati pembelajaran elektronik Dapat markah tinggi tajuk elektronik Ingin mendapatkan kemahiran belajar tajuk elektronik (kemahiran mengingat)

1 B /L 2/ 0 0/ 0 5/ 0 0/ 0 0/ 0

2 B /L 1/ 0 1/ 0 3/ 0 5/ 0 1/ 0

3 B /L 6/ 0 3/ 0 2/ 0 5/ 0 8/ 0

4 B /L 1/ 1 6/ 1 0/ 0 0/ 1 1/ 2

5 B /L 0/9 0/9 0/1 0 0/9 0/8

Skala Likert

1 - sangat tidak setuju 2 - tidak setuju 3 - kurang setuju

B - dilakukan sebelum kajian tindakan L dilakukan selepas kajian tindakan

Guru Cemerlang Negara Terbilang 5

JURNAL PENDIDIKAN Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan


4 - setuju

Guru Cemerlang Negara Terbilang 6

JURNAL PENDIDIKAN Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

5 - sangat setuju 5.2.4 Analisis Dokumen

Pencapaian pelajar yang diuji sebelum dan selepas kajian tindakan dilakukan adalah seperti berikut : Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Nama Pelajar A dg B gh C uy D re E lk Fe w G sd H xc I a J r Tov Akhir Tahun 52 - C 54 - C 48 - D 46 - D 45 - D 50 - C 40 - D 46 - D 43 - D 49 - D Ujian Pra (Sebelum) 40 - D 38 - E 46 - D 40 - D 42 - D 38 - E 44 - D 40 - D 38 - E 38 - E Ujian Pasca (Selepa 90 - A 88 - A 92 - A 94 - A 96 - A 90 - A 92 - A 84 - A 80 - A 84 - A

Didapati Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan yang membanggakan. Semua pelajar mendapat keputusan A walaupun pada awal pencapaiannya adalah pangkat D atau E dan TOV mereka adalah C atau D. sebelumnya. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Saya mengadakan perjumpaan dengan semua pelajar berkenaan semasa relief. Kesempatan ini saya gunakan untuk mengadakan ujian pra tentang tajuk asas elektronik. Setelah saya semak, didapati tahap pencapaian mereka kurang memuaskan. Saya sengaja tidak memaklumkan pencapaian mereka kerana ingin menguji keberkesanan kaedah Imajinasi yang akan dijalankan. Saya sebenarnya mengajar mereka tajuk asas Apabila disemak dengan keputusan PMR tahun lepas, pendekatan ini telah menyumbang GMP sebanyak 2.22 berbanding 4.00 tahun

Guru Cemerlang Negara Terbilang 7

JURNAL PENDIDIKAN Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

elektronik bersama pelajar yang lain semasa mengadakan perbengkelan teknik kemahiran belajar. Semasa berbengkel, pelajar ada mengemukakan soalan kepada saya bagaimana untuk mengingat perkara yang telah dipelajari. Mereka menyatakan faham tajuk yang telah diajar tetapi mudah lupa dan ada kalanya berlaku kekeliruan kefahaman. Saya pada mulanya menggunakan kaedah penyoalan iaitu setiap pelajar perlu membuat penyoalan pada diri mereka yang terbahagi kepada tiga jenis. Pertama, mengemukakan soalan yang pastinya kita mengetahui jawapannya yang terdapat dalam buku. Kedua, mengemukakan soalan yang jawapannya tiada dalam buku dan kita dapat mengagaknya. Ketiga, dengan mengemukakan soalan tentang perkara yang kita tidak tahu, dan tiada jawapan dalam buku, manakala guru memberi jawapan. Contoh soal jawab dalam pelaksanaan P & P adalah seperti berikut: Pelajar 1 Guru Pelajar 2 Guru Pelajar 3 Guru Pelajar 4 Guru Pelajar 5 Guru : Cikgu, bagaimana saya boleh mengingati fungsi transistor? : Apakah fungsi transistor? : Fungsi transistor ialah sebagai suis : Cuba awak lihat suis di dewan ini ! : Itu suis yang terdapat di dinding penjuru dewan : Ingatkan suis tersebut dan kaitkan dengan fungsi transistor : oh ya, saya dah faham ! : Cuba kamu kaitkan fungsi komponen elektronik yang lain dengan persekitaran supaya kamu boleh ingat sehingga peperiksaan PMR. : Ok cikgu, kami akan cuba dan tunjukkan kefahaman dan cara Mengingatnya. Ujilah kami nanti ! : Terima kasih, kerana kamu semua telah faham, cara mengingat. Selamat berjaya, mudah-mudahan kamu semua markah yang tinggi.

Saya juga memberikan kertas soalan yang sama semasa Ujian Pra dahulu untuk dijadikan Ujian Pasca. Imaginasi. Hasilnya mengembirakan mereka, dan saya merasa puas. Berikut adalah contoh penghasilan pembelajaran pelajar-pelajar saya semasa menggunakan Kaedah

Guru Cemerlang Negara Terbilang 8

JURNAL PENDIDIKAN Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Pembelajaran Transistor sebagai suis Meninggikan arus, voltan & rintangan kaki pemancar Mengenal Jenis transistor Fungsi kapasitor Simbol suis tekan buka Simbol suis tekan tutup Mata bit jenis pahat Mata bit jenis tirus Mata bit jenis rencung Perbezaan buzzer Kaki katod LED Warna perintang Suis Mikro Fungsi perintang

Imaginasi 1 Memetik suis lampu / kipas Membuat senaman Berlatih memanah Gambar anak panah di pintu kelas Ketika berada di tandas Meletakkan tapak tangan di Melihat bawah Melihat mata kawan Melihat matahari Cerita katun Cerita polis trafik Itali Tanda kalah Hj Pat Mat 2/3 Lengan Tiang gol

Imaginasi 2 Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar

5.4 Pelaksanaan Tindakan Pemerhatian dan Penilaian Saya mengambil masa selama tiga bulan untuk menjayakan sehingga selesai kajian tindakan ini. Kos perbelanjaan yang diperlukan adalah rendah sebanyak RM 20.00 sahaja berbanding RM 60.00 yang dirancang sebelumnya. Melalui pemerhatian saya dapati perkara utama perlu ada kesungguhan untuk membantu meningkatkan daya ingatan pelajar bagi membantu mereka menghadapi PMR yang hampir tiba. Saya seronok melihat pelajar belajar dengan gembira kerana mereka mendapat kemahiran imaginasi yang memuaskan. 5.5 Refleksi Kajian

Guru Cemerlang Negara Terbilang 9

JURNAL PENDIDIKAN Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Hasil daripada kajian tindakan yang telah saya jalankan didapati berlaku perubahan yang positif dalam kalangan pelajar. Saya dapati mereka berasa gembira kerana dapat belajar dengan mengingati lebih baik daripada sebelumnya. Hal ini terbukti apabila ada pandangan daripada guru yang menyokong dan mencuba kaedah ini dalam pengajaran mereka. Selain daripada seronok belajar dan mencipta pembelajaran sendiri, murid dan guru akan lebih bermotivasi serta bersemangat di dalam pembelajaran dan pengajaran. 6.0 Cadangan Kajian Seterusnya Perkara yang telah dicipta hasil kreativiti murid dapatan seseorang. boleh dimurnikan mengikut rasional

Mungkin ada yang memahami perkara

yang telah dicipta secara dalam

imaginasi dan ada pula yang kurang bersetuju mengenainya. Oleh itu perubahan imaginasi dari masa ke masa adalah perlu. Kemahiran Hidup. Imaginasi ini boleh diaplikasikan dalam P & P Matapelajaran lain juga dapat difahami dengan mudah dengan

menggunakan kaedah ini. Namun begitu, kajian tindakan ini boleh menjadi titik pemulaan untuk berkongsi idea dengan semua pendidik.

RUJUKAN
Keputusan Pencapaian 3 UKM dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. 2006. Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3 (Teras): Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. A.L. Chua. W.C.Koy & Shannon Lim. 2000. Buku Rujukan Ulangkaji PMR. Kuala Lumpur Eastern View. Tham Wong Kam. 1990. Target PMR Kemahiran Hidup BersepaduTingkatan 3 (Teras), Sasbadi.

Guru Cemerlang Negara Terbilang 10

JURNAL PENDIDIKAN Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Lampiran 1 Asas Elektronik Jawab semua soalan berikut. Nama : Bahagian A Tingkatan : .

Bil 1 2 3 4 5 6

Nama Komponen Elektronik

Gambar Komponen Elektronik

Guru Cemerlang Negara Terbilang 11

JURNAL PENDIDIKAN Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Bahagian B

Bil 1 2

Fungsi Komponen Elektrnik

Gambar Komponen Elektronik

4 5 6

Bahagian C

Perbezaan 2 Jenis Buzer adalah seperti berikut:

Bil 1 2 3 4

Jenis Piezo

Jenis Elektromagnet

Guru Cemerlang Negara Terbilang 12

JURNAL PENDIDIKAN Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan


Kertas Soalan Tamat

Guru Cemerlang Negara Terbilang 13

JURNAL PENDIDIKAN Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan

Lampiran 2 Soal Selidik Tanda (/) pada ruang yang disediakan. Nama : Tingkatan : .

1 Bil 1 2 3 4 5 Soal an Berminat dengan tajuk elektronik Mudah faham pembelajaran elektronik Mudah mengingati pembelajaran elektronik Dapat markah tinggi tajuk elektronik Ingin mendapatkan kemahiran belajar tajuk elektronik (kemahiran mengingat) B /L *

2 B /L *

3 B /L *

4 B /L *

5 B /L *

Skala Likert

1 - sangat tidak setuju 2 - tidak setuju 3 - kurang setuju 4 - setuju 5 - sangat setuju

B - dilakukan sebelum kajian tindakan L - dilakukan selepas kajian tindakan * - potong yang berkenaan

Guru Cemerlang Negara Terbilang 14

Anda mungkin juga menyukai