Anda di halaman 1dari 18

RODA IDEA : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT

KOMPONEN ELEKTRONIK MURID-MURID TINGKATAN 2B


Oleh

SHAMSUDDIN BIN HARON


MOHD RIDZUAN BIN ISMAIL

SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya, Johor

ABSTRAK
Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2, Bab Elektronik
adalah topik yang boleh dikatakan agak sukar kerana murid perlu mengenal pasti
sepenuhnya komponen-komponen elektronik dari aspek nama, rupa, simbol dan juga
fungsinya. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid untuk
mengingat kesemua aspek tersebut bagi setiap 9 jenis komponen yang mesti
dipelajari oleh semua murid menggunakan kaedah grafik ‘roda idea’. Seramai 20
orang murid dari Tingkatan 2B telah dijadikan kumpulan sasaran dalam kajian
tindakan ini untuk melihat sejauhmana keberkesanan kaedah yang telah dicadangkan.
Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran mengingat setiap
aspek bagi tiap-tiap komponen dengan menyenaraikan nama, mengenal pasti rupa
sebenar dan juga simbol dan menyatakan fungsi komponen tersebut. Tinjauan awal
telah dilaksanakan dengan melaui semakan kerja rumah, ujian lisan, analisis ujian
bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid melakukan kesilapan
menamakan komponen berdasarkan rupa dan simbol, kesilapan mengenal pasti rupa
simbol apabila ditunjukkan rupa dan namanya serta kesilapan menyatakan fungsinya.
4 sesi pengajaran dan pembelajaran (35 minit setiap sesi) telah dijalankan untuk
melaksanakan aktiviti ini bagi meningkatkan kemahiran mengingat mereka terhadap 9
jenis komponen elektronik. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan
prestasi pelajar. Pelajar lebih mudah mengingat keempat-empat aspek bagi setiap
komponen dengan susunan grafik yang mudah dan menarik. Daripada 20 orang
murid dalam sasaran kajian ini, seramai 7 orang dapat mengusai sepenuhnya dan
selebihnya menunjukkan keputusan yang meningkat berbanding ujian pra yang telah
dijalankan. Kaedah ini telah membantu pelajar untuk mengusai topik ini. Penggunaan
kaedah grafik ‘roda idea’ boleh meningkatkan kemahiran murid mengingat kesemua
aspek bagi setiap komponen elektronik.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA LALU


Bab Elektronik merupakan salah satu topik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu Tingkatan 2 dan merupakan topik dalam bahagian Teras yang perlu dipelajari oleh
semua murid tidak kira murid itu mengambil Pilihan ERT, Perdagangan, Pertanian atau

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


Kemahiran Teknikal. Pengalaman saya pada dua tahun yang lepas, topik ini adalah topik yang
agak sukar bagi murid-murid untuk mengingat kesemua komponen elektronik yang perlu
dikenalpasti. Sewaktu menyemak latihan murid Tingkatan 2B, didapati hampir kesemua murid
tidak dapat menjawab soalan latihan dengan markah penuh yang bermaksud semua komponen
elektronik berdasarkan nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi tidak dapat dipadankan dengan
betul. Murid-murid tidak mengenal kesemua 9 jenis komponen elektronik sepenuhnya dari segi
rupa sebenar, nama, simbol dan fungsi. Kalau sebahagian mereka betul dari segi nama dan
rupa, mereka akan melakukan kesilapan untuk menentukan simbol atau fungsi komponen
tersebut. Dalam ujian topikal yang lepas, tiada seorang pun yang betul 100% soalan berkaitan
dengan komponen elektronik. Apabila ditanyakan kepada mereka, mereka menjawab ”alah,
banyaklah nak ingat cikgu, mana boleh ingat semua..” Guru selalu menyuruh mereka supaya
mengingat kesemua maklumat penting bagi kesemua komponen tersebut kerana ia sangat
penting untuk subtajuk yang terakhir dalam bab elektronik iaitu menterjemah lukisan skematik.
Tambahan pula, mereka semua adalah murid-murid yang mengambil Pilihan Kemahiran
Teknikal, yang mana mereka akan mempelajari tajuk elektronik tambahan dalam bahagian
Pilihan Kemahiran Teknikal pula. Memang disedari bahawa agak susah dan mengambil masa
untuk murid mengingat dan mengenal sepenuhnya komponen elektronik tersebut.

Mengajar kesemua 9 jenis komponen ini mengambil masa yang agak lama, apatah lagi
untuk mengulang ajar semula dari A hingga Z setiap komponen tersebut. Kadang-kadang timbul
pertanyaan, adakah cara guru mengajar selama ini tidak banyak membantu mereka? Apakah
kaedah yang digunakan membosankan? Apakah yang perlu dilakukan bagi membantu mereka?
Apabila ditanyakan kepada guru KHB yang lain, mereka pun mengatakan mengalami masalah
yang sama.

Pada tahun sebelum ini, penggunaan ’peta minda’ yang dibina sendiri oleh guru telah
dilaksanakan sewaktu P&P. Namun kaedah ini tidak banyak membantu. Sekiranya tindakan
yang berkesan tidak diambil, murid-murid sudah pasti tidak dapat menguasai sepenuhnya topik
ini dan mereka akan bertambah keliru dengan maklumat-maklumat penting setiap komponen
elektronik. Akhirnya mereka bosan dan tidak dapat menjawab dengan baik atau mengusai
subtopik akhir dalam bab Elektronik ini iaitu ’menterjemah lukisan skematik kepada lukisan
bergambar’.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


Walaupun setiap komponen mempunyai banyak maklumat yang perlu diberi perhatian
oleh murid-murid termasuklah nama, rupa sebenar, fungsi, simbol, ciri-ciri, diperbuat dari bahan
apa, cara penyambungan dan sebagainya dalam topik Elektronik, focus akan diberi kepada
empat aspek sahaja iaitu nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi secara ringkas dan padat. Hal
ini kerana keempat-empat aspek ini penting bagi murid untuk menguasai subtopik yang sukar
iaitu ’menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar’. Antara kesilapan murid-murid
sekiranya tidak mengingat kesemua aspek ini ialah :

i. Kesilapan menamakan komponen berdasarkan rupa sebenar dan simbol


ii. Kesilapan mengenal pasti atau melukiskan simbol berdasarkan rupa sebenar atau
namanya.
iii. Kesilapan menyatakan fungsi komponen berdasarkan nama, rupa sebenar atau
simbolnya.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, murid tidak akan menguasai sepenuhnya tajuk ini
memandangkan 70% tajuk ini adalah berkaitan dengan komponen elektronik di atas yang
merangkumi aspek nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi. Mereka juga akan pasti
menghadapi kesukaran yang sama apabila bertemu dengan tajuk yang sama dalam Bahagian
Kemahiran Teknikal yang memperkenalkan komponen yang lain. Dan akhirnya sudah tentu
murid tidak dapat menjawab soalan menterjemah lukisan skematik dengan baik. Dengan
menggunakan kaedah ’roda idea’, murid-murid akan dibantu untuk mengenal pasti dan
mengingat sepenuhnya empat aspek bagi setiap komponen elektronik yang perlu dipelajari.
Justeru, peratusan lulus murid dalam ujian atau peperiksaan yang akan dijalankan akan dapat
ditingkatkan melalui kaedah ini..

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Selepas kajian ini dijalankan murid diharap dapat mencapai objekif berikut:

3.1 Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran mengingat komponen-komponen elektronik murid-


murid Tingkatan 2B menggunakan kaedah ‘roda idea’.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Murid-murid dapat menamakan komponen-komponen elektronik.


3.2.2 Murid-murid dapat mengenal pasti rupa sebenar komponen-komponen
elektronik.

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


3.2.3 Murid-murid dapat mengenal pasti simbol komponen-komponen
elektronik berdasarkan nama dan rupa komponen.
3.2.4 Murid-murid dapat menyatakan fungsi komponen-komponen elektronik.
3.2.5 Murid-murid dapat menyatakan kesemua aspek dalam satu grafik ’roda
idea’.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran terdiri daripada 20 orang murid dari Tingkatan 2B.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah


5.1.1 Menyemak Buku Latihan - Berdasarkan pengalaman mengajar pada
tahun-tahun yang lepas, topik ini agak sukar untuk murid-murid
mengingat kesemua isi penting mengenai komponen elektronik dalam
topik ini. Pada tahun ini, saya memulakan tinjauan masalah ini dengan
menyemak buku latihan murid untuk menilai sejauhmana amalan saya
dalam P&P berkesan atau tidak dan untuk mendapatkan bukti bahawa
kaedah P&P yang biasa yang saya amalkan tahun-tahun sebelum ini
untuk tajuk Elektronik menyebabkan murid tidak menguasai sepenuhnya.
5.1.2 Ujian Lisan – Saya juga telah mengadakan ujian lisan kepada setiap
murid untuk mengesan tahap penguasaan murid. Saya dapati, 100%
murid tidak menguasai sepenuhnya.
5.1.3 Ujian Pra – untuk mendapatkan data yang lebih tepat dan sah, untuk
melihat tahap penguasaan murid saya telah mengadakan Ujian Pra.
Setiap murid dikehendaki menjawab soalan yang diberikan (Lampiran 1).

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Kumpulan
Langkah Cara Penilaian Masalah yang telah dikenalpasti
Sasaran
Langkah 1 Menyemak buku 20 orang Banyak kesalahan dari segi nama, simbol
latihan murid 2B dan fungsi
Langkah 2 Ujian Lisan 20 orang Banyak kesalahan dari segi sebutan nama
murid 2B komponen dan menyatakan fungsi
komponen.
Langkah 3 Ujian Pra 20 orang Setelah membuat ujian Pra, banyak

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


murid 2B kesalahan dari aspek nama, rupa, simbol
dan fungsi. Setiap bahagian ada saja murid
yang membuat kesilapan. Kesemua murid
tiada yang mendapat markah penuh
berdasarkan jumlah soalan yang diberikan.
Namun jika dikira dari segi peratus, 6 orang
murid mendapat gred A dan ada juga yang
belum menguasai topik ini iaitu seramai 4
orang mendapat gred E.

Berikut adalah peratus lulus dari ujian Pra yang dijalankan.

Graf 1 : Peratus lulus setiap murid sasaran bagi Ujian Pra

5.2.1 Pemerhatian Tinjauan Masalah


Saya telah membuat pemerhatian dari tinjauan masalah yang dijalankan,
hasil semakan buku latihan, semua murid tidak menjawab dengan betul
kesemua soalan yang diberikan. Pemerhatian ke atas ujian Pra juga, semua
murid tidak dapat menjawab 100 % betul kesemua soalan yang diberikan. Jika
dinilai dalam bentuk gred, hanya 6 orang sahaja yang mendapat gred A.
5.3 Tindakan yang dijalankan
Saya menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sebelum ini. Terdapat 5
aktiviti yang dijalankan dan satu Ujian Pos telah diadakan untuk melihat tahap
penguasaan murid. Antara aktiviti tersebut ialah :
i. Aktiviti 1 – Menyenaraikan kesemua nama komponen elektronik
ii. Aktiviti 2 – Mengenal pasti semua rupa sebenar komponen

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


iii. Aktiviti 3 – Mengenal pasti simbol komponen
iv. Aktiviti 4 – Menyatakan fungsi komponen
v. Aktiviti 5 – Membina grafik roda idea
vi. Ujian Pos

Kesemua aktiviti ini dijalankan dengan 2 sesi P&P (70 minit setiap sesi) iaitu
pada 2 April 2009 dan 7 April 2009. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti
berikut :

Bil Tarikh Nama Aktiviti Nama Bahan Kuantiti


1 2 April 2009 Aktiviti 1 – Menyenaraikan Buku Teks -
kesemua nama komponen Kemahiran
elektronik Hidup Tg. 2 (ms
30)
2 2 April 2009 Aktiviti 2 – Mengenal pasti Rajah komponen 20 keping
semua rupa sebenar berukuran lebih
komponen elektronik kurang 4x4 cm
3 2 April 2009 Aktiviti 3 – Mengenal pasti Rajah simbol 20 keping
simbol komponen elektronik komponen
berukuran lebih
kurang 4x4 cm
4 2 April 2009 Aktiviti 4 – Menyatakan Senarai fungsi 20 helai
fungsi komponen elektronik komponen
dicetak di atas
sekeping kertas
bersaiz A4
5 7 April 2009 Aktiviti 5 – Membina grafik Rajah roda idea 20 helai
roda idea bersaiz A4
6 7 April 2009 Ujian Pos Lembaran 20 helai
soalan bersaiz
A4

Bahan lain yang digunakan ialah 5 botol gam cair dan gunting.

5.4 Pelaksanaan Tindakan , Pemerhatian dan Refleksi


5.4.1 Aktiviti 1 : Menyenaraikan kesemua nama komponen elektronik
Cara pelaksanaan :
i. Saya telah meminta murid-murid menyenaraikan kesemua komponen-
komponen elektronik dalam buku nota.

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


ii. Murid-murid diminta menyebut kesemua nama-nama komponen
tersebut dengan sebutan yang betul.
iii. Murid-murid merujuk buku teks untuk mendapatkan nama komponen
tersebut.
iv. Berikut adalah nama komponen yang perlu diketahui oleh murid-murid :
a) LED (Diod Pemancar Cahaya)
b) Perintang Tetap
c) Perintang Boleh Laras
d) Suis Togel
e) Suis Tekan
f) Kapasitor Berkutub
g) Kapasitor Tidak Berkutub
h) Transistor
i) Buzer

Pemerhatian :
Murid-murid pada awalnya kurang memberi perhatian, tetapi setelah
ditegur barulah mereka mengikut arahan saya. Saya tidak memberitahu
mereka apa yang sebenar yang ingin saya lakukan. Jadi mereka agak
janggal sedikit. Sebahagian besar murid tidak dapat menyebut nama
komponen dengan betul.

Refleksi :
Sepanjang aktiviti yang dijalankan, murid-murid kelihatan agak seronok
dan kelas agak bising sedikit. Tapi saya dapat mententeramkan mereka
dengan sesi perbincangan. Saya juga rasa terkilan kerana tidak
memberitahu pada mereka terlebih awal tentang aktiviti yang ingin
dijalankan pada sesi pertemuan sebelumnya.

5.4.2 Aktiviti 2 – Mengenal pasti semua rupa sebenar komponen

Cara pelaksanaan :
i. Saya telah menyediakan rajah sebenar komponen yang telah dipotong
dan yang berukuran lebih kurang 4x4 cm setiap satu komponen dan
diberikan kepada setiap murid.
ii. Guru dan murid sama-sama bersoal jawab menentukan nama komponen
bagi setiap rajah dan ditulis pada sebelah belakang rajah.
iii. Nama dan ejaan boleh dirujuk dalam aktiviti 1.
iv. Rajah sebenar komponen adalah seperti berikut :

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


Pemerhatian :
Murid-murid sudah nampak sesuatu kelainan sesi P&P pada hari itu.
Mereka nampak seronok dan sudah dapat memberi tumpuan. Tapi kelas
agak bising ketika sesi bersoal jawab. Tapi beberapa orang murid yang
agak lemah sedikit dalam pelajaran dimana mereka adalah bekas murid-
murid peralihan kurang faham dengan arahan saya

Refleksi :
Saya terpaksa memberi lebih sedikit perhatian kepada murid-murid yang
agak lemah dalam penguasaan bahasa Melayu. Ini kerana mereka adalah
murid-murid dari Peralihan sebelum ini. Semasa tingkatan 1, keputusan
mereka tidak memberansangkan. Mereka duduk dalam satu kumpulan.
Sepatutnya saya meletakkan salah seorang murid yang pandai dalam
kumpulan mereka ini. Namun nasib baik ada seorang murid baru yang
sederhana dalam kumpulan itu yang membantu rakan lain. Namun saya
berasa gembira kerana murid-murid sudah memberi kerjasama.

5.4.3 Aktiviti 3 – Mengenal pasti simbol komponen


Cara pelaksanaan :
i. Saya menyediakan rajah simbol setiap komponen yang telah dipotong
berukuran lebih kurang 4x4 cm dan diberikan kepada setiap orang murid.

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


ii. Guru dan murid sama-sama menentukan simbol komponen berdasarkan
rajah komponen dan disusun secara berpasangan.
iii. Murid kemudian diminta menulis nama komponen dibelakang simbol
yang diberi. Ini bertujuan supaya murid lebih kerap menyebut dan
menulis nama komponen-komponen elektronik tersebut.
iv. Berikut adalah simbol komponen mengikut senarai nama dalam aktiviti 1.

Pemerhatian :
Seperti dalam aktiviti sebelumnya, murid-murid agak bising sedikit ketika
aktiviti ini dijalankan. Saya nampak murid-murid menghadapi sedikit
kesukaran untuk mencari pasangan rupa dan simbolnya. Ini adalah antara
objektif yang perlu dicapai agar murid dapat mengenal sepenuhnya di
antara rupa sebenar dengan simbolnya.

Refleksi :
Saya telah menyediakan rupa dan simbol ini supaya memudahkan aktiviti
ini. Sebenarnya saya boleh menyuruh mereka melukis sendiri rupa simbol
tersebut, namun dikhuatiri mereka salah melukisnya. Saya dapat lihat
dalam nota-nota yang mereka tulis. Mereka tidak melukis dengan betul
simbol komponen elektronik tersebut. Jadi saya berikan mereka seorang
satu agar mereka dapat melihat dengan jelas dan betul rupa simbol
komponen elektronik dan saya merasa puashati.

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


5.4.4 Aktiviti 4 – Menyatakan fungsi komponen
Cara pelaksanaan :
i. Saya telah menyediakan fungsi-fungsi kesemua komponen yang telah
ditaip ringkas dalam satu kertas A4.
ii. Saya mengedarkannya dan murid-murid dan guru bersama-sama
menentukan nama komponen berdasarkan fungsi yang diberi.
iii. Saya meminta murid menulis nama komponen diatas kotak setiap fungsi.

 Tukar arus elektrik kepada cahaya


 Sebagai
Contoh penghias
: Fungsi barangan
Komponen elektrik(LED)
Elektronik
Pemerhatian :
Semasa aktiviti ini dijalankan, suasana agak kurang memberansangkan.
Nampaknya murid-murid sudah kurang memberi tumpuan. Untuk
mengelakkan suasana menjadi kelam kabut, saya meminta seorang demi
seorang membacakan fungsi dan menyoal pada murid-murid tentang
nama komponen yang betul. Murid-murid merujuk buku teks dan juga
nama-nama yang disenarai dalam aktiviti 1.

Refleksi :
Sudah menjadi kebiasaan murid-murid disekolah ini, kurang memberi
penumpuan dalam pelajaran. Saya berasa amat terkilan dan kecewa.
Sebab inilah kebanyakan guru sukar untuk membuat aktiviti sama ada
dalam berkumpulan atau aktiviti yang lain dari kebiasaan P&P harian.
Murid-murid kurang memberi tindakbalas atau kerjasama sebaiknya
dengan guru. Jadi pada kebiasaannya saya akan bertindak agak tegas
sedikit.

5.4.5 Aktiviti 5 – Membina grafik ‘Roda Idea’

Cara pelaksanaan :
i. Saya menyediakan satu grafik ‘roda idea’ berukuran A4 dan diberikan
kepada setiap murid. Setiap murid akan mendapat 9 helai grafik roda
idea. Setiap helai bagi satu komponen. (Rujuk Lampiran 2 – Borang Roda
Idea)
ii. Murid-murid menulis nama komponen pada sukuan pertama pada setiap
helai. Nama-nama komponen dirujuk pada aktiviti pertama.
iii. Murid-murid menampal rupa sebenar komponen pada sukuan kedua
pada setiap helai.

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


iv. Kemudian murid-murid menampal fungsi pada sukuan ketiga. Murid
dikehendaki memotong kotak-kotak yang tertulis fungsi setiap komponen
didalamya seperti yang diberi dalam aktiviti 4.
v. Kemudian murid-murid dikehendaki menampal simbol komponen pada
sukuan ke-4.
vi. Saya mengedarkan setiap kumpulan murid sebotol gam.
vii. Setiap murid mempunyai 9 helai roda idea komponen elektronik. Murid
akan menggunakan ‘roda idea’ sebagai nota. (Rujuk Lampiran 3 – Contoh
Roda Idea).
viii. Saya telah meminta murid untuk mengingat kesemua perkara dalam 9
helai roda idea itu di rumah. Saya memaklumkan kepada mereka supaya
membawa roda idea pada kelas yang akan datang.
Pemerhatian :
Murid-murid sibuk menampal bahan-bahan yang telah diberikan pada
borang roda idea. Suasana agak bising sedikit kerana murid-murid
berebut sebotol gam bagi setiap kumpulan. Saya mendekati kumpulan
murid yang lemah dan bersoal jawab dengan mereka tentang nama
komponen berdasarkan rupa, simbol dan fungsi. Bagi murid yang agak
lemah penguasaan Bahasa Melayu, mereka memberikan jawapan yang
salah sedangkan mereka sedang menampal rupa dan simbol pada
borang tersebut.
Refleksi :
Keadaan ini yang merisaukan saya. Mereka yang lemah penguasaan
Bahasa Melayu sebenarnya perlu diberi perhatian yang lebih. Walaupun
saya sedar bahawa sebenarnya sikap malas dalam diri sendiri yang
menyebabkan mereka tidak maju. Akibat kekangan masa juga yang
menyebabkan saya sukar untuk memberi penumpuan kepada mereka
sebaiknya. Tapi kekangan itu mesti ada jalan penyelesaiannya. Jadi saya
mesti memikirkan kaedah yang terbaik supaya tahap penguasaan bahasa
murid meningkat dan seterusnya mencapai objektif pelajaran KHB.

5.4.6 Ujian Pos

Cara pelaksanaan :
i. Untuk menguji tahap penguasaan murid dan keberkesanan kaeadah,
saya telah menjalankan Ujian Pos.
ii. Setiap murid diberikan kertas soalan bertulis dan menjawab soalan dalam
masa 20 minit. Bentuk soalan sama dengan ujian Pra, tetapi dibuat

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


sedikit perubahan terhadap susunan soalan. (Rujuk Lampiran 4 – Ujian
Pos).
iii. Setelah disemak, berikut adalah analisis keputusan Ujian Pos.
Pemerhatian :
Setelah selesai menjalankan aktiviti 5, murid-murid membawa pulang
kesemua roda idea yang telah dibina. Saya berpesan kepada mereka
supaya membawanya semula pada hari ini. Saya tidak memaklumkan
kepada mereka yang saya akan membuat Ujian Pos ini. Ini untuk melihat
adakah mereka mengulangkaji pelajaran. Murid-murid dengan tekun
menjawab semua soalan-soalan tersebut. Ada yang menjawab soalan
sama dengan ujian pra yang dijalankan sebelum ini. Saya mengatakan
sama tapi tidak serupa. Murid-murid dapat menjawab dalam masa yang
ditetapkan.
Refleksi :
Saya rasa agak berpuashati melihat ada sebilangan murid-murid dapat
menjawab dengan baik. Saya dapat melihat murid-murid Melayu dan
Cina menjawab dengan bersungguh-sungguh. Perubahan murid
nampaknya agak ketara ketika menjawab soalan yang diberi.
5.5 Refleksi Kajian
5.5.1 Refleksi Kajian Terhadap Pelajar
Berikut adalah analisis keputusan Ujian Pos yang dijalankan. Kemudian
saya bandingkan dengan pencapaian Ujian Pra yang dijalankan sebelum
aktiviti.

Graf 2 : Peratus lulus bagi setiap murid dalam Ujian Pos

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


Dapatan dari Ujian Pos yang dijalankan menunjukkan :
i. 13 orang murid mendapat gred A
ii. 2 orang murid mendapat gred B
iii. 3 orang murid mendapat gred C
iv. 2 orang murid mendapat gred D

Graf 3 : Peratus mengikut Gred Bagi Ujian Pos

Ujian Ujian
GRED % %
Pra Pos
A 6 30.00% 13 65.00%
B 7 35.00% 2 10.00%
C 2 10.00% 3 15.00%
D 1 5.00% 2 10.00%
E 4 20.00% 0 0.00%

Jadual 1 : Perbandingan Bilangan Gred antara Ujian Pra dengan Ujian Pos

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


Graf 4 : Perbandingan Bilangan Gred antara Ujian Pra dengan Ujian Pos

Dapatan daripada analisis diatas jelas menunjukkan bahawa murid-murid


telah berjaya menguasai kemahiran mengingat daripada kaedah yang
telah dijalankan. Berikut adalah perbandingan untuk melihat dengan jelas
peningkatan pencapaian. Murid-murid mendapat markah penuh juga
telah diperolehi berbanding ujian pra dimana tiada seorang pun
mendapat markah penuh. Ini kerana Ujian Pra dijalankan ketika murid-
murid belum mendapat pendedahan tentang kaedah ini. Ujian Pos telah
menujukkan peningkatan mereka setelah kaedah ini diaplikasikan.

5.5.2 Refleksi Kajian Terhadap Guru


Adalah tidak disangka kaedah ini sekurang-kurangnya dapat merubah
sikap murid-murid terhadap P&P guru . Sekiranya dijalankan berulang
kali, pasti semua murid akan menguasai sepenuhnya tajuk ini. Adalah
satu kegembiraan bagi seorang guru apabila melihat murid-murid
gembira menjalankan aktiviti-aktiviti diatas dan seterusnya belajar
sesuatu daripada aktiviti yang dilaksanakan. Walaupun pada awalnya
murid kurang memberi kerjasama, namun perubahan sikap kelihatan
pada aktiviti-aktiviti seterusnya. Cuma agak terkilan, bagi segelintir kecil

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


murid yang tidak mengusai Bahasa Melayu, mereka agak lambat untuk
memahami kaedah baru ini. Tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada
mereka.

5.5.3 Refleksi Tentang Proses P&P


Pada keseluruhannya proses P&P dijalankan dapat dilakukan dengan
baik. Walaupun peruntukkan masa 35 minit bagi setiap waktu P&P agak
terhad, namun setiap aktiviti telah dilaksanakan dengan berhati-hati
dengan mengawal P&P agar tidak melebihi masa yang diperuntukkan.
Semua aktiviti di atas dilaksanakan di Bengkel Kemahiran Hidup, kerana
setiap kali waktu KHB murid tersebut akan dipecahkan kepada kumpulan
murid perempuan dan lelaki. Justeru, halangan kecil yang dihadapi
adalah murid lewat hadir ke bengkel. Ini menyebabkan kelewatan masa
untuk memulakan P&P. Namun semua itu dihadapi dan kajian tindakan
dapat dilaksanakan dengan jayanya.

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Penggunaan kaedah ini akan diteruskan pada masa akan datang. Malahan,
penggunaanya akan diperluaskan untuk kelas-kelas lain di Tingkatan 2. Cadangan kajian
seterusnya yang bakal dilakukan adalah berkaitan dengan proses mengingat alatan dan
pelbagai kegunaannya dalam topik-topik Kemahiran Hidup Tingkatan 1. Semoga hasil kajian ini
dapat dimanfaatkan. Saya akan meneruskan kajian-kajian tindakan seterusnya untuk
memperbaiki amalan P&P guru. Hal ini kerana saya yakin bahawa ‘Guru yang kreatif dan
inovatif bakal melahirkan murid yang sukses dan berdedikasi’.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2008). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur. PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006).


Manual Kajian Tindakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hishamuddin Samad dan Nor Aslina Mamat. (2006). Masteri Memori Melalui Peta Minda

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras) PMR. PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.

Website: www.EnchantedLearning.com (2003-2008). Graphic Organizer Worksheets.

Website : North Central Regional Educational Laboratory (1998).


Graphic Organizers.htm.Learning Point AssociatesTM.

LAMPIRAN
SENARAI LAMPIRAN

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


1. LAMPIRAN 1 – Ujian Pra
2. LAMPIRAN 2 – Borang Roda Idea
3. LAMPIRAN 3 – Contoh Roda Idea (hasil kerja murid)
4. LAMPIRAN 4 – Ujian Pos

Biodata Penulis

SHAMSUDDIN BIN HARON

Dilahirkan di Benut, Pontian, Johor pada tahun 1964. Mendapat pendidikan di SK Seri Jaya, Benut dan
SM Sains Johor, Kluang. Memperolehi B.SC in Civil Engineering dari University of Alabama, USA (1987),
Diploma Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur(1988) dan Ijazah Sarjana
Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada tahun 2003.
Pernah berkhidmat di SMK Adela, Kota Tinggi, SMK Tanjung Datuk, Pengerang, SMK Bandar T6, Kluang,
SMK Belitong, Kluang, SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang dan Jabatan Pelajaran Johor. Kini berkhidmatan
sebagai pengetua di SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya, Johor.

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik


MOHD RIDZUAN BIN ISMAIL

Dilahirkan di Chemur, Perak, pada tahun 1976. Mendapat pendidikan di SK Besout 3 dan SMK (F) Besout,
Sungkai, Perak. Memperolehi Diploma Kejuruteraan Mekatronik dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh pada
tahun 1997, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Mekatronik) dari Universiti Teknologi Malaysia
pada tahun 2002 dan Diploma Pendidikan dari Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru
pada tahun 2006. Kini berkhidmat sebagai guru Kemahiran Hidup dan Guru Data di SMK Munshi
Abdullah, Kulaijaya, Johor.

Kajian Tindakan – Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik

Anda mungkin juga menyukai