Anda di halaman 1dari 13

SCD 4763

IT ENTREPRENEURSHIP

ENTREPRENEUR PROFILE INTERVIEW

SYARIKAT ANDRIOS TECHNOLOGY ENTERPRISE


NAME MUHAMMAD ZUHAIR B. SHAH MUHAMAD FIRDAUS B. ZAINUDIN MOHD HAFFIZ B. IBRAHIM MOHD FAIZ HAKIMI B. AWANG NORDIN MATRIX NO. SX101471CJJ04 SX100683CJJ04 SX101470CJJ04 SX100669CJJ04

TEMUBUAL KAW KAW BURGER BAKAR

KAW KAW BURGER BAKAR

Kumpulan kami dari syarikat Andrios Technology Enterprise telah memilih usahawan muda Mohd Faizul Bin Baharudin, 26 tahun dan Nini Haznita Muhammad, 25 tahun yang menjalankan perniagaan makanan iaitu burger bakar. Mereka lebih dikenali sebagai Zul dan Nita telah memiliki 7 cawangan perniagaan burger bakar ini. Ikuti perbualan temubual kami dengan Mohd Faizul Bin Baharudin di pejabatnya.

TEMUBUAL KAW KAW BURGER BAKAR

Apakah nama syarikat anda? Nama syarikat kami adalah Protalitis Resources Sdn. Bhd.. Produk pertama syarikat kami adalah membuat Standard Operation Procedure (S.O.P.). Manakala Burger bakar adalah produk kedua kami. Bilakah anda membuka perniagaan burger bakar ini? Saya dan Nita membuka perniagaan burger bakar ini sekitar bulan September 2011. Apakah yang anda perlu buat sebelum membuka perniagaan burger bakar? Sebelum kami membuka perniagaan burger bakar ini, kami perlu membuat kajian menyeluruh. Kami mengkaji dahulu keuntungan rendah, keuntungan sederhana, dan keuntungan tinggi. Kemudian kami perlu menilai dari segi kos yang rendah untuk membuka kedai dan keuntungan yang akan dapat adalah lumayan. Paling penting kami perlu melihat dari segi apa yang pelanggan mahu dan harga. Jadi kami mengambil 2 bahagian iaitu pelanggan mahu makanan yang mampu dibeli dan boleh dijadikan makanan utama mereka malah mahukan saiz burger yang lebih besar. Dengan kajian dan gabungan semua aspek barulah kami mencapai untuk membuka produk burger bakar ini. Selain itu, kami membuat produk yang unik dan tidak meniru dari produk lain supaya dapat mencerminkan identiti produk kami sendiri. Setelah kaji selidik dengan teliti, kami mengeluarkan produk burger bakar pada 19 September 2011. Bagaimana anda mendapat panggilan nama burger bakar? Kami ingin namakan burger yang menunjukkan burger itu murah untuk dibeli. Kami dapati di pasaran, grilled burger banyak dijual, tetapi harganya mahal. Sekian lama, kami memikirkan masyarakat kita sukakan makanan yang dibakar contohnya seperti ikan bakar, kerang bakar, dan sotong bakar. Malah semua mampu membeli makanan yang dibakar kerana murah. Jadi kami letakkan nama burger bakar. Manakala perkataan kaw kaw adalah dari bahasa cina bermaksud tebal diambil untuk menunjukkan produk burger bakar kami tebal dengan daging. Di manakah anda memulakan perniagaan burger bakar ini dan bagaimana saudara mempromosikan burger bakar ini? Saya dan Nita memulakan perniagaan dengan membuka gerai tepi jalan di Sekyen 5, Wangsa Maju. Pada awal permulaan, pelanggan yang datang hanyalah sedikit, namun pelanggan yang

TEMUBUAL KAW KAW BURGER BAKAR

datang suka menangkap gambar dan memasukkan ke dalam laman web sosial seperti facebook. Dengan gambar yang tersebar luas di dalam internet, burger bakar mula dikenali. Malah burger bakar mendapat liputan meluas di dalam rancangan televisyen. Idea penghasilan tower burger sebenarnya adalah dari pelanggan, di mana pelanggan membuat permintaan menambah daging menjadikan burger bakar tinggi dari menu biasa. Idea itu terus saya ambil untuk dijadikan menu burger bakar. Terbaru saya membuka cawangan baru di Tiara Duta, Ampang dinamakan Production House. Ia mengikut konsep seperti Subway, di mana pelanggan boleh memilih bahan-bahan sendiri mengkut selera pelanggan. Berapa lama anda membuat iklan untuk produk burger bakar ini? Saya mengambil masa selama 6 bulan. Berapa lama anda membuat R&D? Sudah lama saya membuat R&D mengenai burger bakar ini. Sebelum ini banyak kesilapan semasa membuat inti daging burger. Lama-kelamaan kesilapan yang dilakukan mengajar saya mendapat idea untuk menghasilkan daging burger yang sedap. Adakah anda mempunyai keluarga yang berketurunan usahawan? Tidak. Saya memang berminat untuk berniaga dan berkongsi minat yang sama dengan Nita. Setiap masa, saya memikirkan perniagaan dan tidak boleh duduk diam sahaja. Adakah mudah untuk menjalankan perniagaan burger bakar ini? Menjalankan perniagaan burger bakar ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memeritkan dan memerlukan kesabaran yang tinggi kerana saya dan Nita memulakan operasi mencari barang keperluan pada pukul 9 pagi. Kemudian proses membuat daging sehingga pukul 5 petang. Setelah itu operasi perniagaan dimulakan sehingga pukul 12 malam. Kadang-kadang waktu subuh, kami baru balik untuk menyiapkan semua kerja. Walaupun penat, kami merasakan penat lelah kami berbayar apabila melihat keuntungan yang diperolehi adalah lumayan. Bagaimanakah dengan sambutan apabila anda membuka perniagaan burger bakar ini? Alhamdulillah. Sambutan adalah sangat memberangsangkan.Saya mempromosikan di dalam laman sosial seperti facebook, twitter mengenai perniagaan saya. Sekarang perniagaan saya telah dikenali ramai.

TEMUBUAL KAW KAW BURGER BAKAR

Adalah anda mempunyai role model? Tidak. Saya mengenali ramai usahawan di dalam Malaysia namun tiada yang menjadi role model kepada saya. Perniagaan saya ini berdasarkan minat saya sendiri. Selepas saya mencapai ke tahap ini, saya dapat berjumpa usahawan-usahawan yang hebat. Kesempatan ini, saya meminta pendapat-pendapat dan nasihat untuk menstabilkan perniagaan saya. Namun, kebanyakan usahawan yang saya jumpa adalah usahawan yang dilahirkan memiliki aset dari keluarga dan bukanlah usaha mereka sendiri untuk menjadi usahawan. Jadi saya perlu ambil pandangan dan nasihat dari mereka yang saya rasakan bagus untuk perniagaan kami. Cuma saya berhasrat untuk menjadikan perniagaan saya menjadi francais makanan segera yang dikenali ramai seperti McDonald dan Burger King. Adakah anda menggunakan mesin untuk memasak burger? Sekarang kami masih membakar daging secara manual. Namun kami masih menjalankan R&D untuk membeli mesin yang boleh melakukan tugas membakar daging secara automatik. Kami telah melihat mesin keluaran syarikat Zul Design dan ingin berurusan dengan syarikat beliau, namun jawapan yang diberikan mengecewakan kami. Oleh yang demikian, kami telah melihat beberapa mesin keluaran syarikat dari Iran yang bersesuaian dengan perniagaan kami. Salah satunya mesin yang menarik minat kami iaitu dipanggil auto boiler yang mempunyai beberapa fungsi. Sekiranya kami telah mempunyai beberapa mesin auto boiler ini, kami akan memulakan francais. Apakah sasaran anda untuk masa hadapan? Sasaran kami untuk masa hadapan adalah meluaskan perniagaan ke pasaran luar setelah mempunyai sistem mesin yang berfungsi secara automatik dan memberi tunjuk ajar kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ini. Apakah kelebihan yang terdapat pada kaw kaw burger bakar berbanding pesaingpesaing yang lain seperti Rawang burger bakar? Kelebihan kaw kaw burger bakar berbanding pesaing yang lain ialah kami mempunyai konsep kiosk itu sendiri, kualiti dan kekemasan yang memberi keselesaan kepada pelanggan yang datang. Kami mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk menyimpan daging, ayam dan bahan-bahan untuk masakan supaya ia menjamin kesegaran berpanjangan. Setiap hari kami akan membasuh peralatan bagi menjamin kebersihan peralatan yang digunakan. Kami juga

TEMUBUAL KAW KAW BURGER BAKAR

mempunyai pejabat sendiri untuk pengurusan dalaman dan menempatkan staf-staf seperti CEO untuk kumpulan pemasaran, ketua chef, pegawai latihan, pegawai tadbir dan pengurus kawasan. Malah kami juga ada pereka grafik tersendiri yang ditugaskan untuk membuat laman web kaw kaw burger bakar dan mereka grafik. Adakah keluarga anda memberi galakan kepada anda untuk meneruskan perniagaan ini? Ya. Mereka memberikan galakan yang penuh kepada kami. Malah kawan-kawan kami samasama menyokong usaha kami ini. Adakah staf-staf yang anda sebutkan tadi bekerja sepenuh masa atau separuh masa dengan syarikat anda? Semua staf kami bekerja sepenuh masa dengan syarikat saya. Kecuali akauntan, kerana saya merasakan pengiraan hanya perlu dibuat sekali dalam sebulan. Malah ade juga staf kami yang bekerja sebagai pegawai pemasaran yang melakukan tugas dari rumah kerana kami mempunyai sistem komputer kami sendiri yang menghubungkan pejabat ke semua tempat. Sistem kmputer itu kami tempah dan kosnya adalah RM 40,000. Sampai umur berapakah untuk anda mengekalkan perniagaan ini? Itu saya tidak pasti. Apakah rancangan perniagaan anda untuk masa hadapan selain perniagaan burger bakar ini? Kami menjangkakan akan cuba untuk membekalkan patty untuk dijual di pasaraya dan kedai runcit. Namun kami perlu menjadikan patty yang hendak dijual, mempunyai kelainan dari segi rasa supaya perniagaan kaw-kaw burger bakar tidak merosot kerana risau pelanggan akan beralih membuat burger sendiri. McDonald juga mengeluarkan patty sendiri dan menjualnya di pasaraya namun nama dan rasa patty tersebut ditukar supaya pelanggan tidak tertumpu hanya pada patty tersebut. Terdapat banyak cabang bisnes yang boleh dibuat. Salah satunya mesin auto boiler yang saya pesan dari negara Iran boleh dipatenkan di atas nama syarikat saya. Sekiranya berjalan lancar, saya boleh membekalkan mesin tersebut di dalam pasaran Malaysia.

TEMUBUAL KAW KAW BURGER BAKAR

Apakah kepuasan anda setelah mencapai ke tahap ini? Kepuasan saya adalah mahu melihat perkembangan perniagaan dari konsep biasa kepada konsep yang lebih besar di dalam perniagaan. Penat lelah kami terbayar dari berniaga di tepi jalan sehinggalah mempunyai beberapa cawangan dan gembira melihat keselesaan pelanggan yang datang untuk menjamu selera. Dan yang pasti saya tidak membuat pinjaman untuk perniagaan ini. Apakah cabaran di dalam perniagaan anda itu sendiri? Saya ingin memfokuskan untuk membuat sistem penghantaran ke rumah namun cuaca yang tidak menentu sseperti hujan menyukarkan saya untuk meneruskan hasrat tersebut. Kemudian peniruan dari pihak-pihak luar juga memberi ancaman kepada perniagaan saya.

TEMUBUAL KAW KAW BURGER BAKAR

PENUTUP

Itu sahaja temubual kumpulan kami Andrios Technologies Enterprise. Semoga temubual ini dapat menaikkan semangat anak-anak muda untuk memulakan perniagaan. Dengan komitmen dan keazaman yang tinggi, menjadikan mereka insan berjiwa waja menghadapi cabaran mendatang. Terima kasih kami ucapkan kepada Mohd Faizul Bin Baharudin dan Nini Haznita Muhammad dari syarikat Protalitis Resources Sdn. Bhd. yang sudi untuk ditemubual oleh kumpulan kami. Kami berharap agar Mohd Faizul Bin Baharudin dan Nini Haznita Muhammad dapat memperluaskan perniagaan setanding McDonald dan Burger King seperti di luar sana.

TEMUBUAL KAW KAW BURGER BAKAR

LAMPIRAN

TEMUBUAL KAW KAW BURGER BAKAR

TEMUBUAL KAW KAW BURGER BAKAR

TEMUBUAL KAW KAW BURGER BAKAR

TEMUBUAL KAW KAW BURGER BAKAR

RUJUKAN

Company Profile Kaw Kaw

Anda mungkin juga menyukai