Anda di halaman 1dari 2

Air adalah penting untuk kegunaan manusia.

Begitu juga bagi agama Islam kerana meletakkan air sebagai suatu benda yang suci. Walau bagaimanapun, Islam tidak meletakkan semua air adalah suci. Maka, Islam mengkategorikan air kepada beberapa bahagian: 1. Air yang suci lagi menyucikan, tidak makruh digunakan seperti air mutlak. 2. Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan iaitu air yang terjemur di di bawah kepanasan matahari. 3. Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan air yang digelar musta'mal ( )air yang berubah dengan suatu yang suci. 4. Air bernajis yang dikenali sebagai air mutanajjis (). tujuh jenis air mutlak:

air hujan air laut air sungai air telaga atau perigi air mata air air yang dicairkan dari salji air embun

Air musta'mal
Air musta'mal ( )adalah air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan yang lain. Boleh dikatakan juga air ini boleh diminum tetapi tidak sah untuk menyucikan sesuatu. Air musta'amal yang diperolehi dari mengangkatkan hadas adalah air basuhan kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah jatuh dari anggota badan

Air musyammas

Air musyammas ( )adalah air yang terjemur di bawah panas matahari bagi negeri-negeri beriklim panas. Hukum air tersebut hanya pada air yang diisi ke dalam bekas yang bukan emasdan perak. Air tersebut hanya makruh ketika panas untuk digunakan pada badan dan makanan serta minuman. Walau bagaimanapun, air yang masih panas tersebut boleh digunakan untuk membasuh pakaian. Air yang sudah menyejuk tidak lagi makruh digunakan.

Air mutanajjis
Air mutanajjis ( )adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah. Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut Rujukan Info islam I www.al-azim.com

www.islamgrid.gov.my/articles/taharah/taharah-Jenisair.php

Anda mungkin juga menyukai