Topik 12 Dasar Luar Negara
Topik 12 Dasar Luar Negara
12
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Mengenal pasti dasar luar kemerdekaan hingga kini; negara
Membincangkan isu-isu semasa yang terlibat dalam hubungan antarabangsa Malaysia; dan Membincangkan kepentingan diadakan hubungan dengan luar negara.
PENGENALAN
Adakah anda tahu bahawa hubungan luar negara Malaysia telah bermula sejak era Kesultanan Melayu Melaka? Pada masa itu, Melaka telah mengadakan hubungan perdagangan dengan negara-negara seperti India, Siam, China, Parsi, Arab, Jepun dan negara-negara di sekitar Kepulauan Melayu. Tradisi ini diteruskan sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pada zaman ini, sesebuah negara itu tidak boleh hidup bersendirian. Mereka tidak boleh hidup terpencil. Tuntutan semasa memerlukan sesebuah negara saling memerlukan di antara satu sama lain untuk kebaikan bersama, khususnya dari segi politik, ekonomi dan sosial. Justeru itu, setiap negara pada hari ini perlu mengadakan hubungan dengan negara-negara lain bagi mencapai objektif tersebut. Walau bagaimanapun, setiap negara bebas menentukan dasar luar negara masing-masing atas faktor budaya dan demi menjaga kredibiliti negara itu.
TOPIK 12
W 215
2.
3. 4.
(b)
216 X
TOPIK 12
Sistem politik Malaysia juga memberi kebebasan untuk negara mengadakan hubungan dengan mana-mana negara khususnya yang memberi faedah kepada pembangunan negara. (c) Demografi Dari segi demokrasi, Malaysia mempunyai penduduk pelbagai kaum. Setiap kaum mendapat hak yang sewajarnya sepertimana kaum Bumiputera. Penduduk pelbagai kaum ini pula mempunyai pertalian dengan negara asal mereka seperti India dan China. Ini menguatkan lagi hubungan Malaysia dengan negara-negara berkenaan. Keselamatan Negara Keselamatan merupakan elemen penting bagi sesebuah negara. Setiap negara sudah pasti tidak mahu diancam musuh. Justeru itu keselamatan negara menjadi agenda penting yang mempengaruhi dasar luar Malaysia. Kedudukan Malaysia yang strategik perlu diawasi daripada dicerobohi oleh anasir-anasir tertentu seperti lanun dan pengganas. Oleh itu, Malaysia perlu mengadakan hubungan dengan negara luar supaya dapat bersamasama menentang pengganas. Faktor Sejarah Hubungan dengan negara luar juga sangat berkaitan dengan latarbelakang sejarah sebelum ini. Contohnya, hubungan Malaysia dengan Indonesia, Brunei dan Singapura penting kerana pada asalnya, negara-negara ini menjadi sebahagian daripada rumpun Melayu. Demikian juga hubungan Malaysia dengan negara-negara Komanwel adalah kerana negara-negara yang menganggotai Komanwel merupakan negara bekas tanah jajahan British. Hubungan Malaysia dengan negara Asia Barat dan Asia Timur juga ada kaitan dengan sejarah lampau. Faktor Ekonomi Pada zaman ini kemajuan sesebuah negara diukur melalui kemajuan ekonomi. Melalui faktor ini, Malaysia perlu mengadakan dasar luar kerana Malaysia memerlukan negarab luar untuk memperkembangkan ekonominya. Selain itu, pemindahan teknologi daripada negara luar dapat dibawa masuk ke negara ini. Oleh sebab rakan dagangan hanya boleh dibentuk melalui hubungan diplomatik, jadi dasar luar adalah amat perlu. Undang-undang Antarabangsa Sebagai salah sebuah komponen antarabangsa, Malaysia menghormati prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa lain. Jadi hubungan antarabangsa adalah perlu bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
(d)
(e)
(f)
(g)
TOPIK 12
W 217
(h)
Faktor Globalisasi Di era globalisasi, mahu tidak mahu sesebuah negara itu terpaksa mengadakan hubungan dengan negara luar sama ada untuk kepentingan politik, ekonomi mahupun sosial. Kita sendiri sedar kemusnahan yang berlaku di negara lain boleh memberi kesan secara langsung kepada Malaysia. Di dalam hal ini, dasar luar negara yang proaktif dan bervisi adalah mustahak untuk menjamin kepentingan dan kedaulatan negara. Selain daripada itu, Malaysia juga perlu meletakkan dirinya sebaris dengan negara lain agar pandangan dan pendapat Malaysia sentiasa diambil kira.
4. 5. 6.
2.
218 X
TOPIK 12
3. 4.
Menjalankan aktiviti-aktiviti penerangan bagi mengunjur imej negara di luar negeri; dan Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan, pentadbiran am, kewangan, konsular, keselamatan dan komunikasi.
Kementerian Luar Negeri mempunyai misi berikut: Melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang ke arah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif.
4. 5.
Untuk itu Asean juga telah mengambil langkah dengan mewujudkan Komuniti Asean menjelang tahun 2020. Bagi mewujudkan komuniti keselamatan Asean, setiap negara anggota mempunyai tanggungjawab bersama supaya mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Bagi mencapai tujuan itu langkah-langkah berikut perlu diikuti:
TOPIK 12
W 219
1. 2.
Menyelesaikan sebarang pertelingkahan secara aman melalui rundingan; Menangani cabaran-cabaran yang merentasi sempadan yang boleh memberi kesan negatif kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat; dan Memastikan supaya tidak wujud di rantau ini sebarang senjata pemusnah besar-besaran dan supaya rantau ini bebas daripada ancaman senjata.
3.
Adalah diharapkan dengan penubuhan Komuniti Asean akan dapat mewujudkan satu pasaran tunggal dan pusat pengeluaran setempat di mana barangan, perkhidmatan, pelaburan, buruh dan modal untuk pelaburan boleh beraliran secara bebas di antara negara Asean. Untuk memperkembangkan lagi ekonomi antara negara Asean, usaha juga sedang dilaksanakan bagi mewujudkan kawasan perdagangan bebas (FTA) antara Asean dengan negara-negara jiran seperti Repulik rakyat China, Jepun, Republik Korea, India, Australia dan New Zealand. Penubuhan kawasan perdagangan bebas akan menguntungkan negara-negara anggota Asean. Selain daripada itu, penawaran dan permintaan dari luar Asean juga akan meningkat.
SEMAK-KENDIRI 12.1
Pada pandangan anda, apakah nilai-nilai murni yang perlu dipraktikkan oleh sesebuah negara apabila mengadakan hubungan dengan sesebuah negara lain bagi membentuk satu dasar luar yang berkesan?
220 X
TOPIK 12
Asean ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Kini, Asean dianggotai 10 buah negara termasuk, Brunei, Vietnam, Laos dan Myanmar. Menerusi Asean, Malaysia telah banyak mengadakan perhubungan perdagangan dan perindustrian, kerjasama ekonomi, kerjasama politik, kerjasama sosial dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan, kepentingan sosial dan sebagainya dengan negara anggota lain. x Kejayaan-kejayaan yang Dicapai oleh Asean 1. Konsep Zone of Peace Freedom and Neutrality (ZOPFAN) ZOPFAN atau konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali diamalkan di semua negara anggota ASEAN. Konsep South East Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ) Konsep ini membawa maksud seluruh rantau Asean adalah bebas senjata dan dari ujian senjata nuklear. Projek Ekonomi Kerjasama dalam bidang ekonomi pula merangkumi projek baja urea, projek vaksin Hepatitis B dan sebagainya. Bagi aspek integrasi ekonomi, Asean pasti boleh berbangga apabila berjaya menghapuskan tarif ke atas 11 sektor utama yang akan dilaksanakan oleh enam negara menjelang 2007 iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Brunei; manakala empat lagi negara anggota iaitu Laos, Kemboja, Myanmar dan Vietnam akan melaksanakannya pada 2012. Kerjasama dalam Bidang Sosial dan Kebudayaan Merangkumi aspek kebudayaan dan kesenian, sukan dan telekomunikasi. Contohnya penganjuran Sukan SEA, Pesta Filem Asean, Pesta Kebudayaan Asean, pertukaran berita dan penyiaran TV/Radio antara RTM dengan TVRI dan RTB. Dalam bidang pelancongan pula, terdapat program Tahun Melawat Asean pada tahun 1996. Kerjasama Pendidikan Bertujuan untuk berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntutpenuntut dari negara anggota. Oleh itu, Asean telah menubuhkan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Asean (SEAMEO). Pelaksanaannya telah diagihkan kepada beberapa buah negara Asean seperti RESCAM untuk melatih guru sains dan matematik di Pulau Pinang, RELC melatih pegawai untuk meningkatkan prestasi penguasaan bahasa Inggeris di Singapura, INOTEC di Filipina untuk melahirkan penyelidik pertanian dan TROMPED di Negara Thailand bagi menjalankan penyelidikan kesihatan awam. Selain itu, negara anggota juga turut bekerjasama dalam
2.
3.
4.
5.
TOPIK 12
W 221
bidang penyelidikan penyakit-penyakit seperti denggi, hepatitis dan coxsakie B. 6. Penubuhan Wawasan ASEAN 2020 bagi mewujudkan rantau ekonomi Asean yang mempunyai daya saing yang tinggi, maju dan stabil dengan memastikan kebebasan kemasukan barang-barang, perkhidmatan, pelaburan, modal dan pembangunan ekonomi serta mengurangkan kemiskinan. ASEAN+3. Merupakan Kerjasama antara Asean, Korea, Jepun dan China. Melalui ASEAN+3 ia bercita-cita untuk membentuk sebuah Komuniti Asia Timur (East Asia Community). Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggariskan tiga pendekatan baru Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Asean secara lebih berkesan supaya dapat menjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di Sidang Kemuncak Aseandi Laos tidak lama dulu. Tiga pendekatan itu ialah : (a) (b) (c) Meneruskan integrasi ekonomi secara lebih meluas, Mengembangkan rangkaian dengan negara-negara rakan dagang dan Mempromosikan inisiatif pembangunan serantau.
7.
222 X
TOPIK 12
rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam yang dihadapi oleh umat Islam sejagat. x Peranan Malaysia dalam OIC adalah seperti berikut. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Penubuhan Bank Pembangunan Islam; Mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan; Mmenyokong perjuangan rakyat Palestin; Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia-Herzegovina; Membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan; Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC seperti Petronas di Iran; Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara negara Islam, Malaysia telah menganjurkan Musabaqah al-Quran pada tiap-tiap tahun; Dalam bidang pendidikan pula, negara-negara OIC turut memajukan pendidikan di kalangan umat Islam di seluruh dunia dengan penubuhan universiti-universiti Islam seperti Universiti AlAzhar, Universiti Islam Antarabangsa dan sebagainya; Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting, antaranya ialah Sesi Luar Biasa MenteriMenteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan [1-3 April 2002], Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone [13-14 Jun 2002], Mesyuarat susulan peringkat pegawai kanan mengenai Pelancongan [5-7 September 2003], Sidang Ke-27 Menteri-Menteri Luar OIC [27 Jun 2000], Sidang Kemuncak Ke-10 OIC [16-18 Oktober 2003], dan berbagai mesyuarat lain di peringkat Menteri dan juga pegawaipegawai kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC; dan Selain daripada itu, Malaysia juga telah mengadakan mesyuarat Khas Peringkat Menteri Luar OIC Mengenai Timur Tengah pada bulan April 2004 untuk membincangkan masalah di Palestin dan Iraq. Usaha Malaysia mengadakan mesyuarat tersebut membuktikan kesungguhan Malaysia untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda Timur Tengah. Malaysia juga diberi tanggungjawab mengetuai Delegasi OIC Peringkat Menteri selaras dengan mandat Mesyuarat Khas untuk bertemu ahli-ahli Kuartet (EU, Rusia, Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung PBB) bagi menggesa Kuartet tersebut mengambil langkah segera menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
9.
10.
TOPIK 12
W 223
12.3.3 Komanwel
Komanwel dianggotai oleh negara-negara bekas tanah jajahan British, termasuk Malaysia. Penyertaan Malaysia bermula sebaik sahaja mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Matlamat Penubuhan Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British. Peranan Malaysia dalam Komanwel adalah seperti berikut: 1. Pembentangan isu mengenai masalah perdagangan antarabangsa, penjajahan dan penentangan terhadap isu aparteid di Afrika Selatan. Dalam Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Bahamas (1985) dan di Vancouver (1987), Malaysia telah menyarankan badan dunia ini memainkan peranan yang lebih agresif dalam menangani isu-isu ketidakadilan perdagangan dunia, penjajahan politik dan ekonomi serta masalah apartaeid; Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989. Isu yang dibincangkan ialah isu aparteid, kemerdekaan Namibia, masalah dadah, kebuluran dan kemiskinan di Afrika, ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat, konflik Afghanistan dan Kemboja dan isu alam sekitar. Ekoran kemerosotan dan pencemaran alam sekitar, Ketua-ketua Negara Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan yang merangkumi: (a) (b) (c) (d) 3. Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar. Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun. Pengurangan pencemaran laut. Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon;
2.
Faedah kerjasama pertahanan, perdagangan, pembangunan sains dan teknologi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sebagainya. Dalam bidang pertahanan, misalnya Malaysia mendapat bantuan ketenteraan khususnya untuk peringkat 10 tahun selepas kemerdekaan; Mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan beberapa buah negara Komanwel. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh negara-negara maju dalam Komanwel umpamanya pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barangan Malaysia. Melalui skim ini, cukai bagi barangan Malaysia direndahkan dan secara tidak langsung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan negara lain di pasaran luar; dan
4.
224 X
TOPIK 12
5.
Pengenalan Rancangan Colombo telah menaikkan lagi nama Malaysia di mana Malaysia telah mendapat khidmat nasihat mengenai pendidikan, pertanian, teknikal, kesihatan dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan, misalnya negara Komanwel telah memberi nasihat dalam penubuhan maktab-maktab perguruan, A-level, HSC dan dalam bidang sosial pula, perpaduan negara-negara Komanwel telah disalurkan melalui aktiviti sukan, iaitu Sukan Komanwel yang mana Malaysia telah menjadi tuan rumah pada tahun 1998.
AKTIVITI 12.1
Sejak kemerdekaan sehingga kini, cuba anda fikir sudah berapa pertubuhan antarabangsa yang telah dianggotai oleh Malaysia? Berikan juga contoh-contoh pengendalian program peringkat antarabangsa yang telah diadakan di Malaysia.
TOPIK 12
W 225
adalah diperlukan. PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia, iaitu: 1. 2. Perhimpunan Agung PBB Majlis Keselamatan
Untuk melaksanakan agenda PBB beberapa sekretariat ditubuhkan seperti: (a) (b) (c) (d) x Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO); Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO); Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO); dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF);
Penglibatan Malaysia dalam PBB 1. Malaysia juga pernah dipilih untuk memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu pembangunan dunia; Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDATT, iaitu agensi antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah; dan Malaysia terlibat dalam memberikan pandangan, cadangan atau teguran kepada badan dunia ini, serta turut terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengaman di Congo (1961), Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990).
2.
3.
12.3.6
NAM, atau singkatan bahasa Inggerisnya Non-Aligned Movement, yang juga dikenali sebagai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, telah diasaskan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yugoslavia. Asas penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang mendominasi dunia pada ketika itu. Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak berpihak kepada Blok Barat atau Blok Timur. Dalam hal ini, NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta mengambil sikap tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara lain. x Penglibatan Malaysia Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969. Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali. Ini kerana dasar
226 X
TOPIK 12
NAM secocok dengan pendirian Malaysia. Dalam hal ini, Malaysia mahu berinteraksi dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik mereka dan mendapat faedah daripadanya: 1. Malaysia telah diberi penghormatan apabila telah dilantik menjadi Naib Presiden NAM dalam persidangannya di Belgrade pada tahun 1989. Dalam persidangan ini, Malaysia telah dilantik menganggotai Kumpulan 15 (G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kerjasama politik dan ekonomi negara anggota NAM. Pada bulan Februari 2003, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan NAM; dan Malaysia kini adalah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota iaitu 2/3 daripada jumlah keangotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB).
2.
Peranan Malaysia dalam NAM Menjadi pengerusi NAM. Melalui pertubuhan ini ia berperanan untuk memberikan kepimpinan yang jitu bagi mewakili negara-negara anggotanya yang majoritinya adalah negara - negara membangun untuk terus bersuara. NAM juga mengambil langkah-langkah yang praktikal serta berkesan kearah mengekalkan keamanan dunia, dengan mempromosikan keamanan melalui platform-platform politikal, melalui pendekatan diplomasi pelbagai hala (multilateralism), terutamanya; melalui badan-badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB. Malaysia juga berperanan memberikan tumpuan kepada isu-isu seperti ekonomi dan perdagangan, Kerjasama Selatan-Selatan, pembangunan dan pembasmian kemiskinan serta pembangunan sosial dan kemanusiaan yang bersifat sejagat serta isu-isu yang berkepentingan kepada NAM.
Mengapa Malaysia sebagai Pengerusi NAM? 1. Keupayaan Malaysia di dalam memberikan kepimpinan kepada NAM ketika ramai yang mempersoalkan keberkesanan NAM setelah berakhirnya Perang Dingin; Kebolehan Malaysia untuk merangsang perpaduan serta penyatuan sesama negara-negara anggota dalam keadaan di mana mereka menghadapi tekanan daripada negara-negara maju yang lebih berkuasa dan berpengaruh; Keberkesanan Malaysia di dalam mempromosi serta menguatkan lagi mekanisma diplomasi pelbagai hala bagi menghadapi kecenderungan ke arah penyelesaian secara unilateral oleh kuasa-kuasa besar, seperti Amerika Syarikat;
2.
3.
TOPIK 12
W 227
4.
Keupayaan untuk menyuarakan dan mempromosikan kepentingan negara-negara sedang membangun dalam aspek-aspek hubungan antarabangsa khususnya dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan dan sosial; Keupayaan Malaysia memperkenalkan Pelancaran Portal e-Sekretariat NAM pada Mac 2004 yang bertindak sebagai pangkalan data kepada ke semua isu berhubung NAM bagi mempertingkatkan komunikasi serta koordinasi mempercepatkan proses membuat keputusan dan merapatkan jurang perbezaan digital serta perpaduan di antara negara anggota NAM. Inisiatif ini diambil kerana kita sedar bahawa ICT memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi terutama sekali di dalam konteks globalisasi, di mana kebanyakan negara anggota NAM agak terkebelakang dalam bidang tersebut; dan Penganjuran Mesyuarat Khas Peringkat Menteri NAM Mengenai Palestin di Putrajaya pada 13 Mei 2004, sebagai reaksi segera kepada pergolakan yang meruncing di wilayah Palestin, disusuli dengan Mesyuarat Peringkat Menteri NAM mengenai Palestin di Durban, Afrika Selatan pada 18 Ogos 2004. Pada mesyuarat tersebut, persetujuan telah dicapai ke atas draf Pernyataan mengenai Palestin yang kemudiannya digabungkan ke dalam Dokumen Muktamad.
5.
6.
228 X
TOPIK 12
3. 4.
Berusaha mencari jalan melunaskan hutang negara membangun; dan Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan untuk mengemukakan syor untuk mengelakkan tekanan negara maju.
Tiga kekuatan APEC adalah liberalisasi perdagangan dan pelaburan; kemudahan perdagangan dan pelaburan; dan kerjasama ekonomi dan teknikal.
x x x x x
di
arena
antarabangsa
setakat
ini
sangat
Peranan kerajaan Malaysia, serta kestabilan politik negara. Faktor ini banyak membantu negara membangunkan ekonomi dan politik serta menarik ramai pelabur ke negara ini. Malaysia telah berjaya menaikkan nama sebaris dengan negara-negara maju yang lain khususnya melalui hubungan antarabangsa. Kejayaan Malaysia mempertahankan identiti dan pendirian Malaysia terhadap sesuatu isu menjadi pemangkin ke arah ini.
TOPIK 12
W 229
Dasar Luar Negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kerjasama Selatan-selatan (KSS) Kerjasama Serantau Komanwel
Kumpulan Lima Belas (K-15) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC)
Bajet 2006. (2006). Berita Harian. Hasnah Hussiin & Mardiana Nordin. (2009). Pengajian Malaysia (Edisi kedua). Kuala Lumpur: Fajar Bakti, Sdn. Bhd. Laman web Utusan Malaysia. Diakses pada Ogos 22, 2009 daripada www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/bahasa/ Bab27.pdf-