Anda di halaman 1dari 4

2.

KAEDAH ABJAD

2.1

KONSEP KAEDAH ABJAD

Kaedah ini berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Oleh sebab usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja.

Kaedah ini merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajarkan bacaan asas dalam bahasa Melayu sejak sekian lama, iaitu lebih kurang tujuh abad lamanya dengan menggunakan tulisan Jawi dan lebih kurang seabad pula lamanya dengan menggunakan tulisan Rumi.

Jadi, dari segi kekerapan penggunaan, kaedah ini merupakan kaedah yang terunggul dan telah terbukti berjasa mencelikhurufkan jutaan manusia di negara kita dan yang sebahagiannya kini bergelar cendekiawan dan profesor.

Secara umum, susunan pelaksanaan kaedah ini bersifat binaan. Gambaran binaannya adalah seperti dalam rajah di bawah.

2.2

PROSEDUR PELAKSANAAN

Abjad Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih

dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u.

Suku Kata Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu.

Perkataan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan buku, mula-mula disebut nama huruf bi danyu diikuti penyebutan bunyi suku kata bu; kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan bunyi suku kata ku, dan akhir disebut perkataan buku.

2.3

KEKUATAN KAEDAH ABJAD

Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai, umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja.

Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku kata itu terhasil dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal atau diftong.

Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah

dikenal pasti. Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan asas yang kukuh kepada murid untuk membaca.

Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak. Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan dan kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada manamana kumpulan sasaran dengan menggunakan kaedah ini.

Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini berpandukan buku dan dengan menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad perkataan.
KEKUATAN KAEDAH ABJAD

Sesuai dengan susun Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada sukusuku kata yang hampir tetap bunyinya.

Kaedah ini memberi asas dan binaan kukuh dalam membaca.

Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid.

Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.

2.4

KELEMAHAN KAEDAH ABJAD

Hasil kaedah ini hanya dapat dilihat setelah pembelajaran berlaku lebih kurang enam bulan. Tempoh ini sangat lama.

Bacaan murid mungkin kurang lancar. Hal ini disebabkan murid terlazim dengan proses mengeja, iaitu menamakan huruf dan menyebut suku kata sebelum menyebut sesuatu perkataan.

Ada kemungkinan murid keliru antara nama huruf dengan bunyi huruf. Implikasinya, kesilapan dapat berlaku apabila mereka silap memecahkan perkataan kepada suku kata. Ada juga kemungkinan mereka tidak memahami apa-apa yang dibaca kerana terlalu mementingkan ejaan.

Kebolehan murid berbeza-beza. Bagi murid yang bermasalah pembelajaran, mereka berasa terbeban dan cepat bosan jikalau diajar dengan kaedah ini.

Kaedah yang bersifat binaan ini bertentangan dengan pandangan ahli psikologi yang mengatakan bahawa kanak-kanak menguasai sesuatu daripada keseluruhan membawa kepada bahagian-bahagiannya.

Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.

Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan. KELEMAHAN KAEDAH ABJAD

Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkakrangkak dan tidak faham apa yang dibaca.

Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secra keseluruhan yang bermakna.

Anda mungkin juga menyukai