Anda di halaman 1dari 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PULAU PINANG

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU TOPIK: PEMBINAAN SAHSIAH MUSLIM MENURUT AYAT 1-11 SURAH ALMUMINUN

NAMA: AFRAH IZZATI BINTI ABDULLH NOMBOR KAD PENGENALAN: 910701-03-5592 KELAS: 1 SAINS 2 KUMPULAN AKADEMIK: PPISMP AMBILAN OGOS NAMA PENSYARAH: USTAZ RIJALUDDIN BIN YAHYA TARIKH HANTAR: 28 SEPTEMBER 2009


(1) Sesungguhnya menanglah orang-orang yang beriman.


(2) Orang-orang yang khusyu` di dalam melakukan sembahyang


(3) Dan orang-orang yang terhadap segala laku yang sia-sia menampik dengan keras


(4) Dan orang-orang yang mengerjakan ZAKAT

(5) Dan orang-orang yang selalu menjaga faraj (kelamin) mereka

(6) Kecuali terhadap isterinya atau hambasahayanya, maka tidaklah mereka tercela


(7) Tetapi barangsiapa yang masih memilih jalan di luar itu, itulah orang-orang yang telah melanggar garis


(8) Dan orang-orang yang menjaga dengan baik terhadap amanat dan janjinya


(9) Dan orang-orang yang memelihara dan menjaga semua waktu sembahyangnya


(10) Mereka itulah yang akan mewarisi


(11) Yang akan mewarisi syurga Firdaus dan di sanalah mereka mencapai khulud (kekal) selamalamanya

HUKUM TAJWID

1. IZHAR SYAFAWI

2. ALIF LAM SYAMSIYYAH -

3. ALIF LAM QAMARIYYAH -

_ -

4. MAD ARID LISSUKUN -

5. HUKUM NUN

6. MAD WAJIB

MUTTASIL -

MUSYADDADATAINI -

7. MAD JAIZ MUUNFASIL -

HURAIAN SURAH AL-MUMINUN AYAT 1-11


INTISARI AYAT
Di dalam surah Al-Muminun ini, Allah Subhanahuwatala telah berjanji akan memberikan balasan berupa syurga Firdaus kepada golongan yang berikut: orangorang yang menunaikan solat dengan khusyuk, orang-orang yang menjauhi perkara-perkara keji dan sia-sia,mengeluarkan zakat, menjaga kehormatan diri, melaksanakan amanah, menunaikan janji, dan menjaga kesempurnaan solat.

HURAIAN AYAT 1.
"Sesungguhnya menanglah orang-orang yang beriman. (ayat 1).

Kalimah menang merujuk kepada kejayaan yang diperoleh selepas melalui perjuangan atau menghadapi musuh atau pelbagai kesulitan lagi. Di dalam ayat ini menerangkan bahawa kemenangan pasti akan diperoleh oleh orang yang beriman iaitu orang yang percaya kepada keesaan Allah Taala. Pelbagai rintangan yang perlu dihadapi sebelum mencapai sesuatu kejayaan. Rintangan ini termasuklah nafsu yang terdapat dalam tubuh badan manusia yang mendorong manusia supaya mengalah dan berputus asa. Namun begitu, sekiranya manusia tidak mempunyai pendirian yang teguh mereka ini akan kalah dan tidak akan mencapai kemenangan dalam hidup. Oleh itu kepercayaan kepada Tuhan adalah penting kerana ia merupakan jalan yang penting untuk membebaskan diri dari perhambaan nafsu dunia dan syaitan.Apabila kita beriman dengan Allah, hendaklah diikuti dengan amalan. Antara iman dan amalan ianya saling kait-mengait.Apabila bertambahnya amalan, maka

bertambahlah kekuatan iman.Maka ditunjukkanlah 6 (enam) syarat yang wajib dipenuhi sebagai bukti Iman. Kalau 6 syarat ini telah terisi, pastilah menang .

HURAIAN AYAT 2.
"Orang-orang yang khusyu` di dalam melakukan sembahyang." (ayat 2). Khusyuk ialah menghadirkan kepatuhan dan rasa takut kepada Allah didalam hati. Seseorang yang khusyuk dalam ibadah akan memberikan sepenuh tumpuan kepada Allah. Solat yang dilakukan dengan khusyuk memberi kesan dalam pembentukan peribadi seseorang mumin. Perkara ini dapat dilihat dari segi sifat yang mulia, berdisiplin dan bertanggungjawab.Sepertimana yang dijelaskan dalam surah Al-Ankabut, ayat 45 yang menyatakan bahawa solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Dengan mengerjakan sembahyang, maka seluruh rasa takut telah terpusat kepada Tuhan maka tidak ada lagi yang perlu kita takuti dalam hidup ini. Apabila wujudnya perasaan takut kepada Tuhan, maka seseorang hamba itu akan merasa takut untuk melakukan dosa.Oleh itu, jenayah-jenayah yang wujud pada hari ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya seseorang muslim itu melakukan solat dengan penuh khusyuk. Solat yang khusyuk dapat membentuk muslim yang bertanggungjawab dan berdisiplin.Apabila kita menunaikan solat dengan khusyuk, ini bermakna kita memahami dan menghayati maksud ayat al-quran tersebut.Sebagai contoh;surah Al-Asri yang menjelaskan tentang pentingnya menghargai masa. Sekiranya kita tidak menghargai masa kita akan rugi. Hal ini kerana masa tidak dapat diulang kembali.Seterusnya kita dapat mengaplikasikan apa yang dikehendaki oleh Alquran ini dalam kehidupan seharian. Untuk mendapatkan solat yang khusyuk,ianya bukanlah sesuatu yang mudah.Hal ini kerana ia memerlukan usaha, latihan, dan penghayatan yang sepenuhnya dan berterusan.

Antara cara-cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan khusyuk adalah seperti berikut; pertama :mengosongkan hati daripada semua perkara yang melalaikan, kedua: memahami ayat-ayat al-quran yang dibaca serta menghayati maksudnya, ketiga: mengingati dan merasakan bahawa diri kita sedang mengadap Allah yang Maha Agung lagi Maha Besar, keempat: sentiasa mengingati kebesaran Allah dan menyedari bahawa diri ini adalah insan yang kerdil lagi lemah.kelima: pastikan tempat untuk menunaikan solat itu bersih, bebas dari sebarang gangguan yang boleh menghalang solat daripada khusyuk dan selesa.keenam: pastikan badan kita dalam keadaan yang segar dan tidak mengantuk supaya kita menunaikan solat dalam keadaan yang tenang.Dan yang ketujuh; pastikan pakaian solat yang digunakan adalah dari sumber yang halal.

HURAIAN AYAT 3.


"Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna" (ayat 3). Perkara yang sia-sia ialah perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri, keluarga dan masyarakat dari segi perkataan mahupun perbuatan. Orang mumin yang berjaya tidak akan melakukan perkara yang siasia.Mereka juga tidak menghampiri perkara-perkara tersebut.Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam surah Al-Furqan ayat 72, yang bermaksud :dan mereka [yang diredhai Allah itu ialah orang ] yang tidak manghadiri tempat-tempat melakukan perkaraperkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang siasia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. Menjauhi perkara yang sia-sia termasuklah menjaga waktu dan umur kita supaya dapat diisi dengan perkara yang berfaedah. Hal ini kerana waktu hidup di dunia teramatlah singkat.Jika hidup kita penuh dengan perkara yang sia-sia, maka rugilah kita. Dari Abu Hurairah r.a. telah berkata, Telah bersabda Rasulullah saw : Sebagian kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya. Yang harus selalu diingat manusia dalam hal ini ialah Allah mencatat seluruh perbuatan manusia di dunia dan setiap manusia akan bertanggung jawab terhadap apa yang telah diperbuatnya di dunia. Dan bahawa kematian pasti akan menemui kita, waktunya tidak dapat dimajukan atau ditunda . Sekiranya kita banyak melakukan tingkah laku atau perbuatan yang siasia,maka peribadi kita akan menjadi buruk. Apabila menghadiri sesuatu majlis, ekakkan dari berkumpul beramai-ramai sesama kenalan yang boleh membawa kepada aktiviti mengumpat.Adalah lebih baik sekiranya kita mendiamkan diri daripada terus bercakap tentang perkara yang sia-sia. Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa yang beriman

kepada Allah dan hari Akhirat,hendaklah ia berkata yang baik atau diam. (HR.Bukhari-Muslim). Terdapat palbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjauhi perkara yang sia-sia.Antaranya ialah dengan memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, menyertai program-program yang bermanfaat seperti rakan muda, menjadi ajk rukun tetangga dan sebagainya.Selain itu,kita perlu mengelakkan diri daripada bergaul dengan rakan-rakan yang gemar melepak dan berfoya-foya.

HURAIAN AYAT 4


"Dan orang-orang yang mengerjakan zakat." (ayat 4) Zakat merupakan rukun Islam ketiga yang telah diwajibkan keatas setiap Muslim untuk menunaikannya apabila mencukupi syarat-syarat dan tempoh tertentu.Antara kelebihan zakat ialah dapat membantu orang-orang miskin, melambangkan kesyukuran pemilik harta,mengeratkan persaudaraan umat Islam,dan menambahkan keberkatan terhadap harta yang dikurniakan oleh Allah. Di samping itu, dengan menunaikan zakat, seorang mumin itu dapat membersihkan diri dari sifat kedekut dan cintakan dunia.Hal ini kerana sifat bakhil adalah debu yang mengotori jiwa dan dunia ini hanyalah suatu medan untuk menguji manusia yang seringkali melalaikan manusia dari kehidupan yang kekal di akhirat nanti. Orang muslim yang mengerjakan zakat berupaya untuk membersihkan hatinya dari pelbagai penyakit yang akan meredupkan cahaya dari tubuhnya.Firman Allah Taala dalam surah Al-Aala ayat14, yang bermaksud:menanglah barangsiapa yang selalu membersihkan diri. Dengan menunaikan zakat, bukan sahaja jiwa menjadi bersih, bahkan tubuh badan kita yang zahir juga.Hal ini kerana tubuh badan yang zahir merupakan cermin kepada yang batin.

HURAIAN AYAT 5,6,&7


"Dan orang-orang yang selalu menjaga faraj (kelamin) mereka." (ayat 5)


Kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, maka tidaklah mereka tercela. " (ayat 6).


"Tetapi barangsiapa yang masih mencari di balik iti (zina, dan sebagainya), itulah orang-orang yang telah melampaui batas. " (ayat 7).

Orang yang menjaga kehormatan diri mampu memelihara maruah diri dan dapat mengawal hawa nafsu serta menjaga faraj mereka daripada mendekati perkara-perkara yang dilarang oleh syara.Pergaulan bebas merupakan salah satu cara membawa kepada zina.Oleh itu, Islam melarang umatnya daripada mendekati zina kerana ia boleh merosakkan peribadi seseorang mumin selain merosakkan keturunan manusia. Perbuatan zina adalah perbuatan yang terkutuk dan termasuk dalam dosa besar). Imam Ahmad berkata, Saya tidak mengetahui setelah pembunuhan ada dosa besar daripada perzinaan.Perbuatan zina boleh mendatangkan akibat buruk kepada diri dan masyarakat.Antaranya ialah penyakit siplis dan aids yang berpunca daripada pergaulan bebas dan perhubungan haram yang dilaknat oleh Allah.

Antara langkah untuk menjaga kehormatan diri ialah dengan berkahwin sekiranya mampu.Selain itu, sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah serta kurangkan berkhayal.Elakkan diri daripada terdedah kepada bahan lucah dan teguhkan iman serta jati diri dapat membantu dalam menjaga kehormatan diri.

Kalau faraj (kelamin) tidak terjaga, si suami mencari perempuan lain untuk menumpahkan hawa nafsu di samping isterinya yang sah, kerosakan akan timbul. Jiwanya akan rosak, kesucian akan hancur sinar dan rumahtangga pecah, bahkan menjadi neraka. Ada perempuan yang sabar menanggung perangai jahat suaminya, tetapi ada pula yang tidak tahan . Kalau suaminya nakal, "mengapa daku tidak nakal pula", katanya. Rumahtangga bertambah hancur, anak-anak kehilangan pegangan, penyakit jiwa, kehilangan kepercayaan di antara satu sama lain akan berlaku. Dan apabila semua ini berlaku, maka akan hancurlah bangsa.

Di dalam ayat ini diberi pula kekecualian yang kedua, iaitu terhadap hamba sahaya yang dijadikan gundik. Ayat ini berlaku semasa perhambaan masih diizinkan. Di zaman Nabi hidup, perhambaan masih ada di dalam masyarakat tempatan dan menjadi tradisi umum bangsa-bangsa zaman itu. Perhambaan telah wujud sejak zaman Yunani dan Romawi, bahkan telah wujud sejak berabad lamanya.

HURAIAN AYAT 8


"Dan orang-orang yang menjaga dengan baik terhadap amanat dan janjinya." (ayat 8). Menjaga dan menunaikan amanah merupakan satu kewajipan yang mesti

ditunaikan .Amanat terbahagi kepada dua, iaitu amanat raya dan amanat peribadi. Amanat raya ialah tugas yang dipikulkan Tuhan atas perikemanusiaan seluruhnya, menjadi Khalifah Allah di atas muka bumi. Amanat tidak terpikul oleh langit dan bumi dan oleh bukit dan gunung pun. Hanya hati yang Mu'min yang sanggup memikul amanat itu, karena hati Mu'min itu lebih luas daripada langit dan bumi dan lebih tinggi daripada bukit dan gunung. Adapun amanat peribadi ialah tugas kita masing-masing menurut kesanggupan diri, bakat dan nasib. Diingatkan oleh Tuhan bahawa tugas hidup hanyalah pembahagian pekerjaan, bukanlah kemuliaan dan kehinaan. Yang mulia di sisi Allah ialah sesiapa yang bertakwa kepadaNya. Setiap manusia pandai berjanji. Janji rakyat hendak tunduk dan setia, janji pemerintah hendak menegakkan keadilan. Janji tentera dengan disiplinnya yang keras, janji bangsa dengan bangsa, janji negara dengan negara. Janji atau sumpah di parlimen, janji dan sumpah menteri ketika dilantik. Janji polis memelihara keamanan dan berbagai lagi janji. Orang beriman harus mampu menjaga amanah yang dibebankan pada dirinya, sehingga tidak mengkhianati terhadap amanahnya. Orang yang diamanahkan untuk menjaga barang hendaklah menjaganya dengan baik bukan menjualnya atau menggunakan barang itu untuk kepentingan diri sendiri. Apabila seseorang itu tidak memegang amanat dan menepati janji, dikhuatirkan dia termasuk orang-orang munafik,Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, iaitu apabila berbicara dusta,apabila berjanji ingkar, dan apabila dipercaya khianat.(HR.Syaikhani dari Abu Hurairah r.a.).Orang-orang yang memelihara amanat dan janjinya akan dijanjikan Allah dengan balasan syurga.

HURAIAN AYAT 9


"Dan orang-orang yang memelihara dan menjaga semua waktu sembahyangnya." (ayat 9).

Menjaga waktu solat bermaksud mengerjakan solat tepat pada waktunya dengan penuh khusyuk serta sempurna rukun-rukun, syarat-syarat serta sunatsunatnya. Apabila seseorang itu menjaga solatnya,Mumin yang sentiasa menjaga waktu solatnya dapat dilihat air mukanya yang sentiasa bersinar dan bercahaya.Menjaga waktu solat bermakna seseorang itu sentiasa dalam keadaan yang bersedia untuk menemui tuhannya.Apabila dia menjaga waktu solatnya, Tuhan akan menjaganya juga dan sentiasa merahmatinya. Apabila seseorang itu menjaga solatnya, jiwanya akan menjadi kuat untuk menghadapi segala macam dugaan yang mendatang serta sentiasa bersabar menempuhinya. Dengan menunaikan solat kita dapat memelihara hubungan denga Yang Esa.Segala apa yang kita hajati insya-Allah akan dipermudahkan.

Solat adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang yang beriman. Selain itu diperintah untuk memelihara sekaligus menegakkan solat banyak disebutkan dalam al-Quran di antaranya.Solat membezakan antara muslim dan kafir.Telah bersabda Rasulullah saw,Beza antara muslim dan musyrik atau kafir adalah meninggalkan solat. (HR.Muslim)

Balasan bagi orang beriman yang memilki sifat-sifat di atas adalah syurga Firdaus. Umar r.a. meriwayatkan sebuah hadits di mana Rasulullah bersabda, Telah diturunkan kepadaku sepuluh ayat, barangsiapa yang menegakkannya akan masuk syurga, lalu ia membaca sepuluh ayat ini dari permulaan surat al-Muminun.

HURAIAN AYAT 10 & 11


Mereka itulah yang akan mewarisi. " (ayat 10).


"Yang akan mewarisi syurga Firdaus dan di sanalah mereka mencapai khulud (kekal) selamalamanya." (ayat 11).

Seorang Mumin hendaklah mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas semasa hidup di dunia in.Tujuan itu tidak lain dan tidak bukan ialah Syurga Firdaus, Jannatun Na'im. Hidupnya seorang Mu'min adalah mengenangkan juga kebahagiaan "Hari Esok". Kita menyelesaikan dunia untuk menentukan nasib di akhirat. Bagi Mu'min, hidup di dunia hanyalah sementara. Bagi Mu'min amal usaha, derma dan bakti di dalam hidup adalah bekal untuk akhirat. Sungguhpun begitu tidak semuanya tercapai dek kerana pelbagai halangan yang menimpa Kadangkadang kita telah berjuang dengan ikhlas, untuk masyarakat, untuk rumahtangga dan untuk negara. Seseorang mumin yang percaya akan kewujudan hari esok dan bersedia menempuhinya akan merasa lapang untuk meninggalkan dunia ini.. Kerana dia mempunyai keyakinan bahawa akan ada yang meneruskan usahanya. Dan dia pun

mati dengan bibir tersenyum simpul kerana yakin akan kebenarannya dan yakin pula bahawa dia akan mewarisi Jannatul Firdaus, dan akan kekal selamanya di dalarmnya.

PENGAJARAN AYAT.
1. Untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat, umat Islam perlu berusaha untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti iman. 2. Perkara-perkara seperti memelihara solat, menunaikan zakat, menjaga amanah, menjaga kehormatan diri, dan menjauhi perkara yang sia-sia telah diwajibkan keatas umat manusia. 3. Ganjaran syurga Firdaus bakal diperoleh oleh mumin yang Berjaya, manakala mumin yang gagal bakal mendapat balasan berupa neraka jahannam. 4. Sekiranya setiap individu dan masyarakat menghayati sifat-sifat mumin yang Berjaya, masaalah social yang berlaku pada hari ini tidak akan wujud 5. Setiap mumin hendaklah mengamalkan perkara kebaikan dan meninggalkan perkara mungkar. 6. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita hendaklah sentiasa gigih berusaha untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. 7. Kita hendaklah menunaikan zakat apabila cukup syarat-syaratnya kerana rezeki yang dikurniakan Allah itu bukan hak kita yang mutlak. 8. Menjaga kehormatan diri adalah penting terutamanya kaum hawa yang boleh mendorong kepada berlakunya zina. 9. Sebagai seorang mumin yang beriman,kita sepatutnya dapat menunaikan amanah yang diberikan kepada kita.

10. Seorang mumin hendaklah bercita-cita untuk masuk ke syurga Firdaus.

BIBLIOGRAFI
Azwira Bin Abdul Aziz, Ahmad Kamal Bin Haji Mat, Mohammad Hashim Bin Haji Mat (Ed.). (2009). Pendidikan Al-Quran dan Assunnah tingkatan 4. (Edisi pertama). Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sendirian Berhad, Lot 45, Persiaran Mewah, Bandar Tun Razak, 56000, Kuala Lumpur. Dr. Ir. Harsoyo Msc (2007). Diakses pada 25 September 2009, daripada http://kongaji.tripod.com/myfile/Al-Muminun-ayat-1-11.htm

Mohammad Mahmud Bin Abdul Alim (Ed.). (2003). Hukum-hukum Tajwid dan Kebaikan Al-quran. (Edisi kedua). Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: DKS Qarnat Sendirian Berhad,Nombor 20, Jalan 3/108, Industri Kecil Taman Salak Jaya, Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur.

PENDAHULUAN

Surah Al-Muminun merupakan surah yang ke23 dalam Al-Quran.Surah ini merupakan surah Al-Madaniah.Surah ini mengandungi 118 ayat.

Surah ini mengisahkan tentang ciri-ciri mumin yang beriman.Terdapat 5 ciri mumin yang disebut dalam surah ini.,Antaranya ialah khusyuk dalam solat,, menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia, menunaikan zakat,menjaga kemaluan, dan menunaikan amanah.

Surah ini mempunyai banyak manfaat.Antaranya ialah sesiapa yang membaca ayat 1-10 dari surah ini akan masuk syurga sebagaimana yang diriwayatkan dari Umar r.a daripada Rasulullah.

PENUTUP
Surah Al-Muminun banyak member pengajaran dan manfaat kepada sesiapa yang membaca dan menghafaznya.Ayat-ayat dalam surah ini banyak mengajar manusia untuk menjadi mumin yang berjaya di dunia dan akhirat.

Golongan yang banyak menghabiskan sisa hidupnya di dunia denga perkara yang sia-sia akan menyesal di kemudian hari. Hal ini kerana hidup di dunia hanya sementara sahaja dan waktu hidup di dunia sepatutnya diisi dengan perkara yang berfaedah dan perkara yang boleh dijadikan sebagai bekalan di akhirat kelak.

Setiap mumin sepatutnya bercita-cita untuk masuk ke syurga Al-Firdaus iaitu syurga yang paling tinggi darjatnya.Mereka perlu berusaha dengan memperbanyakkan amal ibadat semasa hidup di dunia.

Mumin yang berjaya ialah mereka yang berusaha memperbaiki diri mereka untuk menjadi insan yang cemerlang hidup di dunia dan di akhirat. Mereka juga

tidak mudah berputus asa menerima dugaan dan cabaran sepanjang usaha mereka untuk menjadi Mumin yang cemerlang.

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN

2. SURAH AL-MUMINUN

3. TERJEMAHAN SURAH AL-MUMINUN AYAT 1-11

4. HUKUM TAJWID

5. HURAIAN SURAH AL-MUMINUN AYT 1-11

6. PENGAJARAN AYAT

7. PENUTUP

8. BIBLIOGRAFI

Anda mungkin juga menyukai