Anda di halaman 1dari 24

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Emak membeli lima __________ jagung yang telah dipesan oleh adik di pasar.
(ID:1111511745501 )

A B C D

tongkol ketul batang biji

Huraian: A. Tongkol tumbuh-tumbuhan yang buahnya bertongkol seperti jagung. B. Ketul benda yang keras seperti batu, tulang, ais. C. Batang benda yang keras dan panjang seperti jalan, sungai. D. Biji benda yang kecil, bulat seperti durian, bola. [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 2 Nakhoda itu menggunakan __________ kain untuk membuat layar.
(ID:1158778445147 /KLON/UPSR/2006/3)

Jaw ab

A B C D

sekeping sekajang secebis selembar

Jaw ab

Huraian: A. Sekeping untuk benda yang rata, nipis dan lebar. Contohnya: atap, biskut B. Sekajang untuk benda yang berbentuk lebar. Contohnya: kain, kertas, layar C. Secebis untuk benda yang sudah dipotong atau dikoyak kecil-kecil.

Contohnya: kain, kertas. D. Selembar untuk benda yang panjang dan halus. Contohnya: benang. [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 3 Datin Zuhaini itu sentiasa memakai dua __________ kalung mutiara ketika menghadiri majlis kenduri kahwin.
(ID:1159926094659 /KLON/UPSR/2006/19)

A B C D

bentuk cucuk untai urat

Huraian: A. Bentuk untuk barang yang melengkung seperti cincin B. Cucuk untuk benda yang ditusuk dengan lidi, (tali dan lain-lain) seperti sate C. Untai untuk benda yang dicucuk (seperti rantai manik, kalung mutiara) D. Urat untuk gelang, atau benda yang kecil dan panjang (seperti rotan) [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
Jaw ab

Kakak memasukkan __________ benang ke dalam lubang jarum untuk menjahit kain.

(ID:1111511727731

A B C D

sehelai sebuku selembar segulung

Huraian: A. Sehelai B. Sebuku untuk pakaian seperti seluar, baju dan lain-lain untuk benda yang berbuku seperti sabun, roti dan lain-lain C. Selembar untuk benda yang kecil dan panjang seperti benang D. Segulung untuk benda yang boleh digulung seperti tikar, filem dan lain-lain [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 5 Ayah memotong beberapa __________ tebu lalu mengisarkannya dengan menggunakan mesin pengisar tebu.
(ID:1111511750261 )

Jaw ab

A B C D

ruas ketul batang rumpun


Jaw ab

Huraian: A. Ruas - pokok yang mempunyai ruas (setelah dipotong) seperti tebu, buluh dan lain-lain. B. Ketul - bermaksud gumpal, kepal (tanah, nasi dan lain-lain). C. Batang - benda yang panjang, bulat dan keras. D. Rumpun - pokok yang berumpun seperti serai, buluh dan lain-lain.

[Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

Kakak membeli dua __________ roti di kedai Hong Seng.


(ID:1111511747591 )

A B C D

ketul buah buku keping

Huraian: A. Ketul benda yang keras seperti tulang, batu B. Buah benda yang mempunyai bentuk yang pelbagai dan besar seperti meja, rumah C. Buku benda yang keras agak keras seperti roti, sabun D. Keping benda yang nipis seperti kad, roti yang sudah dipotong [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 7 Hafiz sedang mendeklamasikan beberapa __________ pantun.
(ID:1111511749061 )

Jaw ab

A B C D

laras buah patah rangkap

Jaw ab

Huraian: A. Laras untuk senapang

B. Buah

untuk benda yang besar dan pelbagai bentuk seperti bangunan

C. Patah

untuk perkataan

D. Rangkap rangkap digunakan untuk benda yang berangkai dan bahan tulisan yang berangkap [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 8 Beberapa __________ mercun dan bunga api telah dirampas oleh polis di kedai itu.
(ID:1111511750801 )

A B C D

buah kotak papan butir


Jaw ab

Huraian: A. Buah - benda yang tidak mempunyai saiz dan bentuk tertentu. B. Kotak - benda di dalam kotak. C. Papan - benda yang berkeping-keping. D. Butir - benda yang kecil dan bulat.

[Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 9 Pak Hamid meredah sungai yang deras itu sambil memikul __________ jala di bahunya.
(ID:1121762151324 )

A B C D

sebuah serawan seberkas selembar

Jaw ab

Huraian:

A. Sebuah

untuk benda yang besar, tempat, bangunan dan semua jenis kenderaan

B. Serawan untuk benda yang tersirat dan dapat digantung/penjodoh bilangan yang menyatakan selengkapnya (jala, jaring dan kancing baju) C. Seberkas untuk benda yang telah diikat dalam satu ikatan D. Selembar untuk benda yang panjang dan dan halus [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 10 Salina telah menghantar __________ poskad untuk sahabat penanya di Australia.
(ID:1111511726801 )

A B C D

seikat sepucuk sehelai sekeping

Huraian: A. Ikat benda yang diikat seperti kayu, sayur, lidi. B. Pucuk senjata api seperti pistol, senapang, meriam serta benda nipis seperti surat. C. Helai benda yang nipis, lembut serta lebar seperti kain, baju, daun. D. Keping benda yang rata, nipis, pipih dan lebar seperti kertas, gambar, poskad. [Atas]
Jaw ab

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 11 Ibu menjahit baju adik yang koyak itu dengan __________ benang.
(ID:1160002543026 /KLON/UPSR/2006/3)

A B C D

sebuku selembar sebidang sehelai

Huraian: A. Sebuku benda yang berbuku atau berbongkah kecil B. Selembar penjodoh bilangan bagi tali atau benang C. Sebidang penjodoh bilangan bagi benda yang besar atau keras D. Sehelai sesuatu benda yang nipis dan lebar seperti daun [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 12 Ayah menghadiahi ibu __________ rantai berlian sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.
(ID:1111511749721 )

Jaw ab

A B C D

sebuah sebentuk seurat seutas


Jaw ab

Huraian: A. Buah - untuk benda atau jenisnya tidak tentu seperti rumah, kerusi, kedai dan lain-lain. B. Bentuk - benda kecil yang melengkung. C. Urat - untuk benda yang kecil dan panjang. D. Utas - benda yang berangkaian.

[Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

13

Di halaman rumah Mak Leha terdapat sebatang pokok cermai dan beberapa __________ serai.
(ID:1111511727911 )

A B C D

ikat jambak batang rumpun

Huraian: A. Ikat benda yang diikat seperti kayu, sayur, lidi. B. Jambak suatu ikatan atau karangan benda yang bertangkai seperti bunga, kunci. C. Batang benda yang lurus, panjang atau pendek serta keras seperti sungai, jalan, pensel, gigi. D. Rumpun tumbuhan yang tumbuh berkelompok seperti buluh, pandan, serai. [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 14 Ahli pengakap itu memasang beberapa __________ ubat nyamuk di tepi khemah.
(ID:1111511728091 )

Jaw ab

A B C

keping lingkar gulung

Huraian: A. Keping benda nipis dan besar seperti atap zink, duit dan lain-lain B. Lingkar benda yang berlingkar C. Gulung benda leper dan bergulung seperti tikar, filem dan lain-lain [Atas]
Jaw ab

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

15

Tuan puteri itu sedang memetik tiga __________ bunga ros di taman bunga.
(ID:1111511716941 )

A B C D

ulas helai gugus kuntum

Huraian: A. Ulas B. Helai untuk isi buah-buahan yang berulas seperti nangka untuk benda yang nipis, lembut dan lebar C. Gugus untuk benda yang berkelompok seperti bintang-bintang D. Kuntum untuk bunga [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 16 Datuk Malik mempunyai __________ tanah yang ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba di Pulau Redang.
(ID:1111511727191 )

Jaw ab

A B C D

sebuah sebidang sekeping selonggok

Jaw ab

Huraian:

A. Sebuah

untuk benda yang besar seperti bukit, meja dan lain-lain

B. Sebidang untuk benda yang besar seperti tanah, tikar dan lain-lain C. Sekeping untuk benda yang nipis seperti roti yang telah dipotong, duit dan lain-lain D. Selonggok untuk benda yang dihimpun seperti buah, pasir dan lainlain [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 17 Ular sawa itu kekenyangan selepas melulur __________ babi hutan.
(ID:1111511716521 )

A B C D

sebiji seekor seketul sekeping

Huraian: A. Sebiji B. Seekor C. Seketul untuk buah-buahan dan benda yang berbentuk bulat untuk binatang untuk benda yang berketul-ketul dan padu D. Sekeping untuk benda yang lebar, rata dan nipis [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 18 Di muzium itu terdapat beberapa __________ meriam lama yang dipamerkan kepada orang ramai.
(ID:1159717324978 /KLON/UPSR/2006/3)

Jaw ab

A B

bilah laras

Jaw ab

C D

bentuk batang

Huraian: A. Bilah penjodoh bilangan bagi benda yang tajam dan senjata seperti pedang, pisau B. Laras penjodoh bilangan bagi senjata api seperti pistol, senapang dan meriam C. Bentuk penjodoh bilangan bagi benda yang melengkung D. Batang penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 19 Nenek membeli dua __________ pisang untuk digoreng petang nanti.
(ID:1111511750621 )

A B C D

sisir biji buah tandan


Jaw ab

Huraian: A. Sisir B. Biji C. Buah D. Tandan - buah pisang yang bergugus. - benda yang kecil. - benda yang tidak mempunyai saiz dan bentuk tertentu (biasanya benda yang besar dan lebar). - untuk buah yang bergugus yang mempunyai tandan (pisang, kelapa, pinang dan lain-lain). [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 20 Laksamana Hang Tuah dianugerahi Sultan Melaka __________ songket yang cantik.
(ID:1111511728611 )

A B C D

sehelai sepasang sebungkus sepersalinan

Huraian: A. Helai benda yang nipis, lembut serta lebar seperti kain, baju, daun. B. Sepasang untuk benda yang mempunyai pasangan seperti kasut, cermin mata, stoking. C. Sebungkus untuk benda yang dibungkus seperti hadiah, nasi lemak. D. Sepersalinan untuk selengkap pakaian (sebagai hadiah). [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 21 Kak Leha memasukkan beberapa __________ bawang putih dan bawang merah ke dalam masakannya.
(ID:1121762698031 )

Jaw ab

A B C D

ulas biji hiris butir


Jaw ab

Huraian: A. Ulas - untuk isi-isi buah-buahan (buah nangka, limau, durian). B. Biji - untuk buah-buahan dan berbentuk bulat. C. Hiris - untuk benda yang sudah dipotong tipis-tipis. D. Butir - untuk benda yang kecil dan bulat.

[Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 22 Ikan kukus itu dihias dengan beberapa __________ timun dan buah tomato.

(ID:1111511748551

A B C D

biji ulas hiris helai

Huraian: A. Biji digunakan untuk benda yang kecil dan agak bulat B. Ulas digunakan untuk bahagian buah yang berbiji, limau, cempedak C. Hiris digunakan untuk benda yang dipotong nipis-nipis D. Helai untuk benda yang nipis dan lembut seperti daun, baju, seluar [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 23 Emak memasukkan beberapa __________ cendawan ke dalam sup sayur-sayuran yang dimasaknya.
(ID:1111511727010 )

Jaw ab

A B C D

kaki biji keping kuntum

Jaw ab

Huraian: A. Kaki benda yang berkaki atau bertangkai seperti payung, cendawan. B. Biji benda kecil, bulat atau seakan-akan bulat seperti guli, telur, batu serta buah-buahan seperti durian, rambutan, kelapa. C. Keping benda yang rata, nipis, pipih dan lebar seperti kertas, gambar, poskad.

D. Kuntum

untuk bunga. [Atas]

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 24 Pemuda itu mengait __________ kelapa sawit dengan menggunakan sebilah sabit pengait yang tajam.
(ID:1111511749481 )

A B C D

sebiji setangkai setandan sesisir


Jaw ab

Huraian: A. Biji - benda yang kecil. B. Tangkai - penjodoh bilangan untuk bunga. C. Tandan - buah-buahan yang bergugus-gugus. D. Sesisir - tangkai atau gugus pisang.

[Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 25 Di bawah tudung saji itu terdapat __________ kuih dan secawan teh panas sebagai hidangan untuk bapa.
(ID:1111511746471 )

A B C D

seketul sekeping sebutir sepiring

Jaw ab

Huraian: A. Ketul untuk benda-benda yang berketul (batu, daging, tulang). B. Keping untuk benda-benda yang nipis (kertas, papan, roti, gambar). C. Butir untuk benda yang kecil dan bulat.

D. Piring untuk benda-benda yang diletakkan di atas piring. [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 26 Fatimah membeli __________ selendang untuk dihadiahkan kepada ibunya.
(ID:1111511746110 )

A B C D

sehelai selembar sepasang secarik

Huraian: A. Helai untuk kain, baju, daun, kertas. B. Lembar untuk benda yang panjang dan luas bidangnya seperti kertas, benang dan tali. C. Pasang penjodoh bilangan yang melengkapi antara satu sama lain seperti baju kurung. D. Secarik benda yang dikoyak sedikit seperti kertas, kain. [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 27 Tok Wan mendermakan __________ tanah untuk mendirikan sebuah masjid.
(ID:1111511717652 )

Jaw ab

A B C D

sekaki sehelai sebuah sebidang

Jaw ab

Huraian: A. Sekaki untuk benda yang bertangkai

B. Sehelai C. Sebuah

untuk benda yang lebar dan nipis untuk benda yang besar seperti bangunan

D. Sebidang untuk benda yang lebar, luas dan rata [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 28 Aidil jatuh tersungkur apabila kakinya tersangkut pada se__________ dawai di tepi padang itu.
(ID:1111511744881 )

A B C D

sisir lingkar batang rawan

Huraian: A. Sisir untuk buah pisang yang masih melekat pada sisirnya B. Lingkar untuk benda yang berlingkar seperti ubat nyamuk C. Batang untuk benda yang lurus, panjang dan keras D. Rawan untuk jala, pukat, kancing baju [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 29 Se__________ tentera telah dihantar untuk berkhidmat di Iraq.
(ID:1158786283958 /KLON/UPSR/2006/19)

Jaw ab

A B C D

gerombolan angkatan kelompok kawan

Jaw ab

Huraian:

A. Gerombolan B. Angkatan

untuk kumpulan orang (pengganas, penjahat, perompak dan lain-lain) untuk kumpulan atau kelompok benda dan dan manusia (kapal perang, tentera)

C. Kelompok

untuk kumpulan benda, haiwan dan manusia (awan, bintang, nelayan)

D. Kawan

untuk kumpulan haiwan (biri-biri, burung, gajah) [Atas]

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 30 Cikgu Zain menyusun beberapa __________ tukul di dalam Bilik Kemahiran Hidup.
(ID:1158117563231 /KLON/UPSR/2006/3)

A B C D

bilah pucuk batang bentuk

Huraian: A. Bilah penjodoh bilangan bagi benda yang tajam dan senjata seperti pedang, pisau B. Pucuk penjodoh bilangan bagi surat, senjata api dan lain-lain C. Batang penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang D. Bentuk penjodoh bilangan bagi benda yang melengkung [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 31 Ayah saya mengelap peluh dengan se__________ kain tuala lamanya.
(ID:1167852497483 /KLON/UPSR/2006/3)

Jaw ab

A B

utas helai

Jaw ab

C D

lembar bidang

Huraian: B. Helai - benda yang nipis dan lebar [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 32 Pemburu itu membawa dua __________ senapang untuk memburu kijang di dalam hutan itu.
(ID:1111511717421 )

A B C D

batang buah laras butir

Huraian: A. Batang untuk benda yang panjang dan keras B. Buah untuk benda yang besar, bangunan dan lain-lain C. Laras untuk senjata api seperti senapang D. Butir untuk benda yang kecil dan bulat [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 33 Pak Dolmat telah menggantikan beberapa __________ atap rumahnya kerana sudah bocor.
(ID:1159725486159 /KLON/UPSR/2006/19)

Jaw ab

A B C D

bidang keping lembar bentuk

Jaw ab

Huraian: A. Bidang untuk benda yang luas seperti tanah dan lain-lain B. Keping untuk sesuatu yang pipih atau nipis C. Lembar untuk benda yang panjang dan luas bidangnya, utas, helai D. Bentuk untuk barang yang melengkung seperti cincin [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 34 Dia terjatuh kerana tersepak __________ tulang lembu di tepi jalan itu.
(ID:1159806838468 /KLON/UPSR/2006/3)

A B C D

sepuntung setongkol sebatang seketul

Huraian: A. Sepuntung penjodoh bilangan untuk kayu yang dikerat pendekpendek (kayu api) penjodoh bilangan untuk buah jagung C. Sebatang penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang D. Seketul penjodoh bilangan bagi sekerat tulang [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 35 Pak Malau menjual tujuh __________ pisang di pasar minggu.
(ID:1111511717181 )

Jaw ab

B. Setongkol -

A B

biji buah

Jaw ab

C D

gugus tandan

Huraian: A. Biji B. Buah untuk buah-buahan dan benda yang berbentuk bulat untuk benda yang besar, tempat, bangunan dan kenderaan C. Gugus untuk benda yang berkelompok dan buah-buahan dalam setangkai D. Tandan untuk buah-buahan yang bertandan

[Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

36

Ayah meletakkan __________ buah-buahan di atas meja makan.


(ID:1111511745741 )

A B C D

sebiji setangkai serumpun selonggok

Jaw ab

Huraian: A. Sebiji untuk buah seperti sebiji tembikai B. Setangkai untuk benda yang mempunyai tangkai seperti buah rambai

C. Serumpun untuk tumbuhan yang berumpun seperti pandan, serai D. Selonggok iaitu selonggok kerana merujuk kepada himpunan buahbuahan (benda yang dilonggokkan) [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 37 Nenek telah meraut beberapa __________ penyapu lidi untuk dijual di pasar tani.
(ID:1121763386232 )

A B C D

ikat batang longgok berkas


Jaw ab

Huraian: A. Ikat - untuk benda yang telah diikat. B. Batang - untuk benda yang lurus, panjang dan keras. C. Longgok - untuk benda yang dilonggokkan. D. Berkas - untuk benda yang telah diikat dalam satu ikatan.

[Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 38 Di dalam telefon bimbitnya terdapat beberapa __________ perkataan pesanan ringkas daripada seorang kawan.
(ID:1111511740191 )

A B C D

hiris buah patah keping

Jaw ab

Huraian: A. Hiris B. Buah untuk benda yang sudah dihiris seperti roti untuk benda yang besar dan mempunyai bentuk tertentu

seperti meja, bangunan C. Patah penjodoh bilangan untuk perkataan D. Keping untuk benda yang pipih dan nipis seperti papan, kertas, kad [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

39

Rosmah mengepit sebuah buku sambil memegang __________ payung semasa meredah hujan yang lebat itu.
(ID:1111511728791 )

A B C D

sekaki sebatang sebiji sebuah

Huraian: A. Kaki benda yang berkaki atau bertangkai seperti payung,cendawan. B. Batang benda yang lurus, panjang atau pendek serta keras seperti sungai, jalan, pensel, gigi. C. Biji benda kecil, bulat atau seakan-akan bulat seperti guli, telur, batu serta buah-buahan seperti durian, rambutan, kelapa. D. Buah benda padu yang bentuk atau jenisnya tidak tentu besarnya seperti rumah, kereta, kampung, pulau. [Atas] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Jaw ab

40

Terdapat beberapa __________ buah kelapa sawit di hadapan rumah Ahmad.


(ID:1111511740014 )

A B C

rumpun himpunan longgok

Huraian: A. Rumpun untuk tumbuh-tumbuhan yang berumpun seperti serai B. Himpunan untuk kumpulan seperti sebuah himpunan puisi C. Longgok untuk benda yang dilonggokkan seperti pasir [Atas]
Jaw ab

Anda mungkin juga menyukai