Anda di halaman 1dari 18

Anak amanah Allah SWT

Ibadat Tingkatan 5

Anak Angkat
Anak angkat bermaksud anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya sendiri. Kebiasaannya, pasangan suami isteri yang mengambil anak angkat berpunca daripada mereka yang tidak memperoleh zuriat sendiri disebabkan kemandulan atau penyakit yang dihidapi.

Apakah hukum mengambil anak angkat ?


Dalam Islam, mengambil anak angkat adalah HARUS. Malah, Rasulullah SAW sendiri pernah mengambil Zaid bin Harithah sebagai anak angkat sebelum baginda diutus sebagai rasul. Anak angkat hendaklah dipelihara dan dijaga seperti anak kandung sendiri. Tanggunjawab dari segi hadanah termasuk pendidikan hendaklah diberikan dengan sempurna oleh keluarga angkatnya. Penjagaan anak angkat adalah suatu amanah yang wajib disempurnakan dengan baik dan sempurna.

Peraturan Memelihara Anak Angkat

Larangan menasabkan anak angkat kepada bapa angkat


Anak angkat HARAM dibinkan atau dibintikan kepada bapa angkatnya. Ini seperti dalam firman Allah SWT ; Surah Al-Ahzab : Ayat 5.

Batas aurat dan pergaulan


Anak angkat dikira ajnabi (orang asing) dalam batas aurat dan pergaulan dengan keluarga angkat kecuali yang mempunyai hubungan mahram secara nasab seperti anak saudara atau anak susuan.

Pembahagian harta pusaka


Anak angkat tidak boleh mewarisi harta keluarga angkatnya namun anak angkat boleh mendapatkan harta keluarga melalui hibah, hadiah dan wasiat dengan syarat tidak melebihi 1/3 daripada harta.

Hikmah Larangan Menasab Anak Angkat Kepada Bapa Angkat


1. Mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan pertalian nasab anak angkat. 2. Memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandungnya. 3. Menjaga batas pergaulan supaya aurat antara anak angkat dengan keluarga angkat terpelihara.

HADANAH
Hak dan Tanggungjawab Untuk Anak

Pengertian dan Hukum


Hadanah bermaksud hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayyiz dan tidak mampu mengurus diri sendiri. Hadanah merangkum penjagaan dari segi jasmani, rohani dan akal mereka supaya mampu memikul tanggungjawab apabila dewasa. Hukum hadanah adalah wajib bagi kanakkanak yang belum boleh berdikari.

Hak Hadanah
Apabila berlaku penceraian antara suami dengan isteri, orang yang berhak ke atas penjagaan anak - anak ialah ibu. Manakala, bapa bertanggungjawab menanggung nafkah hidup anak tersebut. Dalil menunjukkan ibu lebih layak menjaga anak - anak berbanding bapa ada dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

Jika ibu hilang kelayakan hak hadanah dengan sebab sebab tertentu, maka orang yang berhak ialah

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Nenek sebelah ibu hingga ke atas Bapa Nenek sebelah bapa hingga ke atas Datuk Saudara perempuan seibu sebapa Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa (anak saudara) 7. Emak saudara sebelah ibu / bapa

Syarat Hadanah
Islam tidak sah hadanah bagi orang kafir Berakal tidak sah hadanah bagi orang gila Dewasa iaitu berusia matang sehingga melayakkannya memberi jagaan dan kasih sayang yang diperlukan anak. Berakhlak mulia dan memelihara kehormatan dan maruah diri.

Sebab Sebab Gugur Hadanah

Ibu kepada kanak - kanak berkahwin dengan lelaki yang tidak mempunyai pertalian nasab dengan kanak-kanak tersebut. Hak hadanah akan kembali kepadanya apabila perkahwinan dengan lelaki itu dibubarkan.

Berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terang-terangan sehingga menghilangkan kehormatan dan maruah diri. Berpindah tempat kediaman dengan tujuan menghalang bapa kanak-kanak itu menziarahinya. Cuai, zalim dan menganiaya kanak-kanak. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

Tempoh Hadanah
Berakhir apabila kanak-kanak telah dewasa dan dapat berdikari. Mereka juga mampu mengurus segala keperluan asas. Apabila kanak-kanak mencapai umur mumaiyiz, dia berhak memilih untuk tinggal sama ada dengan ibu atau bapanya. Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyebut bahawa hak hadanah akan tamat apabila kanak-kanak mencapai umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan

Anda mungkin juga menyukai