Anda di halaman 1dari 2

RASUAH DALAM SUKAN

Artikel ini ditulis oleh seorang mahasiswa yang menyentuh mengenai isu rasuah dalam sukan bolasepak di Malaysia. Menurut penulis, rasuah dalam bidang sukan telah wujud sejak berabad yang lalu dan di negara kita gejala ini menular dalam sukan bolasepak. Isu rasuah dalam sukan bolasepak telah juga berlaku dalam tahun 1990 an, di mana ramai pemain dan jurulatih telah disoal siasat dan mereka dikenakan hukuman gantung dari bermain oleh Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) dan ada di antara mereka dikenakan hukuman gantung seumur hidup. Kesan daripada itu Malaysia telah kehilangan ramai pemain-pemain yang berbakat dan seterusnya menyebabkan pasukan Malaysia semakin merosot prestasi mereka di peringkat antarabangsa. Kewujudan kegiatan rasuah berpunca daripada beberapa sebab seperti ketamakan, kelemahan pengurusan dalaman, penyalahgunaan kuasa dan kewujudan peluang. Pemain yang tamak selalunya akan mudah terlibat dengan gejala rasuah ini tetapi kadang-kadang imbuhan pasukan yang tidak setimpal juga mendorong pemain-pemain menerima rasuah. Kelemahan pengurusan dalaman juga salah satu punca menularnya gejala rasuah, persatuan yang gagal menguruskan kebajikan pemainnya, di mana dibayar gaji yang tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka merupakan punca mereka sanggup menerima rasuah demi survival mereka. Penyalahgunaan kuasa pihak pengurusan juga menyumbangkan kepada berlakunya rasuah, pihak pengurusan pasukan bolasepak boleh membuat percaturan dari segi teknik dan taktik perrmainan untuk memberikan kelebihan kepada pasukan lawan. Bookie merupakan dalang yang mencari kesempatan untuk memberi, menerima, menawar dan menuntut sesuatu terutamanya berdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing dan mereka tidak mengambil kira liga bolasepak itu popular atau tidak, asalkan ada peluang mereka akan meneruskan kegiatan. Usaha kerajaan yang memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk kecemerlangan sukan di negara ini sia-sia dan gagal mencapai matlamat akibat gejala rasuah ini. Kualiti bolasepak Malaysia merosot akibat rasuah ini dan dari sudut ekonomi pula persatuan bolasepak negeri terjejas pendapatan kerana tidak peminat yang hadir ke stadium untuk menyaksikan pertandingan bolasepak. Kebanyakan orang sekarang ini memandang ringan akan penerimaan rasuah dan telah menjadi lumrah, mereka terus lakukan tanpa mengira halal atau haram asalkan kehidupan mereka terjamin. Di negara seperti United Kingdom dan Singapura telah timbul cadangan untuk membenarkan pertaruhan mengikut undang-undang untuk mengelakkan berlakunya rasuah dalam sukan bolasepak mereka. Kerajaan Malaysia sebagai negara Islam sepatutnya mengambil tindakan dan berwaspada supaya situasi menghalalkan pertaruhan itu tidak menular ke negara ini yang boleh menjejaskan imej negara kita.

Semua pihak harus memainkan peranan dalam membasmi wabak rasuah ini, FAM perlu meneliti semua yang disusun agar menepati keperluan sebenar. Kementerian Belia dan Sukan harus memandang serius gejala rasuah dalam sukan bolasepak dan mengambil langkah proaktif memantau gejala tidak bermoral ini dengan telus dan adil mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 ( Akta 576 ). Dalam dunia moden ini kita sering merngejaar masa dan bersikap materialistik, kita tidak lagi memikirkan akan punca kewangan kita dari mana, samada ianya halal atau haram asalkan ianya dapat memberikan kita kepuasan dari segi materialistik.Pemimpinpemimpin kerajaan cuba membawa masyarakat Malaysia ke arah kemodenan dan negara industri dengan begitu cepat bermula tahun 1980 an, dan pada pendapat saya masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu belum bersedia untuk bergerak begitu pantas ke arah kemodenan yang menyebabkan berlakunya masalah sosial, antaranya gejala rasuah. Pembangunan atau kemajuan sememangnya diperlukan oleh negara kita Malaysia, masalahnya adakah perkembangan kemajuan yang begitu pantas dibawa oleh pemimpin tidak selari dengan kesedaran moral dan kerohanian masyarakat. Bila ini tidak seimbang iaitu di antara kemajuan dan kesedaran dari segi moral atau kerohanian menyebakan pelbagai masalah sosial berlaku antaranya rasuah. Dalam sukan rasuah membunuh semangat patriotik dan semangat kesukanan. Semua pihak perlu berganding bahu bagi membanteras jenayah rasuah di negara ini sekali gus meningkatkan integriti sebagai budaya dan nilai murni dalam kehidupan kita. Pendidik atau guru-guru harus memainkan peranan untuk membasmi gejala rasuah ini. Sesuatu harus dimulakan di peringkat sekolah untuk memberi kesedaran pada anakanak akan bahayanya gejala rasuah ini jika dibiarkan ia menular. Di peringkat Kementerian Pelajaran harus wujud kumpulan think-tank yang perlu berbuat sesuatu khasnya dari segi sukatan pelajaran atau mungkin satu matapelajaran khas mengenai rasuah harus digubal supaya anak-anak dapat dididik di peringkat awal akan buruknya tabiat rasuah di mana bila mereka dewasa nanti mereka tidak akan terlibat dengan gejala ini. Kesimpulannya semua pihak harus memainkan peranan dalam usaha untuk menjadikan masyarakat Malaysia berintegriti dan punyai nilai budaya yang tinggi dan tanggungjawab ini jika dilihat dari satu sudut sememangnya menjadi tanggungjawab pendidikatau guru-guru khasnya untuk mencapai hasrat murni itu.

Anda mungkin juga menyukai