Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Buat pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah Pendidikan Moral, Puan Faizah atas kerjasama dan bimbingan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama di antara ahli kumpulan saya. Melalui kerja kursus ini, kami dapat mengenal pasti asal-usul agama Hindu secara mendalam.Selain itu, kami juga dapat mengenal pasti nilai-nilai murni daripada agama Hindu.Melalui asal-usul agama Hindu kami dapat membaca ceritacerita agama Hindu dan kesusateraan Melalui cerita-cerita agama, kami dapat mengenal pasti nilai-nilai moral yang tersirat dalam cerita-cerita yang dibaca. Melalui Kerja Kursus Pendek ini,kami dapat menghayati keistimewaan dan kelebihan agama Hindu.Kami telah mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam menjaga kerukunan sosial dan pembentukan sifat mulia masyarakat yang beragama Hindu.Melalui Kerja Kursus ini kami dapat mengenalpasti peranan masyarakat yang beragama Hindu untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin mulia.Selain itu kami dapat mengetahui sumbangan setiap individu yang beragama Hindu untuk membentuk sebuah agama dan masyarkat yang mulia. Dalam menyiapkan kertas kerja pendek ini dan projek ini, kami sedar bertapa pentingnya nilai kerjasama di kalangan ahli kumpulan. Kalau hanya seorang saja yang membuat kerja kursus pendek ini, mustahil kami dapat menyiapkannya.

Melalui proses penyiapan kerja ini, saya sedar akan kepentingan semangat berpasukan dan bekerjasama. Jikalau tanpa semangat kerjasama yang tinggi, maka terbengkalailah sesuatu projek itu. Proses penyiapan kertas kerja dan projek ini juga berjaya mematangkan diri kami, kami juga sudah bijak dalam menangani semua masalah dalam keadaan apa sekalipun. Dalam masa yang sama, saya sudah mampu menggunakan dan belajar untuk menghargai setiap detik masa. Lagipun pengalaman semasa menyiapkan kerja kursus pada semester yang lepas telah banyak memberikan pengalaman pada saya. Sekali lagi kami sangat bersyukur dan bangga kerana dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini.

Anda mungkin juga menyukai