Stela Raja Hammurabi menunjukan berhala Mesir purba Shamash membawa kod undangundang kepada raja. Undang-undang (Jawi: - )dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama. Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara. Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan undang-undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah warna undang-undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan, untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan.
Pengamal undang-undang lazimnya mesti mendapat latihan secara professional dalam undang-undang sebelum mereka dibenarkan mewakili satu pihak dalam satu mahkamah undang-undang, merangka dokumen undang-undang, atau memberi bantuan guaman.
Isi kandungan
[sorokkan] 1 Sumber utama undang-undang 2 Sistem perundangan yang utama di dunia
o o o o o
2.1 Sistem perundangan Common Law 2.2 Sistem perundangan sivil 2.3 Sistem perundangan adat 2.4 Sistem perundangan agama 2.5 Sistem perundangan Sosialis
3 Badan undang-undang
o o o o
3.1 Undang-undang khusus 3.2 Undang-undang umum 3.3 Undang-undang prosedur 3.4 Undang-undang antarabangsa
4 Falsafah perundangan 5 Antropologi undang-undang 6 Sejarah 7 Amalan undang-undang 8 Salah faham umum 9 Lihat juga 10 Bacaan selanjutnya 11 Pautan luar
undang-undang yang dikenali sebagai "Common Law" yang berasal dari United Kingdom dan lazimnya digunakan di negara-negara Komanwel. Selain itu, di negara-negara Islam terdapat pula undang-undang syariah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Sumber undangundang yang lain termasuklah adat istiadat dan agama.
perundangan sivil (sebagai contoh di Jerman), tulisan para cendakiawan undang-undang mempunyai pengaruh yang kuat keatas mahkamah-mahkamah. Dalam kebanyakan bidang kuasa pusat undang-undang khusus adalah kodifikasi dalam bentuk kod sivil, tetapi di sesetengah bidang seperti di Scotland, mereka tidak pula dikodifikasikan. Sistem perundangan sivil sebagaimana dinotakan diatas mempunyai asas dalam undang-undang Rom, yang diamalkan oleh para cendakiawan dan mahkamah daripada zaman pertengahan Eropah. Kebanyakan sistem moden kini berbalik kepada gerakan kodifikasi abad ke-19. Kod sivil ramai negara, terutama bekas jajahan Perancis dan Sepanyol menyerupai Code Napolon dalam sesetengah hal tetapi tidak untuk kawasan Eropah timur, Eropah tengah, Scandinavia dan negara-negara Asia timur. Dinotakan juga bahawa BGB Jerman diolah daripada undang-undang Rom dan tradisi perundangan Jerman sendiri, dan adalah satu pengaruh kepada kod sivil dalam negara lain. Kepentingan Code Napolon tidaklah boleh diperbesarkan kerana ia hanya merangkumi sesetengah cabang undang-undang khusus, dimana kod-kod lain pula mentadbir undangundang koperat, undang-undang cukai dan undang-undang perlembagaan.
yang serupa diamalkan oleh Gereja Orthodoks Timur. Tetapi, undang-undang kanun Kristian hari ini berkait dengan agama sahaja, tidak seperti Syariah yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti harta, kontrak, hubungan perdagangan dan perlindungan ganti rugi) serta undang-undang pentadbiran.
bermastautin dalam negara berkenaan. Negara boleh membawa tindakan undang-undang keatas orang untuk perbuatan jenayah mereka, disamping pelanggaran undang-undang regulasi. Undang-undang umum boleh dibahagikan kepada tiga kategori; undang-undang Pentadbiran, Perlembagaan dan Jenayah. Berdasarkan prinsip yang sama, individu juga boleh menyaman kerajaan untuk sebarang kesalahan yang ia timbulkan keatasnya. Ini termasuklah dasar pelanggaran regulasi, legislasi dalam perkara yang tidak menjadi bidang mereka, atau pelanggaran hak seseorang individu. Poin kedua-dua yang akhir ini biasanya diberi perlindungan dibawah perlembagaan satu negara.
[sunting] Sejarah
Rencana utama: Sejarah undang-undang
Ijazah undang-undang lajutan juga sering dikejari, walaupun meraka adalah ijazah akademik dan tidak diperlukan untuk pengamalan undang-undang. Ini merangkumi Master of Laws, Master of Legal Studies dan Doctor of Laws. Selepas diakreditasi, seseorang peguam biasaya akan berkerja di satu firma guaman, dalam satu kamar sebagai satu pengamal sendiri, untuk satu kerajaan atau sebagai penasihat satu badan koperat. Satu lagi pilihan adalah untuk menjadi penyelidik undang-undang yang memberi perkhidmatan secara permintaan selidikan undang-undang melalui satu perkhidmatan komesial atau secara bebas. Ramai orang yang terlatih dalam bidang perundangan menggunakan ilmu mereka diluar bidang undang-undang secara keseluruhan. Satu komponen signifikan kepada pengamalan undang-undang dalam tradisi common law melibatkan penyelidikan undang-undang untuk mengenalpasti situasi perundangan terkini. Ini biasanya merangkumi pencarian dalam loporan kes, periodikal undang-undang dan legislasi. Pengamalan undang-undang juga merangkumi penyediaan dokumen seperti rayuan mahkamah, taklimat yang berpengaruh, kontrak, surat-surat warisan dan amanah. Rundingan dan penyelesaian pertikaian juga merupakan sebahagian penting pengamalan undang-undang mengikut bidang.
Undang-undang dibuat oleh peguam atau undang-undang boleh diubah oleh peguam
Sebahagian ahli masyarakat berdebat dengan peguam dengan mengatakan sesuatu undangundang itu tidak adil. Perbincangan adalah sesuatu yang baik. Namun ada sampai suatu peringkat sebahagian ahli masyarakat seolah-olah mempersalahkan peguam berkenaan ketidakadilan sesuatu undang-undang seakan-akan persepsi mereka bahawa peguamlah yang membuat undang-undang ataupun peguam boleh mengubah sesuatu undang-undang sekiranya ia tidak adil. Seperti yang dinyatakan sebelum ini undang-undang dibuat oleh badan yang membuat undang-undang. Di dalam sistem pemerintahan berparlimen, maka undang-undang dibuat oleh Parlimen. Manakala sebahagian undang-undang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah terdiri daripada ahli-ahli politik yang memenangi pilihanraya sesebuah negara atau negeri.
Tidak memahami dan seterusnya tidak dapat membezakan undang-undang bersifat substantif dengan undang-undang bersifat prosedural
Ada ketikanya seseorang awam berjumpa peguam dan dengan yakin meminta peguam mengeluarkan saman terhadap seseorang lain yang katakanlah telah meminjam wang berjumlah RM10,000.00 tetapi masih gagal membayar pada waktu yang ditetapkan. Orang awam tersebut yakin bahawa dia akan menang kes tuntutannya kerana baginya adalah jelas orang itu meminjam daripadanya dan masih tidak membayar hutang. Namun orang awam tersebut hampa apabila diberitahu oleh peguam bahawa mungkin beliau tidak akan berjaya dengan tuntutan samannya. Kenapa boleh jadi demikian? Perkara begini berlaku kerana si orang awam tersebut hanya melihat daripada aspek undang-undang substantif iaitu haknya untuk mendapat wang yang telah ia pinjamkan kepada seseorang dan tanggungjawab seseorang itu untuk membayar balik wang tersebut manakala peguam pula melihat lebih menyeluruh termasuk peluang kejayaan tuntutan tersebut daripada aspek undang-undang prosedural. Sebahagian ahli masyarakat tidak menyedari bahawa terdapat undang-undang prosedur iaitu undang-undang yang mengawal bagaimana membuktikan sesuatu tuntutan seperti undang-undang keterangan dan undang-undang prosedur sivil. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu tidak dapat membuktikan tuntutannya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang keterangan, maka seseorang itu mungkin akan gagal di dalam tuntutannya.
Kemenangan dan kekalahan sesuatu kes di mahkamah ditentukan sematamata oleh peguam
Sebahagian masyarakat salah anggap bahawa menang atau kalah sesuatu kes di mahkamah ditentukan semata-mata oleh peguam. Sekiranya menang kes maka peguam yang mengendalikan kes itu dianggap handal. Sehingga ada juga kata-kata negatif (dalam konteks kes jenayah) bahawa peguam melepaskan orang yang telah melakukan kesalahan jenayah. Ada pula menyalahkan peguam secara mutlak jika kalah sesuatu kes sehingga boleh membawa kepada kesan negatif yang ekstrem seperti menyebabkan peguam itu dibenci, didendam malah mungkin dibunuh. Kedua-dua fahaman tersebut adalah silap. Memang benar peguam akan menggunakan pengetahuan dan kemahirannya untuk memenangi sesuatu kes namun ia masih dalam batas undang-undang. Peguam tidak boleh membuat sesuatu di luar batas undang-undang. Peguam terikat dengan peraturan-peraturan seperti undang-undang keterangan seperti "dengarcakap" (hearsay), "kebolehterimaan keterangan" (admissibility) dan sebagainya. Peguam hanya membantu menyampaikan undang-undang dan fakta (melalui saksi-saksi), namun yang membuat keputusan mutlak sama ada seseorang itu menang atau kalah, didapati bersalah atau tidak bersalah adalah terletak pada mahkamah yang membicarakan.
Apabila seseorang itu didakwa di mahkamah (terutama di dalam kes jenayah) maka orang itu adalah bersalah
Di dalam masyarakat Malaysia secara umumnya, apabila seseorang itu ditangkap dan didakwa, maka sebahagian masyarakat telah menganggap bahawa orang yang didakwa (juga dikenali dengan panggilan "tertuduh") itu adalah bersalah. Sebahagian ahli masyarakat berpendapat demikian dengan menggunakan kaedah logik "simple" yang digambarkan dengan peribahasa Melayu "Takkan pokok bergoyang kalau tiada angin". Maksud peribahasa itu di dalam kes seseorang yang didakwa ialah "takkan orang itu ditangkap dan didakwa kalau dia tidak bersalah". Malangnya masyarakat kurang menyedari bahawa seseorang
didakwa berdasarkan bukti yang diperolehi pada ketika itu. Namun banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang itu disabitkan bersalah oleh mahkamah. Mahkamah perlu menilai banyak faktor lain termasuklah juga adakah tertuduh difitnah, teraniaya dan sebagainya. Bayangkanlah sekiranya mahkamah tidak teliti lalu mensabitkan seseorang melakukan kesalahan membunuh orang dengan niat. Maka orang tersebut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Apakah implikasinya jika setelah orang tersebut digantung, didapati kemudian ada bukti menunjukkan bahawa orang tersebut teraniaya oleh orang lain? Bolehkah nyawa orang yang digantung itu dikembalikan? Itulah di antara sebabnya di dalam kes-kes jenayah, mahkamah amat berhati-hati membicarakan sesuatu kes jenayah dan akan membebaskan tertuduh sekiranya mahkamah berpendapat pihak pendakwa gagal membuktikan kes.
Undang-undang sivil Undang-undang jenayah Senarai 613 undang-undang Bible (Mitzvah) Undang-undang Al-Quran dan Hadis Gambaran keseluruhan topik undang-undang Peguam Senarai cabang undang-undang Senarai topik berkait undang-undang Senarai istilah undang-undang Senarai pakar undang-undang Senarai penyingkatan istilah undang-undang Senarai undang-undang kes Senarai firma guaman
Undang-undang Sistem Undang-undang agama | Undang-undang sosialis | Undangperundangan undang antarabangsa Sumber undangundang
Common law | Undang-undang sivil | Undang-undang adat |
Undang-undang statut (Perundangan | Kod sivil | Pentafsiran statut) Undang-undang bukan statut (Adat | Undang-undang kes | Equiti)
Undang-undang umum (Undang-undang jenayah | Undangundang perlembagaan | Undang-undang pentadbiran) Undang-undang khusus (Undang-undang sivil | UndangPenghukuman undang kewajipan | Kontrak | Tort | Wasiat dan Pegangan) Mahkamah (Sistem perseteruan | Sistem penyiasiatan | Bukti | Kehakiman | Peguam) Falsafah undang-undang | Undang-undang semulajadi | Perundangan positivisme | Perundangan formal | Falsafah Perundangan realiti | Penafsiran undang-undang | Teori perundangan perundangan feminis | Undang-undang dan ekonomi | Pengajian undang-undang kritikal | Perbandingan undangundang Lihat juga:Senarai cabang undang-undang
Blackstone, William, Sir. An analysis of the laws of England: to which is prefixed an introductory discourse on the study of the law. 3rd ed. Buffalo, N.Y.: W.S. Hein & Co., 189 pp., 1997. (originally published: Oxford : Clarendon Press, 1758) ISBN 157588-413-5 David, Ren, and John E. C. Brierley. Major Legal Systems in the World Today: An Introduction to the Comparative Study of Law. 3d ed. London: Stevens, 1985. ISBN 0-420-47340-8. Ginsburg, Ruth B. A selective survey of English language studies on Scandinavian law. So. Hackensack, N.J.: F. B. Rothman, 53 pp., 1970. OCLC 86068 Glenn, H. Patrick Legal Traditions of the World: Sustainable Diversity in Law 2nd ed. London: Oxford University Press, 432 pp., 2004. ISBN 0-19-926088-5 Iuul, Stig, et al. Scandinavian legal bibliography. Stockholm: Almqvist & Wiksell, 196 pp., 1961. (series: Acta / Instituti Upsaliensis Iurisprudentiae Comparativae; 4) OCLC 2558738 Llewellyn, Karl N. & E. Adamson Hoebel. Cheyenne Way: Conflict & Case Law in Primitive Jurisprudence. special ed. New York City: Legal Classics Library, 374 pp., 1992. ISBN 0-8061-1855-5 Nielsen, Sandro. The Bilingual LSP Dictionary. Principles and Practice for Legal language. Tbingeb.: Gunter Narr Verlag, 308 pp., 1994. (series: Forum fr Fachsprachen-Forschung; Bd. 24) ISBN 3-8233-4533-8
Koleksi Schoyen
Institut Perbandingan antara Sistem Perundangan Australia WorldLII - Institut Informasi Perundangan Dunia Laman Web Undang-undang WikiCities Ensiklopedia Falsafah Stanford:
o o
Undang-undang bersama dalam Jurispedia Institusi Undang-undang dan Dasar Definasi Undang-undang Direktori Undang-undang:
o
A - Direktori Undang-undang
Ruang nama
Rencana Perbincangan
Kelainan Rupa
Tindakan Cari
Sunting puncak
Pandu arah
Perhubungan
Tentang Wikipedia Portal masyarakat Perubahan terkini Hubungi kami Menderma Bantuan Kedai Kopi
Cetak/eksport Alatan
Pautan ke laman ini Perubahan berkaitan Laman khas Pautan kekal Petik laman ini
Bahasa lain
Afrikaans Aragons
Asturianu Azrbaycanca Bahasa Indonesia Bamanankan Bn-lm-g () Boarisch Bosanski Brezhoneg Catal Cebuano esky Chamoru Corsu Cymraeg Dansk Deutsch English Espaol Esperanto Estremeu
Euskara Fiji Hindi Franais Frysk Furlan Gaeilge Gaelg Gidhlig Galego Hrvatski Ido Interlingua slenska Italiano Kiswahili Kreyl ayisyen Kurd
Ladino Latina Latvieu Ltzebuergesch Lietuvi Limburgs Lingla Lojban Magyar - Mori Mirands Nederlands Nordfriisk norsk (bokml) norsk (nynorsk) Nouormand Occitan
Polski Portugus Romn Runa Simi Sardu Scots Shqip Sicilianu Simple English Slovenina / srpski Srpskohrvatski / Suomi Svenska Tagalog /tatara Ting Vit Trke Vneto
Winaray Yorb Zeuws emaitka Laman ini diubah buat kali terakhir pada 05:10, 30 April 2012. Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut. Dasar privasi Perihal Wikipedia Penafian Paparan Mudah Alih