Anda di halaman 1dari 3

Pertarungan Pemikiran di kalangan Umat Islam Medan pertarungan pemikiran terjadi pada dua tempat: PERTAMA: Di luar kalangan

umat Islam iaitu dengan kelompok mulhidin (kuffar), penginjil-penginji (missionari) dan kaum orientalis yang sedang melancarakan serangan terhadap Islam sama ada dari segi Aqidah, Syariat, Ilmu-ilmu warisan Islam dan peradabannya. Mereka selalu siap sedia melancarakan serangan terhadap setiap jenis kebangkitan atau kesedaran umat yang diilhami Islam di mana sahaja dan pada bila-bila masa. KEDUA: Di tengah-tengah umat Islam sendiri, yang dimaksudkan untuk meluruskan arah perjuangan Islam dan memperbetulkan semula beberapa aspek pemikiran dan persepsi yang salah dan bengkok, sehingga perjuangan Islam dapat berjalan lurus dan dengan tujuan yang benar. Dalam perbincangan selanjutnya kita hanya akan membatasi diri dengan bahagian yang kedua ini, kerana pembetulan yang dilakukan dari dalam adalah merupakan asas kerja dan mesti diberikan keutamaan. Seperti telah kita ketahui bahawa di tengah-tengah masyarakat Islam ada beberapa kelompok dan aliran pemikiran yang berkembang, antara lain: 1) Aliran Khurafat (Al-Tayyar Al-Khurafi) Aliran ini memiliki asas-asas pemikiran dan cirri-ciri khas antara lain sebagai berikut: i) Ada unsur-unsur khurafat di dalam Aqidah. ii) Ada unusur-unsur bidaah dalam masalah ibadah. iii) Ada kejumudan (vacum) di dalam cara-cara berfikir. iv) Mengikut cara taqlid (mengikut sahaja) dalam masalah feqah. v) Ada unsur-unsur negative di dalam sikap dan tingkah laku. vi) Sentiasa bertolak ansur dan mengalah dalam masalah politik.

2) Aliran Tekstual (Al-Tayyar Al-Harfi)1 Aliran ini meskipun memiliki sikap keras mempertahankan ajaran agama, namun begitu mereka memiliki ciri-ciri tersendiri yang dapat kita nampak daripada ahlinya, antara lain: i) ii) iii) iv)
1

Suka berdebat dalam perkara Aqidah. Mementingkan penampilan dalam urusan ibadah. Mengambil makna yang zahir sahaja dalam masalah feqah. Sering mementingkan sebahagian perkara sahaja.

Maksudnya: Adalah aliran yang menjadikan asas pemikirannya hanyalah semata-mata dari pengertian dalil yang zahir dan makna yang tersurat sahaja (secara tekstual) dengan tidak mengambil kira pengertian yang batin dan tersirat di dalamnya (secara kontekstual), sehingga pandangan mereka sering terasa rigid dan tidak fleksibel, bahkan cenderung tidak kooperatif. (penterjemah)

v) vi) vii)

Semangat kerohanian (spiritual) yang nipis dan lemah. Bersikap keras dan tegas dalam cara-cara berdakwah. Berpandangan sempit dalam masalah khilafiyyah (tidak akomodatif).

3) Aliran keras dan tidak kompromi (Tayyar Al-Rafd wa Al-Unf) Aliran ini cenderung menolak semua bentuk sistem yang berlaku di tengah-tengah masyarakat, meskipun banyak para pendukungnya memiliki semangat perjuangan yang berkobar-kobar dan keikhlasan, namun ada beberapa ciri khas yang boleh kita Nampak antaranya: i) ii) Sikap tegas, keras dan komitmen yang tinggi dalam perkara agama. Keyakinan diri yang tinggi terhadap sikap perjuangannya, sehingga memandang rendah terhadap seluruh unsur yang wujud di tengah-tengah masyarakat. Sikap curiga terhadap semua pihak-pihak lain. Memiliiki cara berfikir yang sempit dalam memahami ajaran agama, realiti semasa dan sunnah Allah yang berlaku di dalam kehidupan ini. Ingin segera memetik hasil perjuangan sebelum waktunya. Bersikap gopoh dalam mengkafirkan pihak-pihak lain. Menggunakan kekerasan sebagai alat untuk mencapai tujuan.

iii) iv) v) vi) vii)

4) Aliran Keadilan (Al-Tayyar Al-Wasati) Asas aliran ini ialah: keseimbangan dan keadilan di dalam memahami hakikat agama, kehidupan dan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah Taala. Aliran ini juga mempunyai ciri-ciri khusus seperti yang lain, namun mereka banyak memberikan tumpuan kepada hal-hal seperti berikut: i) ii) Memahami agama dengan cara menyeluruh, seimbang dan mendalam. Memahami reality kehidupan dengan lengkap. Semuanya diambil kira, sama ada reality kaum Muslimin ataupun reality semua musuh-musuh Islam. Memahami benar Sunnah Allah Taala yang berlaku di d alam kehidupan ini yang tidak pernah berubah dan berganti, khususnya sunnah Allah yang bersangkutan dengan kehidupan alam manusia. Memahami maqasid Syariah (maksud-maksud) secara syumul dan tidak bersikap statik (jumud) terhadap makna-makna yang zahir sahaja. Memahami erti kata keutamaan dan prioriti di dalam langkah-langkah perjuangan yang berkaitan langsung dengan kefahaman pertimbangan antara tugas-tugas yang sedang dijalankannya. Memelihara cara keterbukaan dan tolak ansur dalam urusan khilafiyah dengan aliran-aliran perjuangan Islam yang lainnya. Kaedah mereka

iii)

iv) v)

vi)

vii) viii) ix) x)

xi) xii)

xiii)

xiv)

adalah: Bekerjasama dalam perkara-perkara yang disepakati, dan saling memafkan dalam perkara-perkara yang masih diperselisihkan. Menggabungkan antara aliran salafiyyah dan pembaharuan, atau dengan kata lain: Antara ciri keaslian dan tuntutan kemodenan. Mempadukan antara keaslian hukum syara dengan perubahan zaman. Yakin bahawa pembaharuan pemikiran, jiwa dan sikap adalah sebagai asas utama kepada pembaharuan peradaban. Menampilkan Islam sebagai satu-satunya alternatif dalam pembangunan peradaban manusia yang integrated dan menyeluruh demi menyelamat mereka dari kongkongan dunia materialisme. Memperlonggar (al-Taysir) dalam perkara fatwa dan memberikan khabar gembira (al-Tabshir) dalam urusan dakwah. Menampilkan nilai-nilai murni Islam dalam bidang sosial dan politik, seperti: kebebbasan (al-Hurriyyah), kemuliaan (al-Karamah), mesyuarat (al-Shura), keadilan sosial (al-Adalah al-Ijtimaiyyah) dan pemeliharaan hak-hak asasi manusia (huqud al-Insan). Membuka pintu untuk berdialog dengan pihak-pihak lain, iaitu dengan golongan bukan Islam, atau dengan kelompok Muslimin yang telah terjajah pemikiran dan mentalitinya dengan pengaruh dunia barat. Menjadikan jihad sebagai satu cara untuk melindungi kemulian umat Islam dan negaranya.

Aliran inilah yang menjadi ikutan kami dan sentiasa kami menyeru kepada semua kaum Muslimin untuk menjadikannya sebagai satu jalan perjuangan kepada kejayaan Islam kerana ianya selari dengan ajaran-ajaran Al-Quran Al-Karim dan pedoman yang diberikan oleh Rasulullah ShallaLlahu Alaihi wa Sallam dalam sunnah dan sirahnya dan telah pun dijadikan pedoman oleh para Khulafa ArRasyidin, para Sahabat dan generasi Tabien dan seterusnya yang termasuk ke dalam generasi pilihan.

Fiqh Al-Awlawiyat. Dr Yusuf Al-Qaradhawi. (2002). Selangor. Thinkers Library Sdn. Bhd. M/s 256-260.

Anda mungkin juga menyukai