Anda di halaman 1dari 1

Penubuhan FIFA Persekutuan Persatuan-persatuaan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah ditubuhkan pada tahun 1904 di Paris.

Negara Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol, Sweden dan Switzerland adalah negara-negara yang bertanggungjawab kepada penubuhan FIFA. Selepas Perang Dunia Pertama, anggota FIFA sudah melebihi 50 buah Negara, dan kini hampir 180 negara menjadi ahlinya. FIFA merupakan badan rasmi yang khusus untuk bola sepak di peringkat dunia. Antara tujuan-tujuan penubuhan FIFA ini adalah seperti berikut: 1. Mengembangkan bola sepak ke seluruh dunia agar diterima sebagai permainan yang dimanati 2. meningkatkan mutu permainan menerusi perlawanan dan pertandingan yang dianjurkan dari Masa ke semasa 3.mengeratkan hubungan antara-antara negara dunia menerusi bola sepak. 4. menjadi sebuah badan khusus atau persatuan khusus untuk bola sepak bagi seluruh dunia. 5. mengawal dan menyelaras segala undang-undang dan peraturan mengenainya. Pada setiap tahun FIFA mengadakan mesyuarat bagi memilih ahli-ahli jawatankuasanya. Setiap Negara yang ingin mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan anjuran FIFA, harus menjadi anggotanya terlebih dahulu. Jika tidak menjadi ahli, mereka tidak boleh mengambil bahagian.

Anda mungkin juga menyukai