Anda di halaman 1dari 11

Topik

X Lukisan

10

Berkaitan (Elektrik)

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Membaca lukisan simbol yang menyentuh simbol asas, alat tambah dan peralatan elektrik; Menerangkan teknik lukisan litar pendawaian domestik iaitu rajah blok dan lukisan skematik; dan Menerangkan lukisan pendawaian untuk litar lampu, litar kuasa, PKU dan rajah skematik pendawaian.

PENGENALAN

Topik ini akan menerangkan definisi lukisan simbol yang menyentuh simbol asas, alat tambah dan peralatan elektrik dengan lebih mendalam. Selain itu, topik ini akan turut menerangkan teknik lukisan litar pendawaian domestik iaitu rajah blok dan lukisan skematik dan bagaimana hendak melukis pendawaian untuk litar lampu, litar kuasa, PKU dan rajah skematik pendawaian.

10.1

LUKISAN SIMBOL

Lukisan simbol ialah lukisan yang dilukis bagi mewakili komponen atau peranti sebenar. Simbol yang digunakan adalah simbol piawai dimana ia difahami oleh semua orang yang berkaitan dalam bidang tersebut. Terdapat beberapa kepiawaian yang digunapakai pada peringkat antarabangsa. Malaysia menggunakan kepiawaian merujuk kepada sistem BS (British Standard).

TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK) W 177

AKTIVITI 10.1 Apakah fungsi badan yang mengawal selia bekalan tenaga elektrik di Malaysia? Bincangkan.

(a)

Simbol Asas Rajah 10.1 dan Rajah 10.2 menunjukkan simbol asas bagi alat tambah dan alat lengkap elektrik. Simbol-simbol ini digunakan dalam litar pendawaian domestik bagi menunjukkan kedudukan poin-poin keluar punca elektrik dengan alat tambah dan alat lengkap elektrik.

Rajah 10.1: Simbol alat tambah dan alat lengkap elektrik (S Sumber: Mohd Noh Sarip. (2003). Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 5. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)

178 X

TOPIK 10

LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK)

Rajah 10.2: Simbol alat tambah dan alat lengkap elektrik (samb.) (S Sumber: Mohd Noh Sarip. (2003). Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 5. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka)

(b)

Alat Tambah Alat tambah bermaksud keperluan pendawaian seperti siling ros, soket keluar, palam, pemegang lampu dan kotak fius agihan. Simbol bagi alat tambah elektrik ditunjukkan dalam Rajah 10.1 dan Rajah 10.2. Peralatan Elektrik Peralatan elektrik seperti penyaman udara, dapur elektrik, kipas siling, kipas ekzos, poin pemanas air, unit kawalan pemasak dinamakan sebagai alat lengkap elektrik. Simbol bagi alat lengkap elektrik ditunjukkan pada Rajah 10.1 dan Rajah 10.2.

(c)

TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK) W 179

10.2

LUKISAN LITAR PENDAWAIAN DOMESTIK

Lukisan pendawaian domestik ialah lukisan yang menunjukkan susun atur simbol piawai alat tambah dan alat lengkap elektrik pada plan lantai bangunan. Kedudukan sebenar alat tambah dan alat lengkap di tapak bina adalah berpandukan kepada kedudukan simbol pada plan bentangan. AKTIVITI 10.2 Bincangkan keperluan pendawaian industri kecil dan sederhana.

(a)

Rajah Blok Lukisan rajah blok ialah lukisan yang mewakili litar atau peranti dalam sistem bekalan tenaga elektrik. Ia dilukis secara blok segi empat dan berlabel. Anak panah digunakan untuk menunjukkan urutan aliran. Rajah 10.3 menunjukkan rajah blok lukisan elektrik.

Rajah 10.3: Rajah blok lukisan elektrik

(b)

Lukisan Skematik Lukisan skematik ialah lukisan litar elektrik yang dilukis dalam bentuk simbol piawai komponen. Ia menunjukkan aliran bagi kendalian sesuatu litar, dimana simbol-simbol komponen tersebut dihubungkan dengan garisan lurus bagi membentuk sambungan litar lengkap. Rajah 10.4 menunjukkan litar skematik kawalan utama pengguna.

Rajah 10.4: Litar skematik kawalan utama pengguna

180 X

TOPIK 10

LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK)

(c)

Menterjemah Lukisan Skematik Merujuk kepada Rajah 10.4, ia diterjemahkan seperti berikut: (i) (ii) Fius pemutus dan perangkai neutral; Meter kWj;

(iii) Suis utama; (iv) Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus; dan (v) Kotak agihan.

10.3

LUKISAN PENDAWAIAN

Terdapat dua jenis lukisan pendawaian iaitu lukisan pendawaian bentangan domestik (plan bentangan domestik) dan lukisan pendawaian bentangan industri (plan bentangan industri). Plan bentangan domestik menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman. Kedudukan simbol dan susun atur mengikut ketetapan dan peraturan Suruhanjaya Tenaga. Satu lagenda disertakan bagi menunjukkan lokasi dan alat lengkap. Rajah 10.5 menunjukkan satu plan bentangan domestik rumah kediaman satu tingkat. AKTIVITI 10.3 Lakarkan plan bentangan rumah anda serta lukiskan pendawaian elektriknya.

Rajah 10.5: Plan bentangan domestik rumah satu tingkat

TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK) W 181

(a)

Melukis Rajah Skematik Pendawaian Lukisan bentangan domestik mestilah dilukis dengan segala maklumat yang lengkap seperti berapa jumalah poin keluar lampu dan poin keluar kuasa. Lazimnya satu plan bentangan domestik mengandungi lagenda bagi menunjukkan kedudukan dan susun atur semua alat lengkap dan alat lengkap elektrik. Merujuk Rajah 10.5 lagenda bagi pelan domestik adalah seperti dalam Jadual 10.1.
Jadual 10.1: Lagenda bagi Plan Bentangan Domestik Bil 1. Tempat Anjung Alat Tambah dan Alat Lengkap Elektrik Lampu kalimantang bulat dengan suis dua hala. Satu di anjung dan satu di ruang tamu. Satu unit lampu sorot. Satu unit lampu candelier, Satu unit loceng elektrik, Satu unit kotak agihan, Satu unit soket TV, Satu unit soket telefon, Satu unit penghawa dingin, Satu unit lampu kalimantang kembar, Satu unit soket 13A. 4. Bilik Air 1 Satu unit poin pemanas air, Satu unit lampu glob dikawal oleh suis dua hala. Satu di bilik tidur utama dan satu di bilik tidur 1. Satu unit kipas dinding, Satu unit lampu dinding. 6. 7. Ruang Makan Dapur Satu unit lampu kalimantang kembar, Satu unit kipas siling. Satu unit lampu kalimantang kembar, Satu unit kawalan pemasak, Satu unit kipas ekzos. Satu unit lampu dinding kembar, Satu unit kipas dinding, Satu unit lampu kalimantang dinding. 9. 10. Bilik Air 2 Teres Satu unit lampu dinding kembar. Satu unit lampu glob.

2.

Ruang Tamu

3.

Bilik Tidur Utama

5.

Bilik Tidur 1

8.

Bilik Tidur 2

182 X

TOPIK 10

LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK)

(b)

Lukisan Pendawaian PKU Pendawaian elektrik adalah terdiri dari kelengkapan elektrik seperti kabel, papan suis, suis utama, pemutus litar kenit (MCB) atau fius, pemutus litar arus baki (PAB/RCD), mata lampu, mata kuasa, penangkap kilat dan lainlain lengkapan elektrik. Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal ditunjukkan seperti Rajah 10.6.

Rajah 10.6: Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal (S Sumber: Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman. Kuala Lumpur)

(c)

Lukisan Pendawaian Litar Lampu dan Litar Kuasa Contoh lukisan pendawaian litar lampu Rajah 10.7 hingga 10.12.

Rajah 10.7: Satu unit lampu kalimantang dikawal oleh suis satu hala (S Sumber: Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman. Kuala Lumpur)

TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK) W 183

Rajah 10.8: Satu unit lampu dikawal oleh satu suis satu hala (Sumber: Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman. Kuala Lumpur)

Rajah 10.9: Dua unit lampu dikawal oleh satu suis satu hala (S Sumber: Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman. Kuala Lumpur)

Rajah 10.10: Dua unit lampu dikawal oleh dua suis satu hala secara berasingan (S Sumber: Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman. Kuala Lumpur)

184 X

TOPIK 10

LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK)

Rajah 10.11: Satu unit lampu dikawal oleh suis dua hala (S Sumber: Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman. Kuala Lumpur)

Rajah 10.12: Tiga unit lampu dikawal oleh suis dua hala dan suis perantaraan (S Sumber: Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman. Kuala Lumpur)

Contoh lukisan pendawaian litar kuasa ditunjukkan seperti dalam Rajah 10.13 hingga Rajah 10.15.

Rajah 10.13: Litar soket alir keluar satu unit (S Sumber: Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman. Kuala Lumpur)

TOPIK 10 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK) W 185

Rajah 10.14: Litar soket alir keluar disambung secara radial (Sumber: Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman. Kuala Lumpur)

Rajah 10.15: Litar soket alir keluar disambung secara gelang (S Sumber: Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis Panduan Pendawaian Elektrik di Bangunan Kediaman. Kuala Lumpur)

(d)

Peraturan am Pemasangan Alat Tambah Elektrik (i) (ii) Suis hendaklah ditempatkan di dalam bilik, bersebelahan dengan pintu masuk dan tidak terlindung dinding belakang daun pintu. Suis di bilik air hendaklah ditempatkan di sebelah luar bilik. Jika perlu suis dalam bilik air gunakan suis jenis tarik.

(iii) Lampu jenis filamen perlu digunakan dalam bilik air. (iv) Kedudukan suis lampu dan kipas seboleh-bolehnya berkelompok untuk kemudahan pengguna. (v) Setiap bilik mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu poin lampu. (vi) Kedudukan lampu tidak terlindung dengan bilah kipas. (vii) Unit kawalan pengguna perlu diletakkan di dalam rumah supaya mudah dikendalikan semasa kecemasan.

186 X

TOPIK 10

LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRIK)

Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 - mensyaratkan semua pendawaian, tambahan pendawaian atau pendawaian semula yang hendak dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Elektrik perlu mendapat kelulusan bertulis dari pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan. Topik ini menerangkan teknik lukisan litar pendawaian domestik iaitu, rajah blok dan lukisan skematik dan bagaimana hendak melukis pendawaian untuk litar lampu, litar kuasa, PKU dan rajah skematik pendawaian.

Arus alik Kemagnetan Lukisan pendawaian

Lukisan skematik Pengubah Rajah blok

Suruhanjaya Tenaga. (2008). Garis panduan pendawaian elektrik di bangunan kediaman. Kuala Lumpur. Mohd Noh Sarip. (2003). Lukisan kejuruteraan tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Linsley. T. (2008). Basic electrical installation work. Elseiver, Great Britain.

Anda mungkin juga menyukai