Anda di halaman 1dari 1

http://cikgumart.blogspot.com/2011/10/kemahiran-proses-sains.

html

Untuk memahami idea tentang kemahiran proses, seseorang harus melihat aturan peristiwa yang dilalui oleh penyelidik yang mengambil bahagian dalam penyiasatan sains. Proses pemikiran dalam sains dinamakan kemahiran proses sains. Ia merupakan proses di mana para saintis membuat pemerhatian, menyoal, membuat inferens, membuat hipotesis dan menyiasat secara sistematik dalam usaha murni untuk membina, mengubah dan/atau menambah khazanah pengetahuan sains yang sedia ada. Kemahiran proses dibahagikan kepada kemahiran proses sains asas (Basic Science Process Skills) dan kemahiran proses sains bersepadu (Integrated Sciene Process Skill) Sesuai dengan peringkat awal perkembangan kognitif kanak-kanak dalam aras pengendalian konkrit dan pengendalian formal yang diutarakan oleh Piaget, Kemahiran Proses Sains Asas merangkumi kemahiran-kemahiran berikut: KPS 1 : Memerhati KPS 2 : Mengelas KPS 3 : Mengukur dan menggunakan nombor KPS 4 : Membuat inferens KPS 5 : Meramal KPS 6 : Berkomunikasi KPS 7 : Menggunakan perhubungan ruang dan masa Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang sesuai diperkenalkan kepada kanak-kanak pada peringkat perkembangan kognitif yang lebih tinggi (misalnya, pada peringkat sekolah menengah), merangkumi kemahiran-kemahiran berikut: KPS 8 : Mentafsir maklumat KPS 9 : Mengawal pembolehubah KPS 10 : Mendifinisi secara operasi KPS 11 : Membuat hipotesis KPS 12 : Mengeksperimen Posted by CikguMart at 22:06 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Anda mungkin juga menyukai