Anda di halaman 1dari 1

TEKS PRA-U BAHASA MELAYU Kertas 2

ISBN: 978-983-3879-77-9

TEKS PRA-U Bahasa Melayu Kertas 2 Karangan

Tajuk 17
Semangat Olimpik ialah semangat utuk memecahkan sekatan terhadap kekuatan mental dan fizikal manusia dalam upaya mencapai sesuatu yang lebih tinggi, lebih jauh, dan lebih pantas di samping memupuk semangat kesukanan. Walau bagaimanapun, kini Sukan Olimpik telah menjadi medan komersial. Beri ulasan anda tentang sejauh mana semangat kesukanan dan semangat Olimpik masih wujud dalam kalangan pihak-pihak yang terlibat. Kehendak Soalan Calon perlu menghuraikan bukti-bukti wujudnya semangat kesukanan dan semangat Olimpik. Selain itu, calon juga perlu menghujah bahawa sukan Olimpik juga bersifat komersial.

Isi-isi
Bukti wujudnya semangat kesukanan dan semangat Olimpik Dalam sesuatu temasya sukan, upacara perasmian dan penutup melibatkan sukarelawan yang banyak. Rakyat negara tuan rumah bersama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan temasya sukan. Sukan Olimpik untuk golongan kurang upaya (Paralimpik) turut diadakan untuk menegakkan hak golongan ini. Atlet yang kalah atau yang menduduki tempat terakhir dalam perlumbaan masih mendapat penghormatan dan sanjungan. Kemudahan sukan temasya ini dapat dinikmati oleh penduduk setempat lantas meningkatkan mutu sukan. Bukti Sukan Olimpik bersifat komersial Sukan Olimpik menjanjikan kemewahan dan kekayaan kepada pihak tertentu khususnya pemenang. Peniaga memperalat atlet untuk mempromosikan barangan sukan mereka. Peniaga pelbagai bidang dalam negara tuan rumah mengambil kesempatan mengaut keuntungan besar.
Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1

Anda mungkin juga menyukai