Anda di halaman 1dari 12

(MTE 3107) Perancangan & Pengajaran Matematik

Pensyarah : Tengku Noor Zima Tuan Jaafar Disediakan oleh : Mahirah Dalila Bt Md Zain Nurulshahila Bt Razali

Kaedah Makmal

Berkait rapat dgn kaedah kerja praktik, kaedah inkuiripenemuan serta menggunakan sudut matematik dalam kelas

Mengikut kajian dan pemerhatian, muridmurid yang belajar matematik memerlukan aktiviti-aktiviti konkrit utk memahami simbol dan tatatanda matematik yg abstrak

Kajian-kajian yg dijalankan oleh Piaget, Bruner dan Dienes tlh membuktikan bahawa makmal atau sudut Matematik dapat memainkan peranan yg penting dalam aktiviti pembelajaran Matematik yg bermakna

Selain membantu murid membina konsep yg tepat, aktiviti makmal atau sudut Matematik juga dapat melatih mereka kemahran penyelesaian masalah Matematik

Kaedah makmal merupakan strategi pengajaran yg sesuai bg murid-murid meneroka idea-idea matematik melalui pelbagai aktiviti yg dijalankan di dalam makmal atau sudut matematik di bawah pengelolaan guru

Melalui kaedah makmal, murid-murid dapat menemui prinsip, hukum teorem matematik dgn menggunakan sumber atau alatan matematik di makmal itu.

Di dalam makmal matematik, murid-murid dapat membina model-model matematik yg akan memberi gambaran secara konkrit konsep-konsep matematik yg abstrak

Aktiviti-aktiviti menyelesaikan masalah seperti mengenal pasti masalah, membentuk strategi penyelesaiannya, melaksankan program penyelesaian serta menilai keputusan kajian masalah itu juga dapat dijalankan dalam makmal Matematik
Melalui aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah, murid akan dapat menemui sesuatu generalisasi terhadap pembentukan masalah Matematik dan seterusnya mencuba dengan kaedah inkuiri penemuan utk mencari penyelesaiannya di dalam makmal Matematik

Melalui aktiviti pembelajaran dalam makmal Matematik, murid-murid dapat menguasai kemahiran mengukur dan membuat penghampiran dgn unit ukuran dan sukatan.

Strategi P&P Dalam Makmal Matematik

Aktiviti-aktiviti yg dijalankan dalam makmal Matematik adalah berorientasikan murid secara individu dan aktiviti yg dijalankan dirancang dan dikawal

guru berperanan merancang aktiviti yg sesuai dan boleh dilaksanakan dalam makmal Matematik

Guru merancang strategi pembelajaran seperti prosedur melaksanakan aktiviti uji kaji, mendapat alatan yg lengkap, mengatur kumpulankumpulan dgn membahagikan tugastugas kpd setiap orang murid utk menjalankan aktiviti masing-masing

Aktiviti-aktiviti Dalam Makmal Matematik


Mengkaji ciri-ciri bongkah seperti kubus dgn mengukur sisinya Mencari rumus luas segiempat melalui aktiviti-aktiviti melukis petak atas kad manila, membilang petak-petaknya dan membandingkan petak dgn operasi darab panjang dan lebar

Mengkaji ciri-ciri bongkah supaya membina model-model geometri seperti piramid, kon, kubus dan kuboid

Menguasai kemahirankemahiran operasi nombor dgn menggunakan benda-benda maujud dalam makmal Matematik

PELAN MAKMAL MATEMATIK

KEMUDAHAN DALAM MAKMAL


Bahan cetak dan peralatan yang digunakan

setiap hari boleh diletakkan dalam almari jernih supaya mudah dilihat.
Troli untuk meletakkan peralatan supaya peralatan matematik boleh digunakan kembali atau diperiksa semula sebelum disimpan.
Penggunaan papan yang berbeza perlu dalam

makmal Matematik.
Contohnya penggunaan papan putih interaktif, papan putih,papan hitam.

Penggunaan almari yang jernih juga boleh

digunakan untuk memaparkan bahan 3-D dan hasil kerja murid.


Papan notis menyediakan maklumat tentang aktiviti Matematik, jadual makmal dan sebagainya. Buku log untuk merekod penggunaan makmal dan

komen tentang penambahbaikan makmal.


Kotak peti kecemasan mesti disediakan dalam

makmal.
Peraturan makmal disediakan di dalam dan di luar makmal.

CONTOH PERATURAN MAKMAL MATEMATIK


1. Semua peralatan makmal hanya boleh digunakan dengan kehadiran guru. 2. Semua peralatan yang digunakan harus dikembalikan semula di atas troli agar guru dapat memeriksa keadaan peralatan dan bilangannya. 3. Sebarang kemalangan harus dilaporkan segera kepada guru yang bertugas.

Nombor telefon : Bomba, polis, hospital = 999

Alatan Matematik

Anda mungkin juga menyukai