Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA HARI KEUSAHAWANAN ANJURAN PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH RATA 1.

TAJUK PROGRAM Hari Keusahawanan SK Tanah Rata 2.RASIONAL Pendedahan tentang bab perniagaan dan keusahawanan perlu dipupuk sejak alam kanak-kanak lagi. Perniagaan ialah suatu ibadah selama mana diikhlaskan demi keredaan-Nya, serta mematuhi segala hukumhakam yang ditetapkan. Etika dan nilai murni wajib menjadi pegangan setiap peniaga jika ingin bertahan lama dalam bidang perniagaan yang penuh peluang, risiko dan saingan. 3.MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan perniagaan dan juga kepimpinan,disiplin dan kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam diri para murid. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap pelajar.Aktiviti ,produk dan modul yang disusun di dalam program ini adalah bertujuan untuk menonjolkan bakat dan kemahiran para murid dalam menempuh cabaran globalisasi yang bakal mendatang. 4.OBJEKTIF a) Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar yang sejajar dengan nilai etika perniagaan. b) Memupuk sifat kreatif ,inovatif ,suka berusaha ,jujur,bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistem ,tabiat kerja yang selamat,sihat dan bertanggungjawab. c) Memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman berniaga. d) Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar khas. e) Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan melatih mengamalkan nilai-nilai etika dan perniagaan.

5.PESERTA Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Tanah Rata 6.Fokus Utama Tahun 4 Promosi melalui pembungkusan Mengurus jualan Tahun 5 Tahun 6 Promosi melalui katalog Menyusun atur barang Risiko dalam perniagaan

Merancang dan menyediakan barang jualan Promosi melalui poster Mendapatkan pesanan Merekodkan pendapatan dan perbelanjaan

Merekod jualan

7.KUMPULAN SASARAN Semua warga SK Tanah Rata. 8.TARIKH,MASA,TEMPAT Tarikh Masa Tempat : 23 Oktober 2013 : 08.00 pagi 12.00 tengahari : Tapak Perhimpunan SK Tanah Rata

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

............................................ ................ (MOHD RIDUAN BIN IBRAHIM) Ketua Panitia Kemahiran Hidup

............................ (EN ISMAIL BIN BAKAR) Guru Besar

SK Tanah Rata

SK Tanah Rata

Anda mungkin juga menyukai