Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN PERMAINAN BATU SEREMBAN

PERATURAN : Permainan batu seremban ini menggunakan tujuh biji batu. Pemain perlu menimbang batu ketujuh-tujuh batu tersebut untuk menentukan giliran untuk bermain. Jika pemain yang mendapat batu yang tertinggi, maka pemain tersebut perlulah memulakan permainan tersebut dan diikuti oleh pemain yang lain mengikut bilangan batu yang telah diterima semasa mengimbang batu tersebut. Pemain perlu bermain, mengikut kiraan batu, bermula dari satu, dua dan diikuti tiga biji batu. Jika pemain mengambil batu dengan kiraan yang salah pemain akan hilang giliran. Permainan akan berpindah kepada pihak lawan jika pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung. Ketika memungut buah di lantai, jika pemain menyentuh buah yang lain atau buah-buah yang terhimpit bergerak maka, permainan akan berpindah pada pihak lawan. Jika pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula permainan, peemainan tersebut akan berpindah kepada pihak lawan. Jika pemain melakukan perkara di luar permainan juga, pemain akan di buang permainan, pemain tidak dibenarkan bercakap, member atau menerima sebarang isyarat daripada rakan ketika memungut batu. Pemain akan bermain sehingga waktu permainan tamat iaitu selama 10 hingga 15 minit. Kumpulan pemain yang mendapat markah yang paling tinggi akan memenangi pertandingan ini.

Anda mungkin juga menyukai