Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN INOVASI :

PERISIAN PENGIRAAN MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN DAN DOKUMENTASI ASASI PENSYARAH (KIT USTAZHUS COMPILER)

1. Tajuk Projek: Perisian Pengiraan Markah Penilaian Berterusan dan Dokumentasi Asasi Pensyarah (Kit Ustazhus Compiler) 2. Pengenalan/Pendahuluan: Perisian Pengiraan Markah Penilaian Berterusan dan Dokumentasi Asasi Pensyarah (Kit Ustazhus Compiler) ini merupakan kesinambungan daripada perisian seumpamanya yang dibangunkan pada Disember 2006 dengan nama Formula PB Ustazhus. Perisian Kit Ustazhus Compiler ini menampilkan beberapa ciri asasi yang amat memudahkan para pensyarah khususnya dalam penyediaan Borang Penilaian Berterusan Pelajar. Perisian ini dibangunkan selepas soalselidik yang dijalankan mengenalpasti beberapa kekangan yang kerap dihadapi oleh para pensyarah berkaitan proses pengiraan markah penilaian berterusan yang masih dilakukan secara tradisional (menggunakan kalkulator) dan mengira satu persatu markah mengikut turutan nama pelajar. Antara lain, para pensyarah kerap terlewat untuk menyediakan dokumen asasi yang berkaitan pengurusan kelas seperti Surat Amaran Pertama, Surat Amaran Akhir dan beberapa dokumen lain kerana faktor sukar mendapatkan salinan asal dokumen tersebut samada dalam bentuk softcopy mahupun hardcopy untuk difotokopi. 3. Masalah Sebelum Projek Inovasi: a. Proses pengiraan markah penilaian berterusan yang masih dilakukan secara tradisional (menggunakan kalkulator) dan mengira satu persatu markah mengikut turutan nama pelajar. b. Kekerapan berlakunya kesilapan sewaktu pengiraan markah penilaian berterusan pelajar. c. Pensyarah mengalami kesulitan untuk mengemaskini nama pelajar yang baru mendaftar selepas sesi pengajian sudah pun bermula. d. Proses menyediakan Borang Kehadiran pelajar yang kurang mesra pensyarah (ruang mengisi tarikh kehadiran) yang terlalu sempit. e. Pensyarah kerap terlewat untuk menyediakan dokumen asasi yang berkaitan pengurusan kelas seperti Surat Amaran Pertama, Surat Amaran Akhir dan beberapa dokumen lain kerana faktor dokumen f. Memerlukan beberapa fail perisian untuk menyiapkan dokumen penilaian berterusan setiap kelas. g. Ketidakseragaman dari segi borang pemarkahan dan pentaksiran pembentangan / projek pelajar. h. Perisian yang seumpamanya kerap rosak atau tidak berfungsi dan selalu berlakunya kehilangan data yang dimasukkan.

LAPORAN INOVASI :
PERISIAN PENGIRAAN MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN DAN DOKUMENTASI ASASI PENSYARAH (KIT USTAZHUS COMPILER)

4. Keadaan Sebelum Inovasi:

Penggunaan mesin kira untuk mengira markah penilaiaan berterusan pelajar

Penumpuan kepada Mesin Fotokopi bagi mencetak semua borang-borang asasi P&P

Fail perisian seumpamanya kerap rosak atau tidak stabil mengakibatkan kehilangan data dan rekod markah pelajar

LAPORAN INOVASI :
PERISIAN PENGIRAAN MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN DAN DOKUMENTASI ASASI PENSYARAH (KIT USTAZHUS COMPILER)

5. Penerangan Projek Inovasi: Ringkasan

PERISIAN PENGIRAAN MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN DAN DOKUMENTASI ASASI PENSYARAH (KIT USTAZHUS COMPILER)

MUKA UTAMA

Di halaman ini disediakan button yang menghubung beberapa halaman lain bagi kemudahan pengguna. Di sebelah kanan ruang ini turut disertakan manual penggunaan kepada semua pensyarah.

LAPORAN INOVASI :
PERISIAN PENGIRAAN MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN DAN DOKUMENTASI ASASI PENSYARAH (KIT USTAZHUS COMPILER)

MENU UTAMA

Ruang ini dikhaskan untuk pengguna memasukkan maklumat dan markah pelajar. Pensyarah hanya perlu mengisi maklumat kelas yang diajar dan taburan markah yang diperuntukkan bagi setiap item penilaian. Halaman ini berkonsepkan one stop centre di mana ia memuatkan dokumen untuk 5 kelas yang digabungkan dalam satu perisian bagi memudahkan pensyarah mengemaskini maklumat bagi kelas yang berlainan.

LAPORAN INOVASI :
PERISIAN PENGIRAAN MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN DAN DOKUMENTASI ASASI PENSYARAH (KIT USTAZHUS COMPILER)

Borang Penilaian Berterusan (PB)

Borang ini menggunakan format standard yang digunakan oleh para pensyarah. Pensyarah hanya perlu memasukkan nama, no matriks dan markah pelajar sahaja. Semuanya akan dikira secara otomatik dan ditunjukkan pada lajur paling kanan. Gred pelajar : Penggredan markah pelajar juga turut diselesaikan. Apabila jumlah markah keseluruhan diperoleh, secara otomatik perisian ini akan mengira dan melabelkan gred HPNM pelajar tersebut.

Halaman ini mempunyai beberapa kelebihan seperti : o Lampu Amaran Cell > apabila markah yang diisi melebihi jumlah sepatutnya diisi, kotak berkenaan akan bertukar ke warna biru. Oleh itu, pensyarah dapat mengelak daripada tersalah key-in.

LAPORAN INOVASI :
PERISIAN PENGIRAAN MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN DAN DOKUMENTASI ASASI PENSYARAH (KIT USTAZHUS COMPILER)

Borang Kehadiran (ATT)

Borang Kehadiran pelajar disediakan secara otomatik. Pensyarah hanya perlu mencetak dan terus menggunakannya. Semua Borang Kehadiran telah di tetapkan untuk muat dalam kawasan cetakan (Print Area). Ini bagi memudahkan pensyarah untuk mencetaknya dengan efisien. Terdapat butang filter disebelah kiri borang bagi memudahkan pensyarah menyembunyikan (hide) barisan @ ruang nama pelajar yang tidak digunakan.

LAPORAN INOVASI :
PERISIAN PENGIRAAN MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN DAN DOKUMENTASI ASASI PENSYARAH (KIT USTAZHUS COMPILER)

SURAT AMARAN PERTAMA

Untuk menggunakan dokumen ini, pensyarah hanya perlu mengemaskini ruang yang diwarnakan dengan warna kuning sahaja, seterusnya terus cetak.

LAPORAN INOVASI :
PERISIAN PENGIRAAN MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN DAN DOKUMENTASI ASASI PENSYARAH (KIT USTAZHUS COMPILER)

SURAT AMARAN AKHIR

Untuk menggunakan dokumen ini, pensyarah hanya perlu mengemaskini ruang yang diwarnakan dengan warna kuning sahaja, seterusnya terus cetak ke atas kepala surat politeknik masing-masing.

LAPORAN INOVASI :
PERISIAN PENGIRAAN MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN DAN DOKUMENTASI ASASI PENSYARAH (KIT USTAZHUS COMPILER)

BORANG MAKLUMAT DIRI PELAJAR

Borang ini digunakan bagi mengumpul maklumat peribadi para pelajar di dalam kelas.

LAPORAN INOVASI :
PERISIAN PENGIRAAN MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN DAN DOKUMENTASI ASASI PENSYARAH (KIT USTAZHUS COMPILER)

BORANG PEMBAHAGIAN KUMPULAN TUGASAN

Borang ini digunakan bagi menguruskan pembahagian kumpulan pelajar. Ia juga berfungsi sebagai borang pemarkahan. 6. Keadaan Selepas Inovasi: a. Tiada lagi pensyarah yang terpaksa menggunakan mesin kira-kira sebagai medium pengiraan markah pelajar. b. Dokumen seperti Surat Amaran Pertama dan Surat Amaran akhir dapat dikeluarkan pada masanya. 7. Faedah-faedah Pelaksanaan Inovasi: i. Penjimatan Masa : a. Dengan menggunakan Kit Ustazhus Compiler ini, para pensyarah tidak perlu lagi membazirkan masa untuk mengira satu persatu markah penilaian berterusan pelajar kerana ia telah dikira secara otomatik. b. Pensyarah juga tidak perlu tercari-cari template dokumen yang lazim digunakan sepanjang sesi pengajian seperti Surat Amaran 1, Borang Markah Pembentangan Pelajar dan sebagainya kerana semua dokumen tersebut telah dipakejkan ke dalam satu fail perisian kompak. c. Pensyarah juga tidak perlu lagi untuk memasukkan nama dan nombor matriks pelajar ke setiap helaian dokumen yang digunakan, kerana
10

LAPORAN INOVASI :
PERISIAN PENGIRAAN MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN DAN DOKUMENTASI ASASI PENSYARAH (KIT USTAZHUS COMPILER)

melalui perisian ini, pensyarah hanya perlu memasukkan sekali sahaja maklumat tersebut dan ia akan diduplikasi secara otomatik. ii. Penjimatan Kos a. Pensyarah tidak perlu lagi membazirkan kertas untuk mencetak berulang kali dokumen yang tersilap, kerana semua maklumat tersebut boleh dikemaskini secara digital. iii. Peningkatan Produktiviti : a. Salah satu kekangan yang kerap mengurangkan produktiviti para pensyarah ialah apabila terpaksa mengira satu persatu markah pelajar, namun semua itu telah di atasi dengan penggunaan perisian ini. b. Penggunaan masa untuk menyiapkan sesuatu dokumen juga berjaya dijimatkan dengan ketara. c. Apabila urusan pengurusan markah dan pentadbiran dokumen asasi ini dapat dijimatkan masa dan kosnya, secara tidak langsung, para pensyarah boleh menumpukan perhatian lebih kepada urusan lain yang utama seperti P&P. iv. Mudah digunakan : a. Perisian Kit Ustazhus Compiler ini amat mesra pengguna. Kepada pengguna yang pertama sekali menggunakannya juga mampu memahami dan memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. b. Selain itu, tutorial dan nota penggunaan perisian ini turut dilampirkan pada permulaan perisian. 8. Anggaran Kos: a. Tiada sebarang kos diperlukan menggunakan perisian inovasi ini.

untuk

menyiapkan

mahupun

11

LAPORAN INOVASI :
PERISIAN PENGIRAAN MARKAH PENILAIAN BERTERUSAN DAN DOKUMENTASI ASASI PENSYARAH (KIT USTAZHUS COMPILER)

9. Kesimpulan: Dengan adanya perisian Kit Ustazhus Compiler ini, beberapa masalah yang kerap membelenggu para pensyarah JPA berkaitan pengurusan markah pelajar telah diatasi. Pertama, dalam penyediaan Borang Penilaian Berterusan, para pensyarah hanya perlu memasukkan nama semua pelajar, memasukkan markah setiap item penilaiaan, dan seterusnya semua pengiraan akan dijalankan secara otomatik oleh perisian ini. Manakala bagi senario kedua pula, beberapa dokumen asas yang kerap digunakan oleh para pensyarah telah siap dilampirkan dalam perisian tersebut. Para pensyarah hanya perlu memasukkan maklumat asas seperti nama pelajar dan butiran dokumen tersebut dan terus cetak. Perisian Kit Ustazhus Compiler ini juga dibina agar anjal dengan perubahan dalam sistem pentaksiran dan meraikan semua pensyarah samada dari Unit Bahasa Inggeris mahupun Unit Pendidikan Islam di Jabatan Pengajian Am. Selepas melalui beberapa kali proses penambahbaikan agar selari dengan kehendak proses pentaksiran P&P semasa, perisian ini akui amat membantu dari segi memudahkan, mempercepat dan memperkemas pegurusan dokumen asasi P&P para pensyarah yang menggunakannya.

12

Anda mungkin juga menyukai