Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

cadangan mengadakan program solat hajat perdana


sempena peperiksaan akhir dan bubur lambuk

Disediakan Oleh:
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI UNIVERSITI TEKNOLOGI
MARA PAHANG

1.0 PENDAHULUAN
Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada
dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah
SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang
dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha
yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada
seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat
dua rakaat. (Riwayat At-Tarmizi)
Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmin yang melakukan
solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau
hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah
dimakbulkan.
Dalam usaha kita mencapai kejayaan yang diimpikan, kita tidak dapat lari dari mengharap hanya
kepada Allah S.W.T. Setelah berbagai usaha yang telah dan sedang dilakukan bagi mencapai
matlamat yang diimpikan, sudah sampai waktunya kita menadah tangan, bersujud kepadaNya
mengharapkan agar di perkenankan doa, terutamanya kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
2.0 OBJEKTIF
2.1
Memohon kepada Allah SWT agar pelajar-pelajar mendapat kecemerlangan dalam
peperiksaan.
2.2
Merapatkan hubungan silaturrahim sesama pelajar UiTM.
2.3
Membimbing para pelajar menjalani kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat.
2.4
Menghayati keberkatan solat hajat yang dilaksanakan secara berjamaah.
2.5
Membudayakan solat hajat sebagai pemangkin usaha dan kejayaan.
2.6
Memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah.
3.0 ANJURAN
3.1 Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi
Mara (UiTM) Pahang Dengan Kerjasama Perwakilan Kolej UiTM.
4.0 SASARAN
4.1
Mahasiswa/ mahasiswi UiTM Pahang
4.2
Staff UiTM

5.0 TARIKH, HARI, TEMPAT DAN MASA


5.1
25 MAC 2015 (Rabu)
5.2
Masjid Uwais Al-Qarni UiTM, Pahang
5.3
2.00 petang hingga 9.00 malam
6.0 KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI
6.1
Gotong royong untuk menyediakan bubur lambuk
7.0 TENTATIF PROGRAM
ATURCARA SEPANJANG SOLAT HAJAT PERDANA
25 Mac 2015
Masa

Aturcara

2.00 petang 5.00 petang

Gotong-royong membuat bubur


lambuk

7.15 malam 7.45 malam

Solat maghrib berjemaah

7.45 malam 8.00 malam

Solat hajat berjemaah

8.00 malam 9.00 malam

Edaran Bubur Lambuk

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Seperti di LAMPIRAN A

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini akan menjadi kenyataan dan mencapai objektifnya selaras
dengan hasrat universiti dan juga pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang boleh dibanggakan
di peringkat global melalui pembentukan graduan yang mempunyai nilai-nilai murni modal insan
yang cemerlang.

Disediakan oleh :
...
NURUL AMIRA BINTI ZAINAL BIDIN
Pelajar Praktikal
Akademi Pengajian Islam Kontemporari ACIS
UiTM Pahang
Disemak oleh :

USTAZ AIZA BIN BUDIN


Ketua Pusat Pengajian Islam Kontemporari ACIS
UiTM Pahang

LAMPIRAN A
BIL
1.
2.

PERKARA
Ayam
Barang
memasak
-

3.
4.

KUANTIT
I
10 ekor

KOS SEUNIT
(RM)
15

JUMLAH
(RM)
150

20kg
2bungkus
5beg
8.00
6.99
8.00

26.00
5.00
1.80
8.00
6.99
8.00
9.00
10.00
50.00
20.00
1.00
1.00
10.00
20.00
10.00
10.00
10.00
10.00
8.00
9.00
12.00
30.00
0.50
5.00
36.00

52.00
10.00
9.00
8.00
6.99
8.00
36.00
10.00
50.00
40.00
80.00
80.00
10.00
20.00
10.00
10.00
10.00
10.00
640.00
180.00
96.00
30.00
500.00
250.00
108.00

keperluan

Beras
Plastik Sampah
Garam
Halia
Bawang Besar
Bawang Putih
santan
bawang goreng
bahan perasa
lada hitam
Pucuk Paku Merah
Daun Pucuk Manis
Daun kunyit
Daun Kesum
Daun Kewangi
Daun Selasih
Daun sup
Daun kaduk
Ikan
Daging
Udang Basah
Udang Kering
Bekas plastik
Sudu Plastik

Gas Memasak
Sewaan
- Periuk Besar
- Tungku
- Sudik
- Senduk
- Dapur Gas

2bungkus
2kg
80 ikat
80 ikat

80kg
20 paket
8kg
1000 bekas
50 bungkus
3 tong

100

JUMLAH

2495.99

Anda mungkin juga menyukai