Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Latihan Harian Bola Jaring

Tarikh : 26 Ogos 2009

Masa : 5.00PM -5.15PM

Kelas : Tahun 5

Bilangan pelajar : 20 orang

Tunjang : Kemahiran Asas Bola Jaring

Tajuk : Hantaran

a) Hantaran aras bahu

Hasil Pembelajaran : Setelah mengikuti latihan ini, pelajar akan berkeupayaan untuk:-

1. Melakukan hantaran aras bahu dengan teknik yang betul.

2. Bekerjasama dengan rakan-rakan dalam melakukan aktiviti.

Nilai murni : Kerjasama, Disiplin Kendiri

Alatan : Bola jaring, Wisel

Masa Kemahiran/ Aktiviti Catatan/Ulasan


Rancangan Latihan Harian Bola Jaring

5.00PM - 5.05PM PERMULAAN (5 minit)

Aktiviti memanaskan badan:- Aktiviti memanaskan badan

Guru mengarahkan pelajar berlari-lari anak mengelilingi gelanggang bola jaring. akan menyediakan badan

Guru mengetuai pelajar melakukan regangan asas bermula dari kepala sehingga kaki untuk bersenam tanpa

dalam kiraan 8. menghadapi ancaman

kecederaan dan kerengsaan.

5.05PM - 5.12PM PERKEMBANGAN (7 minit)

Demonstrasi guru:- Teknik melakukan hantaran aras bahu Bola yang dihantar dengan

(a) Pegang bola di atas tapak tangan kanan. cara ini sukar untuk dipintas

(b) Gerakkan kaki kiri selangkah ke hadapan untuk bertindak sebagai paksi kepada atau direbut dengan mudah

pergerakan kaki kanan. oleh pihak lawan.

(c) Berat badan berada di atas kaki kanan

(d) Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan.

(e) Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat
Rancangan Latihan Harian Bola Jaring

hantaran.

(f) Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan.

(g) Tangan dan jari ikut lajak ke arah bola dihantar

Guru meminta murid melakukan aktiviti ini secara berpasangan setelah selesai

melakukan demonstrasi.

5.12PM - 5.15PM PENUTUP (3 minit)

Aktiviti menyejukkan badan:- Aktiviti menyejukkan badan


Salah seorang murid dipilih untuk mengetuai aktiviti menyejukkan badan. akan menyediakan badan
Mengakhiri aktiviti menyejukkan badan dengan menarik nafas semula dalam kiraan untuk rehat. Elakkan berhenti
lapan. secara mendadak kerana
Guru bertanya beberapa soalan tentang kemahiran yang telah dipelajari oleh murid. perbuatan tersebut boleh

memudaratkan.

Anda mungkin juga menyukai