Anda di halaman 1dari 9

59

Perkuburan Islam : Isu Semasa Dan Fatwa


Jabatan Agama Islam Selangor

PERKUBURAN ISLAM : ISU SEMASA DAN FATWA
1


1. Pendahuluan
Kertas ini adalah bertujuan bagi membincangkan beberapa isu semasa yang timbul di Negeri
Selangor khususnya tentang tanah perkuburan dan perbincangan tentang cadangan
penyelesaiannya dengan menggunakan pendekatan fatwa yang telah diputuskan dan juga
dengan melihat kembali beberapa amalan-amalan tradisi yang diwarisi turun-temurun melalui
perspektif Syara

2. Definisi
Perkuburan Islam : bermaksud tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-
orang yg telah mati, permakaman: jenazahnya diusung ke kubur.
(Kamus Dewan Edisi Empat)
Dari sudut bahasa pekuburan Islam bermaksud : suatu tempat atau kawasan yang telah
dikhaskan untuk mengebumikan jenazah orang Islam.
: `` .
` : `` .
` : `` `` . ` : ` ` .
` " : ` " `` .
) (


1
Kertas kerja ini dibentangkan di SEMINAR ISU PERKUBURAN ISLAM : PERMASALAHAN SEMASA DAN
PENYELESAIANNYA. Pada 26 J ulai 2011 Di Carlton Holiday Hotel & Suites, Shah Alam


60

Perkuburan Islam : Isu Semasa Dan Fatwa
Jabatan Agama Islam Selangor

3. Asas Tanah Perkuburan Dalam Islam
Secara umumnya wajib hukumnya mendalamkan kuburan, ia bertujuan bagi memelihara
kubur dari bau yang kurang menyenangkan. Sepertimana yang di sebut di dalam kitab Matla
al Badrain Wa Majma al Bahrain Karangan Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani di
dalam bab jenazah :
Liang kubur : sekurang-kurang liang kubur hendaklah mempunyai :
1. Satu lubang untuk menegah segala bau daripada mayat itu dan bagi mengelakkan
dari dibongkar oleh binatang buas
2. Yang akmal dalamnya kira-kira setinggi berdiri
3. Liang lahad adalah lebih afdhal dari liang belah (liang seperti parit) jika tanahnya
kuat (tidak mudah runtuh)
Cara tanam : ketika menanamkan mayat wajiblah :
1. Dibaringkan mayat itu pada lambungnya.
2. Yang afdal dibaringkan di atas lambung yang sebelah kanan
Membetulkan kiblat : jika ditanam secara membelakangkan kiblat atau menelentang atau
disembabkan mukanya ke bawah berpaling daripada arah kiblat wajiblah digali semula bagi
membetulkan mengadap kiblat selagi mayat itu belum berubah (bau atau bentuk)- intaha
kalam Syeikh Rahimahullah

3. Bentuk Kubur
Permukaan kubur tersebut hendaklah ditambak dengan tanah setinggi sejengkal, tidak
diratakan supaya dapat dikenalpasti dan bagi mengelak dari perkara yang boleh menghina
mayat dan tanah perkuburan. Sebagaimana hadis yang direkodkan di dalam Sahih Bukhari:
`` ` `` ` `` `` ` `
Bermaksud : Daripada Sufyan al-Tammar bahawa dia pernah melihat kubur Nabi
S.A.W. dalam keadaaan ditinggikan.

Maksud ditinggikan ini adalah merujuk kepada lebihan tanah yang di gali sahaja seperti yang
di sebut oleh al-Imam al-Bayhaqi di dalam Bab Kubur Tidak Boleh Ditambah Melebihi Tanah
Yang Digali Agar Tidak Menjadi Lebih Tinggi dan pandangan tentang pengharaman
meninggikan kubur adalah pendapat Imam Malik, al-Syafii dan Ahmad.



61

Perkuburan Islam : Isu Semasa Dan Fatwa
Jabatan Agama Islam Selangor

4. Larangan-Larangan Di Atas Kubur
Larangan ini adalah berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim,
Nasa`i dan Abu Dawud :
` : `` `` ` '`
` `` ` `
Bermaksud : Dan dari Jabir dia berkata : Rasululullah S.A.W. telah melarang kubur
dikapur, diduduki atasnya dan didirikan binaan di atasnya.

Hadis yang sama diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dengan lafaz :
, : : ` '`
` `` `` ` ` `` ` `
Bermaksud : Dan (diriwayatkan juga oleh) al-Tirmidhi dan disahihkannya dengan
lafaz : Rasulullah S.A.W. melarang kubur-kubur dikapur, ditulis di
atasnya, didirikan binaan di atasnya dan dipijak-pijak.

Oleh yang demikian haram hukumnya mendirinya binaan kekal di atas tanah perkuburan.
Berdasarkan kepada hadis yang telah dinyatakan di atas. Namun di sana terdapat juga hadis
yang membenarkan agar kubur itu ditanda bagi membezakannya sepertimana hadis yang
diriwayatkan oleh Imam al-Syafii Rahimahullah :
` ` ` ` ` ` ` ` ` ``
` ` ` `
Bermaksud : Dan dari Jafar bin Muhammad dari ayahnya bahawa : Rasulullah
S.A.W. memercikkan air di atas kubur anaknya (Ibrahim) dan
meletakkan batu kelikir di atasnya.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah di dalam sunannya :
` `` ` `` ` ` ` `


62

Perkuburan Islam : Isu Semasa Dan Fatwa
Jabatan Agama Islam Selangor

Bermaksud : Dan dari Anas R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. memberi tanda pada
kubur Uthman Bin Mazun dengan batu.

5. Garis Panduan Binaan Di Atas Kubur
Berikut adalah keputusan Ahli mesyuarat Fatwa J abatan Mufti Negeri Selangor berkaitan
hukum binaan di atas kubur :


6. Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Selesai Pengebumian
1. Mendoakan si mati sebaik selesai mengebumikannya seperti yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu DAwud dalam sunannya :
` ` : ` ` ` '`
` : ``` ` ` ` ` ` `
BerMaksud : Dari Uthman dia berkata : Bahawa Nabi S.A.W. apabila selesai dari
mengebumikan jenazah baginda berdiri dan berkata : Mohonlah
keampunan untuk saudaramu dan mohonlah ketetapan baginya,
kerana sesungguhnya dia sekarang sedang disoal.
2. Bertalkin merupakan kebiasaan yang dilakukan oleh sebaik selesai pengebumian,
memetik sebuah hadis yang di ambil daripada kitab Fiqh al-Sunnah karangan Syeikh
Sayyid Sabiq Rahimahullah, di dalam bab Janaiz katanya :
Sesetengah ulama mengharuskan talkin (jika si mati mukallaf, jika
sebaliknya tidak perlu ditalkinkan)selepas pengebumian termasuklah
al-Syafie.
2010 Pandangan Membina Binaan
Kekal Di Atas Tanah Wakaf Dan
Tindakan Ke Atas Binaan Kekal
Sedia Ada
Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa
haram hukumnya membina binaan kekal di
atas tanah wakaf kuburan. Ahli J awatankuasa
masjid juga mengikut budi bicaranya boleh
merobohkan binaan tersebut jika ada keperluan
untuk mengkebumikan jenazah, sedangkan
sudah tiada lagi ruang untuk mengkebumikan
jenazah yang baru.


63

Perkuburan Islam : Isu Semasa Dan Fatwa
Jabatan Agama Islam Selangor

Berikut adalah beberapa petikan berkaitan dari kitab :
( )
` ` ` ` ` ` ` ' ` : ` ` `
` `` ` `' ` ` `
` ` ` ` `
` ' ` ` ` `
`` ` ` ` ' ` ` ``
` .
.
`` : ` ` ``
` ` ` `` ` `
` ` ` : } `` `` ` { ``
` ` ` `` `` ` ``
` ` `` `` `` '` ` ` `` ` `` ```
` `` .
) ` ` ` ` ` " ( ``
` ` ` ` ` ` : ` ```


64

Perkuburan Islam : Isu Semasa Dan Fatwa
Jabatan Agama Islam Selangor

`` `` ` ` ` " ` ` ` ` '``
} ` ` ` ` `` ``` `` ` `
` ` ` { ' ` `
` ` ` : ` ` ` ` `
`' ` : ` ` `` `
` ` ` ` ` `
` ` `` ` ' ` `
` ' `` ` ` ` .
`` ```` ` : ` ` ` ` `` `
`` ` ` ` '` ` `
` ` `` ` `` `` `
` .
` ` ` ` ` ` `` ` `
` ` ``` ` `` ` ` `` '
```` ` ' ` ` `
` `


65

Perkuburan Islam : Isu Semasa Dan Fatwa
Jabatan Agama Islam Selangor

Dan berdasarkan dari petikan kitab di atas menunjukkan bahawa disunatkan bagi orang yang
mentalkinkan itu berdiri di bahagian kepala mayat kerana perkataan
raksu adalah merujuk kepada kepala atau bahagian atas.
Hal ini disentuh juga di dalam kitab Matla al Badrain Wa Majma al Bahrain Karangan Syeikh
Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani di dalam bab jenazah :
Talqin mayat : Sunat mentalkinkan mayat yang sudah baligh.
Keterangan: pendapat qeel ( )sunat juga ditalkinkan mayat yang belum baligh.

7. Tanah Kubur Sebagai Harta Wakaf Umat Islam Dan Hukum Penggunaannya
Konsep wakaf ialah urusan menyerahkan kekayaan peribadi untuk dimanfaatkan
masyarakat. Wakaf selalu dikaitkan dengan tanah perkuburan dan pondok teduhan yang
biasa disediakan oleh mereka berkemampuan untuk faedah penduduk setempat.

Bagi kebanyakan umat Islam di Malaysia, memberi wakaf bermakna menyerahkan harta
yang biasanya dalam bentuk tanah atau hartanah kepada Baitulmal atau Majlis Agama Islam
Negeri sebagai amanah untuk diuruskan bagi kebajikan seluruh umat.

Prinsip boleh ditekankan ialah apabila kita mempunyai harta kekayaan melebihi keperluan
dan tidak dapat menguruskan kekayaan itu untuk faedah masyarakat umum, maka kita harus
serahkan harta kekayaan kepada Baitulmal atau Majlis Agama Islam Negeri untuk diuruskan
bagi kepentingan ummah dengan matlamat mendapat ganjaran di akhirat.
Di negeri Selangor segala urusan berkaitan wakaf adalah tertakluk di bawah
1. Enakmen Wakaf Negeri Selangor 1999
2. Fatwa-fatwa J abatan Mufti Negeri Selangor yang menyentuh tentang perkara-perkara
yang berkaitan wakaf.
Berikut adalah fatwa J abatan Mufti Negeri Selangor berkaitan penggunaan tanah wakaf
untuk dijadikan tanah perkuburan:



66

Perkuburan Islam : Isu Semasa Dan Fatwa
Jabatan Agama Islam Selangor


8. Hukum Pembinaan Kubur Bertingkat
Berikut adalah keputusan Ahli mesyuarat Fatwa J abatan Mufti Negeri Selangor berkaitan
berkaitan hukum pembinaan kubur bertingkat :

Secara asasnya sistem pekuburan bertingkat adalah diharuskan jika adanya keperluan yang
mendesak seperti masalah kekurangan kawasan untuk dijadikan tanah perkuburan
khususnya seperti di bandar-bandar besar.
2007 Cadangan Untuk Pelaksanaan
Wakaf Irsad Oleh Kerajaan Negeri
Selangor
Kerajaan negeri boleh mewakafkan harta
sebagai penggunaan khusus kepada orang
Islam termasuk tapak masjid, surau, kubur
dan sekolah Islam.
2010


Cadangan Pembangunan Tanah
Perkuburan Islam Moden Ditanah
Wakaf Milik Majlis Agama Islam
Selangor (MAIS).
Mesyuarat J awatankuasa Fatwa memutuskan
untuk tidak meluluskan Cadangan Pembangunan
Tanah Perkuburan Islam Moden ditanah wakaf
milik Majlis Agama Islam Selangor dengan alasan
seperti berikut:
i. Di dalam hukum Syarak, apabila
berlaku kematian hendaklah
dikebumikan, di mana sahaja samada
berbentuk liang atau lahad.

ii. Tujuan tanah wakaf adalah untuk
kemaslahatan umum khususnya untuk
fakir miskin.

iii. Tanah wakaf adalah hak milik
Baitulmal, tidak sesuai dijadikan tempat
perkuburan berbentuk komersial
seperti yang dicadangkan.

Adalah disyorkan supaya Majlis Agama Islam
Selangor (MAIS) melaksanakan perkuburan
dengan kaedah menimbus tanah di atas kubur
lama di kawasan tanah perkuburan setinggi 4
kaki. Kaedah ini amat sesuai di tanah perkuburan
yang sudah penuh dan tiada kawasan lapang.


67

Perkuburan Islam : Isu Semasa Dan Fatwa
Jabatan Agama Islam Selangor

9. Penutup
Secara teknikalnya J abatan Mufti Selangor merupakan badan yang bertanggungjawab
mengeluarkan sesuatu hukum berdasarkan isu yang timbul di dalam masyarakat dengan
melalui beberapa proses kerja termasuklah menyediakan kertas kerja dan seterusnya
dibentangkan di dalam Mesyuarat Ahli J awatankuasa Fatwa NegeriSelangor untuk
diputuskan.
Setelah diputuskan fatwa bagi sesuatu isu itu akan dipanjangkan ke Duli Yang Maha Mulia
Sultan Selangor untuk mendapatkan perkenan Baginda, jika ia diperkenankan maka fatwa
tersebuat akan diwartakan.
Setelah diwartakan maka ia menjadi tanggungjawab penguatkuasa untuk menguatkuasakan
fatwa yang telah diwartakan tersebut. Manakala bagi fatwa yang tidak diwartakan ia akan
disebarkan melalui media, samada melalui cetakan mahupun elektronik untuk dijadikan
panduan kepada umat Islam di Negeri Selangor khasnya.
Oleh yang demikian J abatan Mufti Selangor bukanlah agensi yang berautoriti untuk
menguatkuasakan fatwq yang diwartakan. Naun menyebarkan fatwq yang telah diputuskan
adalah tanggungjawab yang diberi keutamaan.
J abatan Mufti Negeri Selangor menyeru agensi-agensi berkaitan agar dapat menyebarkan
maklumat yang diperolehi melalui agensi masing-masing dengan kemampuan yang ada
untuk menjelaskan hukum bagi masalah-masalah yang dilihat telah sebati dengan umat
Islam ini.
Diharap agar satu keputusan dapat yang jelas khususnya berkaitan binaan di atas kubur ini
dapat dibuat agar semua pihak bepegang dengan satu pendirian yang sama bagi mengelak
masalah menjadi lebih rumit.
Wallahu Taala Alam




Dibentangkan oleh :
Y.Bhg. Ustaz Mat Jais Kamos
Pegawai Hal Ehwal Islam,
Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Anda mungkin juga menyukai