Anda di halaman 1dari 33

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH KEFAHAMAN KONSEPTUAL DAN PROSES MATEMATIK

MATLAMAT KURIKULUM Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF KURIKULUM Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid:

Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian. Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah. Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan seharian. Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya. Menghargai dan menghayati keindahan matematik. Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.

Pada akhir peringkat pendidikan rendah murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. KEMAHIRAN ASAS penguasaan kemahiran asas - membaca, menulis, mengira; kemahiran menaakul, kreatif & inovatif; kesedaran kesejahteraan diri (fizikal & mental); percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni; jati diri & semangat patriotisme; dan memahami & menghayati budaya nasional.

Lima Proses Matematik (PM) Sekolah Rendah Malaysia

Komunikasi (communication) Menaakul (reasoning), Membuat perkaitan (connecting), Menyelesaikan masalah (solving problem) dan Membuat perwakilan (representing) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010)

Reka Bentuk Kurikulum Matematik

Proses Matematik: Beberapa Persoalan


Apa pemahaman 5 elemen Proses Matematik Bila - bila hendak dipupuk sesuai dengan standard yang ada dalam kurikulum Bagaimana bagaimana hendak mewujudkan dan menghayati proses matematik dalam PdP

Proses matematik dalam PdP


Murid dibimbing menyelesaikan masalah berdasarkan empat langkah model Polya dan algoritma dengan menggunakan beberapa strategi dalam setiap langkah penyelesaian masalah.

4 langkah model Polya


Memahami masalah dan mengumpul maklumat Menentukan cara penyelesaian/strategi Melaksanakan strategi Menyemak jawapan.

4 langkah algoritma
menganggarkan jawapan menyusun nombor mengikut nilai tempat menentukan cara penyelesaian menyemak jawapan.

RUMUSAN DAPATAN PEMBELAJARAN MURID

MURID MENGUASAI
MENYEBUT NOMBOR MENULIS NOMBOR DALAM ANGKA

MURID BELUM MENGUASAI


MEMBACA PERKATAAN NOMBOR MENGGUNAKAN SIMBOL/ PERWAKILAN MATEMATIK MENYELESAI MASALAH MATEMATIK DENGAN OPERASI ASAS

MENGIRA DENGAN BETUL

VERIFIKASI PENCAPAIAN MURID (TAHUN 1, 2 DAN TAHUN 3 ) ARUS PERDANA YANG BELUM MENGUASAI KONSTRUK 1 HINGGA 12 FASA 2 2012

TAHUN
Tahun 1 Tahun 2

LITERASI
148/930 (15.91%) 126/941 (13.39%) 101/969 (10.42%)

NUMERASI
505/929 (54.36%) 303/935 (32.41%) 166/954 (17.40%)

Tahun 3

KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK


DIMENSI PENGETAHUAN

MAKLUMAT BERFAKTA

KONSEP

ALGORITMA/ PROSEDUR

Maklumat berfakta merujuk kepada keupayaan pelajar mengingati fakta seperti definisi, teorem, hukum, simbol dan fakta asas pendaraban. Konsep matematik ialah idea yang diabstrakkan daripada contohcontoh konkrit. Ia juga boleh dipelajari melalui definisi atau pemerhatian objek-objek yang ada kaitan dengan konsep itu.

Aktiviti mental dan hands-on berlaku semasa menyelesaikan masalah matematik.

KESILAPAN KONSEP MATEMATIK DALAM PdP


Berdasarkan beberapa penjelasan yang telah dibuat maka dapat disimpulkan bahawa konsep adalah rupa bentuk kefahaman terhadap sesuatu benda atau peristiwa. Sesuatu konsep dibina dalam minda dan boleh digunakan untuk menilai atau mentafsir sesuatu benda atau situasi. Sebagai contoh, cuba perhatikan konsep 'pengumpulan semula' dalam operasi tolak di bawah: 3 2 -1 4 2 2

Contoh pengajaran guru

PROSEDUR OPERASI TOLAK


Biasanya operasi tolak diajar mengikut turutan daripada tolak tanpa mengumpul semula kepada tolak dengan mengumpul semula. Sebelum mempelajari operasi tolak dengan mengumpul semula, murid perlu mahir kemahiran yang berikut: o Fakta asas tolak o Menolak nombor yang sama nilai tempatnya o Nilai tempat bagi angka o Menulis nombor dalam bentuk tambah mengikut nilai tempat dan seterusnya menulis nombor berkenaan dalam bentuk yang lain.

konsep-konsep yang terlibat dalam menyelesaikan masalah.

KESILAPAN KONSEP DALAM MATEMATIK


Kesilapan Konsep dalam Matematik Contoh yang jelas boleh dilihat dalam melakukan operasi tambah nombor bulat dan operasi tambah pecahan. Rees & Barr (1984) memberi contoh:

1 1 2 + = 4 2 6 Pelajar tersebut telah menambah pengangka dengan pengangka dan

penyebut dengan penyebut.

Keadaan ini disebabkan oleh kebiasaan dan

kefahaman yang telah diterima semasa menambah nombor bulat.

KESILAPAN KONSEP DALAM MATEMATIK


Contoh-contoh lain adalah seperti yang dinyatakan oleh Hart (1981) , di mana terdapat pelajar yang membuat kesimpulan bahawa hukum tukar tertib boleh digunakan untuk sebarang operasi, sedang ia tidak benar. 3 + 5 = 5 + 3 dan 3 x 5 = 5 x 3

maka anggapan yang silap telah dibuat dalam operasi berikutnya: 3 - 5 = 5 3

KESILAPAN KONSEP DALAM MATEMATIK


Jika konsep luas dan perimeter dianggap oleh murid sebagai sama, maka mereka akan keliru dan membuat satu andaian bahawa luas bergantung kepada perimeter. Bagi membetulkan tanggapan ini maka penyelesaian yang ditunjukkan dibawah dapat membantu mengelakkan kekeliruan tentang luas dan perimeter.

KESILAPAN KONSEP DALAM MATEMATIK


Rajah menunjukkan luas yang sama tetapi mempunyai ukuran yang berbeza
Luas = 6cm Perimeter = 10 cm
3 cm luas 12 cm x 2 cm = 24 cm 2 cm

perimeter = 28 cm

(3 cm x 8)+(2cm x 2)

KESILAPAN KONSEP DALAM MATEMATIK


0.4 x 0.4 = 0.16 0.3 x 0.3 = 0.9 X
murid yang menjawab bahawa 0.4 x 0.4 adalah 0.16, mereka juga akan memberi jawapan yang sama bagi 0.3 x 0.3 = 0.9. Ini menunjukkan bahawa apabila murid mendapat jawapan yang betul bagi kemahiran 0.4 x 0.4 ini tidak membolehkan kita membuat kesimpulan murid itu memahami pendaraban nombor perpuluhan.

KESILAPAN KONSEP DALAM MATEMATIK

KESILAPAN KONSEP DALAM MATEMATIK

KESILAPAN KONSEP DALAM MATEMATIK


Mengaplikasi pengetahuan perpuluhan menggunakan kaedah gelombang ke kiri dan kanan melibatkan : wang ukuran panjang jisim isipadu cecair.

KESILAPAN KONSEP DALAM MATEMATIK


Nyatakan dengan jelas kaedah penyelesaian pertukaran unit menggunakan konsep matematik bukan teknik/kemahiran menjawab soalan.
KONSEP MATEMATIK
KESILAPAN KAEDAH TEKNIK

RM 1 = 100 sen 1 kg = 1000 g 1 km = 1000 m 1 l = 1000 ml

Tukarkan 1.5 kg kepada g

1.50 1000

= 1500 g

KONSEP MATEMATIK

1 1 1 1 4 2 1 1 3 1 1 2 4 2 4

Tunjuk cara penambahan nombor bercampur


melipat kertas carta pecahan rajah garis nombor

1 1 3 1 1 2 4 2 4

PEMANTAPAN KONSEP MASA DAN WAKTU DALAM PERTUKARAN SISTEM 12 JAM KEPADA 24 JAM DAN SEBALIKNYA.

PEMANTAPAN KONSEP MASA DAN WAKTU DALAM PERTUKARAN SISTEM 12 JAM KEPADA 24 JAM DAN SEBALIKNYA.

PENUTUP
Memahami konsep dengan betul akan membantu murid menguasai topik matematik dengan lebih mudah dan dapat mengelakkan daripada salah konsep proses pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan perlaksanaan aktiviti yang terancang, kemas dan teratur.

Anda mungkin juga menyukai