Anda di halaman 1dari 6

Black Holes: Tapak Persemadian dan Semaian Bintang-bintang

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang datang pasti akan pergi ,setiap yang dicipta pasti
akan musnah, dan setiap yang hidup pasti akan mati. Semua itu pasti. Pasti akan rosak,pasti akan
luput.Tiada pengecualian selagi bergelar makhluk,dan demi Allah tuhan yang Maha Esa, semuanya
adalah makhluk dan hanya Dialah yang Pencipta yang ahad. Jadi siapakah yang menzalimi dirinya
dengan menolak ayat-ayat Allah dengan menolak hadirnya saat penghabisan?Lantas penulis memilih
tajuk “Lohong Hitam: Tapak Persemadian dan Semaian Bintang-bintang.” untuk menjadi ulasan
artikel berkenaan angkasa lepas. Tajuk yang mewakili saat kewujudan dan pengakhiran bintang yang
boleh sahaja kita nisbahkan dengan kehidupan kita, yang sudah bermula dan pasti berakhir. Petikan
dari buku Dr. Danial Zainal Abidin, Quran Saintifik:Meneroka Kecemerlangan Quran daripada
Teropong Sains pada halaman 52 benar-benar menarik perhatian penulis untuk diulas. Petikannya
seperti berikut:

“Science Daily bertarikh 20 Januari 2005 di bawah tajuk Good News From Big Bad Holes
melaporkan, pakar-pakar astronomi menemui bukti lubang hitam atau black holes tidak hanya
menjadi tempat perkuburan bintang-bintang. Sebaliknya ia juga berperanan melahirkan bintang-
bintang.Dengan menggunakan alat-alat canggih seperti Very Large Array(VLA) dari National Radio
Astronomy Observetory, New Mexico, teleskop Keck dari Hawaii dan teleskop Hubble Space, pakar-
pakar mendapati kuasa magnet di sekeliling lubang hitam mampu menggerakkan elektron pada
kelajuan menghampiri kelajuan cahaya. Elektron-elektron ini akhirnya terpancar keluar daripada
lubang hitam dan bertembung dengan gas-gas tebal yang mengandungi hidrogen. Di saat itu berlaku
proses-proses tertentu yang melahirkan bintang-bintang”

Sebelum ini kita hanya mendengar teori lohong hitam bertindak umpama penyedut hampagas
yang tersangat kuat daya sedutannya sehingga mampu memerangkap cahaya yang melaluinya serta
apa sahaja di sekelilingnya.Ini kerana lohong hitam merupakan tumpuan jisim dengan medan graviti
yang sungguh kuat sehingga halaju berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Namun
kini,Alhamdulillah dengan teknologi canggih, penemuan baru,lohong hitam bukan sekadar terhasil
dari kemusnahan bintang, menjadi tempat persemadian bintang-bintang malah bintang baru juga lahir
berdekatannya.

 Kewujudan lohong hitam

1
` Dalam web www.astronomes.com Zalia Essliger mengatakan lohong hitam merupakan
objek selestial yang paling pelik yang telah didedahkan oleh Fizik.Justeru, tidak hairanlah seandainya
kesahihan kewujudan lohong hitam ini menjadi persoalan.Sama ada lohong hitam benar-benar wujud
atau sekadar imiginasi fiksyen oleh pakar-pakar teori. Sukar untuk membuktikan kewujudan lohong
hitam ini lantaran kemampuannya memerangkap cahaya dari keluar melepasi Jejari Swartzchild..
Akibatnya, bukti definitif seperti fotografi secara terus, tidak dapat diperolehi.

Jadi, kewujudan lohong hitam hanya dapat dibuktikan melalui kesannya terhadap objek lain.
Sebenarnya kebanyakan bintang-bintang tidak wujud secara sendirian, mereka merupakan sebahagian
daripada sistem kembaran.Apabila satu daripadanya adalah bintang neutron,maka pemindahan jisim
boleh terjadi lalu menghasilkan fenomena seperti nova atau supernova.Tetapi seandainya bintang itu
adalah lohong hitam,proses di mana jisim berpindah menghasilkan satu cakera pecutan,dengan suhu
teramat tinggi dan sinaran-X dikeluarkan.Kewujudan lohong hitam ini boleh dikesan dengan mengesan
sinar-X tersebut.

Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan sinar-X itu dari lohong hitam kerana bintang
neutron juga boleh mengeluarkan sinaran-X. Cara termudah untuk tujuan tersebut adalah dengan
menentukan jisim objek yang mengeluarkan sinar tersebut. Kajian teori bintang neutron
menunjukkan bahawa jisim maksimanya ialah tiga kali-ganda jisim Matahari. Oleh yang demikian,
jika punca sinaran-X itu didapati berjisim melebihi tiga kali-ganda jisim Matahari, kita boleh
menganggap bahawa objek tersebut ialah lohong hitam.

 Lohong hitam:Tempat Persemadian Bintang-bintang

Al-Quran merupakan kitab mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Kandungan
dalam Al-Quran melangkaui kemampuan pemikiran manusia dan batasan waktu. Antara isi
kandungan kitab abad ke-7 ini menyentuh tentang lohong hitam yang menjadi tempat persemadian
bintang-bintang.Firman Allah dalam surah al-Waqiah ayat 75 hingga 76 yang bemaksud:

“Dan aku bersumpah dengan mawaaqi’in nujuum. Sesungguhnya sumpah ini adalah sumpah
yang besar sekiranya kamu mengetahui;”

Dalam ayat di atas, mawaaqi’in nujuum merupakan dua perkataan Bahasa Arab. Mawaaqi’
berasal daripada perkataan waqa’a yang diterjemah oleh Hans Wehr A Dictionary of Modern Written
2
Arabic sebagai to fall down, drop, to tumble yang bermaksud jatuh,tersungkur dan merundum. Jadi,
perkataan mawaaqi’ bermaksud ‘place where something drops or falling down’ bermaksud tempat di
mana sesuatu jatuh. Nujuum pula jama’ ta’sir(plural) bagi najmi yang bermaksud bintang. Justeru,
mawaaqi’in nujuum dapat ditafsirkan sebagai tempat jatuhnya bintang-bintang.

Walaupun sahabat Rasulullah, Abdullah bin Abbas mentafsirkan mawaaqi’in nujuum secara
abstrak dengan mengatakan mawaaqi’in nujuum bermaksud ‘Al-Qur’an diturunkan ke langit dunia
pada malam al-Qadar,namun nujuum ditafsirkan oleh banyak ulama sebagai bintang-bintang di
langit.Pendapat ini dikukuhkan lagi oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir dan Sayyed Qutub
dalam Fi Zilal al-Quran.Jadi, berkaitkah mawaaqi’in nujuum dengan lohong hitam?

Al-Quran benar-benar kitab yang mukjizat yang menjadi panduan hidup kepada seluruh
manusia, melangkaui zaman merentasi bumi. Sepatah kalimah dari al_Quran punya pengertian
mendalam.Secara zahirnya, ayat ini dilihat oleh bukan jauhari sebagai biasa kerana kurangnya kajian
dan pengetahuan mengenai al-Quran, tetapi bagi yang mahu berfikir dan melihat ayat-ayat Pencipta
dengan segenap pancaindera, pasti akan terpaku kekaguman.

Setelah dikaji,ayat ini berkaitan dengan lohong hitam. Sepintas


lalu lohong hitam terhasil apabila bintang-bintang yang besar meledak
dan meletup di angkasa. Sebahagian bintang mempunyai saiz yang lebih
besar daripada dan sudah tentu letupan yang terjadi sungguh dahsyat
sekali. Ledakan yang digelar supernova ini meninggalkan remnanst,
saki-baki daripada bintang yang meledak. Remnants ini akan jatuh ke satu
garisan pusat sehingga melahirkan satu kawasan yang mempunyai

3
tarikan gravity tinggi yang mampu menarik apa sahaja sahaja termasuk cahaya.

Jadi, berdasarkan pernyataan di atas,jelaslah ‘tempat jatuhnya bintang-bintang’ yang


dinyatakan dalam al-Quran adalah garisan tempat remnants jatuh lalu membentuk kawasan bergraviti
tersangat tinggi dipanggil lohong hitam.

 Lohong hitam:Tapak Semaian Bintang-bintang

Kembali kepada tafsiran mawaaqi’in nujuum.Selain ditafsirkan sebagai “tempat jatuh


merudum bintang-bintang” sebahagian ulama seperti Imam Mujahid dan Ibn Jarir menafsirkannya
sebagai “tempat terbit dan bersinarnya bintang-bintang di langit” .Hal ini dinyatakan oleh Ibn Kathir
dalam Tasir al-Quran al-Azim. Tafsiran ini ada kebenarannya kerana dalam pennemuan terbaru
mendapati lohong hitam disamping menghancurkan bintang-bintang, ia menjadi tempat kelahiran
bintang-bintang baru.

Kajian yang dilakukan di Chandra X-ray Observation juga mengesahkan perkara ini. Pakar-
pakar sains menemui bukti blacks hole membantu kelahiran bintang-bintang walau pada asalnya
mereka tidak mempercayainya. Penemuan ini dilaporkan oleh Bjorn Carey di space.com di bawah
tajuk Astronomers Surprised: Star Born Near The Black Hole pada 13 Oktober 2005.

Tuntasnya lohong hitam merupakan antara bukti kekuasaan dan keagungan Allah. Bintang-
bintang gergasi yang bersinar indah dengan mudah dihancurkanNya lalu ditukarkan menjadi satu
lohong mengerikan yang mampu menyedut apa sahaja. Matahari,yang juga sebutir bintang bila-bila

4
masa mengikut jejak langkah saudara sebintangnya yang lain, meledak lalu berubah menjadi vakum
berkuasa tinggi lalu menyedut semua planet dalam Sistem Suria termasuk Bumi. Jadi nyatalah Hari
Kiamat yang digambarkan begitu dahsyat di dalam al-Quran bukan sekadar ayat biasa tetapi kalimah-
kalimah suci berisi peringatan. Jadi bersama-samalah kita bermuhasabah dan mengambil iktibar
alamsemesta

U NI VERS IT I TE KN IK AL MALA YSIA

MELA KA( UT eM)

(FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN)

SEMESTER 1 SESI 2009/2010

FALFAFAH DAN SAINS TEKNOLOGI

5
Tajuk: Black Holes; Tapak Persemadian dan Semaian Bintang-bintang

NAMA: Radin Hazimah Binti Radin Monawir

NO MATRIK: B050910192

NAMA PENSYARAH:EN.RADZUAN NORDIN

Anda mungkin juga menyukai