Anda di halaman 1dari 2

PERBANDINGAN MODEL KOUNIN Model pengurusan kelompok Kounin yang diasaskan oleh Jacob Kounin yang menekankan kepada

pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah. Dalam aspek tujuan, model kounin menurut konsep Riak, iaitu apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Selain itu, bukan guru bertindak sebagai reaksi terhadap tingkah laku murid tetapi cara bagaimana mereka menangani salah laku yang timbul dalam bilik darjah berkenaan. Di samping itu, model pengurusan kelompok kounin menekan organisasi dan perancangan adalah kunci kepada pengurusan bilik darjah yang baik. Model juga haruslah seiring dengan tindakan yang proaktif guru dan penglibatan aktif murid. Dalam bidang cara pelaksanaan model kounin, guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa. Kebolehan guru melakukan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan. Kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tidakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku. Kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius. Guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa. Kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. Guru harus elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkaraperkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi. Fragmentasi berlaku

apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh. Momentum pengajaran yang baik akan

membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&p. Momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan. Kounin telah banyak memberikan sumbangan terhadap hubungan antara pengurusan bilik darjah dengan tingkah laku muris. Kekuatan model pengurusan kelompok kounin terdiri daripada model kounin sanggup menfokus terhadap pengurusan kelompok yang mewujudkan suasana bilik darjah dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Model ini tidak berunsur hukuman. Bagi Jacob, dendaan tidak patut dijalankan di dalam bilik darjah.Selain itu, model ini menitikberatkan variasa dari segi strategi dan teknik pengajaran. Walau bagaimanapun, kebanyakan guru mendapati pendekatan model kounin masih tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah yang sepenuhnya. Antara kelemahan adalah sukar bagi guru yang perlu mengambil tindakan terhadap dua atau lebih kelompok pada waktu yang sama dan sukar bagi guru permulaan mengawal gerak geri dengan terapi. Selain itu, salah laku masih tetap berlaku walaupun dengan pengwasan yang terbaik daripada guru. Hal ini kerana murid dipengaruhi oleh banyak elemen selain daripada elemen-elemen di dalam bilik darjah, iaitu latar belakang, masalah di luar sekolah atau personaliti mereka sendiri.

Anda mungkin juga menyukai