Anda di halaman 1dari 13

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu.

Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.

Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.

Sitar merupakan sebuah alat muzik jenis kordofon.

Tabla adalah merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang, yang mempunyai bingkai kayu dan bertutup dengan belulang pada satu bukaannya. Tabla biasanya dimainkan secara duduk. Ia dimainkan dengan memalu secara langsung menggunakan tangan.

Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua. Gambus tergolong dalam alat muzik jenis petik yang dikatakan berasal dari Timur Tengah. Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.

Rebana Ubi adalah sejenis alat muzik yang dikelaskan sebagai gendang, dan dimainkan dengan cara dipukul dengan pemalu. Rebana ubi lebih besar dari rebana biasa. Diameter rebana ubi adalah sekurang-kurangnya 70 cm dan tingginya hampir satu meter. Bergantung kepada saiznya, rebana ubi boleh digantung melintang atau diletakkan di atas lantai.

Simbal merupakan alat muzik yang telah dimainkan sejak Zaman kuno. Alat muzik ini dimainkan dengan memukul. Jenis alat musik seperti itu di sebut juga perkusi. Pembuat simbal terkenal dari Turki hingga kini.
Simbal ini masuk dalam alat muzik yang bertempo cadas.

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup. Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu. Namun kini seruling moden ada yang diperbuat daripada logam aluminium dan plastik. Cara memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik.

Sompotan diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan.

Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam persembahan muzik gamelan.

Biola atau violin adalah sejenis alat muzik bertali yang dimainkan dengan mengunakan penggesek biola (bow). Biola mempunyai empat tali dan leher yang tidak mempunyai fret. Ia dimainkan dengan cara menggesek tali-tali tersebut dan hujung biola diletakkan di bahu pemain. Terdapat beberapa alat lain dalam keluarga biola, contohnya viola dan selo. Bezanya adalah dari segi saiz (kerana bunyi yang dikeluarkan berbeza), namun cara bermain adalah sama. Biola adalah yang terkecil dan mengeluarkan pic yang paling tinggi. Biola dibuat oleh tukang lut (luthier).

Anda mungkin juga menyukai