Anda di halaman 1dari 16

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi

1.0 Pengenalan Penggunaan bahasa melayu dalam komunikasi seharian bukan kecil fungsinya. Penggunaan bahasa yang tepat dan benar memberikan makna mendalam dan struktur yang kukuh dalam menyampaikan sesuatu maksud. Untuk bercakap mengenai kebenaran, tidak semestinya dalam nada yang keras dan kasar. Ia boleh disampaikan dengan nada yang lembut, tetapi tegas dan berprinsip. Untuk berbeza pendapat juga tidak semestinya meninggi suara atau melukakan, tetapi harus dibalas dengan ilmu, fakta dan berbudi bahasa. Oleh itu, remaja harus berupaya membezakan antara yang baik dan buruk, serta tidak hanya terikut-ikut sesuatu perkataan atau perbuatan hanya dikatakan untuk mengikut peredaran zaman.

2.0

Nyatakan kepentingan Bahasa Melayu Komunikasi (BMK) dalam kehidupan seharian dan sebagai bahasa lisan di sekolah. Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang melambangkan identiti

masyarakat di Malaysia. Mengikut, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Bahasa Melayu telah diwartakan sebagai Bahasa Kebangsaan. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Sebagai warga Malaysia yang merdeka kita harus bangga kerana memiliki bahasa kita sendiri sebagai identiti jati diri yang unggul . Seperti Contoh yang terdekat iaitu , Negara Jepun yang mempunyai bahasanya yang tersendiri serta mengangungkan bahasanya mereka sebagai bahasa ilmu. bahasa Melayu menjadi lambang yang signifikan bagi kewujudan entiti politik, jati diri bangsa dan perpaduan Negara. Di Malaysia, penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama. Sungguhpun menggunakan bahasa yang berbeza, namun penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan utama telah dapat mengatasi masalah komunikasi. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan adalah tunggak penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan, negara akan kucar kacir dan musnahlah sebuah negara berdaulat. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, KDPM-KDC Page 1

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi


bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan

persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum. Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar di sekolah (Komunikasi dan perpaduan). Dalam akta Pendidikan 1961 menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Penyata Razak (1956 ) dan Penyata Rahman Talib ( 1960 ) telah menyatakan bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan Negara. Penyata Rahman Talib menegaskan kembali syor menjadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam kurikulum semua sekolah. Ini dapat dirumuskan dari : ..bahawa Bahasa Kebangsaan ini hendaklah diajar mulai Darjah 1 dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris ( sama ada sekolah bantuan, bantuan separuh tau sekolah-sekolah yang bersendiri. ( Penyata Rahman Talib 1960: Perenggan 71(c) ). ..Pelajaran rendah dalam Bahasa Kebangsaan akan dimajukan dengan mengadakan pelajaran menerusi Bahasa Kebangsaan di sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan, dengan syarat ada guru-guru yang sesuai, dan semua sekolah rendah bantuan akan diubah menjadi sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan(Penyata Rahman Talib 1976: Perenggan 371(c). Kemudian Akta Pendidikan 1996 diadakan dengan tujuan menggantikan Akta Pelajaran 1961. Antara alasannya ialah bahawa kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan utama di rantau ini, dan bahasa Inggeris perlu diwajibkan di semua peringkat persekolahan Walaubagaimanapun, bahasa Melayu dikatakan sebagai bahasa pengantar ternyata dikecualikan dalam keadaan tertentu.

KDPM-KDC

Page 2

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi

3.0

Kesilapan Penggunaan Bahasa

Kesilapan bahasa sering berlaku sama ada dalam bentuk tulisan mahu pun lisan.Kesilapan bahasa berlaku disebabkan para pengguna bahasa kurang menguasai tatabahasa atau peraturan-peraturan bahasa berkenaan. Menurut Corder(1981) kesilapan bahasa merupakan bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Nik Safiah Karim(1980) pula mentakrifkan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah di persetujui,sama ada pada peringkat sebutan,pilihan kata atau susunan frasa atau ayat.
4.0 Kesilapan Penggunaaan Bahasa dalam struktur ayat 1. Rumus ayat pasif dengan pelaku ketiga ditandai oleh awalan di :

Tidak ada apa yang mereka risaukan waktu itu. Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang dia sendiri menetapkan. Semuanya dia kenal. Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu dari mana puncanya.

2. Jawapan sepatutnya:

Tidak ada apa yang 'dirisaukan (perkataan "oleh" jika tidak diletakkan juga betul)'waktu ini.

Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang 'ditetapkan oleh dia'. Semuanya dikenal oleh dia'. Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang'tidak tahu oleh dia'dari mana puncanya.

3. Kata ganti diri pertama dengan kata kerja pasif disisipkan kata lain:

Bola ini 'ditendang oleh saya'. Makanan ini kamu telah makan' ? Segala perubahan yang berlaku 'kita akan menghadapi' sama-sama. Page 3

KDPM-KDC

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi

4. Jawapan sepatutnya:

Bola ini saya tendang' . Makanan ini 'telah kamu makan' ? Segala perubahan yang berlaku 'akan kita hadapi' sama-sama.

Perkara yang diterangkan mesti mendahului penerang:

4.0

Kesilapan Penggunaan Bahasa dalam Papan Iklan

1)

Pembetulan : Jurujual dilarang Masuk

KDPM-KDC

Page 4

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi

2)

Pembetulan : Jurujual Wanita dikehendaki

3)

Pembetulan : Dilarang menggunakan telefon bimbit.

KDPM-KDC

Page 5

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi

4)

Pembetulan : Kawasan Larangan Dilarang Masuk jika tidak mendapat kebenaran.

5)

Pembetulan : Kedai Ikan dan Burung Chiang

KDPM-KDC

Page 6

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi

6)

Pembetulan : Perhatian Dilarang meletak kenderaan di hadapan pam angin. Terima kasih

7)

Pembetulan : Dilarang membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas.

8)
KDPM-KDC Page 7

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi

Pembetulan : Di sini ada menjual kupon letak kereta. Elakkan kenderaan anda daripada disita.

9)

Pembetulan : Pendaftaran Pra Sekolah dibuka sekarang SK Aminuddin Baki , Slim River Tarikh : Sehingga:

KDPM-KDC

Page 8

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi

10)

Pembetulan : Sila ikut laluan kiri jika tidak memotong.

KDPM-KDC

Page 9

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi

5.0

Kesilapan Bahasa dalam format Surat

KDPM-KDC

Page 10

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi


6.0 Pembetulan Surat Rasmi

Teresa Kok Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Tingkat 3 , Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 4000 , Shah Alam Selangor Darul Ehsan ______________________________________________________________ Rujukan Kami : KNR/PC/OGOS/2010 Tarikh : 4 Ogos 2010 Tuan,

Pembatalan Sidang Media Ke Program Ibu Tunggal Bersempena Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak

Dengan Segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2.

Dukacita dimaklumkan bahawa sidang media untuk bersama Yang Berhormat

Teresa Kok pada 8 Ogos 2010 (Ahad) pada jam 3 petang di MBA Lot- 5462 , Jalan Persiaran Puteri, Bandar Puteri adalah dibatalkan.

3.

Sebagai makluman, program tersebut telah ditunda ke bulan Oktober dan segala

kesulitan amatlah dikesali.

Sekian. Terima Kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

(Teh Hoon Keat) Penolong YB Teresa Kok KDPM-KDC Page 11

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi

7.0

Kesilapan Penggunaan Bahasa dalam Laman Sesawang

Laman sesawang: http://www.amirizzat.com/2010/12/sinopsis-filem-aku-masih-daraadakah.html Sinopsis Filem Aku Masih Dara

Aku Masih Dara' mengisahkan Sofea, Aleesya (Yana Shamsuddin) dan Hani (Diana Amir) yang bersahabat baik dan mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza. Sofea adalah anak kacukan yang tidak dididik dengan cara Islam kerana ibu dan bapanya mengamalkan cara hidup barat. Aleesya pula mempunyai didikan agama asas di mana dia tahu dan pandai menunaikan solat dan mengaji. Sementara Hani pula dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Seperti kebanyakan remaja sekarang ini, ketiga-tiga sahabat ini suka menghabiskan masa dengan berparti di kelab. Namun, kehadiran sepupu Aleesya, iaitu Firdaus telah membuatkan Sofea mula tertarik untuk mengenali Islam dengan lebih dekat. Sofea mula belajar mengaji dan solat. Malah, dia juga menukar penampilannya dengan bertudung. Perubahan yang dilakukan Sofea ini bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang kepada Aleesya dan Hani. Mereka mula memboikot Sofea dan menuduh Sofea berbuat demikian hanya kerana mahukan Ashraf sebagai teman lelaki. Satu insiden telah menyatukan ketiga-tiga sahabat ini semula. Jadi, anda perlu cari jawapannya di pawagam berhampiran. Kata-kata:

"Aku Masih Dara" merupakan filem yang berteraskan dakwah arahan Ahmad Idham memang bagus. Apa yang aku lihat berdasarkan trealer(betul ke eja?) filem ini memang bagus. Dari seorang gadis(sofea) yang liar menjadi seorang gadis yang kembali ke jalan yang benar.

KDPM-KDC

Page 12

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi


Tetapi..apa yang aku bimbang.. sesuai ke tidak filem ini ditonton bersama keluarga? Iya la kan, sebagai filem yang dibuat untuk memberi pengajaran mestilah hendak ditonton bersama keluarga. Apa yang aku lihat(contohnya gambar diatas) terdapat adengan di dalam kelab malam. Pelakon memakai pakaian yang mendedahkan aurat. Aku tahu sebagai pelakon mestilah kena ikut skrip dia tapi kan..Rasa macam tak kena caranya. Entah la..Nantilah aku tengok filem nie.. Sesuai ke tidak.. Tapi aku tengok gambar(diatas) tu..macam seksi je? Macam je....Huhu Mesti ada yang kata. "Bro, takkan la pergi kelab malam pakai baju kurung?" Aku jawap "Banyak lagi caranya hendak berdakwah.." kan? kan? Ops! Maaf..aku bukan nak tunjuk baik atau nak berdakwah disini.. Tak pasal-pasal kena saman dengan Jakim sebab tiada lesen hendak berdakwah. Nantilah..kita tengok ini filem..Selepas itu baru kita komen. Kan? kan? Tapi..haram tetap haram..aurat tetap aurat.. Pasti ada yang jawap. "Alaa..macam kau tak pernah tengok blue.." Entah..Haha..inilah akibat bisikan syaitan yang akan melagakan umat Nabi Adam.. kan?

KDPM-KDC

Page 13

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi


8.0 Pembetulan Kesilapan Laman Sesawang

Jenis Kesilapan

Kesalahan Tatabahasa

Pembetulan

1. Sofea kacukan.
Kesilapan Struktur

adalah

anak 1. Sofea ialah anak kacukan.

2. Dia juga penampilannya bertudung.

2. Dia juga menukar menukar penampilannya kepada dengan bertudung.

3. Sofea berbuat demikian 3. Sofea berbuat demikian hanya kerana mahu hanya kerana mahukan menjadikan Ashraf sebagai Ashraf sebagai teman lelaki. teman lelaki. 4. Jadi, anda perlu cari 4. Jadi, anda perlu mencari jawapannya di pawagam jawapannya di pawagam berhampiran. berhampiran. 5. Aku jawap 5. Aku menjawab

Kesilapan Kerana Pengaruh Lisan

1. Tetapi..apa yang aku bimbang.. sesuai ke tidak filem ini ditonton bersama keluarga?

1. Perkara dibimbangkan ialah ada filem ini sesuai tidak untuk tontonan keluarga.

yang sama atau seisi

2. Apa yang aku lihat(contohnya gambar diatas) terdapat adengan di dalam kelab malam. 3. Aku tahu sebagai pelakon mestilah kena ikut skrip dia tapi kan..Rasa macam tak kena caranya.

2. Apa yang dapat dilihat dalam gambar di atas ialah salah satu adegan di kelab malam. 3. Aku menyedari bahawa seorang pelakon harus mengikut skrip lakonan, tetapi haruslah bertepatan dengan caranya. 4. Aku akan menonton filem ini untuk memastikan sama ada filem ini sesuai untuk tontonan umum atau tidak kerana terdapat gambargambar yang tidak sesuai.
Page 14

4. Entah la..Nantilah aku tengok filem nie.. Sesuai ke tidak.. Tapi aku tengok gambar(diatas) tu..macam seksi je? Macam je....Huhu

KDPM-KDC

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi


5. "Bro, takkan la pergi 5. Abang, takkan pergi ke kelab malam pakai baju kelab malam dengan kurung?" memakai baju kurung? 6. "Banyak lagi caranya hendak berdakwah.." kan? kan? 7. Maaf..aku bukan nak tunjuk baik atau nak berdakwah disini.. Tak pasal-pasal kena saman dengan Jakim sebab tiada lesen hendak berdakwah. 8. Nantilah..kita tengok ini filem..Selepas itu baru kita komen. Kan? kan? Tapi..haram tetap haram..aurat tetap aurat.. 9. "Alaa..macam kau tak pernah tengok blue.." 10. Entah..Haha..inilah akibat bisikan syaitan yang akan melagakan umat Nabi

6. Benarkah terdapat banyak cara berdakwah? 7. Aku bukan mahu berpurapura baik atau mahu berdakwah, bimbang akan disaman Jakim kerana tiada lessen untuk berdakwah. 8. Kita harus menonton filem ini terlebih dahulu sebelum mengkritik. Tetapi, sesuatu yang haram tetap haram dan aurat tetap aurat. 9. Benarkah kamu tidak pernah menonton aksi yang melampaui batas? 10. Benarkah bisikan syaitan yang akan melagakan umat Nabi Adam?

KDPM-KDC

Page 15

Tugasan Bahasa Melayu Komunikasi

9.0

Rujukan

1. Awang Sariyan. Isu-isu Bahasa Malaysia, m.s. 263. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (1984). 2. Nik Safiah Karim . Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008) 3. Hussein Haji Ahmad. Pendidikan Dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1993) 4. Suffean Hussin. Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002) 5. Http://cintabahasa0507.blogspot.com/2012/04/situasi-31-kesalahan-pada-papantanda.html (Mac 2013) 6. http://duniacacamarba.blogspot.com/2010/09/inilah-surat-kontroversi-itu.html (Mac 2013) 7. http://www.amirizzat.com/2010/12/sinopsis-filem-aku-masih-dara-adakah.html (Mac 2013)

KDPM-KDC

Page 16

Anda mungkin juga menyukai