Anda di halaman 1dari 16

KOLEJ KESIHATAN

MIKROBIOLOGI SKMB 1113


PENGAJAR : CIK Siti

MORFOLOGI, HABITAT & KITARAN FILARIA


KUMPULAN A-TEAM

- Filaria adalah merupakan parasit yang boleh menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai filariasis ataupun penyakit untut. - Filaria atau cacing dewasa ini disebarkan ke dalam badan pesakit melalui vektor iaitu nyamuk. - Penyakit filariasis berlaku apabila mikrofilaria disebarkan melalui gigitan nyamuk betina infektif. - Cacing dewasa ini akan mendiami sistem limfatik.

PENGENALAN UNTUK FILARIA

PENYAKIT FILARIASIS

MORFOLOGI FILARIA
- Bagi cacing dewasa ;-

a) Struktur menyerupai rerambut/berbenang. b) Berwarna putih kekuningan. c) Cacing betina lebih besar daripada jantan. d) Tinggal dalam kelompok atau berdekatan.

e) Jangka hayat antara 5-10 tahun

- Bagi mikrofilaria ;a) Tidak berwarna/badan lutsinar. b) Sangat aktif/boleh menentang aliran darah. c) Berwarna merah jambu apabila dicelup dengan pencelupan Giemsa. d) Ukuran antara 290 x 7 mikron.

Habitat Filaria
- Cacing dewasa selalunya dijumpai di saluran limfatik dan kilang limfatik. - Mikrofilaria yang dihasilkan akan melalui saluran limfatik dan seterusnya memasuki sistem peredaran darah.

- Dalam perumah definitif (manusia), cacing dijumpai di saluran limfatik.


- Dalam perumah perantara (nyamuk), mikrofilaria akan melalui proses perkembangan.

KITARAN HIDUP FILARIA

- Perumah perantaraan (genera Culex, Anopheles, Mansonia) menghisap darah yang dijangkiti dan mikrofilaria akan masuk ke dalam perut nyamuk.

- Parasit ini kemudian memasuki dinding usus dan rongga badan lalu memasuki otot rongga dada.

- Pembentukan sarung larva berlaku dua hari kemudian dan larva peringkat kedua (L2) terbentuk dalam masa dua minggu.

- Larva kemudian memanjang dan cacing filaria sekunder peringkat ketiga terbentuk.

- Panjang cacing larva peringkat ketiga (L3) adalah 1.4 hingga 2 mm. - Larva peringkat ketiga bergerak daripada labium nyamuk menjangkiti perumah baru bila vektor ini menggigit.
- Ia memasuki kulit melalui luka hasil daripada gigitan nyamuk, dan menghasilkan larva peringkat keempat (L4) sehingga menghasilkan cacing jantan dewasa.

- Cara larva ini memasuki perumah tidak diketahui sepenuhnya tetapi ia berpindah daripada saluran limfa dan akhirnya kebanyakannya berada dalam kelenjar limfa di pangkal paha dan ke bahagian bawah badan manusia. - Cacing dewasa betina dan jantan mengawan dan melepaskan beribu-ribu mikrofilaria ke dalam darah dan seterusnya boleh dipindahkan ke dalam vektor nyamuk.

PEMBENTUKAN PERINGKAT VEKTOR.


i) Mikrofilaria bergerak daripada perut nyamuk ke otot torak dan melalui proses pembentukan L1 kepada L2.
ii) Pembentukkan L2 kepada L3 di dalam otot badan nyamuk . iii) L3 bergerak ke bahagian mulut.

PEMBENTUKAN PERINGKAT VERTEBRATA


i) Sarung mikrofilaria terlepas di dalam darah periferi. ii) L3 memasuki perumah melalui pembentukkan L4. iii) Filaria dewasa jantan dan betina L5 mengawan di dalam salur limfatik.

KESAN JANGKITAN FILARIA

TABURAN JANGKITAN FILARIASIS

Anda mungkin juga menyukai