Anda di halaman 1dari 24

KERANGKA AWAL TRANSLITERASI MESIN TEKS JAWI PADA BATU BERSURAT PIAGAM TERENGGANU (BBPT)

Che Wan Shamsul Bahri bin Che Wan Ahmad 2 Khairuddin bin Omar 3 Mohd Sanusi bin Azmi 4 Mohammad Faidzul bin Nasrudin 5 Mohd Zamri bin Murah 6 Hamdan bin Abdul Rahman
1,2,4,5,6

Pusat Teknologi Kecerdasan Buatan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia 1 cwshamsul@kuis.edu.my, {2ko, 4mfn, 5zamri, 6hamdan}@ftsm.ukm.my Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Malaysia 3 sanusi@utem.edu.my
3

Abstrak: Transliterasi adalah satu proses menukar perkataan daripada satu jenis tulisan kepada jenis tulisan yang lain dengan mengekalkan sebutannya. Biasanya ia melibatkan sekurangkurangnya dua bahasa iaitu bahasa sumber dan bahasa sasaran. Dalam konteks kajian ini, teks sumber adalah Jawi manakala teks sasaran adalah Rumi yang mana kedua-duanya dalam bahasa Melayu, bezanya adalah skrip penulisan yang digunakan. Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) menggunakan sistem ejaan Jawi sepenuhnya. Oleh kerana sistem ejaan ini menggunakan sistem ejaan yang berusia lebih kurang 700 tahun yang lepas, maka terdapat keperluan untuk mengkaji penggunaan transliterasi mesin yang mampu menterjemahkan ejaan Jawi lama kepada Rumi dengan lebih baik dan tepat sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Cadangan kaedah yang digunakan dalam transliterasi mesin Jawi ke Rumi adalah pemetaan aksara, teknik berasaskan petua dan senarai kata, dengan disepadukan model saluran hingar (noisy channel model) dan pendekatan analisis statistik. Kata kunci: Batu Bersurat Terengganu, transliterasi, transliterasi mesin, pemetaan aksara, teknik berasaskan petua, analisis statistik dan model saluran hingar.

1.0 PENDAHULUAN Transliterasi adalah penukaran huruf (perkataan dan sebagainya) daripada abjad sesuatu tulisan (misalnya tulisan Arab) kepada huruf yang selaras bunyinya dalam abjad sistem tulisan lain (misalnya Rumi), manakala mentransliterasikan pula bermaksud membuat atau menyediakan transliterasi (Kamus Dewan, 2005). Dengan erti kata lain, transliterasi merupakan satu kaedah mengubah perkataan dari satu bahasa kepada aksara atau simbol yang bersesuaian dalam bahasa tulisan lain. Lebih jelas lagi, transliterasi mestilah melibatkan sekurang-kurangnya dua teks atau skrip yang berbeza kerana transliterasi melibatkan teks sumber dan teks sasaran.

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

Dalam konteks Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT), proses transliterasi tidak melibatkan dua bahasa tetapi ia lebih kepada pertukaran bentuk daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi dalam bahasa Melayu. Walaupun sebahagian perkataan Jawi pada BBPT terdapat pengaruh bahasa Sanskrit (Abdul Razak Salleh, 2010), namun ia masih dalam bahasa Melayu kuno. Menurut Adi Yasran (2010), terdapat ramai pengkaji telah melakukan kajian terhadap BBPT antaranya Paterson (1924), Blagden (1924), Sheppard (1949), Muhammad Saleh (1956, 1978), Fatimi (1963), Syed Mohd. Naquib (1970), Omar Awang (1980), Hamdan Hassan (1984), Othman Mohd. Yatim dan Abdul Halim (1990), Hashim Musa (2006), Wan Ali Wan Mamat (2006) Adi Yasran, Wan Muhammad dan Mohd Sukki (2010) dan lain-lain lagi. Namun begitu, sehingga ke hari ini masih terdapat pelbagai versi transliterasi yang digunakan untuk mendapatkan maksud yang lebih tepat skrip Jawi pada BBPT. Dalam konteks negara kita, banyak transliterasi manual dilakukan bukan sahaja terhadap BBPT bahkan juga terhadap kitab-kitab Melayu lama bertulisan Jawi atau juga dipanggil juga sebagai proses perumian antaranya oleh Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah, Noraini Abu dan lain-lain lagi. Khazanah Fathaniyah (2012) menyatakan antara kitab yang telah ditransliterasi ke Rumi adalah Kitab Hidayatus Salikin Jilid 1-3, Al-Fatawal Fathaniyah Jilid 1-3, Dhiyaul Murid, Munyatul Mushalli, Faridatul Faraid, Hadiqatul Azhar War Rayahin, Al-Urwatul Wutsqa, dan Manhalush Shafi. Noraini Abu juga menjalankan ditransliterasi yang sama bagi kitab Anak Kunci Syurga, karya asal oleh Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indunisi AlMandili dan lain-lain lagi. Transliterasi juga dilakukan dalam teks Arab-Melayu. Mat (2010) telah melakukan transliterasi terhadap pelajaran bahasa Arab dan secara tidak langsung dapat membantu pelajar untuk menyebut perkataan dalam bahasa Arab walaupun pelajar tersebut tidak mempunyai asas dalam bahasa Arab. Ini kerana menurut beliau, bukan sahaja di kalangan orang Islam yang belajar bahasa Arab, malah kursus tersebut juga turut diambil oleh pelajar bukan Islam di peringkat pengajian tinggi.

1.1 Proses Transliterasi Terdapat kaedah yang sistematik dalam proses pentransliterasian. Menurut Ahmad Nazuki (2006) transliterasi mempunyai sistemnya yang tersendiri. Menurut Catford (1996) pula, terdapat tiga langkah dalam proses menentukan sistem transliterasi iaitu : a. Huruf bahasa sumber digantikan dengan unit fonologi bahasa sumber. b. Unit fonologi bahasa sumber diterjemah kepada unit fonologi bahasa sasaran(target). c. Unit fonologi bahasa sasaran ditukarkan kepada huruf bahasa sasaran atau unit grafologi lain. Rajah 1 di bawah adalah proses umum bagi transliterasi iaitu melibatkan teks sumber dan teks sasaran.

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

Teks Sumber

TRANSLITERASI

Teks Sasaran

Rajah 1 : Proses umum bagi transliterasi

1.2 Transliterasi Mesin terhadap Batu Bersurat Piagam Terengganu Sebagaimana yang dikatakan oleh Adi Yasran (2010) sebelum ini, terdapat ramai pengkaji yang melakukan transliterasi terhadap BBPT. Oleh kerana sehingga ke hari ini masih terdapat pelbagai tafsiran dalam proses transliterasi BBPT, kertas ini cuba mencadangan satu kerangka kajian transliterasi mesin untuk menambah baik hasil transliterasi yang sedia ada. Terdapat banyak kajian dalam bidang transliterasi mesin di dunia ini, namun kajiannya dalam konteks bahasa Melayu masih kurang dan terdapat ruang kajian yang luas terutamanya yang melibatkan transliterasi Jawi ke Rumi. Transliterasi mesin diperlukan memandangkan ejaan Jawi yang digunakan begitu lama bukannya Jawi Zaba mahupun Jawi moden seperti hari ini. Oleh hal yang demikian, proses transliterasinya juga amat berbeza. Walaupun BBPT terdiri daripada empat muka sahaja yang mempunyai ukiran Jawi, namun proses transliterasinya begitu kompleks. Terdapat gangguan (noise) pada skrip asal BBPT kerana faktor masa dan cuaca. Ini memandangkan ketika ditemui, usia BBPT hampir 600 tahun daripada tarikh ianya selesai dipahat (Wikipedia, 2012). Antara kesan daripada faktor jarak masa yang begitu lama, sebahagian huruf dan titiknya kabur (tidak jelas), manakala sebahagian penjuru batu tersebut menjadi serpihan, hilang dan tidak dijumpai hingga kini (Othman et al., 2007). Oleh kerana usianya begitu lama, faktor geografi seperti bencana alam, hakisan, banjir besar dan lain-lain lagi menjadi penyumbang kepada kemerosotan kualiti skrip Jawi pada BBPT.

1.3 Kepentingan Kajian Transliterasi Proses pentransliterasian sangat penting untuk mengetahui sebutan yang betul bagi sesuatu perkataan terutamanya istilah Arab atau Islam yang khusus dalam bidang ilmu tertentu, petikan lafaz, dan kata nama khas seperti nama orang atau tokoh, tajuk buku, nama tempat, nama jalan dan sebagainya yang berasal daripada bahasa asal suatu negara (Wikipedia, 2012). Terdapat banyak kepentingan transliterasi mesin antaranya : i. Mempercepatkan proses penterjemahan daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Dengan transliterasi mesin, skrip sumber seperti Jawi lama dapat dirumikan dengan cepat.

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

ii. Menggali khazanah lama dalam tulisan Jawi terutamanya kitab Melayu dan manuskripmanuskrip lama sangat berharga. Mutakhir ini terdapat usaha untuk mendigitalkan teksteks dan manuskrip Melayu lama. Koleksi tersebut kebanyakan menggunakan skrip Jawi dan sebahagiannya sukar difahami dan memerlukan transliterasi yang teliti dan tepat. iii. Transliterasi membantu orang yang tidak tahu membaca sesuatu sistem tulisan untuk menyebutnya. Ini secara tidak langsung membantu mereka yang tidak mahir Jawi untuk mendapat padanan Rumi. Di kalangan generasi muda hari ini ramai yang buta Jawi. Peranan transliterasi amat diperlukan oleh mereka. iv. Mencari padanan yang sesuai bagi perkataan baru yang tiada dalam perbendaharaan. Finch et al. (2008) menyatakan masalah utama dalam transliterasi mesin adalah untuk menyelesaikan perkataan yang tiada dalam perbendaharaan kata (out of vocabulary). Perkataan inilah yang perlu ditransliterasi dengan teliti agar tidak jauh bezanya daripada sebutan yang sebetulnya. Dari sudut BBPT, signifikan kajian transliterasi mesin adalah untuk mendapatkan padanan yang tepat bagi skrip Jawi semasa proses pentransliterasian berlaku agar hasilnya satu skrip Rumi yang menepati maksud penulis atau pemahat BBPT.

1.4 Kajian Transliterasi Mesin Dalam Bahasa Melayu (Rumi-Jawi dan Sebaliknya) Walaupun kajian terhadap transliterasi mesin sudah lama di Malaysia, namun perkembangannya agak perlahan terutamanya yang melibatkan bahasa Melayu berbanding dengan bahasa-bahasa asing. Antara kajian dalam bahasa Melayu adalah (Khirulnizam, 1999) iaitu untuk menukar ejaan Rumi kepada Jawi. Turut mengkaji pertukaran tersebut adalah (Ab. Nasir, 1998) melalui Sistem Pertukaran Tulisan Jawi ke Rumi. Kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu menggunakan teknik pemetaan aksara secara padanan terus iaitu a untuk , b untuk dan begitulah seterusnya. Oleh yang demikian, terdapat banyak perkataan yang tidak dapat ditukarkan dengan tepat dalam proses pentransliterasian mesin tersebut. Berbeza dengan kajian sebelum ini, Yonhendri (2009) menggunakan teknik transliterasi mesin berasaskan petua (rule based) dalam kajian menukar ejaan Rumi kepada Jawi. Setiap perkataan Rumi diproses mengikut pola ejaannya dalam Jawi. Perkataan tersebut terlebih dahulu dibahagikan kepada sukukata, kemudian sukukata tersebut dipadankan dengan petua Jawi untuk ditukarkan kepada ejaan Jawi sebagaimana Rajah 2. Berdasarkan hasil uji kaji beliau, terdapat perkataan Jawi yang tidak dapat ditukarkan dengan tepat kerana beberapa masalah iaitu : i. ii. iii. iv. Kata pinjaman daripada Arab Kata pinjaman daripada Inggeris Kesukaran membezakan vokal e-taling dan e-pepet Kesukaran membezakan hentian glottis sama ada atau .

Dalam perbendaharaan Jawi, sesetengah perkataan tergolong sebagai lampau hukum. Ejaan perkataan ini tidak tertakluk kepada petua Jawi. Inilah di antara kesukaran yang dihadapi oleh Yonhendri kerana sistem ejaan Jawi yang begitu unik sifatnya. Rajah 2 di bawah menunjukkan seni bina enjin transliterasi yang dibangunkan oleh beliau.
Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia. 4

Perkataan

Pemprosesan Kata Pemprosesan Kata (Cantasan)

Awalan

Kata Dasar

Akhiran

Pemetaan Unicode

Token

Suku Kata

Petua

Pemetaan Unicode

Pemetaan Unicode

Proses Transliterasi

Jawi

Jawi

Jawi

Penggabungan Penggabungan

Perkataan Jawi

Rajah 2 : Senibina enjin transliterasi Rumi ke Jawi Sumber : (Yonhendri, 2009)

Hasil kajian Nik Muhammad (2011) pula hampir sama dengan Yonhendri (2009) kerana pendekatan mereka hampir serupa iaitu menggunakan teknik berasaskan petua. Walaubagaimanapun, transliterasi oleh Nik Muhammad lebih tepat kerana kelebihan pada kamus dalam transliterasinya. Hasil transliterasi Nik Muhammad dapat dilihat melalui laman sesawang www.ejawi.net dan banyak penambahbaikan dilakukan. Walaubagaimanapun, transliterasi Nik Muhammad masih tidak dapat membezakan perkataan e taling dan juga e pepet jika perkataan tersebut tiada dalam kamusnya. Semua kajian yang dibincangkan di atas adalah melibatkan pertukaran daripada skrip Rumi kepada Jawi. Tidak ramai di kalangan pengkaji di Malaysia membuat kajian terhadap pertukaran skrip Jawi kepada Rumi. Ia dipanggil sebagai transliterasi ke belakang (back transliteration). Suhailan Safei (2000) membuat kajian transliterasi Jawi ke Rumi. Setiap aksara Jawi dipetakan secara terus dan kemudiannya dilakukan proses pembetulan atau semakan. Kajian beliau lebih tertumpu kepada Jawi moden yang digunakan pada hari ini.

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

Di kalangan pengkaji baru, terdapat kajian transliterasi Jawi lama kepada Jawi baru antaranya oleh Ahmad (2007) dan Juhaida (2008). Kajian Ahmad (2007) menjadikan kitab Nazam yang telah didigitalkan terlebih dahulu sebagai bahan kajian. Ahmad menggunakan model cantasan dan tapisan iaitu untuk melakukan proses pengakaran dan pengasingan di antara perkataan Jawi lama dan Jawi baru berdasarkan satu pangkalan data Jawi lama yang dibina. Hasil perbandingan tersebut akan dijadikan sebagai output. Manakala Juhaida (2008) pula menggunakan transliterasi berasaskan grafem dalam kajiannya pada hikayat Merong Mahawangsa. Dengan kaedah grafem, Juhaida menukar aksara sumber kepada aksara sasaran. Beliau berjaya menukar huruf kepada huruf bagi perkataan Jawi lama yang sepatutnya menggunakan grafem p dalam Rumi berbanding f. Ini kerana kebanyakan skrip Jawi lama tidak membezakan fonem p dan f. Juhaida dapat mengurangkan perbezaan Jawi lama dan Jawi baru.

1.5 Kajian Transliterasi Mesin dalam Bahasa Asing Terdapat banyak kajian transliterasi mesin dalam bahasa asing seperti Urdu, Hindi, Punjabi, Arab, English, Korea, Jepun, China, Thai dan lain-lain lagi. Dalam dunia ini, terdapat bahasa yang sama percakapannya tetapi menggunakan skrip penulisan yang berbeza seperti bahasa Melayu (Rumi) mempunyai sebutan yang sama tetapi berlainan skrip penulisannya dengan Jawi. Contoh lain juga adalah bahasa Urdu dan Hindi. Apa yang menarik dalam bahasa Urdu dan Hindi, orang Pakistan faham apabila melihat filem Hindi iaitu melalui percakapan (suara), tetapi mereka tidak tahu membaca tulisan Hindi dan begitulah sebaliknya (Bushra Jawaid et al., 2009). Ini kerana bahasa kebangsaan Pakistan adalah Urdu manakala bahasa kebangsaan India pula adalah Hindi (Malik et al., 2008). Berdasarkan Rajah 3, Malik et al. (2008) menggunakan Finite-State Transducer (FST) dalam transliterasi antara dialek. Menurutnya, FST sangat efisien dalam pasangan bahasa Hindi-Urdu. Beliau juga menggunakan transkripsi perantara sejagat (Universal Intermediate TranscriptionUIT) dalam kajiannya. UIT adalah satu skima untuk menukar teks dalam Hindi, Urdu, Punjabi dan seumpamanya. Kajian Ahmed (2009) adalah untuk menukar perkataan daripada Urdu yang menggunakan skrip Roman kepada skrip Urdu. Beliau menggunakan pendekatan berasaskan senarai perkataan (word list based approach) dan petua pemetaan skrip Roman ke Urdu. Menurutnya, walaupun skrip Roman adalah bukannya skrip rasmi, namun penggunaannya agak meluas kerana pengaruh bahasa Inggeris. Cabarannya, skrip Roman bagi Urdu adalah tidak mengikut piawaian yang khusus.

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

Rajah 3 : Senibina Transliterasi Hindi Urdu Sumber : (Malik et al., 2008) Ahmed (2009) juga mencadangkan beberapa penambahbaikan dalam sistem Malik et al. (2008) dan juga pada Hindi to Urdu Transliterator, oleh Center for Research in Urdu Language Processing (CRULP), dengan memperkenalkan pra-pemprosesan dan pasca pemprosesan untuk mendapatkan transliterasi yang lebih baik. Malik et al. (2009) seterusnya memperkenalkan model hibrid untuk transliterasi Urdu Hindi. Pendekatan model hibrid ini adalah menggabungkan teknik berasaskan finite-state machine (FSM) dengan pendekatan berasaskan model statistical word language. Kajian Al-Onaizan et al. (2002) pula adalah untuk menukar entiti nama dari bahasa Arab kepada bahasa Inggeris dengan menggunakan sumber kedua-dua bahasa. Frasa yang melibatkan entiti nama adalah sangat sukar untuk ditransliterasi kerana tiada dalam kamus kedua-dua bahasa berkenaan. Dua langkah utama digunakan di dalam sistem ini ialah dengan memasukkan entiti nama yang terdiri daripada nama tempat, nama organisasi dan nama orang dalam bahasa sumber, algoritma akan mula menjelajahi calon terjemahan (translation candidates) di dalam senarai menggunakan sumber dari kedua-dua bahasa dan satu bahasa. Kemudian, senarai calon akan dikira semula (candidates re-ranker) menggunakan kunci yang lain dalam sumber satu bahasa untuk mendapatkan hasil yang tepat. Proses terjemahan digambarkan pada Rajah 4.

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

Rajah 4 : Senibina terjemahan nama Arab Inggeris Sumber : (Al-Onaizan et al., 2002) Transliterasi Jawi-Rumi adalah berbeza dengan Urdu-Hindi walaupun sama dari segi skrip sumbernya iaitu teks Arab-Parsi. Sebahagian perkataan Jawi mengandungi huruf vokal dan sebahagian yang lain pula sebaliknya. Tidak semua sukukata dalam Jawi memerlukan huruf vokal kerana terdapat peraturan tertentu dalam kaedah penulisannya. Transliterasi Jawi-Rumi juga berbeza dengan kajian Al-Onaizan dan Knight (2002) iaitu transliterasi Arab-Inggeris kerana ia hanya menukar entiti nama sahaja untuk kedua-dua bahasa tersebut. Kaedah penulisan Jawi dan Arab juga berbeza kecuali pada perkataan Jawi yang menggunakan kata pinjaman Arab. Perkataan pinjaman Arab pula sebahagiannya dikekalkan ejaannya mengikut ejaan bahasa Arab dan sebahagiannya pula dieja mengikut sebutan Melayu. Jadual 1 di bawah adalah ringkasan kajian oleh beberapa pengkaji dalam bidang tranliterasi mesin. Jadual 1 : Ringkasan Beberapa Kajian Transliterasi Mesin Pengkaji Ab. Nasir (998) Transliterasi Rumi Jawi Model Menggunakan kaedah pemetaan aksara (character mapping) Menggunakan kaedah pemetaan aksara (character mapping) Kelemahan Tidak menyokong sebahagian aksara Jawi Tidak menyokong sebahagian aksara Jawi Hasil Tidak dinyatakan

Khirulnizam (1999)

Rumi Jawi

Tidak dinyatakan

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

Suhailan (2000)

Jawi - Rumi

Padanan Aksara dan Pembetulan Teknik tapisan dan Cantasan

Ahmad (2007) Jawi lama Jawi baru

Juhaida (2008) Yonhendri (2009) Malik et al. (2008)

Jawi lama Jawi baru Rumi - Jawi Urdu Hindi

Berasaskan grafem

Berasaskan petua

Pendekatan transduser

Ahmed (2009) Hindi Urdu Malik et al. (2010) Urdu Hindi dan lain-lain

Senarai kata, berasaskan petua Finite state machine, model statistik bahasa perkataan

Perlu proses pengoptimuman untuk betul ralat Perlu senarai ejaan Jawi lama yang berbeza dengan Jawi baru Hanya menukar sebahagain huruf sahaja Sebahagian perkataan Jawi tidak tepat Perlu kepada Universal Intermediate Transciption (UIT) Memerlukan satu senarai kata Perlu kepada Universal Intermediate Transciption (UIT)

Tidak dinyatakan 90.6%

82%

70.7%

97.5%

Tidak dinyatakan 83.9%

2.0 KERANGKA TRANSLITERASI MESIN JAWI -RUMI (TeJaR) PADA BBPT 2.1 Kerangka Cadangan Kajian Dalam pembangunan transliterasi mesin Jawi ke Rumi pada BBPT, pengkaji perlu membina kerangka kajian supaya kajian yang akan dilakukan lebih berstruktur dan mencapai sasaran yang dikehendaki. Rajah 5 di bawah menunjukkan cadangan kerangka awal kajian transliterasi mesin untuk Jawi lama ke Rumi pada BBPT. Kajian literatur penting untuk melihat sejauhmana status kajian kini terhadap transliterasi mesin dalam bahasa-bahasa lain di dunia ini. Kajian terkini dalam bahasa Melayu juga perlu ditelusuri terutamanya yang melibatkan transliterasi Jawi sama ada lama dan baru. Dicadangkan juga penggunaan model analisis statistik dalam mendapatkan ketepatan ejaan Rumi (skrip sasaran) dengan dibantu oleh model saluran hingar (noisy channel model).

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

Transliterasi Mesin Jawi Rumi

Kajian Literatur Pembangunan Model Transliterasi Pemprosesan Kata Transliterasi Pasca Transliterasi

Pengujian

Rajah 5 : Cadangan Kerangka Kajian Transliterasi Jawi ke Rumi (TEJaR) pada BBPT Rajah 6 di bawah pula menunjukkan proses-proses yang terlibat di dalam kerja-kerja pentransliterasian JawiRumi (TEJaR) pada BBPT.

Input Teks Jawi BBPT


Senarai kata Jawi (Arab)

Tokenisasi
Senarai kata Jawi (kecuali)

Pengakaran

Ejaan Tradisi

Semak kata

Petua Jawi

Padanan

Model Saluran Hingar Ouput Teks Melayu Rumi

Rajah 6 : Model cadangan transliterasi mesin untuk Jawi Rumi (TEJaR)


Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia. 10

Senarai Kata

Berasas Petua

Pemetaan Aksara

(Transliterasi Jawi ke Rumi)

Rajah 7 : Ringkasan model transliterasi untuk Melayu Jawi Rumi (TEJaR)

Berdasarkan Rajah 7 di atas, terdapat pendekatan senarai kata. Pendekatan ini juga digunakan oleh (Ahmed, 2009) dalam transliterasi Roman ke Urdu. Pendekatan senarai kata digunakan kerana ia memberi transliterasi yang lebih baik kepada huruf Arab-Parsi yang mana menggunakan bunyi yang hampir sama walaupun cara penulisannya sedikit berbeza dalam skrip Urdu. Beliau juga menggunakan sistem berasaskan petua (rule based system) untuk transliterasi tersebut.

2.2 Langkah-Langkah Yang Terlibat Dalam Pentransliterasian Jawi Ke Rumi Dalam pentransliterasian mesin Jawi ke Rumi terdapat beberapa proses kerja yang terlibat daripada teks asal atau teks sumber kepada hasil akhir iaitu teks sasaran. Berikut adalah penerangan ringkas berkenaan langkah-langkah yang terlibat di dalam proses pentransliterasian Jawi ke Rumi.

a. Input Teks Jawi daripada Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT). Contohnya : b. Tokenisasi Tokenisasi adalah merupakan proses untuk mendapatkan perkataan demi perkataan sebagaimana Rajah 8. Ia juga dipanggil sebagai segmentasi. Proses ini penting kerana sebahagian skrip Jawi lama tidak mempunyai jarak antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

11


Kata7 Kata6 Kata5 Kata4 Kata3 Kata2 Kata1

Rajah 8 : Tokenisasi

c. Proses Pengakaran Jawi Pengakaran perkataan adalah satu proses analisis morfologi di bawah pemprosesan bahasa tabii sebelum dijalankan analisis sintaks dan semantik (T.M.T.Sembok, 2005). Proses pengakaran Jawi sebagaimana Rajah 9 adalah bertujuan mendapatkan kata akar atau kata dasar sesuatu perkataan Jawi (Suliana Sulaiman et al., 2011). Setiap perkataan yang telah ditokenkan boleh jadi terdiri daripada imbuhan, sama ada depan atau belakang, atau kedua-duanya sekali. Perkataan *adalah ejaan Jawi lama untuk teguh. Perkataan Berimbuhan

(meneguhkan)

Pengakaran (keluarkan imbuhan me..kan)

+ +
(me + neguh + kan)

Kata Akar

*
(teguh)

Rajah 9 : Proses Pengakaran Jawi Rajah 10 di bawah menunjukkan bagaimana pengakaran pada perkataan ( medudukan) untuk mendapatkan kata akar duduk. Perkataan *adalah ejaan Jawi lama untuk duduk.

Rajah 10 : Proses pengakaran Jawi

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

12

d. Senarai kata Jawi pinjaman Arab Senarai Kata Jawi Pinjaman Arab merupakan satu senarai perkataan Jawi pinjaman daripada perkataan Arab yang lengkap. Contohnya: perkataan ( Rasulullah) adalah kata pinjaman Arab, oleh itu menggunakan pendekatan senarai kata. Perkataan Jawi

Padanan Rumi Rasulullah Sallahu alai wasalam Islam fardhu

e. Senarai Perkataan Jawi sama ada tergolong dalam ejaan tradisi atau sebaliknya Senarai ejaan tradisi merupakan satu senarai perkataan Jawi menggunakan ejaan tradisi. Menurut (Ismail Dahaman, 1991) ejaan ini tidak mengikut petua Jawi. Berikut adalah antara senarainya :


Perkataan Jawi


f. Padanan Jawi Ke Rumi

Padanan Rumi Ini pada

Jika perkataan tersebut ada dalam senarai kata, padanan ruminya akan diperoleh. Sebaliknya, bagi perkataan Jawi yang tidak terdapat dalam senarai kata, ia akan melalui proses seterusnya. Pada asasnya, setiap aksara Jawi mempunyai padanan Rumi. Sebagai contoh pada Jadual 2 di bawah dan bahagian Lampiran 1. Pemetaan atau padanan aksara boleh ditentukan dalam proses pentransliterasian (Josan et al., 2011). Aksara sumber boleh dipadankan secara terus dengan aksara sasaran sebagaimana Jadual 2 di bawah. Jadual 2 : Pemetaan Aksara ke Aksara Aksara Jawi Padanan Rumi a b t ... ... w, u, o y

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

13

Walaubagaimanapun, tidak semua aksara tersebut boleh dipetakan secara terus. Ini kerana aksara Jawi amat berbeza dengan aksara Rumi. Aksara Jawi mempunyai peranan yang berbeza bergantung kepada kedudukannya. Sebagai contoh, huruf , , boleh bertindak sebagai vokal dan juga sebagai konsonan. Sebagai contoh huruf mengandungi tiga padanan Rumi berdasarkan Jadual 2 di atas iaitu w, u, dan o . Justeru itu, di sinilah keperluan untuk menggunakan pendekatan berasaskan petua. g. Kata Kepada Sukukata Setiap kata akar yang diperoleh dan tiada dalam senarai kata akan melalui proses ceraian kata kepada suku kata. Tujuannya untuk mengenalpasti pola ejaan Jawi tersebut. h. Semak Petua Jawi Setiap suku kata yang diperoleh akan disemak samada mematuhi petua Jawi atau sebaliknya. Sekiranya memenuhi petua Jawi, padanan ruminya akan diperoleh berdasarkan petua Jawi tersebut. i. Berasaskan Konteks Perkataan yang tidak mematuhi petua ejaan Jawi atau mencurigakan akan ditransliterasi mengikut konteks. Antara perkataan yang menggunakan transliterasi berasaskan konteks adalah perkataan yang homograf sama ada homograf hakiki yang terdapat di dalam ejaan Jawi atau sebaliknya. j. Model Saluran Hingar (Noisy Channel Model) Model noisy channel adalah satu kerangka yang digunakan dalam penyemak ejaan (spell checker), pengecaman ucapan (speech recognition) dan penterjemahan mesin (Wikipedia, 2012). Dalam TeJaR, model ini mampu memberi ketepatan dalam transliterasi. Antara kebolehannya adalah mengesan: i. ii. iii. iv. Huruf yang tertinggal, contohnya manga, sebetulnya mangga Huruf terlebih, contohnya malass, sebetulnya malas Pertukaran kedudukan huruf, contohnya maalng, sebetulnya malang Penggantian huruf, contohnya macan, sebetulnya macam

k. Pendekatan Analisis Statistik Pendekatan analisis statistik dilihat sebagai salah satu penyelesaian dalam menilai ketepatan transliterasi mesin berpandukan kepada dua korpus pada kedua-dua skrip. Google telah beralih menggunakan pendekatan ini dalam mesin terjemahan mereka sejak tahun 2007. l. Output Output yang akan dihasilkan oleh transliterasi mesin Jawi Rumi (TeJaR) adalah teks Rumi bahasa Melayu.

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

14

Jadual 3 : Contoh jangkaan output transliterasi mesin pada BBPT, Muka A Baris 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Muka A


Rasulullah dengan yang orang sanabi mereka


Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam


Dengan benar bicara derma meraksa bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya


Di Benuaku ini penentu agama Rasulullah sallallahi wassalama raja


Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam


Buhumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda


Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar


Bicara berbajiki benua penentua itu maka titah Seri Paduka


Tuhan medudukan Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada


Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan disasanakala


Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua

2.3 Contoh proses kerja TeJaR Jadual 4 : Gambaran proses kerja TeJaR Jawi Rumi Rasulullah dengan Penerangan Perkataan pinjaman Arab -menggunakan senarai kata Jawi pinjaman Arab -menggunakan petua Jawi Pola kkk (k= konsonan) kv1kv2k, v1= e, v2=a = d , = ng , = n -menggunakan petua Jawi Pola kk kv1k, v1= a = y , = ng -menggunakan petua Jawi Pola vvkk v1v2kv3k, v1 v2= o, v3= a = o , = r , = ng
15

yang

orang

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

senabi mereka

-menggunakan teknik padanan terus Pola kkvkv kv1kv2kv3, v1= e, v2= a, v3= i = s , = n, = a , = b , = i Perkataan Jawi tradisi - menggunakan senarai kata Jawi tradisi

3.0 CABARAN DALAM PROSES TRANSLITERASI MESIN DALAM KONTEKS BBPT 3.1 Skrip Jawi lama Antara masalah utama dalam pentransliterasian BBPT adalah penentuan skrip itu sendiri. Oleh kerana BBPT telah berusia hampir 600 tahun ketika ditemui, maka kualiti skrip yang terdapat padanya juga terjejas. Sebahagian aksara sukar dikenalpasti kerana tidak mempunyai titik. Oleh itu, pengkaji ingin mencadangkan teknik analisis statistik digunakan dalam menentukan perkataan dalam skrip Jawi pada BBPT. 3.2 Kaedah Garis Dasar (Pemetaan Aksara ke Aksara) Antara masalah utama dalam transliterasi mesin adalah tiada padanan yang tepat bagi setiap aksara pada kedua skrip sumber dan skrip sasaran. Menurut (Hamdan Abdul Rahman, 1999) terdapat tiga huruf telah digunakan sebagai lambang vokal Melayu berdasarkan kepanjangan vokal iaitu , dan sebagaimana Jadual 5 di bawah.

Jadual 5 : Vokal Jawi dan padanan Rumi Vokal Jawi Rumi a, e u, o, w Contoh Perkataan Jawi Padanan Rumi anak emak burung botol mewah bila belon yang nasionalisme udang orang ekor ikan

( depan) ( depan)

i, e, y e u, o i, e

Uniknya, sebahagian sukukata Jawi tidak menggunakan huruf vokal di dalam sistem ejaannya sebaliknya terdapat petua tertentu dalam pengejaannya sebagaimana contoh ayat dibawah :

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

16


(Saya orang kaya) Rajah 11 : Contoh transliterasi mudah

Sebelum hasil transliterasi diperoleh sebagaimana pada Rajah 11, pemetaan aksara Jawi-Rumi dilakukan terlebih dahulu sebagaimana pada Jadual 6 sebelum mendapat padanan yang tepat dengan menggunakan kaedah berasaskan petua. Ia tidak hanya melibatkan satu proses sahaja.

Jadual 6 : Contoh pemetaan Jawi-Rumi Perkataan Jawi Pemetaan Aksara ke Aksara Padanan Rumi say saya orng orang kay kaya 3.3 Pola Ejaan Tidak dinafikan sistem ejaan Jawi moden mengadungi pola atau petua ejaanya yang tersendiri. Namun harus diingat, sebahagian ejaan Jawi lama tidak begitu. Ejaan Jawi lama bergantung kepada pengalaman penulis dan apa yang penting penulisannya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain. Tiada panduan khusus dalam penulisan Jawi pada masa tersebut. Oleh yang demikian, kaedah penulisannya sedikit berbeza di antara satu penulis dengan penulis yang lain. 3.4 Homograf Dan Ketidaktentuan Homograf adalah dua atau lebih perkataan yang dieja sama tetapi tidak semestinya sama sebutannya dan mempunyai makna dan asalnya yang berbeza. Ia bukan sahaja berlaku di dalam ejaan Jawi bahkan juga di dalam ejaan Rumi. Dalam Jawi terdapat homograf kekal atau juga dipanggil sebagai homograf hakiki. Contohnya seperti Jadual 7 yang dipetik daripada Jadual Ejaan Jawi, (Konvensyen Tulisan Jawi, 1991).

Jadual 7 : Senarai perkataan Jawi yang homograf hakiki Perkataan Jawi Padanan Rumi golong gulung biro biru bilik belek titik tetek
17

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

ciri ceri burung borong gilang gelang kuku koko kelih kuliah asa esa

Dalam konteks BBPT, terdapat banyak homograf memandangkan skrip Jawi pada BBPT adalah skrip Jawi lama. Jadual 8 berikut adalah senarai homograf pada muka A, BBPT. Jadual 8 : Senarai perkataan Jawi yang homograf dalam BBPT (Muka A) Jawi Rumi Asa Esa menegahkan meneguhkan ani ini tahan tahun saratan suratan seratan tujah tujuh ratas ratus

4.0 PENUTUP Daripada perbincangan di atas dapat dilihat satu keperluan untuk mendapatkan transliterasi yang lebih bersifat sistematik dengan menggunakan kaedah saintifik terhadap skrip Jawi pada BBPT. Kerangka transliterasi mesin yang dicadangkan dalam kajian ini adalah menggunakan pendekatan analisis statistik dan model saluran hingar (noisy channel model) untuk mendapatkan ejaan yang lebih tepat terutamanya dalam menangani perkataan-perkataan yang homograf dalam ejaan Jawi lama. Kajian ini diharapkan dapat memanfaatkan kemudahan sains dan teknologi dalam usaha untuk mendapatkan transliterasi yang lebih baik.
Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia. 18

5.0 PENGHARGAAN Ucapan terima kasih ditujukan kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kerana menyediakan dana untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di bawah Skim Latihan Akademik Kakitangan KUIS (SLAK) dan juga tidak dilupakan pihak Muzium Terengganu kerana telah menanggung keseluruhan pembiayaian seminar ini. SENARAI RUJUKAN Ab. Nasir Abdul Aziz. 1998. Sistem pertukaran tulisan Rumi ke Jawi. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Abdul Razak Salleh. 2010. Batu Bersurat Piagam Terengganu dari perspektif Matematik. Seminar Batu Bersurat Terengganu. Muzium Terengganu. 18-19 April. Adi Yasran Abdul Aziz, dan Nurhidayah Jumaat. 2010. Sistem ejaan Jawi dan kosa kata pada Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT). Jurnal ASWARA 5 (1):3-17. Ahmad, Che Wan Shamsul Bahri C W. 2007. Penterjemah Jawi lama kepada Jawi baru. Tesis Sarjana, Fakulti Teknologi dn Sains Maklumat, Universiti Kebangsaaan Malaysia. Ahmad Nazuki@ Marzuki Yaakub, Adam Mat, dan Azman Che Mat. 2006. Penggunaan kaedah transliterasi dalam buku teks bahasa Arab: satu kajian kes. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara. Ahmed, T. 2009. Roman to Urdu transliteration using word list. Conference of Language and Technology 2009, hlm. 1-8. Al-Onaizan, Yaser, dan Knight, Kevin. 2002. Machine transliteration of names in Arabic text. Proceedings of the ACL-02 Workshop on Computational Approaches to Semitic Languages, hlm. 34-36. Bushra Jawaid, dan Tafseer Ahmed. 2009. Hindi to Urdu conversion: beyond simple transliteration. Conference on Language & Technology 2009, hlm. 24-31. Catford, J. C. 1996. Teori linguistik bagi penterjemah. Pent. Uma a/p Iyawoo dan Koh Chung Gaik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Finch, Andrew, dan Eiichiro, Sumita. 2008. Phrase-based machine transliteration. Workshop on Technologies and Corpora for Asia-Pacific Speech Translation (TCAST), hlm. 13-18. Hamdan Abdul Rahman. 1999. Panduan menulis dan mengeja Jawi. ed 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Dahaman. 1991. Pedoman ejaan Jawi yang disempurnakan (1986). Konvensyen Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Josan, G.S., dan Kaur, J. 2011. Punjabi to Hindi statistical machine transliteration. International Journal of Information Technology 4 (2):459-463.
Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia. 19

Juhaida Abu Bakar. 2008. Transliterasi Jawi lama kepada Jawi baru berasaskan grafem (kajian kes pada Hikayat Merong Mahawangsa). Tesis Sarjana, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaaan Malaysia. Kamus Dewan. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khazanah Fathaniyah. 2012. Khazanah Islam klasik dan moden. http://koleksikf.blogspot.com/2010/04/koleksi-karya-hj-wan-mohd-shaghir_14.html [8 Mac 2012]. Khirulnizam Abd Rahman. 1999. Editor : Rumi kepada Jawi. Tesis Sarjana Muda, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Konvensyen Tulisan Jawi. 1991. Jadual ejaan Jawi. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Malik, M. G. Abbas, Boitet, Christian, dan Bhattacharyya, Pushpak. 2010. Finite-state scriptural translation. 23rd International Conference on Computational Linguistics: Posters, at Beijing, China, hlm. 791-800. Malik, M.G., Boitet, C., dan Bhattacharyya, P. 2008. Hindi Urdu machine transliteration using finite-state transducers, 22nd International Conference on Computational Linguistics (Coling 2008) , Manchester, hlm. 537-544. Mat, A.C., Nazuki, A., dan Yaakub, M. 2010. Kegunaan transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. GEMA: Online Journal of Language Studies 10 (2):19-35. Nik Muhammad Nik Abdul Kadir. 2011. Jawi spell checker. ejawi.net. Othman Mohd Yatim, dan Abdul Halim Nasir. 2007. Epigrafi Islam terawal di nusantara. ed 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suhailan Safei. 2000. Sistem Penterjemahan Jawi Ke Rumi. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Suliana Sulaiman, Khairuddin Omar, Nazlia Omar, et al. 2011. A Malay stemmer for Jawi characters. 24th Australasian Joint Conference Perth, Australia, Proceedings AI 2011: Advances in Artificial Intelligence, 5-8 December, hlm. 668-676. T.M.T.Sembok. 2005. Word stemming algorithms and retrieval effectiveness in Malay and Arabic documents retrieval systems. World Academy of Science, Engineering and Technology (WASET):95-97. Wikipedia. 2012. Batu Bersurat Terengganu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat_Terengganu [8 Mac 2012]. Wikipedia. 2012. Transliterasi Arab-Rumi. http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Transliterasi_Arab-Rumi [8 Mac 2012]. Yonhendri. 2009. Transliterasi Rumi ke Jawi berasaskan petua. Tesis Sarjana, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaaan Malaysia.
Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia. 20

Lampiran 1 : Set huruf Jawi yang lengkap (Jawi Moden) (Hamdan Abdul Rahman, 1999)

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

21

Lampiran 2 : Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT), Muka A

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

22

Lampiran 3 : Analisis Transliterasi Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) B Baris Prof Syed B1 Baris Muhammad 1 Naquib (1970) dalam (Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir, 2007) B1,B4 B1 B2 B2,B4 B3 B4 B6 B7 B7 B8 B9 B9 B10 B10 B10 B10 B1 B1 B1 B2,B4,B6 B7 B7 B9 B9 B11 B12 B12 B1,B2,B3 B1 B2,B4 Rasul Allah (bagi) ada ugama derma meraksa di benua ku penentua lika sa-titah penentua mendudokkan di pertama Jumaat sarathan di sasanakala dua le;iarga do jauh derma balachara sa-titah sa-ratus rautan di hembalang inkar ba(lachara) danda-nya sa-puloh sa-p(aha) H.S Peterson (1924) dalam Omar Awang (1985) Abdul Rahman AlAhmadi (1997) Adi Yasran Abdul Aziz dan Nurhidayah Jumaat (2010) Wikipedia (2012)

Muka A Rasul Allah Rasulullah bagi bagi ada ada agama ugama derma derma meraksa meraksa Di benuaku dibenuakan penetua penentu jika Lika sa-titah setitah penentua penetua medudukan mendudukkan dipertama adi pratama Jumaat Jumaat sarathan sarathan di-sasanakala di sasanakala dua dua Muka B keluarga keluarga di benua di benua jauh jauh derma derma balachara balacara sa-ntah setitah sa-ratus seratus rautan rautan di-hembalang dihembalang inkar ingkar ba(lachara) ba(lacara) Muka C danda-nya dendanya sa-puluh sepuluh sa-p(aha) sep(aha)

Rasulullah sanabi esa agama darma meraksa di benuaku penentua lika setitah penentua medudukan adi pertama Jumaat syaratan di sasanakala dua keluarga di benua jawa darma balacara setitah seratus rotan di hembalang inkar ba(lacara) dandanya sepuluh sepaha

Rasulullah santabi asa agama derma mereka di benuaku penentu lika setitah penentuan menduduki adi pertama Jumaat saratan disasanakala tua keluarga dibenua jauhkan derma bala cara satitah seratus ratun dihambalang inkar bala cara dandanya sepuluh sepaha
23

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

B4, B5 B4 B6 B6 B1 B1 B1 B1 B2 B2 B3 B3 B3 B3 B3 B4 B4 B5 B5 B5

tujoh bendara tida balachara tida dandanya sa-tahu sa-paha tida ... dandanya kesapulih anakku pemain(?) cucuku keluarku tida laanat langgar acara tamra ini

tujoh bendara tida balachara

tujoh bendara tida balacara Muka D tiada tida dandanya dendanya sa-tahil setahil sa-paha sepaha tida... tida... dandanya dendanya kesapuluh kesepuluh anak-ku anakku pernain pemain chuchu-ku cucuku keluargaku tida tida laanat laknat langgar longgar achara acara tamra ini tamraini

tujuh bandara tiada balacara tiada dandanya setahil sepaha tiada hartanya dandanya kesepuluh anakku pemain(ku) cucuku keluargaku tiada laknat langgar acara tamra ini

tujuh bandara tiada balabicara tiada dendanya setahil sepaha tiada harta dandanya kesepuluh anakku pemaainku cucuku keluargaku tiada laknat langgar acara tamra ini

Seminar Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) 2012, 25-26 Mac 2012, Kuala Terengganu, Malaysia.

24

Anda mungkin juga menyukai