Esei Pendek
Esei Pendek
: : :
ISI KANDUNGAN
1.0 PRODUK YANG DIPILIH Bagi meniaga satu produk di dalam talian kami telah memilih POWERBANK. Powerbank adalah satu gadget moden boleh dikatakan penting dalam kehidupan seharian. Perkataan powerbank berasal dari bahasa Inggeris, yang memberi maksud penyimpan kuasa. Iaitu sebuah alat bersaiz kecil yang mudh dibawa ke mana-mana, yang berfungsi untuk cas bateri kehabisan kuasa. Kita boleh cas bateri melalui powerbank tidak kira kita berada di mana tanpa menggunakan kuasa elektrik. Powerbank telah dicipta khas untuk para peniaga dan yang seriang dalam perjalanan. Walaupun bersaiz kecil powerbank mempunyai kapasiti kuasa mulai dari 3000 mAh 11000 mAh. Cara penggunaan juga mudah iaitu kita cas powerbank hingga penuh. Selepas itu, powerbank boleh digunkan untuk mencas bateri alat kita. Powerbank juga dilengkapi dengan kabel penghubung lengkap, sehingga dapat digunakan untuk bermacam-macam alat seperti Blackberry, Hp, mp3 player, iPhone, iPad, PSP, kamera digital dan alat lain. Sebab memilih produk ini adalah powerbank dianggap sebagai satu keperluan kepada masyarakat negara kita. Selain itu, kuantiti pengguna telefon bimbit juga adalah satu sebab pemilihan produk ini. Pada masa kini ramai meluangkan masa yang lama dalam menggunakan telefon bimbit. Contohnya, ramai orang menggunakan telefon bimbit untuk tujuan meniaga dan baterinya memerlukan lebih kuasa daripada yang sedia ada. Oleh itu, powerbank adalah salah satu alat yang mudah dibawa ke manamana dan membantu pengguna telefon bimbit menggunakan pada waktu kecemasan seperti kehabisan cas bateri telefon bimbit. Selain itu, pada masa ini pengguna laman sosial seperti facebook, whats App, Istagram, Wechat, Keek, Line, Viber juga banyak. Mereka juga memerlukan produk ini iaitu powerbank untuk mencas bateri telefon bimbit sebab penggunaan telefon bimbitnya terlalu banyak yang memerlukan kuasa bateri yang lebih. Oleh itu, dengan keadaan yang ramai memerlukan kuasa bateri yang lebihan powerbank menjadi penyelesaian kepada mereka. Ia juga menjadi salah satu sebab kami memilih produk ini untuk menjual secara talian internet.
2.0 TREND
PENGENALAN PEMASARAN
1. PENGENALAN PEMASARAN
a. Definisi Pemasaran: Persatuan Pemasaran Amerika (AAM): Satu proses perancangan dan pelaksanaan ke atas harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya proses pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan mencapai objektif organisasi. Kotler (1996): Pemasaran ialah satu proses social ataupun pengurusan dimana individu ataupun kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan samada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan atau pihak yang lain.
Keperluan
Manusia mempunyai keperluan yang sangat kompleks, termasuk keperluan yang asas seperti makanan, pakaian, keselamatan dan kasih sayang. Jika keperluan tidak dapat dipenuhi, seseorang itu akan berusaha untuk mencari mendapatkan keperluan tersebut atau mengurangkannya.
Kehendak
Kehendak manusia terbentuk dari persekitaran budaya dan personality seseorang, dan ini adalah terhasil dari keperluan asasnya.
Permintaan
Bilamana kehendak dapat disokong oleh kemampuan untuk memiliki, kehendak ini dapat ditukarkan kepada permintaan.
Pertukaran
Pertukaran merupakan satu aktiviti dimana satu produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh satu pihak akan ditawarkan untuk penukaran oleh satu pihak yang lain dengan menepati syaratsyarat berikut:
ii. Pihak yang terbabit mempunyai kebebasan untuk membuat pertukaran. iii.Setiap pihak mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Urusniaga
Apabila wujudnya pertukaran dua barangan antara dua pihak, satu urusniaga telah berlaku.
Konsep Keluaran
Konsep keluaran beranggapan bahawa pengguna lebih gemar kepada keluaran-keluaran yang berkualiti tinggi, mempunyai banyak ciri rupa dan berprestasi tinggi. Oleh sebab kepentingan utama diberikan kepada penghasilan keluaran bermutu tinggi, penekanan usaha pengurusan mengarah kepada pembetulan dan pembaikan keluaran yang berterusan. Falsafah ini bukannya bersesuaian dengan setiap segmen pasaran yang ada. Sebagai contoh,kebanyakan pemilik kereta tidak mencari kenderaan terbaik di pasaran tetapi memadai dengan kenderaan yang boleh dipercayai. Konsep keluaran boleh menghasilkan myopia pemasaran kerana terlalu menekankan kepada keluaran dan bukannya penyelesaian masalah yang dicari pengguna.
Konsep Jualan
Teras utama di bawah konsep jualan ialah pengguna tidak akan membeli jumlah keluaran yang mencukupi jika organisasi tidak menyalurkan usaha untuk menjual dan mempromosinya. Oleh itu organisasi yang berpegang kepada konsep jualan mempunyai kecenderungan untuk melibatkan diri dengan teknik penjualan keras (hard selling). Sebagai contoh, individu yang menunjukkan kegemaran terhadap sesuatu model kenderaan akan digesa untuk membuat keputusan pada masa itu juga untuk mengelakkan daripada model itu dijual kepada orang lain. Organisasi akan menggunakan banyak wang untuk mempromosikan keluaran melalui media elektronik, cetak dan
Titik permulaan
Penekanan
Kaedah
Konsep Jualan
Kilang
Keluaran kini
Konsep pemasaran
Pasaran
Keperluan pengguna
Pemasaran bersepadu
Konsep jualan menekankan kepada keperluan penjual manakala konsep pemasaran menekankan kepada keperluan pembeli. Penjual yang berpegang kepada falsafah jualan menitikberatkan penukaran kepada wang ringgit. Konsep pemasaran memberi penekanan kepada kepuasan pengguna melalui keluaran dan faedah-faedah lain yang ditawarkan. Melalui konsep pemasaran, organisasi menghasilkan keluaran yang dikehendaki oleh pengguna dan dengan itu berjaya menghasilkan keuntungan dengan memuaskan kehendak pengguna.
Aktiviti pemasaran mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang atau sebarang faedah. Proses pertukaran yang cepat akan meningkatkan pulangan dan keuntungan perniagaan.
Memantapkan dan Memanjangkan Usia Perniagaan Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak akan menjual produk atau perkhidmatan yang tidak sesuai kepada pasaran sasar. Pengeluar akan menghentikan pengeluaran dan penjualan produk atau mengubahsuai sedaya upaya untuk memenuhi kehendak pelanggan. Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran yang baik akan melihat kepada kejayaan syarikat untuk jangka masa panjang berbanding yang tidak mengamalkannya. Peluang Perniagaan Dalam Industri Berkaitan. Disamping kerjaya terus dengan aktiviti pemasaran, terdapat banyak peluang kerjaya serta perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran seperti papan iklan, industri percetakan dan industri lukisan dan karya kreatif. Industri tambahan ini dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan dan seterusnya menjana aktiviti serta kegiatan ekonomi negara. d) Konsep Utiliti
Definisi Utiliti
Utiliti ialah kuasa pemuasan kehendak terhadap produk atau perkhidmatan.Utiliti terdiri daripada 2 pihak iaitu, pihak pengeluar dan pihak penjual. Utiliti dari pengeluar menukarkan input (bahan mentah) kepada output (produk) yang diperlukan oleh pelanggan. Manakala utility daripada pihak penjual, pengedar dan pemasar ialah menentukan tempat, bentuk, masa, dan pemilikan kepada pelanggan.
Utiliti tempat
Produk yang dikehendaki, boleh diperolehi ditempat yang dikehendaki oleh pengguna. Contohnya buku rujukan ada di jual di koperasi.
Utiliti bentuk
Utiliti Masa
Pengguna boleh memperolehi produk yang dikehendaki pada masa ia diperlukan. Contohnya pengguna yang memerlukan payung kerana secara tiba-tiba hujan turun. Pengguna amat memerlukan produk tersebut pada masa berkenaan, dimana ianya ada dijual dan mudah didapati.. Utiliti pemilikan. Pengguna boleh memiliki produk yang dikehendaki sama ada secara bayaran tunai atau ansuran terhadap sesuatu produk. Dengan ini pengguna dapat memiliki produk tersebut.
1. 2. PADUAN PEMASARAN (MARKETING MIX-4PS)
Dalam perancangan dan pelaksanaan strategi pemasaran, pengurus pemasaran akan memberikan penejanan kepada 4 komponen asas. Empat komponen asas ini dipanggil 4Ps ataupun dipanggil paduan pemasaran. Ianya merangkumi Produk, Harga, Promosi dan Saluran Pengedaran. a) Produk Produk ialah satu barangan, perkhidmatan atau idea yang akan dapat memenuhi keperluan pengguna. Membentuk dan mendapatkan idea untuk satu produk baru adalah satu cabaran besar kepada pemasar yang seharusnya juga mengambilkira persekitaran yang sentiasa berubah. Contohnya perubahan teknologi, keperluan dan kehendak pengguna dan persekitaran ekonomi. Memenuhi kehendak pengguna selalunya menyebabkan berlakunya perubahan kepada produk sedia ada. b) Harga Ianya berkaitan dengan pemilihan harga yang bersesuaian bagi sesuatu produk. Perletakan harga mestilah mengambilkira kesemua kos yang terlibatseperti kos operasi pengeluaran, pentadbiran, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, kos pemasaran, iklan dan gaji pekerja. Dalam masa yang sama harga produk tidak boleh terlalu tinggi dimana ini akan menyebabkan pengguna memilih produk saingan. Harga produk yang tinggi selalunya tidak dapat meningkatkan jumlah jualan yang tinggi tetapi cukup untuk mendapatkan untung yang besar. Bagi sesetengah produk, harga yang tinggi akan dikaitkan dengan produk yang berkualiti tinggi. Syarikat juga boleh mengenakan harga yang rendah dan ini akan meningkatkan jumlah jualan dan seterusnya meningkatkan keuntungan. c) Promosi
Iklan
Iaitu satu bentuk komunikasi bukan personal yang digunakan oleh penaja untuk memaklumkan kepada bakal pembeli mengenai sesuatu produk.
Jualan Peribadi/terus
Jualan dari pintu ke pintu dimana penjual akan menerangkan kepada bakal pembeli mengenai produk. Banyak barangan industri menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan jualan disamping memberikan perkhidmatan tambahan. Wakil jualan akan menunjukkan kaedah penggunaan kepada pelanggan terutama untuk alatan/produk yang teknikal dan canggih.
Promosi Jualan
Kaedah ini selalu digunakan untuk produk yang tidak begitu mahal, dimana ia melibatkan satu tarikan kepada bakal pembeli. Hadiah percuma, kupon dan potongan harga ditawarkan kepada pembeli untuk menarik minat mereka membeli produk tersebut.
Publisiti/Perhubungan Awam
Melibatkan semua bentuk komunikasi untuk membina imej baik syarikat serta produk keluarannya. d) Saluran Pemasaran (PENGEDARAN) Ia berkaitan bagaimana produk diagihkan kepada kumpulan sasaran. Contohnya seperti penggunaan lori, kapalterbang, kargo atau saluran paip. Syarikat juga harus mengambilkira kadar inventori dan kos penyimpanannya.
1. 3. AKTIVITI-AKTIVITI PEMASARAN
a) Aktiviti Umum Aktiviti-aktiviti umum dalam bidang pemasaran meliputi perkara-perkara berikut:
Pembelian
Syarikat turut terlibat dalam aktiviti membeli, iaitu bagi mendapatkan bahan yang diperlukan bagi pengeluaran produk atau perkhidmatan syarikat.
Penjualan
Untuk tujuan penjualan, pembelian serta aktiviti lain dalam pemasaran ia semestinya akan melibatkan pengurusan kewangan.
Pengangkutan
Diperlukan untuk mengangkut serta menghantar produk ke tempat pengeluaran serta juga kepada pengguna. b) Aktiviti Khas Aktiviti-aktiviti khas dalam bidang pemasaran meliputi perkara-perkara berikut:
Penyelidikan
Diperlukan untuk mengenalpasti pengguna dan pasaran, corak permintaan serta strategi dalam penentuan paduan pemasaran.
Pergudangan
Melibatkan penyimpanan barangan yang akan digunakan dalam pengeluaran dan juga barangan yang telah siap.
Risiko
Syarikat perlu menyediakan pelan tindakan kerana risiko sentiasa wujud dalam bidang perniagaan.
Keseragaman/Piawaian
Proses serta produk yang dikeluarkan haruslah sentiasa menepati cirri atau piawaian yang ditetapkan oleh syarikat.
1. 4. PERSEKITARAN PEMASARAN
Untuk berjaya syarikat perlu menyesuaikan serta mengadaptasikan paduan pemasaran dengan pola dan perkembangan dalam persekitarannya. Persekitaran ini boleh berubah secara perlahan atau
Pemilik Perniagaan
Dasar, polisi dan halatuju syarikat akan ditentukan oleh pemilik syarikat. Pemasar akan menyediakan pelan pemasaran sebagaimana yang dikehendaki syarikat. Pelabor Para pelabor mempunyai kepentingan terus terhadap prestasi dan pencapaian syarikat. Oleh itu dasar perjalanan syarikat banyak ditentukan oleh para pelabor terlebih dahulu dan pemasar akan menentukan pelan pemasaran mengikut dasar yang ditentukan.
Pekerja
Pekerja terlibat secara terus dalam operasi atau perkhidmatan syarikat. Pekerja akan diberi gaji dan lain-lain faedah sampingan seperti cuti tahunan, kemudahan perubatan, bonus, peluang melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Pekerja pada asasnya memerlukan perhatian dan dihargai oleh syarikat.
Pengguna
Pelanggan merupakan pengguna kepada produk atau perkhidmatan syarikat. Kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada sejauh mana syarikat berjaya memenuhi kehendak pelanggan.
Pembekal
Pembekal terdiri dari firma dan individu yang menyediakan sumber bagi membolehkan syarikat membuat produk atau perkhidmatan kepada sasaran pasaran. Sebarang perubahan yang mendadak akan mempengaruhi pengagihan sumber. Contohnya perubahan harga disebabkan sumber yang terhad, kelewatan, mogok atau peristiwa luar jangkaan pasti akan menjejaskan operasi syarikat. b) Persekitaran Luaran Persekitaran luaran adalah elemen di luar kawalan syarikat yang akan memberikan kesan terhadap aktiviti pemasaran. Ada 5 faktor utama:
Persekitaran Teknologi
Perubahan teknologi sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Perubahan ini akan memberi kesan langsung kepada syarikat. Perubahan teknologi yang terlalu cepat akan menyebabkan syarikat ketinggalan berbanding dengan pesaing. Perubahan teknologi akan menggalakkan pembentukan produk serta perkhidmatan yang baru.
Persekitaran Ekonomi
Keadaan ekonomi akan menentukan trend permintaan dan perbelanjaan pengguna, peniaga dan kerajaan. Ini akan mempengaruhi setiap pelan pemasaran. Antara factor yang perlu diberi pemerhatian oleh pemasar ialah kadar inflasi, kegawatan dan kadar faedah. Pada kebiasaannya, perbelanjaan pengguna akan meningkat bilamana mereka merasa yakin terhadap jangkaan situasi ekonomi yang baik pada masa hadapan dan akan menurun bilamana kadar pengangguran meningkat dan jangkaan ekonomi mengalami kegawatan. Dengan penubuhan gagasan kerjasama ekonomi serantau seperti NAFTA, AFTA dan EC, pemasar harus memikirkan apakah kesan kemasukan produk dari negara lain ke dalam pasaran tempatanserta juga sekatan yang dikenakan oleh sesebuah negara lain untuk produk yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan. Kewujudan GATT memberi pengaruh terhadap corak perdagangan antara negara di dunia. Ini sudah pastinya
Persekitaran Persaingan
Pemasar harus meyakinkan pembeli untuk membeli produk keluaran mereka daripada yang ditawarkan oleh syarikat lain. Persaingan antara pengeluar semakin bertambah bilamana pengguna terdedah kepada berbagai saluran maklumat. Pengeluar juga harus mengambilkira perkembangan yang berlaku di luar negara kerana ianya turut memberikan saingan terhadap barangan syarikat.
1. 5. KEPENTINGAN DAN FUNGI PEMASARAN
a) Kepentingan kepada Individu Pemenuhan Utiliti Untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Aktiviti pemasaran dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh individu untuk menyediakan segala keperluan yang tidak boleh diusahakan sendiri. Kehidupan yang lebih baik Aktiviti pemasaran sentiasa mengkaji keperluan, kehendak dan kemampuan pengguna menurut aliran semasa. Memperbanyakkan pilihan produk di pasaran Pelbagaian alternatif memberikan persaingan yang sihat. Pengguna mempunyai banyak pilihan dan boleh memilih yang terbaik. Ini menjadikan sesuatu produk dan perkhidmatan kompetitif dari segi mutu dan harga. Apabila wujud persaingan organisasi perniagaan akan berusaha menyediakan produk atau perkhidmatan yang sebaik mungkin dengan harga yang paling optimum supaya pengguna terus memilih produk yang dikeluarkan. Memperbanyakkan Peluang Pekerjaan Pemasaran menyediakan pelbagai aktiviti professional, separa professional dan tidak professional dengan peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat. Peluang pekerjaan dan peluang perniagaan boleh dijalankan oleh anggota masyarakat secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. b) Kepentingan kepada Organisasi Mempercepatkan Proses Pertukaran