Anda di halaman 1dari 22

1.

PENGENALAN

Ujian ialah satu kaedah atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ujian adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Ujian digubal untuk mengukur sejauh mana seseorang pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru.

Untuk menyediakan sesuatu ujian, suatu proses membuat pemilihan jenis item/soalan adalah agak sukar dan rumit. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentu Ujian (JPU), sudah pasti dapat membantu dalam menyediakan kertas ujian. Menurut Kubisyn dan Borich (2003), JPU adalah carta dua-hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Dengan demikian, JPU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai oleh pelajar. JPU menjadi panduan supaya item yang dibina merangkumi kandungan pengajaran dari awal hingga akhir.

Mehren, (1975) menyatakan analisis item adalah proses meneliti tindak balas calon terhadap tiap-tiap item untuk membuat pertimbangan tentang kualiti item-item tersebut. Analisis ini menilai kualiti item dan juga ujian. Analisis juga boleh digunakan untuk meneliti semula setiap item dan meningkatkan keberkesanan setiap item dan juga ujian. Pada umumnya analisis item bertujuan:untuk mengenalpasti item yang baik dan item yang tidak baik. Analisis item juga untuk mengenalpasti pengetahuan atau kemahiran yang pelajar telah dan belum dikuasai.

Indeks kesukaran item dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada sesuatu item itu mudah dijawab atau susah untuk dijawab. Pengiraanya bagi item objektif adalah seperti persamaan berikut:

P = bilangan calon yang memberikan jawapan betul Jumlah calon yang menjawab

1|Page

Nilai P

0.5

1.0

Item

terlalu sukar

sederhana

terlalu mudah

Jadual 1: Aras Kesukaran Dan Pengkelasan item Nilai P 0.00-0.19 0.20-0.39 0.40-59 0.60-0.79 0.80-1.00 Pengkelasan Item Terlalu sukar Sukar Sederhana Mudah Terlalu mudah

Lebih tinggi peratusan pelajar menjawab sesuatu item dengan betul, lebih mudahlah item tersebut (Wood, 1960). Bagi item subjektif, indeks kesukarannya boleh dikira seperti berikut (Nitko, 2004): P= Markah Purata i Julat Markah Penuh

Markah Purata = Jumlah markah semua murid Jumlah murid Julat markah = Markah maksimum- Markah minimum Tujuan indeks kesukaran item untuk membantu penyediaan soalan yang bersesuaian. Indeks kesukaran item juga untuk mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai kekuatan dan kelemahan murid mengenai sesuatu topik yang diuji. Guru dapat mengenal pasti dimanakah murid mempunyai kesukaran terhadap sesuatu topik. Guru dapat melakukan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. 2|Page

Secara umumnya, sesuatu item yang baik dapat mendiskriminasikan di antara pelajar yang mendapat pencapaian tinggi dalam ujian dengan pelajar berpencapaian rendah dalam ujian tersebut. Dengan kata lain, pelajar yang berpencapaian tinggi dalam ujian akan memilih jawapan yang betul dalam sesuatu item dan yang berpencapaian rendah akan memilih pengganggu (jawapan salah). Indeks diskriminasi item diperolehi dengan menolak bilangan calon yang menjawab dengan betul daripada kumpulan berpencapaian tinggi dengan bilangan calon yang menjawab dengan betul daripada kumpulan berpencapaian rendah, dibahagi dengan bilangan calon bagi kedua-dua kumpulan tersebut. Lebih tinggi indeks diskriminasi lebih baik item tersebut. Indeks Diskriminasi boleh dikira melalui langkah-langkah Mehran dan Lehmann (1991) dengan pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu pelajar berpencapaian rendah dengan 27%, pelajar berpencapaian sederhana 46%dan pelajar berpencapaian tinggi 27%.

Menurut Nitko 2004: 323 menyatakan item yang boleh dipilih untuk sesuatu ujian hendaklah mempunyai indeks diskriminasi melebihi 0.30. Aras diskriminasi item boleh ditafsirkan mengikut nilai P seperti yang ditunjukan dalam jadual di bawah. Jadual 2: Aras Diskriminasi Dan Pengkelasan item Nilai D 0.00-0.10 0.11-0.20 0.21-0.30 0.31-0.40 0.41-1.00 Pengkelasan Item Sangat kurang dikriminasi, buang item Kurang dikriminasi, semak semula Item sederhana dikriminasi Item yang berdikriminasi Item sangat diskriminasi

Indeks diskriminasi bertujuan mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati soalan-soalan berkenaan tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar pandai. Ia juga untuk mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagianbahagian kurikulum, iaitu yang boleh dikuasai pelajar pandai dan mengenalpasti soalan bias kepada sesuatu kandungan, seperti kandungan yang tidak ditekankan semasa pengajaran atau langsung tidak diajar.

3|Page

2.0

JADUAL ANALISIS ITEM, JADUAL INDEKS KESUKARAN ITEM DAN JADUAL INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Untuk tugasan ini, dua JPU disediakan dan satu ujian telah diadakan kepada murid Tahun 6 Naptune Sekolah Kebangsaan Long Gang Belaga Sarawak. Ujian ini merangkumi topik Nombor Bulat, Pecahan, Nombor Perpuluhan, Wang dan Peratus. Ujian ini dijalankan selama 1 jam yang terdiri daripada 20 soalan Bahagian A dan 12 soalan Bahagian B (rujuk lampiran). Selepas ujian dijalankan, keputusan ujian ini dianalisis untuk melihat pencapaian murid dan kualiti soalan yang diberikan. Jadual Analisis Item, Jadual Indeks Kesukaran Item dan Jadual Diskriminasi Item disediakan pada muka surat yang berikutnya.

4|Page

KELAS: 6 NAPTUNE
BIL NAMA 1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 10 20 21 22 23 24 VANNES MAGERETH AGATHA DARI MARY ANNE MAXIMILLION CHARLES PATRICK ATOK RIBKA ZIPHORA FELLICIA JACKSON ROSELINE CLAIERISA LEN BAKAN SHIRLEY JOE BRENDA MARY URAI SIYVIANA LARRY BAUN LELANG FRESLIN GERALD OWEN ALEXSANDRA JESSY MALKUS B B B B B B B B B B D B D B B B B B B B B B B B B 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 A D D D D D D D D D D D D D D D D D D D D D D D D 2 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 C C C C C C A C C C C C C C C C C C C C C C C C C 3 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 D D D D D D D D D D D D D D D D D D D D D D D D D 4 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 C B B B B B B B B B B A B B B B B B B B B B B B B 5 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 B A A A D C C A A A D A A C A C A A A A A D A A A 6 0 1 1 1 0 0 0 1 1 1 0 1 1 0 1 0 1 1 1 1 1 0 1 1 1

ANALISIS ITEM DAN MARKAH KESELURUHAN NO.ITEM


7 C B D A B D D C C C D B C C C A C A A C D A B A A 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 1 1 0 0 1 0 1 1 B C C D C B B A A A C D D D A A D A A A A A B A A 8 0 0 0 0 0 0 0 1 1 1 0 0 0 0 1 1 0 1 1 1 1 1 0 1 1 C B C A B B B B B B B B B B B A B B B B B B B B B 9 0 1 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 C C C A C C C C C C C C C C A C C C C C C C B C C 10 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 C A A A B A C A A D D B A D C A A D D D A A A D D 11 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 1 0 0 0 1 1 1 0 0 0 1 1 B B C D A B B D A D B D D D A D B D D D D C C C D 12 0 0 0 1 0 0 0 1 0 1 0 1 1 1 0 1 0 1 1 1 1 0 0 0 1 A C C C D D D B C B C D A A C C B D D D D D D D D 13 0 0 0 0 1 1 1 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 A A B C C A B C C A A A C C B A A C A A A A A A A 14 1 1 0 0 0 1 0 0 0 1 1 1 0 0 0 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 C C A A C D B C C C D C D C C A C C D D D D D D D 15 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 1 0 1 0 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 1 B A A D C B C B D A D C D B B C D D D B D B D D D 16 0 0 0 1 0 0 0 0 1 0 1 0 1 0 0 0 1 1 1 0 1 0 1 1 1 A A D C D A A D D D C D D D D C D D D D A D C D D 17 0 0 1 0 1 0 0 1 1 1 0 1 1 1 1 0 1 1 1 1 0 1 0 1 1 B A A A D D D A C D C B B C A D B A C B C C C A D 18 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 1 0 0 1 0 0 0 0 1 0 1 1 1 0 0

MATEMATIK BAHAGIAN A
JUMLAH
19 C D D C B B B B B C B B A C C A D C C B B C C C C 1 0 0 1 0 0 0 0 0 1 0 0 0 1 1 0 0 1 1 0 0 1 1 1 1 D D C A D C C B B B A A C D C C B B C C C C C B C 20 0 0 1 0 0 1 1 0 0 0 0 0 1 0 1 1 0 0 1 1 1 1 1 0 1

M %

25 YOHANA JUM BETUL/PURATA MARKAH INDEKS KESUKARAN ITEM INDEKS DISKRIMINASI ITEM

18 27 27 30 27 33 24 33 36 42 33 33 36 36 33 33 33 48 60 48 48 48 42 51 57 0.62

9 10 10 10 15 10 18 17 15 13 20 20 20 22 23 23 23 25 37 25 25 28 33 35 33 0.52

27 37 37 40 42 43 42 50 51 55 53 53 56 58 56 56 56 73 97 73 73 76 75 86 90 0.58

23
0.92 0.00

24
0.96 0.14

24
0.96 0.14

25
1.00 0.00

23
0.92 0.14

17
0.68 0.43

7
0.28 0.43

12
0.48 0.86

21
0.84 0.43

22
0.88 0.00

8
0.32 0.57

12
0.48 0.43

12
0.48 0.57

15
0.60 0.57

10
0.40 0.86

11
0.44 0.57

16
0.64 0.43

7
0.28 0.57

11
0.44 0.43

12
0.48 0.43

5|Page

KELAS: 6 NAPTUNE ANALISIS ITEM MATEMATIK


BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 10 20 21 22 23 24 25 VANNES MAGERETH AGATHA DARI MARY ANNE MAXIMILLION CHARLES PATRICK ATOK RIBKA ZIPHORA FELLICIA JACKSON ROSELINE CLAIERISA MARCOS LEN BAKAN SHIRLEY JOE BRENDA MARY URAI SIYVIANA LARRY BAUN LELANG FRESLIN GERALD OWEN ALEXSANDRA NGANG JESSY MALKUS YOHANA SARING JUMLAH MARKAH MARKAH PURATA INDEKS KESUKARAN ITEM NAMA 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 25 1.00 1.00 2 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 25 1.00 1.00 3 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 25 1.00 1.00 4 2 2 1 1 1 1 2 2 2 1 2 2 1 2 2 1 2 2 2 2 1 0 2 1 2 39 1.56 0.78 NO.ITEM 5 0 0 0 0 0 0 1 0 0 2 0 0 2 0 0 2 0 2 2 0 0 2 2 2 2 19 0.76 0.38 6 0 0 0 0 0 1 1 2 0 0 2 0 0 1 2 2 1 0 2 2 2 2 2 2 0 24 0.96 0.48 7 1 0 1 0 0 1 0 0 1 0 0 0 0 2 0 1 0 2 2 0 0 0 0 2 1 14 0.56 0.28 8 0 0 1 0 2 0 0 0 0 2 2 1 2 2 2 1 2 2 2 2 2 1 2 2 2 32 1.28 0.64 9 0 0 0 0 2 0 2 2 2 0 2 0 2 2 2 2 2 1 2 2 2 2 2 2 2 35 1.40 0.70 10 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 1 0 3 1 3 1 1 1 2 14 0.56 0.19

MATEMATIK BAHAGIAN B
JUMLAH 11 0 1 0 1 0 0 1 0 1 0 0 3 1 1 1 1 0 0 3 0 1 3 3 3 3 27 1.08 0.36 12 0 0 0 1 1 0 1 1 0 0 1 3 1 0 1 1 3 3 1 3 1 3 3 3 3 34 1.36 0.45 0.52 10 10 10 10 15 10 18 17 15 13 20 20 20 22 23 23 23 25 37 25 25 28 33 35 33

6|Page

KELAS: 6 NAPTUNE INDEKS KESUKARAN ITEM NO.ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 JUMLAH BETUL 23 24 24 25 23 18 7 12 21 22 8 12 12 15 10 11 16 7 11 12 INDEKS KESUKARAN 0.92 0.96 0.96 1.00 0.92 0.72 0.28 0.48 0.84 0.88 0.32 0.48 0.48 0.60 0.40 0.44 0.64 0.28 0.44 0.48

MATEMATIK BAHAGIAN A

CATATAN TERLALU MUDAH TERLALU MUDAH TERLALU MUDAH TERLALU MUDAH TERLALU MUDAH MUDAH SUKAR SEDERHANA TERLALU MUDAH TERLALU MUDAH SUKAR SEDERHANA SEDERHANA MUDAH SEDERHANA SEDERHANA MUDAH SUKAR SEDERHANA SEDERHANA

7|Page

KELAS: 6 NAPTUNE INDEKS DISKRIMINASI ITEM


NO. ITEM MURID PANDAI BETUL MURID LEMAH BETUL JUMLAH INDEKS DSIKRIMINASI CATATAN SANGAT KURANG DISKRIMINASI KURANG DISKRIMINASI KURANG DISKRIMINASI SANGAT KURANG DISKRIMINASI KURANG DISKRIMINASI AMAT DISKRIMINASI AMAT DISKRIMINASI AMAT DISKRIMINASI AMAT DISKRIMINASI KURANG DISKRIMINASI AMAT DISKRIMINASI AMAT DISKRIMINASI AMAT DISKRIMINASI AMAT DISKRIMINASI AMAT DISKRIMINASI AMAT DISKRIMINASI AMAT DISKRIMINASI AMAT DISKRIMINASI AMAT DISKRIMINASI AMAT DISKRIMINASI

MATEMATIK BAHAGIAN A

TINDAKAN ITEM DIBUANG SEMAKAN SEMULA SEMAKAN SEMULA ITEM DIBUANG SEMAKAN SEMULA AMAT SESUAI DITERIMA AMAT SESUAI DITERIMA AMAT SESUAI DITERIMA AMAT SESUAI DITERIMA SEMAKAN SEMULA AMAT SESUAI DITERIMA AMAT SESUAI DITERIMA AMAT SESUAI DITERIMA AMAT SESUAI DITERIMA AMAT SESUAI DITERIMA AMAT SESUAI DITERIMA AMAT SESUAI DITERIMA AMAT SESUAI DITERIMA AMAT SESUAI DITERIMA AMAT SESUAI DITERIMA

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

7 7 7 7 7 6 4 6 7 6 4 4 7 7 7 5 5 4 5 6

7 6 6 7 6 3 1 0 4 5 0 1 3 3 1 1 2 0 2 3

0 1 1 0 1 3 3 6 3 1 4 3 4 4 6 4 3 4 3 3

0.00 0.14 0.14 0.00 0.14 0.43 0.43 0.86 0.43 0.14 0.57 0.43 0.57 0.57 0.86 0.57 0.43 0.57 0.43 0.43

8|Page

3.0

ULASAN DAN PERBANDINGAN SETIAP ITEM BAHAGIAN A

Item 1 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R

Omit 0

A 0

B* 23 0.92 T 7 R 7 T

C 0

D 2

0.00

Bagi item pertama, tahap item pada aras pengetahuan berdasarkan Taxonomi Bloom. Indeks kesukaran item ini adalah 0.92. Seramai 23 orang murid dapat menjawab dengan betul. Dua orang murid yang memberi jawapan D. Pilihan A dan C pengganggu yang lemah. Manakala indeks diskriminasi item adalah 0.00 kerana semua murid pandai dan lemah dapat memberikan jawapan yang betul. Item ini perlu dibuang kerana tidak memberikan diskriminasi antara murid pandai dengan murid lemah. Item yang baru perlu digantikan.

Item 2 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R T R T R Omit 0 A 1 B 0 C 0 D* 24 0.96 T 7 R 6

0.14

Item kedua juga pada aras pengetahuan. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.96 bermakna item ini terlalu mudah untuk murid. Seramai 24 orang murid dapat menjawab dengan betul. Hanya seorang sahaja yang memberikan jawapan A. Pilihan B dan C pengganggu yang sangat lemah. Diskriminasi item pula adalah 0.14 iaitu kurang diskriminasi. Item ini perlu disemak atau digantikan dengan item yang baru.

9|Page

Item 3 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R T R Omit 0 A 1 B 0 C* 24 0.96 T 7 R 6 T R D 0

0.14

Item ketiga juga pada aras pengetahuan. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.96 bermakna item ini terlalu mudah untuk murid. Seramai 24 orang murid dapat menjawab dengan betul. Seorang sahaja yang tidak tepat memberikan jawapan A. Pilihan B dan D pengganggu yang sangat lemah. Diskriminasi item pula adalah 0.14 iaitu sangat kurang diskriminasi. Item ini perlu disemak atau digantikan dengan item yang baru.

Item 4 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R T R T R Omit 0 A 0 B 0 C 0 D 25 1.00 T 7 R 7

0.00

Item keempat juga pada aras pengetahuan. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 1.00 bermakna item ini terlalu mudah untuk murid. Kesemua murid dapat menjawab item ini. Indeks diskriminasi item pula adalah 0.00 iaitu sangat kurang diskriminasi. Item ini juga perlu dibuang dan digantikan dengan item yang baru.

10 | P a g e

Item 5 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R Omit 0 A 1 B 23 0.92 T 7 R 6 T R T R C 1 D 0

0.14

Item kelima juga pada aras pengetahuan. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.92 bermakna item ini terlalu mudah untuk murid. Seramai 23 orang murid dapat menjawab dengan betul. Plihan A dan C pengganggu yang lemah dan Pilihan D pengganggu yang sangat lemah. Diskriminasi item pula adalah 0.14 iaitu sangat kurang diskriminasi. Item ini perlu dibuang dan digantikan dengan item yang baru.

Item 6 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R Omit 0 A* 18 0.72 T 6 R 3 T R T R T R B 0 C 4 D 3

0.43

Item keenam juga pada aras pemahaman. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.72 iaitu mudah untuk murid. Seramai 17 orang murid dapat menjawab dengan betul. Pilihan C dan D sedikit mengganggu murid dalam memilih jawapan. Diskriminasi item pula adalah 0.43 iaitu sangat diskriminasi. Item ini amat sesuai untuk dijadikan item ujian dan disimpan.

11 | P a g e

Item 7 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R Omit 0 A* 7 0.28 T 4 R 1 T R T R T R B 4 C 9 D 3

0.43

Item ketujuh juga pada aras pemahaman. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.28 bermakna item ini terlalu sukar untuk murid. Seramai 7 orang murid dapat menjawab dengan betul. Pilihan C merupakan pengganggu yang baik. Pilihan B dan D pengganggu yang sederhana. Diskriminasi item pula adalah 0.43 iaitu sangat diskriminasi. Walaupun item ini terlalu sukar untuk murid tetapi item ini boleh diterima kerana ia mempunyai diskriminasi yang baik.

Item 8 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R Omit 0 A* 12 0.48 T 6 R 0 T R T R T R B 4 C 4 D 5

0.86

Item kelapan merupakan tahap aplikasi. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.48 bermakna item ini sederhana sukar untuk murid. Seramai 12 orang murid dapat menjawab dengan betul. Pilihan B, C dan D menjadi pengganggu yang baik. Indeks diskriminasi item pula adalah 0.86 iaitu sangat diskriminasi. Item ini memberikan diskriminasi yang baik iaitu seramai 6 orang murid pandai dapat memberikan jawapan yang betul. Manakala tidak ada murid yang lemah dapat memberikan jawapan yang betul. Item ini merupakan item yang baik kerana indeks kesukaran menghampiri 0.5 dan indeks diskriminasi menghampiri 1.00. Item sangat sesuai untuk dijadikan item ujian dan disimpan. 12 | P a g e

Item 9 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R Omit 0 A 2 B* 21 0.84 T 7 R 4 T R T R C 2 D 0

0.43

Item kesembilan pula adalah pada tahap pemahaman. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.84 bermakna item ini terlalu mudah untuk murid. Seramai 21 orang murid dapat menjawab dengan betul. Pilihan A dan B pengganggu sederhana dan Pilihan D pengganggu yang lemah. Diskriminasi item pula adalah 0.43 iaitu amat diskriminasi. Item ini sesuai diterima untuk ujian dan disimpan.

Item 10 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R T R Omit 0 A 2 B 1 C* 22 0.88 T 6 R 5 T R D 0

0.14

Item kesepuluh juga pada aras pengetahuan. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.84 bermakna item ini terlalu mudah untuk murid. Pilihan A, B dan D tidak menjadi pengganggu yang baik. Seramai 21 orang murid dapat menjawab dengan betul. Diskriminasi item pula adalah 0.00 iaitu sangat kurang diskriminasi. Item ini perlu disemak atau digantikan dengan item yang baru.

13 | P a g e

Item 11 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R T R T R Omit 0 A 12 B 2 C 3 D* 8 0.32 T 4 R 0

0.57

Item kesebelas pada aras aplikasi. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.32 bermakna item ini sederhana untuk murid. Seramai 8 orang murid dapat menjawab dengan betul. Pilihan A merupakan pengganggu yang sangat baik. Manakala pilihan B dan C pengganggu lemah. Diskriminasi item pula adalah 0.57 iaitu amat diskriminasi. Item ini amat sesuai diterima untuk ujian dan disimpan.

Item 12 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R T R T R Omit 0 A 3 B 6 C 4 D* 12 0.48 T 4 R 1

0.43

Item kedua belas juga pada aras aplikasi. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.48 bermakna item ini sederhana untuk murid. Seramai 12 orang murid dapat menjawab dengan betul. Pilihan A, B dan C berfungsi sebagai pengganggu. Indeks diskriminasi item pula adalah 0.43 iaitu amat diskriminasi. Indeks diskriminasi item ini sepatutnya menghampiri 1.00. Walau bagaimanapun item ini masih boleh diterima dan amat sesuai untuk ujian dan disimpan.

14 | P a g e

Item 13 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R T R T R Omit 0 A 3 B 3 C 7 D* 12 0.48 T 7 R 3

0.57

Item ketiga belas pada aras pemahaman. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.48 bermakna item ini sederhana untuk murid. Seramai 12 orang murid dapat menjawab dengan betul. Pilihan C merupakan pengganggu yang baik. Pilihan A dan B juga pengganggu kepada pilihan D. Diskriminasi item pula adalah 0.57 iaitu amat diskriminasi. . Indeks diskriminasi item ini sepatutnya menghampiri 1.00. Walau bagaimanapun, item ini masih boleh diterima dan amat sesuai untuk ujian dan disimpan.

Item 14 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R Omit 0 A* 15 0.60 T 7 R 3 T R T R T R B 3 C 7 D 0

0.57

Item keempat belas juga pada aras pemahaman. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.56 bermakna item ini sederhana untuk murid. Seramai 14 orang murid dapat menjawab dengan betul. Pilihan C merupakan pengganggu yang baik. Pilihan D tidak menjadi pengganggu yang baik. Jawapan B juga dapat mengelirukan murid. Diskriminasi item pula adalah 0.57 iaitu amat diskriminasi. Item ini juga amat sesuai diterima sebagai ujian dan disimpan untuk ujian pada masa akan datang.

15 | P a g e

Item 15 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R T R T R Omit 0 A 3 B 1 C 11 D* 10 0.40 T 7 R 1

0.86

Item kelima belas juga pada aras pemahaman. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.40 bermakna item ini sederhana untuk murid. Seramai 10 orang murid dapat menjawab dengan betul. Pilihan C pengganggu yang sangat baik. Pilihan A dan B pengganggu yang lemah. Diskriminasi item pula adalah 0.86 iaitu sangat diskriminasi. Item ini dapat memberikan diskriminasi yang baik iaitu seramai 7 orang murid pandai dapat memberikan jawapan yang betul. Manakala seorang murid yang lemah dapat memberikan jawapan yang betul. Item ini merupakan item yang baik kerana indeks kesukaran menghampiri 0.5 dan indeks diskriminasi menghampiri 1.00. Item sangat sesuai untuk dijadikan item ujian dan disimpan.

Item 16 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R T R T R Omit 0 A 3 B 7 C 4 D* 11 0.44 T 5 R 1

0.57

Item keenam belas pada aras sintesis. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.44 bermakna item ini sederhana untuk murid. Seramai 11 orang murid dapat menjawab dengan betul. Jawapan B dapat mengelirukan murid dalam memberikan jawapan yang betul. Pilihan A, B dan C menjadi pengganggu. Diskriminasi item pula adalah 0.57 iaitu amat diskriminasi. Item ini juga amat sesuai diterima sebagai item ujian dan disimpan dalam bank soalan. 16 | P a g e

Item 17 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R T R T R Omit 0 A 5 B 0 C 4 D* 16 0.64 T 5 R 2

0.43

Item ketujuh belas juga pada aras analisis. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.64 bermakna item ini sederhana untuk murid. Seramai 16 orang murid dapat menjawab dengan betul. Pilihan A dan C menjadi pengganggu yang sederhana. Pilihan B pengganggu yang lemah. Diskriminasi item pula adalah 0.43 iaitu amat diskriminasi. Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi masih seimbang dan item ini amat sesuai diterima sebagai ujian dan disimpan.

Item 18 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R T R Omit 0 A 7 B 5 C* 7 0.28 T 4 R 0 T R D 6

0.57

Item kelapan belas juga pada aras analisis. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.28 bermakna item ini terlalu sukar untuk murid. Seramai 7 orang murid dapat menjawab dengan betul. Setiap pengganggu merupakan pengganggu yang baik. Diskriminasi item pula adalah 0.43 iaitu amat diskriminasi. Item ini juga amat sesuai diterima sebagai item ujian walaupun ia terlalu sukar untuk murid kerana indeks kesukaran dan indeks diskriminasi masih seimbang. Item ini dapat disimpan dalam bank soalan.

17 | P a g e

Item 19 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R T R Omit 0 A 2 B 9 C* 11 0.44 T 5 R 2 T R D 3

0.43

Item kesembilan belas juga pada aras penilaian. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.44 bermakna item ini sederhana untuk murid. Seramai 11 orang murid dapat menjawab dengan betul. Pilihan B merupakan pengganggu yang baik. Diskriminasi item pula adalah 0.43 iaitu amat diskriminasi. Item ini juga amat sesuai diterima sebagai ujian dan disimpan dalam bank soalan.

Item 20 Pilihan Jawapan Bilangan Murid Kesukaran Item Kumpulan Baik/Lemah Diskriminasi (D) T R T R T R Omit 0 A 3 B 6 C* 12 0.48 T 6 R 3 T R D 4

0.43

Item kedua puluh juga pada aras analisis. Indeks kesukaran bagi item ini adalah 0.48 bermakna item ini sederhana untuk murid. Seramai 12 orang murid dapat menjawab dengan betul. Pilihan B, C dan D menjadi pengganggu kepada pilahan C. Diskriminasi item pula adalah 0.43 iaitu amat diskriminasi. Item ini juga amat sesuai diterima sebagai ujian dan disimpan dalam bank soalan.

18 | P a g e

4.0

ULASAN DAN PERBANDINGAN SETIAP ITEM BAHAGIAN B Soalan Markah Purata Markah Indeks Kesukaran 1 25 2 25 3 25 4 39 5 19 6 24 7 14 8 32 9 35 10 14 11 27 12 34

1.00 1.00 1.00 1.56 0.76 0.96 0.56 1.28 1.40 0.56 1.08 1.36

1.00 1.00 1.00 0.78 0.38 0.48 0.28 0.64 0.70 0.19 0.36 0.45

Item 1 Indeks kesukaran item 1 adalah 1.00. Semua murid dapat menjawab item 1 dengan markah penuh iaitu 25/25. Item ini terlalu senang untuk murid.

Item 2 Indeks kesukaran item 2 adalah 1.00. Semua murid dapat menjawab item 2 dengan markah penuh iaitu 25/25. Item ini terlalu senang untuk murid.

Item 3 Indeks kesukaran item 3 adalah 1.00. Semua murid dapat menjawab item 3 dengan markah penuh iaitu 25/25. Item ini terlalu senang untuk murid.

Item 4 Indeks kesukaran item 4 adalah 0.78. Markah keseluruhan murid adalah 39/50. Item 4 adalah item yang mudah bagi murid. Hanya 15 orang dapat memperolehi markah penuh bagi item ini. Seorang murid kumpulan pandai mendapat 0 markah.

Item 5 Indeks kesukaran item 5 adalah 0.38. Markah keseluruhan murid adalah 19/50. Item 5 adalah item yang sukar bagi murid. Hanya 10 orang murid mendapat markah penuh iaitu 6 daripadanya murid kumpulan pandai. Semua murid dari kumpulan rendah mendapat 0 markah.

19 | P a g e

Item 6 Indeks kesukaran item 6 adalah 0.48. Markah keseluruhan murid adalah 24/50. Item 6 adalah item yang sederhana sukar bagi murid. Hanya seorang murid dari kumpulan pandai yang mendapat 0 markah dan 5 orang dari kumpulan lemah.

Item 7 Indeks kesukaran item 7 adalah 0.28. Markah keseluruhan murid adalah 14/50. Item 6 adalah item yang sukar bagi murid. 5 orang murid sahaja yang mendapat markah penuh dan 2 daripadanya murid kumpulan pandai.

Item 8 Indeks kesukaran item 8 adalah 0.64. Markah keseluruhan murid adalah 32/50. Item 8 adalah item yang mudah bagi murid. Soalan ini agak baik kerana 6 dari kumpulan pandai mendapat markah penuh dan 1 orang sahaja dari kumpulan lemah.

Item 9 Indeks kesukaran item 9 adalah 0.70. Markah keseluruhan murid adalah 35/50. Item 9 adalah item yang mudah bagi murid. Item ini agak baik kerana semua murid dari kumpulan pandai mendapat markah penuh dan 1 orang sahaja dari kumpulan lemah.

Item 10 Indeks kesukaran item 10 adalah 0.19. Markah keseluruhan murid adalah 14/75. Item 10 adalah item yang terlalu sukar bagi murid. Hanya 2 orang murid kumpulan pandai mendapat markah penuh. Semua murid kumpulan lemah mendapat 0 markah.

Item 11 Indeks kesukaran item 11 adalah 0.36. Markah keseluruhan murid adalah 27/75. Item 11 adalah item yang sukar bagi murid. Item ini agak baik kerana 5 murid dari kumpulan pandai mendapat markah penuh dan tiada murid dari kumpulan lemah.

20 | P a g e

Item 12 Indeks kesukaran item 12 adalah 0.45. Markah keseluruhan murid adalah 34/75. Item 12 adalah item yang sederhana sukar bagi murid. Item ini agak baik kerana 5 murid dari kumpulan pandai mendapat markah penuh dan tiada murid dari kumpulan lemah.

5.0

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, untuk menyediakan ujian yang betul-betul bersesuaian dengan objektif pengajaran bukanlah perkara yang mudah. Di sini kepentingan JPU dalam menyediakan item-item ujian adalah amat perlu. Melalui JPU guru dapat menyusun item-item mengikut Aras Kognitif Bloom dan kewajaran yang seimbang di antara setiap item berdasarkan nisbah 25% mudah, 50% sederhana dan 25% sukar.

Analisis item pula dapat membantu guru mengesan kelemahan murid dan guru boleh mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan murid ini. Banyak bukti menunjukkan kesan yang positif apabila hasil analisis item ini diambil tindakan oleh guru atau pihak sekolah. Begitu juga dengan Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item. Kedua-dua indeks ini mempunyai hubungan yang berkaitan. Dapat dirumuskan, untuk menghasilkan soalan berdiskriminasi tinggi, item perlulah berada pada tahap 0.5 bagi indeks kesukaran iaitu pada tahap sederhana. Jika item mempunyai indeks diskriminasi 1.00 maka sudah tentu item itu terlalu senang dan tidak dapat membezakan kebolehan murid pandai dan lemah. Maka item perlu dibuang dan diganti dengan item yang baru bagi menjamin kualiti item yang ingin diuji.

Kedua-dua indeks ini dapat membantu guru atau pihak sekolah dalam menyediakan item-item ujian yang bersesuaian dengan murid pada masa akan datang. Item-item yang bersesuaian akan disimpan dan digunakan oleh murid-murid seterusnya dan ini akan memberikan maklum balas yang positif terhadap kemampuan murid mencapai objektif yang diuji. Soalan-soalan adalah berkualiti dan ini baik untuk menilai kemampuan murid kerana tahap kebolehpercayaan tinggi.

21 | P a g e

6.0

RUJUKAN

22 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai