2. Kontekstual
3. Generatif
Metakognitif ialah kesedaran tentang elemen yang diketahui dan apa yang tidak
diketahui. Strategi Metakognitif menitik beratkan cara untuk meningkatkan
kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila
kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya melalui proses
merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. Murid boleh
menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui
proses yang berikut:
Dalam strategi mediatif, pelajar akan belajar melalui interaksi yang dirancang
oleh guru yang menjurus kepada konsep menolong pelajar mengaplikasikan
pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
mengenalpasti andaian, menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis.
Lazimnya guru menggalakkan murid-murid memberikan pendapat masing-
masing melalui pendekatan berikut;
Perbincangan terbuka
Pencapaian konsep
Pembinaan konsep
Inkuiri
6. Direktif
Konsep pembelajaran ini adalah secara terus iaitu murid menerima maklumat
tentang konsep dan kemahiran melalui penerangan guru. Pengetahuan dan
kemahiran yang akan diperolehi oleh murid adalah replika kepada maklumat
yang disampaikan oleh guru. Proses ini biasanya merangkumi kaedah tunjuk
cara, bimbingan dan latihan seterusnya diikuti ujian untuk menguji kefahaman
murid.